Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 19, 2017

DIY: Buat sendiri tanda nama untuk tanaman.

Assalamu'alaikum.

 DIY: Buat sendiri tanda nama untuk tanaman.

Kegilaan apakah ini? Tak gila aihh.. Ni la namanya takdo kojo, caghi kojo. Haha.


Tak tau la kenapa tiba-tiba je aku merajinkan diri buat tanda nama atau tagging untuk pokok yang aku tanam ni. Mungkin sebab masa tu aku tengah cari cara nak buat label untuk tanaman kat youtube. Lepas tu, aku tengok cara yang dorang kongsikan tu macam susah je nak buat. Macam banyak benda nak kena buat. So, akupun mula la terfikirkan sesuatu. Akukan Minahgyver. 😏😏😏


Cara aku buat label untuk tanaman ni mudah je. Aku gunakan barang terpakai je. Kalau nak kena belipun cuma marker dan jugak gam gajah. Rasanya dua benda tu pasti ada kat rumah kita. Jika ada, gunakan aje la. Tak payah beli yang baru dah. 


Aku cuma gunakan bahagian bawah dari bekas mister potato ni je. Boleh je gunakan bekas yang seakan sama. Kita cuma nakkan bahagian aluminium tu je.





Potong bekas mister potato tu dengan pisau yang tajam. Ambil bahagian aluminium tu je. Lepas tu, gunting la keliling dia bagi kemas. Basuh dan jemur sampai kering.




Lepas dah kering, boleh la lekatkan belakang dia yang rata tu dengan batang ais krim atau apa-apa kayu yang licin dan rata. Ikutlah nak panjang mana kayu tu bersesuaian dengan tempat yang akan kita pacakkan dia. Gunakan gam yang tahan lama macam gam cap gajah tu sebab benda ni nanti akan terdedah pada hujan dan panas.


  

Kemudian, boleh la tuliskan nama sayur atau pokok di atasnya. Gunakan marker pen yang kalis air. Tulis la cantik-cantik. Aku ni main tulis je. Sebab tu tulisan aku tak cantik. Haha.
 



Akhir sekali, boleh la cucukkan label tadi ke dalam bekas tanaman atau pasu anak pokok yang kita semai dan tanam. Takde la nanti dok tertanya-tanya je; Ehh, ni pokok apa ya? Tak ingat dah semai pokok apa. Letih nak menjawab. Heh.


 Mana pokoknya? Pokoknya belum keluar lagi. Aku baru je semai benih terung ni.




Dah siap! Mudah je, kan? Dah, pi buat cepat. Lepas ni jangan buang dulu bekas mister potato tu. Ambil dulu apa yang patut. Lepas tu baru buang. Ehh, penutup plastik bekas ni pun aku ambil jugak tau. Boleh buat penutup gelas minuman. Takde la terdedah air minum kita yang dalam gelas tu. Kena ingat selalu ya. Syaitan suka benda-benda yang terdedah ni. Heh.


p/s: Zaman sekarang ni kena pandai berjimat cermat. Jangan nak bangga sangat bagitau kat semua orang yang kita ada beli itu ini sedangkan benda tu kita boleh je buat sendiri. Yang penting, akal kenalah bertindak dengan bijak dan kreatif. 👍👍👍Bukan la nak kata aku bijak. Jangan cepat menilai ya. Maksud aku, kita kenalah berfikir dengan rasional.

Sunday, December 17, 2017

Tuaian pertama sawi kailan Jepun.

Assalamu'alaikum.

Tuaian pertama sawi kailan Jepun.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Segala puji dan syukur pada Allah.








Sekarang, dah lompong dah kawasan atas para tu. Haha. Takpe, lepas ni aku nak ubah masuk anak pokok yang baru pulak, yang aku semai hampir dua minggu lepas. 


 

  
Inilah hasilnya sawi kailan Jepun daripada lima buah pasu kecil. Aku ambil lima pokok je dulu. Baki yang tinggal tu nanti petik kemudian.




Dah jimat dah duit pasar, kan? So, korang tunggu apa lagi? Jom lekaih pakat-pakat pi tanam sayoq! 


p/s: Apabila sibuk menanam sayur ni, kita takde masa nak bercerita banyak perihal dalam kain orang sebab kitapun sibuk dok libas-libas semut dan kerengga yang masuk dalam kain sendiri. Hahaha.
 

Thursday, December 14, 2017

Turun naik di Goodreads.

Assalamu'alaikum.

Turun naik di Goodreads. 

Prestasi aku di Goodreads merudum jatuh. Semakin kurang buku yang aku baca. Apakah maksudnya itu? Akupun tidak tahu. Haha. 


 


  


 



 

 



p/s: Tahun depan entah macam mana pula grafnya. Harap boleh la up lagi tapi semuanya bergantung pada keadaan semasa jugak.

Saturday, December 9, 2017

Jom jamu mata!

Assalamu'alaikum.

Jom jamu mata! 

Sekarang ni, inilah kerja aku sehari-hari; pagi, tengah hari dan petang. Mesti nak jenguk dan belek pokok sayur aku ni. Mesti nak bercakap dengan dorang. Pelik? Tak la. Ini perkara normal apabila kita berkebun. Heh.


 









 






Dan semalam, aku semai pulak biji benih salad grand rapid ni. Ini merupakan percubaan pertama aku semai benih salad jenis yang ini. Harapnya benih bercambah dengan elok dan pokok salad tu sihat dan subur.






