Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Halia. Show all posts
Showing posts with label Halia. Show all posts

Thursday, January 3, 2019

Kemas kini kebun mini.

Assalamu'alaikum.

Kemas kini kebun mini.

Hari ini, aku agak sibuk sedikit. Pagi sampai pukul dua petang, aku dok kemaskan kebun mini aku ni. Itupun belum selesai lagi mengemas. Kena sambung esok pula. InsyaAllah.


Aku punggah pokok keledek yang aku tanam dalam pasu hari tu. Ingat nak tanam pokok lain pula. Tengah dok fikir nak tanam pokok apa. Rasanya nak tanam jagung manis sebab benih dia ada lagi. Janganlah benih tu rosak. Rugi je nanti.





Lepas punggah keledek, aku punggah pula bayam brazil, halia dan pegaga nyonya. Aku keluarkan dari pasu dan letak atas tanah. Aku nak guna pasu panjang tu sebab nak tanam sawi pula.









Kemudian, ubah pula kedudukan pasu yang ada pokok limau kasturi ni. Pokok ni aku baru tukar pasu dan tukar sekali tanah dia. Pasu lama tu terlampau besar dan tanah dia pula tak serap air. Tu yang buatkan pokok limau tu terencat. Harapnya lepas ni dia subur balik semula la. Sayang pokok ni sebab dah lama dah mak aku tanam dalam pasu tu.




Pinggang dah mula rasa sakit dah ni tapi kerja memunggah pasu tak selesai lagi. Macam mana ni? Jadi, akupun minta la tolong abang aku untuk ubah pasu besar yang aku tanam asparagus tu ke tempat lain. Tempat lama ni dah nampak sesak sangat. Lagipun pokok asparagus tu semakin merimbun. Kesian pula kat dia sebab susah nak bernafas. Ehh..! 




Letak pasu asparagus kat sini pula. Harap dorang serasi di tempat baharu. Harap dorang rajin keluarkan rebung dan rajin juga keluarkan bunga betina. Selama ni asyik keluar bunga jantan je. Kalau ada bunga betina, boleh juga buat benih. Boleh juga biakkan lagi pokok asparagus ni. 






Botol minyak Saji ni pula, aku dah siap cuci dah semalam. Aku sidai sebab nak bagi dia kering. Nanti aku nak sapu cat kat luar botol tu. Ada la projek yang aku nak buat nanti. Heh.




Dan inilah hasil keledek yang aku tanam dalam pasu tu. Comel je dia punya isi. Jadi la. Dapat juga buat taik gigi. Hahaha.





Petangnya pula, aku restock pes sambal frozen sebab stok dah licin dah. Kuat pula aku menyambal kali ni. Heh. Dah ada pes frozen, kerja jadi mudah maaa.. Haha.


p/s: Hari yang meletihkan tapi berbaloi. Alhamdulillah.
.

Wednesday, November 21, 2018

Buat serunding halia dari halia yang ditanam sendiri.

Assalamu'alaikum.

Buat serunding halia dari halia yang ditanam sendiri.


Pada mereka yang selalu jenguk blog dan facebook aku, pasti tahu yang aku ada menanam pokok halia di kebun mini aku tu. Dan sekarang, aku tuai lagi halia tu. Ini merupakan kali yang ketiga aku kutip hasil dari pokok halia yang aku tanam. Kali pertama dahulu, hasilnya aku bagi pada kakak aku. Hasil yang kedua, aku bagi pula pada kakak ipar aku dan kali ketiga ni, aku bagi pada diri sendiri. Hahaha.







Kali ini, aku nak cuba buat sendiri serunding halia. Sebab tu la aku bolot sendiri semua halia ni. Gigih tu aku pi kikis kulit halia tu guna sudu sampai naik lenguh lengan aku. Tapi disebabkan rasa nak mencuba tu kuat, tu yang jadi bersemangat tu. Silalah contohi kegigihan dan semangat aku ni ya. Kah!




