Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 21, 2018

Buat serunding halia dari halia yang ditanam sendiri.

Assalamu'alaikum.

Buat serunding halia dari halia yang ditanam sendiri.


Pada mereka yang selalu jenguk blog dan facebook aku, pasti tahu yang aku ada menanam pokok halia di kebun mini aku tu. Dan sekarang, aku tuai lagi halia tu. Ini merupakan kali yang ketiga aku kutip hasil dari pokok halia yang aku tanam. Kali pertama dahulu, hasilnya aku bagi pada kakak aku. Hasil yang kedua, aku bagi pula pada kakak ipar aku dan kali ketiga ni, aku bagi pada diri sendiri. Hahaha.







Kali ini, aku nak cuba buat sendiri serunding halia. Sebab tu la aku bolot sendiri semua halia ni. Gigih tu aku pi kikis kulit halia tu guna sudu sampai naik lenguh lengan aku. Tapi disebabkan rasa nak mencuba tu kuat, tu yang jadi bersemangat tu. Silalah contohi kegigihan dan semangat aku ni ya. Kah!




Lenguh lengan dok mengikis kulit halia tak habis lagi, tambah lagi kena tumbuk pulak halia tu. Aduhai, makin berganda la dia punya kelenguhan. Sabar ya. Jangan patah semangat. Bayangkan serunding halia yang dah jadi tu. Nanti makin berkobar-kobar la menumbuk sampai terpercik kat matapun masih cool lagi. Kih!






Dah siap tumbuk, kena perah pulak halia tadi. Apa banyak sangat kerja ni oiii...! Bila la nak siap serundingnya. Hahaha. Sabar.... Perah je la. Jangan nak membebel je. Perah tu guna plastik ya. Jangan pulak pi perah macam kau perah kelapa. Kang pijar tapak tangan tu, jangan meroyan salahkan aku pulak. Heh.







Air perahan halia tadi, jangan pulak dibuang. Masak sampai mendidih, sejukkan, masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk. Nanti boleh la ambil sesudu dua dan campurkan dalam air panas atau air suam. Minum la, apa lagi. Biar berdesup kentut kau keluar. Kahkahkah.





Okay, selesai dah bab halia tadi. Ketepikan dia sekejap. Sekarang fokus pada ikan bilis ni pulak. Ikan bilis aku tinggal banyak ni je. Yang baru beli kat pekan sehari pagi tadi tu tak sempat lagi nak kopek. Jadilah haiihh. Goreng ikan bilis tu sampai garing. Dah sejuk, tumbuk sedikit bagi hancur. Tak payah tumbuk haluspun. Tumbuk-tumbuk manja je dah la. Auchh..!







Selesai bab ikan bilis. Letak tepi sekejap. Sekarang, goreng pulak halia yang ditumbuk dan diperah tadi. Gunakan minyak yang banyak ya. Pastikan minyak tu betul-betul panas. Api pulak jangan besar sangat. Kang kau leka melayan whatsapp, hangit pulak halia kau tu. Dah tak jadi serunding halia dah. Dia jadi serunding dayang senandong pulak. 😛😛😛





Dah garing, angkat dan toskan atas kertas tisu. Lapik banyak sikit kertas tisu dapur tu untuk serap minyak. Jangan kedekut sangat naa.. Bukannya selalupun kau buat serunding halia ni. Masa panas-panas tu, campurkan sekali ikan bilis tumbuk tadi dan masukkan sedikit garam halus. Sebatikan dorang. 







Dan, inilah dia serunding halia yang aku buat sendiri. Akhirnya, berjaya jugak aku cabar diri sendiri. Sebelum ni asyik tengok orang lain je buat tapi hari ni, aku pulak yang buat. Alhamdulillah.



Sekejap je dah susut. Dah kau pi ratah sambil layan drama Terbaik Dariku, memang la tak sedar dia menyusut. Haha.


Pendapat aku la kan, rasanya tak payah la perah halia tu. Lepas tumbuk, terus je goreng. Sebab? Sebab dia punya kepedasan halia tu macam dah kurang. Takde pedas langsung walhal aku gunakan halia muda. Yang mudakan selalunya pedas dan hot berapi. Gitu.... 😜😜😜


p/s: Siapa nak buat, silakan buat ya. Nak beli, mahal jugak rasanya harga dia.
.

Monday, November 19, 2018

Support bisnes kawan. 😘


Assalamu'alaikum.

Support bisnes kawan. 😘

Karipap pusing ni, kawan aku yang buat. Sedap karipapnya. Rangup dan intinya kentang. 






