Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Cekur. Show all posts
Showing posts with label Cekur. Show all posts

Friday, April 26, 2019

Sambal daun kayu: Ilmu baharu.

Assalamu'alaikum.

Sambal daun kayu: Ilmu baharu.


Pergh....!! Bersawang dah blog aku ni. Lama tak update. Biasa la. Apabila mood ke laut dalam, memang macam ni la jadinya. Haha.


Kali ni nak kongsi sikit ilmu baharu (bagi aku) dalam pembuatan sambal tempoyak daun kayu. Orang lain mungkin dah lama tahu tapi aku baru je tahu fasal ni sebab ada yang sudi berkongsi ilmu.


Apapun, moh la tengok gambar dulu. Banyak ni gambarnya. Jangan berpinar biji mata dah la. Heh. Mula-mula, tunjuk dulu pokok yang daun dia aku gunakan dalam untuk masukkan dalam sambal daun kayu ni. Cuma pokok ubi aku tak ambil gambar dia sebab pokoknya tak berapa cantik.


 Pokok kunyit. 


 Pokok kaduk.


 Pokok cekur.


 Pucuk ubi.




Ilmu baharu dalam pembuatan sambal daun kayu tu di sini, dalam gambar bawah ni. Kisahnya, hari tu aku ada pergi majlis bacaan Yaasin di rumah jiran dan jiran tu ada masak sambal daun kayu ni. Masa majlis tu, tak sempat la aku nak beramah mesra sangat dengan jiran tu sebab diapun sibuk melayan tetamu.


Jadi, masa kelas mengaji dua hari lepas majlis tu, akupun tanya la makcik tu, siapa yang buat sambal daun kayu hari tu? Makcik tu pun jawab la, dia yang buat. Bermula dari situ la dia bercerita fasal daun ubi kayu tu lepas dihiris, kena ramas dulu dengan garam kasar. Ramas sampai keluar air. Lepas tu, perah la air tu dan basuh la macam biasa. Garam tu takpe, masukkan aje sekali. Jangan pulak pi kutip dan buang garam kasar tu.


Akupun cakap la yang selama ni, aku tak pernahpun ramas daun ubi kayu tu. Makcik tu kata, kena ramas sebab getah daun ubi kayu tu beracun. Bahaya untuk kesihatan dan boleh kena kanser. Akupun melopong la sebab selama bertahun-tahun ni, memang tak pernahpun ramas daun ubi kayu tu. Sebab tu aku kata ini merupakan ilmu baharu untuk aku dalam pembuatan sambal tempoyak daun kayu ni. Terima kasih kat makcik tu yang sudi berkongsi ilmu.






Dan, dua hari lepas, akupun buat la sambal daun kayu ni. Dan aku ikut tips yang makcik tu bagi. Kata makcik tu lagi, meramas daun ubi kayu dengan garam tu boleh juga buang rasa pahit daun tu selain daripada buang getah dia.


Semua daun yang telah dihiris. Basuh dan toskan. Ikut suka la nak hiris macam mana. Nak hiris kasar ke , halus ke, terpulang. Tapi aku suka hiris agak kasar. Kalau hiris halus sangat macam hiris bunga rampai tu, nanti takut daun tu bertambah benyek sebab nak kena masak agak lama jugak.


Bawang besar dihiris, serai dititik. Ikan bilis tu biar je macam tu.


 Yang ni semua dikisar. Serai dan kunyit hidup tu potong la kecil-kecil dulu. Kalau tak potong, nazak blender korang nak meneran. Haha. Cili api tu aku dah siap kisar dulu dah. Kaut aje la berapa senduk nak guna.


 Tiga biji kelapa diperlukan. Maklum la, kelapa free ambil je belakang rumah. Pulun aje la guna. Kalau kena beli, mau kena lebih dari lima ringgit ni.


 Kena banyak guna tempoyak. Aku gunakan dua botol tutup merah saiz yang biasa orang isi kuih raya untuk jual tu.


 ^
Masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk. Masakkan kuahnya dahulu sampai mendidih. Dah mendidih agak lama, baru masukkan segala jenis hirisan daun tadi. Lepas tu, letak la garam secukup rasa.
v


Okay, dah siap dah sambal daun kayu aku. Boleh la di-frozen-kan untuk buat lauk masa bulan puasa nanti. Heh.




Alhamdulillah, sedap jugak sambal daun kayu aku ni. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri. Kah..!




p/s: Orang dah bagi ilmu, jangan pulak lupa untuk ucapkan terima kasih. Kang tak berkat pulak ilmu tu. Ni ada pulak jenis manusia yang orang dah bagi ilmu kat dia, lepas tu dia pi kecam dan kutuk pulak tukang beri ilmu tu. Sabar je la dengan orang macam ni.
.

Friday, August 3, 2018

Sambal daun kayu.

Assalamu'alaikum.

Sambal daun kayu.

Dah lama sungguh aku menyepi, kan? Sebenarnya, skrin laptop aku meragam. Tu yang tak dapat nak update blog. Ni pun aku gunakan desktop abang aku. Pinjam sat sementara dia pi main badminton. Sebenarnya, aku tak berapa suka dan mahir guna desktop ni. Terkial-kial aku cari huruf. Haha.