Lenguh lengan dok mengikis kulit halia tak habis lagi, tambah lagi kena tumbuk pulak halia tu. Aduhai, makin berganda la dia punya kelenguhan. Sabar ya. Jangan patah semangat. Bayangkan serunding halia yang dah jadi tu. Nanti makin berkobar-kobar la menumbuk sampai terpercik kat matapun masih cool lagi. Kih!






Dah siap tumbuk, kena perah pulak halia tadi. Apa banyak sangat kerja ni oiii...! Bila la nak siap serundingnya. Hahaha. Sabar.... Perah je la. Jangan nak membebel je. Perah tu guna plastik ya. Jangan pulak pi perah macam kau perah kelapa. Kang pijar tapak tangan tu, jangan meroyan salahkan aku pulak. Heh.







Air perahan halia tadi, jangan pulak dibuang. Masak sampai mendidih, sejukkan, masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Nanti boleh la ambil sesudu dua dan campurkan dalam air panas atau air suam. Minum la, apa lagi. Biar berdesup kentut kau keluar. Kahkahkah.





Okay, selesai dah bab halia tadi. Ketepikan dia sekejap. Sekarang fokus pada ikan bilis ni pulak. Ikan bilis aku tinggal banyak ni je. Yang baru beli kat pekan sehari pagi tadi tu tak sempat lagi nak kopek. Jadilah haiihh. Goreng ikan bilis tu sampai garing. Dah sejuk, tumbuk sedikit bagi hancur. Tak payah tumbuk haluspun. Tumbuk-tumbuk manja je dah la. Auchh..!







Selesai bab ikan bilis. Letak tepi sekejap. Sekarang, goreng pulak halia yang ditumbuk dan diperah tadi. Gunakan minyak yang banyak ya. Pastikan minyak tu betul-betul panas. Api pulak jangan besar sangat. Kang kau leka melayan whatsapp, hangit pulak halia kau tu. Dah tak jadi serunding halia dah. Dia jadi serunding dayang senandong pulak. 😛😛😛





Dah garing, angkat dan toskan atas kertas tisu. Lapik banyak sikit kertas tisu dapur tu untuk serap minyak. Jangan kedekut sangat naa.. Bukannya selalupun kau buat serunding halia ni. Masa panas-panas tu, campurkan sekali ikan bilis tumbuk tadi dan masukkan sedikit garam halus. Sebatikan dorang. 







Dan, inilah dia serunding halia yang aku buat sendiri. Akhirnya, berjaya jugak aku cabar diri sendiri. Sebelum ni asyik tengok orang lain je buat tapi hari ni, aku pulak yang buat. Alhamdulillah.



Sekejap je dah susut. Dah kau pi ratah sambil layan drama Terbaik Dariku, memang la tak sedar dia menyusut. Haha.


Pendapat aku la kan, rasanya tak payah la perah halia tu. Lepas tumbuk, terus je goreng. Sebab? Sebab dia punya kepedasan halia tu macam dah kurang. Takde pedas langsung walhal aku gunakan halia muda. Yang mudakan selalunya pedas dan hot berapi. Gitu.... 😜😜😜


p/s: Siapa nak buat, silakan buat ya. Nak beli, mahal jugak rasanya harga dia.
.

Monday, December 4, 2017

Mari kita memunggah!

Assalamu'alaikum. 
 
Mari kita memunggah!
 
Hamboi! Punggah apa tu? Punggah barang nak pindah ke? Eh, tak la. Nak pindah ke mana pulak. Dah sini je rumah yang aku ada. Duduk aje la kat sini. Haha.

 
Hari Jumaat lepas, kakak aku satu family ada balik sini. So, keesokan harinya, aku ajak la kakak aku dan dua orang anak dia tolong aku punggah halia dan kunyit yang aku tanam dalam pasu dan polybag. Halia tu aku tanam dalam pasu besar dan kunyit tu dalam polybag saiz sederhana.


Sebelum tu, aku minta tolong anak buah bujang ni punggah pasu bekas aku tanam pokok bunga kobis hari tu. Dah habis tuai dah bunga kobis tu. Tinggal lagi dua pasu je lagi.
 






Lepas tu, barulah mulakan operasai memunggah halia dan kunyit. Bab memunggah ni memang aku angkat tangan mengaku kalah. Tak larat sangat dah kudrat ni tapi kalau takde siapa aku nak minta tolong, aku gagahkan jugak la badan ni buat kerja memunggah tu.