Aku tak pandai buat karipap pusing ni. Sebab tu, aku beli je. Dah ada kawan yang menjual, apa salahnya tolong support bisnes dia, kan? Oh ya, aku takde mintak kurang harga ya. Tak reti aku nak main tawar menawar dalam bab pembelian kuih macam ni.


p/s: Dah habis dah stok empat bungkus karipap yang aku beli hari tu. Ni aku order yang baru pulak. Harap tak kehabisan stok la. 
.

Antara menu yang sering diulang-ulang.

Assalamu'alaikum.

Antara menu yang sering diulang-ulang.


Sebagai orang kampung, yang tinggal di kampung, yang seleranya kekampungan, aku selalu berpesan pada diri sendiri agar sentiasa ingat akan pepatah lama ini iaitu; Ukur baju, biarlah di badan sendiri.


Apabila sering mengingati pepatah tersebut, maka aku selalu bersyukur di atas rezeki yang Allah beri. Walaupun tidak kaya melaut, namun rezeki tetap ada. Alhamdulillah.


Nah! Ini merupakan antara menu yang selalu diulang-ulang, yang sering aku makan dengan penuh rasa bersyukur. Kadang-kadang kalau lauk takde, aku buat nasi goreng je. Licin jugak aku bedal. 😍😍😍
















No automatic alt text available.

No automatic alt text available.




Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food


Aku selalu menangis ketika baru nak mulakan makan sebab teringat pada mereka yang tiada makanan untuk dimakan. Jadinya, rasa tak sanggup nak terlampau bermewah-mewah dalam membeli makanan. Cukuplah makanan tersebut sekadar mengenyangkan perut. Mujurlah masak sendiri. Jika membeli makanan siap, lagi besar belanja yang terpaksa dikeluarkan.


p/s: Moga Allah murahkan rezeki kepada kita semua dan menjadikan kita seorang hamba yang tahu erti bersyukur. Aamiin.
.

Saturday, November 17, 2018

Pengasingan kelas.

Assalamu'alaikum.

Pengasingan kelas.



Dan ini, aku nak berkongsi cerita sikit. Nak jugak tu ambil bahagian. Nak jugak buat entri berkaitan. Apa salahnya. Tak salah kot berkongsi cerita masing-masing, kan?


Masa my niece darjah 6 dahulu, ada la seorang kakak ni. Dia pertikaikan fasal pengasingan kelas ni la. Dia kata; asal anak cikgu je, semuanya masuk kelas pandai. Lepas tu, semuanya duduk kat barisan depan. Anak kita yang tak pandai ni, duduk la kelas bodoh. Kalau duduk kelas pandaipun, duduk kat belakang sekali. Duduk kat belakang tu faham je la. Bukannya dengar sangat apa yang cikgu kat depan tu cakap. (Panjang betul dia membebel).


Then, akupun bertanyalah fasal ni kat my niece tu. Aku tanya dulu, kenal ke tidak anak kakak tadi? Dia kata, kenal tapi tak rapat sebab budak tu lelaki. Aku tanya lagi, betul ke anak cikgu semuanya duduk barisan depan dalam kelas tu? Kata dia, takde la. Dah anak mak cik tu yang tak nak duduk kat depan. Cikgu dah suruh dah dorang duduk kat depan tapi dorang sendiri yang tak nak. Duduk kat belakang tu asyik main je. Mana nak dengar apa yang cikgu ajar.


Jadinya, salah siapa sekarang ni? Kakak tadi mungkin tak tahu cerita sebenar. Yang dia tahu, menyalahkan guru sahaja. Akupun tak faham kenapa dia suarakan hal tu kat aku dan yang lain-lain? Mungkin sebab abang aku cikgu kat sekolah berkenaan dan anak abang aku tu pulak duduk dalam kelas pandai. Cara dia bercakap tu macam nak lepaskan geram kat abang aku je walhal abang aku bukannya ada kena mengenapun dalam hal yang dia bebelkan tu. Pelik betul.


