Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kacang Buncis. Show all posts
Showing posts with label Kacang Buncis. Show all posts

Sunday, December 31, 2017

Kacang buncis: Tanam kali kedua.

Assalamu'alaikum.

Kacang buncis: Tanam kali kedua.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Ini merupakan kali kedua aku tanam pokok kacang buncis ni. Kali pertama tanam dulu, cuma dapat dua tiga biji je hasilnya. Lepas tu, pokok diapun mati sebab diserang semut dan bena.


Disebabkan biji benih kacang buncis tu masih ada lagi, akupun kuatkan semangat dan cuba lagi tanam. Alhamdulillah, kali ini banyak jugak buah dia. Kali ini jugak aku lebihkan jaga pokok ni. Asal nampak semut je, terus aku sembur dengan racun organik yang aku buat sendiri.









https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1744878218869610&set=a.576181099072667.1073741825.100000423451452&type=3&theater

 p/s: Cuba la. InsyaAllah, pokok tak lecur. Aku dah buat testimoni dah. Banyak kali dah aku buat. Yang penting, sukatan jangan overdose. Apa-apa bendapun, jika overdose, memang akan ada kesan sampingan yang memudaratkan. Jadi, kenalah ikut aturan ya. Heh.
.

Tuesday, November 28, 2017

Pokok kacang buncis.

Assalamu'alaikum.

Pokok kacang buncis.

Ini merupakan kali kedua aku tanam pokok kacang buncis ni. Kali pertama hari tu, pokoknya dah mati dah sebab kena serang dek bena/kuya dan juga siput babi. Dapat la merasa dalam lima urat (tangkai) kacang buncis tu. Jadi la. Haha.


Kali ini, aku tanam kat bahagian belakang rumah pulak. Tanam sekali dengan pokok cili besar. Kiranya ni tempat baru la. Harap takde la kena serang dengan bena/kuya tu lagi. Siput babi memang ada tapi setakat ni nampaknya dia belum lagi menyerang pokok kacang buncis tu. Tapi dia dah mula masuk dah dalam pasu yang ada anak pokok cili besar aku ni. Geram betul! Memang selamat la aku kerjakan. 




Gigih tu aku pergi tajak rumput kat kawasan belakang jamban ni. Lepas tu, lapik pulak dengan plastik untuk elakkan rumput tumbuh. Lepas tu, susun pulak batu-bata dan tin susu Ensure yang dah kosong tu untuk buat lapik pasu dengan harapan siput babi susah la nak panjat tapi dia tetap jugak dapat panjat pasu tu. Hahaha. 











Dalam botol kat gambar bawah ni, aku letakkan bancuhan cuka makan, air dan cecair pencuci pinggan. Sengaja aku sangkutkan kat pagar tu supaya senang aku nak sembur semut jika ada kat dalam pasu tu. Aku sembur semut dan serangga lain tu je. Jangan sembur kat daun atau mana-mana bahagian pokok. Takut nanti pokok tu lecur dan mati. Aku dah kena dah hari tu. Heh. sembur je kat pasu ataupun kat tanah dalam pasu tu. Masa sembur tu, hadang la sikit pangkal pokok tu dengan tapak tangan.





Persoalan aku sekarang ni adalah; masa bila kita nak letak baja buah tu ehh? Ke, tak perlu letak baja buah tu? Aku bab letak baja ni memang agak fail sikit la. Rasanya memang kena letak baja buah sebab pokok ni jenis berbuah, kan? Cuma masa untuk letak tu yang aku tak pasti. 


Gambar terkini. Baru je sekejap tadi aku ambil. Heh.


p/s: Setiap kali menanam sayur, aku memang tak sabar nak dapatkan hasilnya. Teruja melihat perkembangan pokok tu dari sehari ke sehari.

Sunday, October 8, 2017

Oh my kacang buncis!

Assalamu'alaikum

Oh my kacang buncis!


Pokok kacang buncis yang aku tanam hari tu, dah mula keluar buah dah. Alhamdulillah. Biarpun buahnya cuma sebiji dua, namun aku tetap bersyukur. Sekurang-kurangnya, pokok kacang buncis aku boleh berbuah. 






Daun pokok kacang buncis ni agak kesat sikit jika nak dibandingkan dengan daun pokok kacang panjang yang lebih lembut.




 Alahai, cinonetnya kamu..


