Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, February 22, 2019

Kuih gulung bercorak.

Assalamu'alaikum.

Kuih gulung bercorak.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Akhirnya, berjaya juga aku buat kuih gulung bercorak ni. Sebenarnya dah lama teringin nak cuba buat tapi rasa tak berani tu asyik la datang mengacau. Tu yang manjang tertangguh tu.




Kuih gulung aku kali ni takde gunakan sukatan khas. Aku hanya main agak-agak je. Bahan yang aku gunakan cuma tepung gandum, sedikit garam, sedikit serbuk kunyit (optional), sebiji telur, sedikit minyak masak dan air. Godek-godek guna whisk. Bancuhan jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Sebab tu aku kata agak-agak je. Kuali non stick tu, kali pertama je sapukan dengan sedikit minyak. Lepas tu, tak payah letak minyak dah sebab dalam bancuhan tu dah letak minyak.




Aku ingatkan susah sangat nak buat corak pada kuih gulung atau kuih ketayap tu. Rupanya senang je labu oii...! Aku sekadar ambil sesenduk dari bancuhan asal dan aku titikkan setitik pewarna merah. Kacau la bagi sebati. Letak sikit minyak dulu dalam kuali non stik. Lepas tu, ikut suka kita la nak buat corak macam mana. Sebelum corak tu garing, tuangkan pula bancuhan yang asal dan buatlah macam biasa. 




Abaikan gulungan yang tak kemas tu. Dan abaikan juga kuih yang gemok-gemok tu. Macam mana tuan yang buat, macam tu la kejadian kuih tu. Haha. Yang penting, makan tiga ketul je dah kenyang sekejap. Kenyang lima belas minit je lepas tu lapar balik. Kah..!





Aku selalu tengok Kak Pah buat kuih ketayap bercorak ni. Dari dahulu lagi aku suka tengok hasil yang Kak Pah buat. Sangat halus dan berseni. Jauh betul beza kuih gulung Kak Pah dengan kuih gulung aku. Ibarat langit dan bumi. Haha. Tapi takpe, at least Kak Pah dah beri satu inspirasi kat aku. Terima kasih Kak Pah.


p/s: Tak cuba, tak tahu, kan? Lebih baik mencuba daripada tidak mencuba langsung. Nak takut apa? Kalau corak tu tak jadi, kuih tetap boleh dimakan. Heh.
.

Thursday, February 21, 2019

Tenang-tenangkan hati...

Assalamu'alaikum.

Tenang-tenangkan hati...


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.





Selalunya, bunga orkid warna krim kat bawah ni keluar sekuntum atau dua kuntum je. Kali ini, dia keluar sampai tiga kuntum. Kelopak dia besar pulak tu. Mana la hati aku tak jatuh cinta kat dia. Dah la bau dia wangi ya amat. Heh. 









Hilang segala penat lelah tatkala memandang bunga yang sedang berkembang ni.








Nak jugak menyelit, kan? Haha.




p/s: Berkawan dengan alam, hati yang suram pasti kembali tenang. 
.

Wednesday, February 20, 2019

Produk dari Peladang.

Assalamu'alaikum.

Produk dari Peladang.


Jom pakat-pakat sokong dan beli produk makanan berasaskan ayam keluaran dari Pertubuhan Peladang Negeri Johor. Di jamin bersih dan halal. 














p/s: Nak beli, kenalah pergi kat pejabat peladang kawasan masing-masing. Aku tak pasti produk ni ada masuk ke dalam pasaraya ataupun tidak. Kat negeri lainpun aku tak pasti samada produk ni ada ataupun tidak. Yang ini kakak aku yang bawa balik dari Johor.
.

Tuesday, February 19, 2019

Nota jahitan dari facebook.

Assalamu'alaikum.

Nota jahitan dari facebook.


Sekarang ni, jika ada nota berkaitan jahitan yang dikongsikan di facebook, aku akan minta tolong abang aku untuk print dan aku simpan dalam fail. Senang untuk aku buat rujukan. Tak perlu dah terkial-kial mencari.







Dah lama aku nak buat macam ni tapi aku belum berkesempatan untuk menggeledah almari dan mencari fail yang terpakai. Malas aku nak beli fail baharu. Untuk apa membazir beli fail yang baharu sedangkan fail yang ada masih ada ruang untuk digunakan? 


Terima kasih di atas setiap perkongsian ilmu. Moga Allah murahkan lagi rezeki kepada mereka yang rajin berkongsi ilmu dan info seperti ini. Berkongsi ilmu macam ini dan ramai yang dapat manfaatnya, pahalanya berpanjangan sampai kita mati. InsyaAllah.


p/s: Jom sama-sama kongsi ilmu. Jangan nak kedekut sangat sebab ilmu itu adalah pemberian dan pinjaman dari Allah. Dan kita jangan sombong dengan ilmu yang sedikit itu.
.

Sunday, February 17, 2019

Jahit jubah lagi.

Assalamu'alaikum.

Jahit jubah lagi.


Sejak dah tahu ada cara (formula) mudah untuk buat pola jubah yang simple, aku jadi seronok pulak nak jahit jubah. Kalau dahulu, aku paling tak suka nak buat baju yang kena buat pola dulu. Sekarang ni, alhamdulillah, aku dah mula suka dah. Terima kasih pada mereka yang sudi berkongsi ilmu jahitan di page atau grup fb. Moga Allah sahaja yang dapat membalas segala budi baik anda semua.








Ini mesin jahit tepi kesayangan. Aku beli secara ansuran. Bayar dengan gaji semasa aku bekerja di kedai satay dan kantin sekolah. Aku bukannya jenis yang suka merengek meminta itu ini dengan mak bapak. Aku jenis yang suka usaha sendiri. Aku bukannya Melayu yang malas.




Ini cara aku buat lapik leher. Dah banyak kali aku kongsikan cara ni dalam blog. Jika nak belajar, kenalah rajin mencari entri tu. Heh. Tapi kalau jenis yang mudah faham, boleh je tengok gambar yang aku sertakan di bawah. Kalau masih lagi tak faham, boleh tengok di sini. Aku ada sertakan penerangan.








 ^
Penting! Letak pola lapik leher pada kain lapik mengikut ira memanjang. Tengok pada tepi kain tu.
v










p/s: Hidup ini bukannya untuk berduka sepanjang masa. Carilah jalan yang terbaik untuk mengisi ruang yang senggang supaya tidak terlalu memikirkan jiwa yang lara. 
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)