Aku kalau nak semai apa-apa biji benih, aku akan siram dulu tanah tu. Lepas tu, barulah aku buat lubang, masukkan biji benih dan kambus. Lepas tu tak payah siram dah untuk dua atau tiga hari. Letak bekas semaian kat tempat redup dulu. Kalau letak biji benih dulu, lepas tu baru siram, takut nanti biji benih tu hanyut ikut bawah bekas yang ada lubang tu. Biji benih dah halus. Kalau biji benih yang besar macam biji kacang panjang tu, takde masalah sangat.




p/s: Seronok apabila tengok pokok yang ditanam, dibelai dan dijaga mula menampakkan hasil. Alhamdulillah. Satu terapi untuk aku. 
 

Wednesday, December 6, 2017

Asparagus: Perkembangan terkini.

Assalamu'alaikum.
 
Asparagus: Perkembangan terkini.
 
Ini perkembangan terkini anak pokok asparagus yang aku semai hari tu. Alhamdulillah, dah ada benih yang cambah dah walaupun bukan semuanya. Baki yang belum cambah tu akupun tak tau bila dia nak cambah. Jika diikutkan, dah hampir sebulan dah aku semai biji benih asparagus ni. Aku mula semai biji benih asparagus ni pada 6/11/2017.


Ini gambar anak pokok asparagus aku yang diambil pada 28/11/2017. Masa mula-mula tengok anak benih asparagus ni dah cambah, dia punya gembira tu Allah je yang tau. Syukur sangat-sangat sebab penantian sudah berakhir. Haha.




 
 
Kat bawah ni pula, gambar anak pokok asparagus aku yang diambil pada 2/12/2017.
 
 



Ada juga beberapa anak pokok asparagus yang baru cambah. Berganda la keseronokan aku. Makin teruja dibuatnya. Haha.




Gambar asparagus di bawah ini pula aku ambil pada 5/12/2017. Dah mula nampak dah dia punya helaian daun. Seronoknya la haiihh..!





Harapan aku, sudah semestinya aku nak semua biji benih tu cambah. Barulah ada kepuasan membeli biji benih tu. Bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur dengan benih yang dah cambah tu. Memang aku bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya aku berjaya melihat anak pokok asparagus depan mata sendiri. Sudah tentulah aku seronok sebab apa yang aku tanam berjaya cambah. Cuma, jika boleh, nak la semua tu cambah. Barulah betul-betul puas hati. Barulah seronok nak kongsi kat mana aku beli biji benih tu. Heh.

 
p/s: Mudah-mudahan anak pokok asparagus aku ni mampu bertahan dalam apa jua keadaan persekitaran. Aamiin.
 

Tuesday, December 5, 2017

Resepi kuih koci labu.

Assalamu'alaikum.
 
Resepi kuih koci labu.
 
Alhamdulillah. Sekali lagi aku buat kuih koci labu ni. Kali ni aku buat seorang diri. Hari cuti maulidur rasul hari tu, buat sama-sama dengan kakak dan anak buah. La ni depa dah balik. Kenalah aku buat sorang-sorang. :D
 
 
Sebenarnya, ada baki labu dalam suku buah kat dalam peti sejuk. Inti kelapa dengan dia punya batter pun ada lagi sikit. Malah daun pisang yang dah siap berlayurpun ada lagi bakinya. Jadi, daripada biarkan semua tu terbuang, baiklah aku buat kuih koci tu. Syukurlah mood aku tengah baik. Maka, rajin la pi dapur main masak-masak.
 
 
 Kupas labu, bersihkan, potong kecil-kecil dan rebus sehingga empuk. Toskan dan lenyek. Tos lama sikit supaya air tu habis menitis.
 
 
 Inti kelapa. Boleh search cara nak buat inti kelapa tu.
 
 
 Bancuhan untuk batter. Masak pati santan bersama dengan sedikit garam dan tepung jagung. Bancuh dulu dan kacau atas dapur sehingga sedikit pekat. Batter ni untuk menggantikan minyak. Jika guna batter ni, tak payah dah sapu daun pisang dengan minyak.
 
 
 Daun pisang yang telah dilayur. Gunakan bahagian bawah daun pisang tersebut.
 
 
 ^
Campurkan tepung pulut ke dalam labu yang telah dilenyek. Adun macam kita buat kuih buah Melaka. Tambah dua atau tiga sudu makan tepung gandum. Takde la nanti kuih koci kita tu keras.
v

Jika nak cepat, buat dulu bulat-bulat kecil ni sampai adunan habis. Lepas tu, barulah letak inti kelapa di dalamnya. Dan terus la sapukan batter pada daun pisang.
v


 Susun rapat-rapat dalam pengkukus dan kukuslah sehingga kuih koci masak. Anggaran masa mengukus adalah antara 20-25 minit. Tapi jika awal-awal lagi dah panaskan air kukusan, mungkin dalam masa 15-20 minit je masa yang diperlukan bergantung pada api dapur masing-masing.
 
 
 ^
Dah siap! Alhamdulillah. Lembut je kuih koci aku ni. Heh.
v

 
 
p/s: Jika rajin, pasti ada ganjarannya. InsyaAllah. So, jom la kita main masak-masak. Haha.
 



Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)