^
Yang cinonet tadi sudahpun besar. Alhamdulillah.
v


Hampir dua bulan jugak masa yang diperlukan oleh pokok kacang buncis ni untuk keluarkan hasil. Tapi takpe, sebagai penanam, aku kena perbanyakkan sabar.


p/s: Seronoknya! Seronok sebab apa yang ditanam membuahkan hasil. Selama ini dok main beli je kacang buncis tu tapi apabila tanam sendiri, baru la puas hati. 

Tuesday, February 7, 2017

Menu sendiri. Sempoi je.

Assalamu'alaikum.

Menu sendiri. Sempoi je.



Sekarang ni jika memasak, aku pilih menu yang ringkas je. Selalunya menu yang main rebus-rebus je. Kali ni, aku buat menu sendiri tapi tak tau nak letak nama apa untuk menu aku ni. Haha.






Okay, ni dia resepi untuk menu sempoi aku ni. Walaupun sempoi tapi rasanya amatlah berbaloi. Rugi weii siapa tak nak cuba buat. Kehkehkeh.


Ayam potong kecil-kecil + dua batang serai dititik + satu labu bawang besar saiz sederhana dihiris + sebiji bawang putih diketuk + seinci halia dititik + secekak kacang boncis potong dua + sehiris perahan lemon dan ambil sekali kulit lemon tu + satu sudu makan sos tiram + satu sudu makan sos lada hitam + sedikit garam halus + air secukupnya untuk mereneh. Gaulkan semua bahan. Masukkan air dan kacau rata. Lepas tu, letak periuk/kuali atas api dapur. Gunakan api sederhana besar. Tutup periuk/kuali dengan tudung periuk. Sepuluh minit kemudian, buka tudung periuk dan kacau sebati. Tutup periuk lagi sekali dan masak lagi dalam anggaran masa 5-8 minit. Dah siap satu menu sempoi. Siapa suka pedas berapi, boleh la letakkan hirisan cili padi.



p/s: Okay, dah siap. Mudah je, kan? Cuba la buat naaa.. Ni kalau beli kat kedai, mau kena caj tujuh lapan ringgit sebungkus ni. Bukan seperiuk ya. Melampau la tu seperiuk tapi harga nak murah. Haha.


Friday, April 22, 2016

Sonang yo buek ehh!

Assalamu'alaikum.

Sonang yo buek ehh!


Nak memasak ni senang je. Pilih je menu yang simple, mudah dan sempoi. Apa yang penting, jangan cerewet macamlah tekak tu tekak orang kaya. Heh.


Ni antara menu aku yang paling sempoi. Dari zaman kerja dulu sampailah sekarang, menu ni la yang aku selalu buat. Walaupun nampak sempoi, tapi ia totap sodap! Ahaha.


Menu aku yang sempoi ni nama dia ikan kembung goreng buncis berkicap. Bantai je la nak letak nama apapun. Hehe. Sonang yo nak buek menu ni.


Mula-mula siang ikan kembung dan bersihkan macam biasa. Lepas tu lumur dengan garam dan serbuk kunyit. Gaul rata dan goreng. Dah masak, masukkan dalam bekas dan ketepikan sekejap. Aku ni peminat tegar ikan kembung. Hehe.





Lepas tu, dengan menggunakan minyak lebihan goreng ikan tadi, tumiskan bahan tumbuk iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan cili merah. Minyak tu jangan banyak sangat la ya. Apabila dah naik bau, masukkan pula hirisan bawang besar. Kemudian, masukkan dua sudu makan sos tiram. Kacau-kacau la sekejap biar sekata. Lepas tu, masukkan kacang buncis dan kacau rata. Akhir sekali, masukkan kicap manis dan kicap masin secukup rasa. Masak sampai kacang buncis tu masaklah. Haha. 


Apabila dah siap, curahkan aje sayur buncis tadi ke dalam bekas yang berisi ikan kembung goreng tadi. Dah siap satu menu. Sonang yo buek eh, kan? Kehkehkeh.





Walaupun menu ni ringkas dan sempoi je tapi jika kita malas memasak, tak menjadi jugak. Kiranya aku ni rajin jugak la memasak. Ahahaha.


p/s: Ada sesetengah orang tu, nak siang ikanpun tak reti. Malahan, ada yang geli nak siang ikan tu. Adeh, boleh pengsan aku dengan orang macam ni!

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)