Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Jagung. Show all posts
Showing posts with label Jagung. Show all posts

Friday, October 27, 2017

Berbahagi rezeki.

Assalamu'alaikum.

Berbahagi rezeki.

Secebis kisah di petang hari yang cuacanya sangat nyaman dan mendamaikan. Sedang leka merempit (menjahit), tiba-tiba terdengar suara dari luar.


Assalamu'alaikum..
(Dari jauh dah dengar suara dia bagi salam 
bersulam dengan bunyi enjin motor yang tidak dimatikan. Dan akupun menjenguk lalu keluar ke beranda. Ada dua orang remaja. Seorang yang agak dewasa masih di atas motor dan seorang lagi yang agak muda sudah turun dari motor).


Waalaikumussalam. Ya, naper?



Beli jagung kak?
(Ohh. Jual jagung rupanya. Di tangannya kiri kanan ada seplastik jagung tiap satu).


Jagung apa tu?



Sepuluh ringgit kak.


Jagung apa....


Jagung manis kak.




Berapa satu tu?


Sepuluh ringgit kak.


Okay la. Akak nak satu je. Beli banyak-banyak nanti takde orang nak makan.


Terima kasih kak.


Sama-sama. Ni dari mana ni?


Batu Talam kak?


Jauhnya. Baik-baik naik motor tu.
(Sempat lagi tu pesan. Haha).


Okay kak. Terima kasih kak.




The rest of the story, biarlah rahsia.  Yang penting, jagung dia besar gedabak dan isinya cantik.


p/s: Sesungguhnya, dalam rezeki kita, ada terselit rezeki untuk orang lain. Jangan kedekut dan jangan tamak. #Notetomyself. Moga jualan jagungnya habis terjual dan moga Allah limpahkan rezeki kepada mereka berdua yang jauh mencari rezeki. Aamiin.

Thursday, April 27, 2017

Tanam jagung manis lagi.

Assalamu'alaikum.

Tanam jagung manis lagi.

27/4/2017. 
Aku baru je selesai menanam anak pokok jagung manis ni ke dalam pasu. Sebelum tu, aku dah siap semai dulu dah benih jagung tu atas tisu yang dilembabkan. Jangan lupa untuk siram atau sembur setiap pagi dan petang setiap hari. Dalam anggaran masa lima hingga tujuh hari, benih jagung dah mula cambah dah. Masa semai bebih jagung ni, aku letakkan bekas berisi benih tu dalam kabinet bawah sinki. Sebab tu warna daun yang keluar tu kekuningan sebab tak dapat cahaya.




Kemudian, aku keluarkan bekas tu dan letakkan pula di atas sinki supaya dia dapat cahaya. Setiap hari aku sembur dengan air supaya anak pokok jagung ni kekal sihat. Warna daunpun dah mula jadi hijau muda. Alhamdulillah.





Dan bermulalah proses mengubah anak pokok jagung manis tadi dari bekas semaian ke dalam pasu. Kawasan keliling rumah dah bersimen. Tu yang tanam jagung dalam pasu. 





Aku letakkan tiga anak pokok jagung manis ni dalam satu pasu sebab pasu ni agak besar. Lagipun jika kita perhatikan, memang jagung ni ditanam secara rapat-rapat untuk memudahkan proses pendebungaan. Keseluruhannya, ada tujuhbelas anak pokok jagung manis ni. Mudah-mudahan semua anak pokok jagung manis ini membesar dengan sihat dan mengeluarkan buah yang elok-elok serta cukup sifat. Aamiin. 




Dan seperti sebelumnya, aku pagarkan pasu ni dengan lidi satay untuk mengelakkan kucing jadikan pasu ni sebagai jamban dorang. Siapa degil, habislah nanti bontot dia terkena cucuk dengan lidi satay tu. Haha.





Dan ini pula anak pokok cili kulai yang aku baru ubah hari tu. Aku pagarkan jugak dengan lidi satay. Maklumlah, kat rumah ni ada banyak kucing.




Habis dah benih jagung manis yang aku kirim kawan grup belikan di MAHA hari tu. Lepas ni, kenalah beli benih jagung yang baru pulak.


p/s: Aku memang sengaja letakkan entri ini dalam blog supaya senang aku cari untuk buat rujukan dan kira tempoh matang setiap pokok yang aku tanam. Nak buat label kat pokok, aku malas. Heh.

Tuesday, April 25, 2017

Jamu mata lagi. Jangan jemu dah la ya. Haha.

Assalamu'alaikum.

Jamu mata lagi. Jangan jemu dah la ya. Haha.

Sekarang ni, aku suka letak gambar pokok sayur dan pokok bunga aku kat blog aku ni. Daripada aku merapu buat entri yang bukan-bukan, baiklah aku kongsikan gambar hasil dari mini kebun aku yang sekangkang kucing kat rumah ni. Haha.


Jom jamu mata! Jika jemu, tak payah tengok la ya. Hahaha.


1- Pokok terung telur itik.





2- Pokok kambeh atau kambas.




3- Pokok kacang panjang merah.



4- Pokok halia.



5- Pokok durian belanda.










Sekejap tadi, aku baru je pindahkan anak-anak pokok cili kulai ke dalam pasu plastik yang aku baru beli kat kedai dua ringgit hari tu. Kat sini, pasu macam ni harga dia lebih dari dua ringgit. Mampu tengok je la. Ni mujur aku beli masa ke bandar hari tu. 








p/s: Letih buat kerja-kerja macam ni tapi apabila dapat hasilnya, hilang segala letih tu. 

Wednesday, March 22, 2017

Alhamdulillah. Dah dapat hasil dah.