 



 


Dan inilah hasilnya kunyit dan halia yang dipunggah tu. Kunyit yang masih ada batang tu, kakak aku dah bawak balik ke Labis. Dia kata nak tanam kat pejabat dia. Okay la tu sebab akupun dah malas dah nak tanam kunyit ni. Lagipun dah ada serumpun kunyit yang aku tanam atas tanah. Elok merimbun kunyit tu. Tanam banyak-banyakpun bukannya aku guna sangat. Sesekali je aku ambil daun dia untuk bakar ikan.
 
 
 
 
 
Lepas ni berhenti sekejap beli halia. Tanam halia dalam pasu besar, hasilnya isi haliapun besar-besar jugak. Macam isi halia yang dibeli di pasar tu. Puas hati sungguh dapat isi halia besar macam ni. Tak macam isi kunyit tu. Kecil-kecil je sebab tanam dalam polybag sederhana. Halia tu aku bagi sikit kat kakak dan adik ipar. Sama-sama berbagi rezeki.
 
 
 
 
Alhamdulillah. Inilah untungnya berbakti pada tanah. Bakti disemai, bukti dituai. Begitulah kaedahnya. Heh.
 
 
p/s: Entri ini aku tulis dengan menggunakan browse Internet Explorer. Agak susah sikit nak guna IE ni sebab aku biasa gunakan Google Chrome tapi disebabkan GC aku tu ada masalah, maka terpaksalah tukar kepada IE. Kalau aku guna GC, nanti laptop aku akan 'hang' dan lepas tu terpaksalah aku off-kan sekejap. Letih!
 



Sunday, November 19, 2017

Masa untuk menuai hasil.

Assalamu'alaikum.

Masa untuk menuai hasil.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Pagi ini, gigih aku pi telungkupkan polybag yang aku tanam halia tu. Sebenarnya dah lama dah nak ambil isi halia ni tapi aku ni jenis malas sikit nak buat kerja korek-mengorek ni. Namun disebabkan isi halia tu dah mula membusuk, maka akupun terpaksa la rajinkan diri. Sekali dua polybag terus aku kerjakan. Haha.




Alhamdulillah. berkat kerajinan aku tu (ahakkk), maka dapat la isi halia banyak ini. Separuh dah aku kirimkan pada kakak ipar melalui anak dia yang kebetulan balik ke sini. 




Lepas tu, aku kerjakan pulak bunga kobis ni. Ingat nak tunggu dia besar lagi tapi bak kata seorang ahli grup kebun, bunga kobis yang kita tanam tak akan besar macam yang kita beli kat pasar tu. Makanya, sebelum bunga kobis ni rosak macam hari tu, baiklah aku ambil cepat-cepat. Kecilpun kecil la haiihh. Janji hasil dari tanam sendiri.



^
Tu dah ada tanda-tanda nak membusuk dah tu. Tengok warna dia dah tak putih dah. Mujurlah aku cepat perasan. Kalau tak, melepas lagi la jawabnya.
v



Gambar kat bawah ni contoh bunga kobis aku yang dah rosak tu. Sayang betul. Tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki. Dia kena timpa dek air hujan. Tu yang dia jadi lembik dan busuk. 




Kemudian, aku potong pulak kobis bulat aku yang sebiji ni. Konon nak tunggu dia besar jugak tapi dok pi dok mai, dok lagu tu jugak, tak besaq-besaq. Sebelum dia rosak sama, baiklah aku potong dia. Haha.





Alhamdulillah. Ada jugak rezeki untuk aku hasil dari kebun mini aku tu. 


p/s: Rasanya lepas ni nak tanam sayur yang cepat membuahkan hasil macam sawi, bayam, kacang panjang dan kangkung. Bunga kobis dan kobis bulat ni lambat nak tunggu hasil dia. Makan berbulan-bulan lamanya. Tapi disebabkan benih masih ada lagi, takpe la, semai dan tanam je la. Tak baik pulak membazir benih, kan? Heh.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)