Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, February 6, 2019

Saja nak pesan...

Assalamu'alaikum.

Saja nak pesan...


Saja nak pesan terutamanya pada diri sendiri agar tidak terbabas dari landasan. Maklum la, ada ketikanya tingkah laku dan tutur kata tak dapat nak dikawal. 







p/s: Takut juga nanti jika ada yang berdendam di dalam diam. Moga dijauhkan hendaknya. 
.

Tuesday, February 5, 2019

Untuk makan sendiri je.

Assalamu'alaikum.

Untuk makan sendiri je.



Aku ni, tanam sayur sikit-sikit kat sekitar rumah hanyalah untuk keperluan diri sendiri je. Sekurang-kurangnya jika sayur yang dibeli sudah kehabisan stok, boleh la petik apa yang ada. Itupun jika sayurnya ada hasil la. Jika takde hasil atau belum lagi mengeluarkan hasil, makan aje la cekur atau pegaga tu sebagai ulam.





^
Uisshh....! Nak pergi mana tu..? Nak panjat langit ke?
v


 Ikut sempat dia je nak lelap kat mana.




Sejak tanam sawi ni, aku dah pandai dah makan sawi sebagai ulam. Kalau sawi beli tu, tak gamak pulak nak buat ulam. Selalunya goreng dengan mee je. Satu perubahan yang positif untuk diri sendiri. Heh.










Dan sekarang, aku mulakan bela ikan keli balik semula. Mahal ya harga ikan keli hidup sekarang ni. Sekilo RM10. Aku beli empat ekor ni, kena RM12. Saja la bela sebab kolam simen tu dah dua tahun lebih terbiar macam tu je. Daripada penuh dengan pokok pakis dan rumput, baiklah aku bela ikan keli. Dapat jugak cekau time sesak. Haha.




p/s: Ada ketikanya, aku tak faham kenapa ada bangsa Melayu yang dok menyinis orang atau jiran yang tanam sayur di sekeliling rumah dorang. Dah la membawang, lepas tu dok menalam pulak. Tak penat ke buat kerja macam tu? 
.

Monday, February 4, 2019

Pindah lagi?

Assalamu'alaikum.



Dua pasu yang ditanam dengan asparagus, sudah dikeluarkan dan ditanam di atas tanah. 


Kenapa pindahkan? 


Sebab satu pasu tu akar dah penuh dan satu pasu lagi tanahnya tidak serap air. Sebelum pokok asparagus tu 'sakit', baiklah diubah ke tempat baharu. Harap dorang selesa dan membesar dengan jayanya di situ.







Sekarang, tinggal dua pasu je yang ada pokok asparagus.








Kalau dah bermain dengan tanah, jangan harap la kuku nak cantik dan bersih. 



p/s: Selesai satu kerja yang sudah lama aku tangguhkan. Alhamdulillah. Dah boleh beralih kepada kerja lain pulak. Banyak ni kerja yang tertunggak. Heh.
.

Sunday, February 3, 2019

Malu Apa Bossku?

Assalamu'alaikum.

Malu Apa Bossku?


Gambar sekitar lawatan mantan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ke sini semasa kempen PRK Cameron Highlands tempoh hari. Gambar ni dari handphone rare aku. Tengok la kat tepi gambar tu dah ada garisan dah. Haha.


Gambar tidak mengikut turutan. Aku letak secara random je. Gambar sebelum dan selepas kedatangan #DSN.

















Gambar yang bawah ni, aku ambil dari page #DSN sebab dalam gambar ini, terselit muka aku. Walaupun gambar aku tu agak blur tapi tak mengapa, aku simpan juga sebagai kenangan.




Terlalu banyak jasa beliau pada warga Felda macam aku. Alhamdulillah. Terima kasih DSN atas setiap bakti dan jasa. Moga Allah jua yang membalas setiap kebaikan DSN. Moga Allah terus merahmati dan melindungi DSN dan keluarga dari segala fitnah dunia. Aamiin.


Gambar dan audio video kurang memuaskan tapi nak juga simpan dalam blog. Sesungguhnya, masa lagu Inilah Barisan Kita ni diudarakan, aku ikut sama menyanyi dan dalam masa yang sama, air mata mengalir tanpa perlu dipaksa. Sebak sangat..


Biarlah orang nak kata apapun tentang beliau. Cacilah. Hinalah. Umpatlah. Tapi aku amat terhutang budi dengan keprihatinan beliau terhadap warga Felda. Begitu banyak jasa beliau jika hendak dibandingkan dengan PM dua kali tu. Terlalu banyak dan terima kasih aku ucapkan pada #DSN. 



Memanglah apa yang beliau bagi itu bukannya dari duit beliau sendiri. Memanglah setiap rezeki itu datangnya dari Allah. Tapi jika Allah tidak menggerakkan hati seseorang itu untuk memberikan sumbangan, tak jadi apa jugak. Jika Allah matikan hati seseorang itu untuk tidak memberikan sumbangan, kita tak dapat apalah jawabnya.


Bersyukurlah dengan segala rahmat dan nikmat yang Allah berikan. Jika kufur nikmat, tidak mustahil jika rezeki tidak datang kepada kita. Aku tak kata orang. Aku bukan nak nasihatkan orang. Aku lebih tujukan pada diri sendiri agar sentiasa sedar diri dan tidak lupa asal usul. #Notetomyself.






p/s: Yang baik itu akan dikenang sepanjang masa. 
.

Thursday, January 31, 2019

Cabaran si tukang jahit kampung.

Assalamu'alaikum.

Cabaran si tukang jahit kampung.


Orang tak tahu apa yang tukang jahit alami. Orang tak tahu cabaran yang bakal menanti. Orang tak tahu macam mana tukang jahit ni nak tahan hati dan kuatkan iman untuk bersabar.


 Pola dah lama. Dah rabak dikerjakan dek kucing. Penuh dah kesan selotape. Terpaksa buat pola baharu. Alah, tekap aje la. Haha.








Salah satu daripada cabarannya adalah kain yang berlubang dan koyak. Jadi, pandai-pandai si tukang jahit la nak buat macam mana. Jika boleh elak, kita memang akan cuba untuk elak tapi jika tak boleh nak elak, maka terpaksalah ditampal. Tuan punya kain sudah tentu sedia maklum akan kualiti kain yang diberi. Mesti dia punya sebab tersendiri kenapa dia nak kain pelikat itu dijadikan seluar.



 Punyalah gedabak dia punya cop. Atas bawah pulak tu ada cop. Mujur boleh elak.


 ^
Hello dunia..! Apa khabar anda di luar sana? Haha.
v

 Lubang di sana sini. Kena tampal la jawabnya. 







Orang hanya tahu, komplen dan minta harga upah yang murah, yang ada kalanya tidak masuk dek akal. Tak apa, selagi mampu, si tukang jahit kampung ni akur sahajalah. 


p/s: Setiap kerja, ada cabarannya, kan? Tapi jangan dicabar kesabaran seseorang itu. Heh.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)