Sebelum tu, aku ucapkan berbanyak terima kasih atas komen yang readers tinggalkan. Baru hari ni aku approve. Maaf ya. 


Okay, berbalik pada tajuk di atas. Ni aku nak share gambar masakan yang aku buat petang tadi. Ni lauk yang biasa orang Negeri Sembilan buat. Ikut cara masing-masing la nak buat tu. Bahanpun ikut suka masing-masing jugak. Kalau aku, main bantai je guna apa yang ada. Janji aku buat. Haha.


 ^
Ni je daun dan pucuk yang ada. Pucuk labu takde. Malas pulak nak pi cari kat pasar. Yang ni semua hasil dari kebun mini aku tu. Seronokkan jika tanam sendiri. Anytime boleh petik hasilnya. Heh.
v


 Daun dan pucuk tadi dihiris. Ikut suka la nak hiris macam manapun. Nak hiris halus ke, hiris kasar ke, terpulang pada kita sendiri. Haha.


 Aku campurkan tempoyak lama (masam) dan tempoyak baru (manis). Kalau masam sangat, nanti tak lalu nak makan. Dan kalau manis sangat pulak, nanti tekak kembang. Jadinya, kena seimbangkan rasa tempoyak tu. Tidak terlalu masam dan tidak terlalu manis.


 Cili padi dan semua bahan dalam mangkuk jernih tu, kita kisar lumat. Manakala bahan dalam piring biru tu, bawang dihiris dan serai diketuk.


 ^
Masukkan semua bahan dalam periuk. Masakkan kuahnya dahulu sampai mendidih. Dah mendidih, barulah masukkan segala daun dan petai.
v



 Masak kena lama sikit. Biar betul-betul masak. Perasakan dengan garam. Jika rasa tempoyak tu kurang, boleh tambah lagi. Takde masalahpun. Tapi lepas tambah tempoyak tu, kenalah masak lama sikit. 



Dah siap..! Senang je, kan?


p/s: Okay. Sampai sini je dulu. Ada kelapangan nanti, aku update lagi blog aku ni. Maaf ya sebab tak dapat nak blogwalking kat blog kawan-kawan. Huhu.
.

Tuesday, August 8, 2017

Resepi: Sambal ayam bunga kantan.

Assalamu'alaikum.

Resepi: Sambal ayam bunga kantan.


Ini semalam punya cerita ya. Semalam takde mood nak buat entri. Makanya, buat aje la entri tu hari ini. Haha.


Sebenarnya, aku tertengok satu rancangan masakan kat TV interaktif. Tak perasan pulak nama rancangan tu. Maaf la ya. Chef tu masak sambal ayam bunga kantan ni la. Akupun apa lagi. Terus la rasa nak cuba. Kebetulan pulak bunga kantan ada kat belakang rumah. Apa lagi, laju je la masaknya. Haha.









Cuma, chef tu takde gunakan kentang tapi aku masukkan kentang dalam resepi aku sebab abang aku kat rumah ni hantu kentang. 






Sepatutnya, gunakan isi ayam sahaja dan potong kecil-kecil. Tapi aku ni malas la nak asingkan isi dan tulang ayam tu. Makanya, aku bantai je la guna ayam yang dah siap potong ni. Mudahkan kerja aku? Haha.






Dah tengok gambar bahan yang diperlukan, kan? Sekarang ni jom la kita mulakan kelas memasak pulak. Ehh..! Hahaha.


 ^
Tumiskan bahan kisar sampai layu dan naik bau. Lepas tu, masukkan 3 sudu makan cili kering kisar. Jika nak lagi pedas, boleh la masukkan lebih cili kisar tu. Aku ni tak tahan pedas walau orang noghoghi. Heh.
v



 ^
Kacau-kacau dan tunggu sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan pula hirisan bunga kantan. Kacau sebati. Tunggu sampai bunga kantan naik bau.
v



 ^
Lepas, tu, masukkan pula air asam jawa anggaran setengah cawan. Asam jawa tu dalam satu sudu makan je dah memadai dah. Kacau-kacau sebati dan masukkan pula ayam. Kacau rata.
v



 ^
Disebabkan aku menggunakan kentang, maka masukkan sekali kentang tu. Dan tutup periuk supaya ayam dan kentang cepat empuk. Jika kering sangat, boleh la tambah air sikit.
v



 Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Kacau-kacau lagi. Apabila kentang dah empuk, boleh la tutup api dapur. 


^ 
Disebabkan takde sayuran hijau, maka aku ambil tiga helai daun cekur ni dari mini kebun aku dan aku hiris halus.
v


^
Selamat menjamu selera. Alhamdulillah.
v


Sedap jugak masak sambal ayam bunga kantan macam ni. Lain sikit rasa dia dari kebiasaan. Lepas ni boleh buat lagi tapi mungkin akan masak dalam kuali pulak. Biar dia kering sikit. Barulah bau dia menyengat. Haha.


Aku tak masukkan gula sebab aku tak suka lauk yang dimasukkan gula ke dalamnya. Sebab tu sambal aku warna dia pucat. Kalau nak masukkan gula, masukkan lepas cili kisar tadi pecah minyak. Baru warna sambal tu merah dan cantik.


p/s: Siapa nak cuba buat, dipersilakan. Tak rugi mencuba. Hehe.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)