Assalamu'alaikum.

Alhamdulillah. Dah dapat hasil dah. 

Alhamdulillah. Penat lelah menanam sayur, jagung dan pokok lainnya, sudah dapat hasilnya. Sukanya hati kita, wak. Hahaha. Biarpun hasilnya tidak seberapa, namun aku tetap berbangga kerana apa yang diusahakan berjaya mengeluarkan hasil. Syukur sangat-sangat.


Okay, meh la kita tengok gambar pulak. Mana la tau kot-kot gambar ni boleh menjadi pemangkin semangat pada orang lain untuk cuba menanam sayur dan pokok buah di keliling rumah. Mana yang baik tu, tak salah untuk dikongsikan. Tak gitu?


 ^
Kacang panjang merah ni dah beberapa kali aku petik hasilnya. Dapat la bagi sikit kat jiran sebelah menyebelah rumah. Sawi tu pun sama jugak.
v


 ^
Ni la jagung pertama yang aku petik hasil dari jagung yang ditanam dalam pasu hari tu. Satu je yang rongak. Alhamdulillah. Seminggu lepas petik jagung ni, aku petik lagi dua tongkol jagung tapi gambarnya takde.
v


 ^
Ni pula jagung dan kacang panjang merah yang aku petik semalam. Jagung tu ada seketul je. Makanya, aku bakar je atas dapur gas. Sedap. Hehe. Kacang panjang merah ni aku belum masak lagi. Nanti la aku goreng.
v


 ^
Ini pula buah durian belanda yang keempat kot yang aku petik. Kali ni buah durian belanda ni masak di tangkai. Alhamdulillah, selamat dari jadi mangsa rakusan sang tupai. Hehe.
v


Kecur liur tak tengok buah durian belanda ni? 


p/s: Betul la kata pepatah lama; Berbudi pada tanah, insyaAllah ada hasilnya. Makanya, marilah kita berbudi pada tanah di sekeliling kita sambil dapat menjimatkan belanja.

Thursday, January 12, 2017

Percubaan menanam jagung manis.

Assalamu'alaikum.

Percubaan menanam jagung manis.


Aku sekarang ni dalam mood berkebun. Ala, tanam jagung je dan tanam la sikit dua tiga jenis pokok sayur yang lain. Untuk kali ni, aku buat entri fasal tanam jagung manis dulu. Saja suka-suka je untuk terapi minda dan juga untuk cari pengalaman sendiri. Kononnya try and error la. 


Benih jagung manis ni aku kirim kat seorang rakan grup masa dia pergi MAHA 2016 yang lalu. Benih jagung manis dari MARDI. Satu peket benih tu harga dia RM2 sahaja. Murah, kan?




Gambar yang ini masa aku korek lubang kat belakang rumah pada 5/1/2017 yang lalu. Dah seminggu dah berlalu. Setiap lubang aku letakkan dua atau tiga biji benih. Tak berani nak letak sebiji je sebab takut nanti ada yang tak hidup.



 Yang putih tu adalah serbuk racun semut. Saja buat percubaan dengan harapan semut tak makan benih jagung tu. 


 ^
Aku pacakkan lidi satay di sekeliling lubang yang sudah dikambus. Tujuannya supaya kucing tidak membuang ke atas lubang tadi. Tips ni pun aku dapat daripada grup jugak. Sepatutnya kena rapatkan lagi jarak lidi satay tu tapi sebab lidi satay tu tak cukup, kenalah jarakkan sikit.
v

 Dapatlah korek sebelas lubang. Itupun sakit pinggang weii.. Nampak sangat dah tua. Hahaha.


Dan ini pula gambar pokok jagung yang baru aku ambil sekejap tadi. Benih jagung tu dah mula hidup dah. Dari sebelas lubang, tujuh lubang dah mula mengeluarkan pucuk. Macam-macam saiz ada. Haha.






Gambar kat bawah ni pula merupakan sepuluh buah pasu yang aku gunakan untuk semai benih jagung manis tadi. Yang ni aku mulakan menyemai pada 25/12/2016 yang lalu. 





Daripada sepuluh buah pasu, hanya ada lima pasu sahaja benih jagung tu hidup. Lagi lima pasu tu tak tau la kenapa benih tu tak hidup. Mungkin benih tu dah rosak agaknya.


^
Sekali tengok, macam pokok lalang je. Kurusnya la haihh.. Hahaha.
v


Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengeluarkan peluh dan juga untuk merehatkan minda. Ia juga merupakan satu terapi yang sangat murah. Tak perlu bayar mahal-mahal untuk tenangkan fikiran yang serabut.


p/s: Siapa yang selalu sangat stress tu, boleh la cuba bercakap dengan pokok. Sesekali, eloklah kita berbicara dengan alam sambil memuji kebesaran Allah. 

Sunday, December 18, 2016

Popcorn sebagai door gift.

Assalamu'alaikum.

Popcorn sebagai door gift.


Hari tu, pergi kenduri kawen anak jiran. Dapat la satu bekas popcorn ni. 





Bagus jugak bagi door gift macam ni. Takde la serabut nak sediakan goodies bag semua tu tapi isi kat dalam beg tu entah apa-apa. Baik bagi je popcorn ni. Senang nak susun. Senang nak pegang. Senang nak bawa balik. Senang nak ngap! Hahaha.




Siapa berminat nak order pop corn untuk majlis, boleh la cuba jenguk page Wanie Sweet PopCorn ni. 




p/s: Aku tak kenalpun dorang ni tapi saja la nak promot bisnes kecil dorang. Moga satu hari nanti, bisnes yang kecil ini akan menjadi besar. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)