Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kentang. Show all posts
Showing posts with label Kentang. Show all posts

Tuesday, August 8, 2017

Resepi: Sambal ayam bunga kantan.

Assalamu'alaikum.

Resepi: Sambal ayam bunga kantan.


Ini semalam punya cerita ya. Semalam takde mood nak buat entri. Makanya, buat aje la entri tu hari ini. Haha.


Sebenarnya, aku tertengok satu rancangan masakan kat TV interaktif. Tak perasan pulak nama rancangan tu. Maaf la ya. Chef tu masak sambal ayam bunga kantan ni la. Akupun apa lagi. Terus la rasa nak cuba. Kebetulan pulak bunga kantan ada kat belakang rumah. Apa lagi, laju je la masaknya. Haha.









Cuma, chef tu takde gunakan kentang tapi aku masukkan kentang dalam resepi aku sebab abang aku kat rumah ni hantu kentang. 






Sepatutnya, gunakan isi ayam sahaja dan potong kecil-kecil. Tapi aku ni malas la nak asingkan isi dan tulang ayam tu. Makanya, aku bantai je la guna ayam yang dah siap potong ni. Mudahkan kerja aku? Haha.






Dah tengok gambar bahan yang diperlukan, kan? Sekarang ni jom la kita mulakan kelas memasak pulak. Ehh..! Hahaha.


 ^
Tumiskan bahan kisar sampai layu dan naik bau. Lepas tu, masukkan 3 sudu makan cili kering kisar. Jika nak lagi pedas, boleh la masukkan lebih cili kisar tu. Aku ni tak tahan pedas walau orang noghoghi. Heh.
v



 ^
Kacau-kacau dan tunggu sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan pula hirisan bunga kantan. Kacau sebati. Tunggu sampai bunga kantan naik bau.
v



 ^
Lepas, tu, masukkan pula air asam jawa anggaran setengah cawan. Asam jawa tu dalam satu sudu makan je dah memadai dah. Kacau-kacau sebati dan masukkan pula ayam. Kacau rata.
v



 ^
Disebabkan aku menggunakan kentang, maka masukkan sekali kentang tu. Dan tutup periuk supaya ayam dan kentang cepat empuk. Jika kering sangat, boleh la tambah air sikit.
v



 Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Kacau-kacau lagi. Apabila kentang dah empuk, boleh la tutup api dapur. 


^ 
Disebabkan takde sayuran hijau, maka aku ambil tiga helai daun cekur ni dari mini kebun aku dan aku hiris halus.
v


^
Selamat menjamu selera. Alhamdulillah.
v


Sedap jugak masak sambal ayam bunga kantan macam ni. Lain sikit rasa dia dari kebiasaan. Lepas ni boleh buat lagi tapi mungkin akan masak dalam kuali pulak. Biar dia kering sikit. Barulah bau dia menyengat. Haha.


Aku tak masukkan gula sebab aku tak suka lauk yang dimasukkan gula ke dalamnya. Sebab tu sambal aku warna dia pucat. Kalau nak masukkan gula, masukkan lepas cili kisar tadi pecah minyak. Baru warna sambal tu merah dan cantik.


p/s: Siapa nak cuba buat, dipersilakan. Tak rugi mencuba. Hehe.

Saturday, May 27, 2017

Karipap lagi?

Assalamu'alaikum.

Karipap lagi?

Iya, aku memang buat lagi karipap untuk frozen ni. Saja la buat untuk makan sendiri. Jika ada yang nak beli, aku jual je. Dapat jugak menambah duit poket. 😄😄😄 Tapi orang susah nak beli. Mungkin sebab tak yakin dengan piawaian rasa karipap tu. Tapi jika diberi percuma, mau aje dong! Heh.





Ni resepi inti karipap yang aku olah. Kerja aku ni asyiklah ubah-ubah resepi je. Selagi tak puas hati, selagi tu la dok ubah. Heh.

8 biji kentang - dipotong dadu
1 genggam ikan bilis - dikisar 
1 mangkuk kecil isi ayam yang dipotong kecil
3 labu bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - ditumbuk atau dicincang
4 sudu makan serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu makan cili kering kisar - masukkan sekali dalam bancuhan serbuk kari
2 tangkai daun kari - dihiris halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

1- Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari sehingga naik bau.
2- Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili kering kisar tadi. Kacau-kacau dan masak hingga pecah minyak. 
3- Lepas tu, masukkan pula ikan bilis dan isi ayam. Kacau sebati. 
4- Kemudian, masukkan sedikit air. Kacau lagi.
5- Masukkan pula kentang dan tambah lagi air biar sama paras dengan kentang atau lebih sedikit dari paras kentang. Masukkan juga garam kasar.
6- Masak dan kacau selalu supaya inti tak hangit atau melekat pada kuali. 
7- Masak sehingga air kering. Rasa garamnya dan tutup api dapur. Boleh la toskan inti tadi untuk keluarkan minya yang berlebihan.