Aku dulu, masa sekolah menengah, dah merasa dah duduk kelas bawah. Merasa jugak dipandang sinis oleh orang kelas pandai tapi aku make don't know je la. Sehinggalah aku dapat nombor pertama dalam kelas aku dan apabila naik tingkatan, aku dimasukkan ke dalam kelas pandai. Akhirnya, dapat jugak aku masuk kelas pandai tu walaupun pada hakikatnya, aku takde la pandaipun. Hahahaha. Kalau aku pandai, tentu aku dah pegang jawatan besar yang gempak, kan? 🤭🤭🤭


Peliknya, budak yang dalam kelas pandai tu, yang perempuan je yang sinis dan tak nak berkawan dengan kami yang tak pandai ni. Budak lelaki okay je. Sebab tu, lepas je masuk kelas pandai tu, aku baik dengan geng budak lelaki je sebab dorang bukannya jenis perasan bagus macam budak perempuan. Tapi apabila aku baik dengan geng budak lelaki, ada jugak geng perempuan yang jelous. Bongok betul la dorang tu. 
😂😂😂 Kau ingat aku ni jenis suka layan cinta monyet? Mak aku dah siap warning dah oii.. Mak kata; kalau nak sekolah, buat cara nak sekolah. Kalau nak menggatal, baik tak payah sekolah! Amekawww..!


p/s: Sekarang ni, my niece tu sedang menduduki SPM. Tolong sama-sama doakan agar dia dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya, tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan betul. 
.

Thursday, November 15, 2018

Buat kek marble secara manual. 😌

Assalamu'alaikum.

Buat kek marble secara manual. 😌

Aku bosan..! Sudahnya, akupun main la masak-masak kat dapur aku tu. Dah lama tak buat kek marble ni, kan? Maka, akupun merajinkan jari untuk membuatnya. Last buat kek marble ni awal bulan Oktober hari tu. 


Biasanya, aku gunakan samada hand mixer ataupun full mixer untuk putar adunan kek marble ni tapi kali ini, aku sengaja nak cabar diri sendiri dan aku pukul dengan menggunakan whisk.




Kali ni, gigih aku keluarkan bekas adunan kek jenama KRUPS ni sebab semenjak beli, tak pernah gunapun. Aku beli masa zaman aku kerja lagi. Bayangkan dah berapa puluh tahun umur dia. Aku beli dengan bermain kutu dengan kawan-kawan satu kerja.





Lenguh oii tangan dok pukul butter dengan gula tu guna whisk ni. Berat semacam je. Baru kau tau! Haha. Selama ni dok putar guna mixer je. Tapi lama kelamaan, adunanpun jadi ringan. Makin laju la aku dok pukul dorang. Heh.






 ^
Pukul satu buku butter dan 3/4 cawan gula sampai kembang. Lepas tu, masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
v

 Masukkan telur sedikit demi sedikit sambil teruskan memukul. Telur tu satu cawan. Ikut la berapa bijipun asalkan satu cawan. Cawan yang sama digunakan untuk sukat tepung gandum dan gula.


Terlebih dahulu, ayak 1 3/4 cawan tepung gandum bersama dengan 1 sudu makan baking powder, 2 sudu makan susu tepung dan 1/2 sudu teh garam halus ke dalam bekas dan sebatikan. Kemudian, masukkan campuran ini sedikit demi sedikit sambil kaup balik adunan. 


 Sampai part masuk tepung gandum tu, tak payah guna whisk dah. Guna je spatula sebab ia sekadar gunakan teknik kaup balik. 



 ^
Lenserkan dahulu loyang dengan butter dan lapikkan dengan baking paper. Aku takde kertas baking tu. Maka, aku gunakan aje kertas A4. 
v
 ^
Hentak-hentakkan loyang supaya adunan sekata. Loreklah ikut suka kita. Kita yang buat dia, kan? 
v


Disebabkan soket untuk oven letrik aku masih belum dibaiki, maka akupun bakar la kek marble ni atas dapur gas sahaja. Bawah sekali tu aku letakkan kuali untuk buat kulit popia. Ala, kuali yang tebal tu. Lepas tu, baru aku letakkan loyang berisi adunan kek tadi dan aku tutup dengan penutup oven bulat tu. Oven tu masih lagi elok tapi aku malas nak guna letrik sebab oven bulat ni pun dia punya power tinggi jugak. Aku takut soket lain pulak yang rosak nanti.




 ^
Biasanya, jika guna oven letrik, masa membakar adalah dalam 45 minit. Namun disebabkan aku bakar atas dapur gas sahaja, maka aku tambah lagi masa untuk membakar tu menjadi satu jam. Lagipun, aku gunakan api yang paling kecil. 
v
 Tengok meter tu naik. Kalau guna letrik, suhu dia boleh cecah sampai 400.


 ^
Bahagian bawah dan tepi kek marble aku ni agak garing sedikit tapi tidaklah sampai hangus. Aku bakar lama sikit sebab bahagian tengah kek tu lambat sikit nak masak sedangkan bahagian bawah dan tepi dah lama garing.
v




p/s: Alhamdulillah, jadi jugak kek marble aku walaupun bahagian bawah dan tepi dia sedikit garing.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)