Ni resepi yang aku gunakan untuk buat kulit karipap ni. Resepi ni olahan aku sendiri. Aku ni kan jenis suka ubah-ubah dia punya sukatan. Bukan apa, tujuannya supaya senang aku nak tau resepi mana yang mudah untuk aku handle.

5 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1/2 cawan minyak masak - panaskan
1 sudu makan marjerin - panaskan
1 3/4 air- tuang sedikit demi sedikit semasa menguli.
1/2 sudu makan marjerin - masukkan masa akhir menguli supaya doh tidak melekat pada jari.

1- Panaskan sekejap minyak masak bersama 1 sudu makan marjerin.
2- Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas. Gaul sebati.
3- Curahkan minyak panas tadi ke dalam tepung gandum.
4- Dengan menggunakan sudu, kacau adunan tadi. Apa sudah suam, gaulkan adunan hingga menjadi seperti serbuk roti. 
5- Lepas tu, masukkan pula air sedikit demi sedikit. Uli perlahan-lahan. Jika adunan dah okay dan air masih ada lebihan, biarkan saja air lebihan tadi.
6- Akhir sekali, masukkan 1/2 sudu marjerin dan uli sebati hingga doh tidak melekat pada jari.
7- Buatkan bulat-bulat kecil. Perap lebih kurang 15 minit. Nak perap 30 minitpun takpe. Nanti doh jadi semakin lembut dan senang digelek.





Kali ini, aku masih kelim sendiri kulit karipap ni. Masih lagi terkial-kial mengelim. Kelimnya pulak masih lagi tak cantik. Takpe, belajar perlahan-lahan. Alah bisa, tegal biasa. Kena buat selalu untuk lembutkan jari. Kan?






Ni pula video cara aku kemaskan lagi doh karipap yang kecil-kecil tu. Gigih tu pergi merakam. Jari kanan menggelek doh dan jari kiri merakam. Maka, bergoyang-goyanglah videonya. Haha.





p/s: Alhamdulillah. Dapat 67 biji karipap frozen. Buat sendiri lebih menjimatkan. Betul tak?

Monday, May 8, 2017

Perbezaan kulit karipap.

Assalamu'alaikum.

Perbezaan kulit karipap.



Ini adalah karipap yang biasa aku gunakan resepinya. Aku panaskan minyak masak dan letak marjerin planta masa akhir menguli doh. Cuma kali ni, aku kelim guna jari je dan tidak menggunakan acuan. 












Dan ini pula doh untuk kulit karipap yang aku panaskan minyak masak dan marjerin planta tu sekali harung, lepas tu baru curahkan ke dalam tepung gandum. 










Doh yang sama tapi cara kelim yang berbeza. Sebelah kiri tu kelim dari atas ke bawah dan sebelah kanan tu kelim dari bawah ke atas. Nampak beza dia punya kelim tapi aku lagi suka kelim dari atas ke bawah (kiri).






Perbezaannya adalah pada doh itu sendiri. Doh yang hanya panaskan minyak masak dan letakkan planta last sekali tu agak berminyak sedikit dan agak susah nak kelim. Apabila digoreng, kulit karipap tu sangat rapuh. Kita goreng malam, pagi esok kulit karipap tu masih lagi rapuh.


Manakala doh yang kita panaskan minyak masak dan planta sekali harung, dohnya sangat lembut dan tidak berminyak. Senang nak kelim walaupun kelim guna jari. Apabila digoreng, kulit karipap tu agak rangup masa baru angkat dari kuali tetapi apabila sudah sejuk, ia jadi agak liat sedikit. 


Jika diukur dari segi rasa, aku lagi suka dengan doh yang pertama sebab kulit dia rapuh biarpun dah sejuk. Dan jika diukur dari segi pembuatan iaitu senang dan mudah untuk handle, aku suka pada doh yang kedua sebab ia sangat mesra alam dan tidak berminyak.


p/s: Pilihan ada di tangan kita. Fikir baik-baik sebelum membuat pilihan.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)