Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, December 14, 2017

Turun naik di Goodreads.

Assalamu'alaikum.

Turun naik di Goodreads. 

Prestasi aku di Goodreads merudum jatuh. Semakin kurang buku yang aku baca. Apakah maksudnya itu? Akupun tidak tahu. Haha. 


 


  


 



 

 



p/s: Tahun depan entah macam mana pula grafnya. Harap boleh la up lagi tapi semuanya bergantung pada keadaan semasa jugak.

Saturday, December 9, 2017

Jom jamu mata!

Assalamu'alaikum.

Jom jamu mata! 

Sekarang ni, inilah kerja aku sehari-hari; pagi, tengah hari dan petang. Mesti nak jenguk dan belek pokok sayur aku ni. Mesti nak bercakap dengan dorang. Pelik? Tak la. Ini perkara normal apabila kita berkebun. Heh.


 









 






Dan semalam, aku semai pulak biji benih salad grand rapid ni. Ini merupakan percubaan pertama aku semai benih salad jenis yang ini. Harapnya benih bercambah dengan elok dan pokok salad tu sihat dan subur.






Aku kalau nak semai apa-apa biji benih, aku akan siram dulu tanah tu. Lepas tu, barulah aku buat lubang, masukkan biji benih dan kambus. Lepas tu tak payah siram dah untuk dua atau tiga hari. Letak bekas semaian kat tempat redup dulu. Kalau letak biji benih dulu, lepas tu baru siram, takut nanti biji benih tu hanyut ikut bawah bekas yang ada lubang tu. Biji benih dah halus. Kalau biji benih yang besar macam biji kacang panjang tu, takde masalah sangat.




p/s: Seronok apabila tengok pokok yang ditanam, dibelai dan dijaga mula menampakkan hasil. Alhamdulillah. Satu terapi untuk aku. 
 

Wednesday, December 6, 2017

Asparagus: Perkembangan terkini.

Assalamu'alaikum.
 
Asparagus: Perkembangan terkini.
 
Ini perkembangan terkini anak pokok asparagus yang aku semai hari tu. Alhamdulillah, dah ada benih yang cambah dah walaupun bukan semuanya. Baki yang belum cambah tu akupun tak tau bila dia nak cambah. Jika diikutkan, dah hampir sebulan dah aku semai biji benih asparagus ni. Aku mula semai biji benih asparagus ni pada 6/11/2017.


Ini gambar anak pokok asparagus aku yang diambil pada 28/11/2017. Masa mula-mula tengok anak benih asparagus ni dah cambah, dia punya gembira tu Allah je yang tau. Syukur sangat-sangat sebab penantian sudah berakhir. Haha.




 
 
Kat bawah ni pula, gambar anak pokok asparagus aku yang diambil pada 2/12/2017.
 
 



Ada juga beberapa anak pokok asparagus yang baru cambah. Berganda la keseronokan aku. Makin teruja dibuatnya. Haha.




Gambar asparagus di bawah ini pula aku ambil pada 5/12/2017. Dah mula nampak dah dia punya helaian daun. Seronoknya la haiihh..!





Harapan aku, sudah semestinya aku nak semua biji benih tu cambah. Barulah ada kepuasan membeli biji benih tu. Bukanlah bermaksud aku tidak bersyukur dengan benih yang dah cambah tu. Memang aku bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya aku berjaya melihat anak pokok asparagus depan mata sendiri. Sudah tentulah aku seronok sebab apa yang aku tanam berjaya cambah. Cuma, jika boleh, nak la semua tu cambah. Barulah betul-betul puas hati. Barulah seronok nak kongsi kat mana aku beli biji benih tu. Heh.

 
p/s: Mudah-mudahan anak pokok asparagus aku ni mampu bertahan dalam apa jua keadaan persekitaran. Aamiin.
 

Tuesday, December 5, 2017

Resepi kuih koci labu.

Assalamu'alaikum.
 
Resepi kuih koci labu.
 
Alhamdulillah. Sekali lagi aku buat kuih koci labu ni. Kali ni aku buat seorang diri. Hari cuti maulidur rasul hari tu, buat sama-sama dengan kakak dan anak buah. La ni depa dah balik. Kenalah aku buat sorang-sorang. :D
 
 
Sebenarnya, ada baki labu dalam suku buah kat dalam peti sejuk. Inti kelapa dengan dia punya batter pun ada lagi sikit. Malah daun pisang yang dah siap berlayurpun ada lagi bakinya. Jadi, daripada biarkan semua tu terbuang, baiklah aku buat kuih koci tu. Syukurlah mood aku tengah baik. Maka, rajin la pi dapur main masak-masak.
 
 
 Kupas labu, bersihkan, potong kecil-kecil dan rebus sehingga empuk. Toskan dan lenyek. Tos lama sikit supaya air tu habis menitis.
 
 
 Inti kelapa. Boleh search cara nak buat inti kelapa tu.
 
 
 Bancuhan untuk batter. Masak pati santan bersama dengan sedikit garam dan tepung jagung. Bancuh dulu dan kacau atas dapur sehingga sedikit pekat. Batter ni untuk menggantikan minyak. Jika guna batter ni, tak payah dah sapu daun pisang dengan minyak.
 
 
 Daun pisang yang telah dilayur. Gunakan bahagian bawah daun pisang tersebut.
 
 
 ^
Campurkan tepung pulut ke dalam labu yang telah dilenyek. Adun macam kita buat kuih buah Melaka. Tambah dua atau tiga sudu makan tepung gandum. Takde la nanti kuih koci kita tu keras.
v

Jika nak cepat, buat dulu bulat-bulat kecil ni sampai adunan habis. Lepas tu, barulah letak inti kelapa di dalamnya. Dan terus la sapukan batter pada daun pisang.
v


 Susun rapat-rapat dalam pengkukus dan kukuslah sehingga kuih koci masak. Anggaran masa mengukus adalah antara 20-25 minit. Tapi jika awal-awal lagi dah panaskan air kukusan, mungkin dalam masa 15-20 minit je masa yang diperlukan bergantung pada api dapur masing-masing.
 
 
 ^
Dah siap! Alhamdulillah. Lembut je kuih koci aku ni. Heh.
v

 
 
p/s: Jika rajin, pasti ada ganjarannya. InsyaAllah. So, jom la kita main masak-masak. Haha.
 



Monday, December 4, 2017

Mari kita memunggah!

Assalamu'alaikum. 
 
Mari kita memunggah!
 
Hamboi! Punggah apa tu? Punggah barang nak pindah ke? Eh, tak la. Nak pindah ke mana pulak. Dah sini je rumah yang aku ada. Duduk aje la kat sini. Haha.

 
Hari Jumaat lepas, kakak aku satu family ada balik sini. So, keesokan harinya, aku ajak la kakak aku dan dua orang anak dia tolong aku punggah halia dan kunyit yang aku tanam dalam pasu dan polybag. Halia tu aku tanam dalam pasu besar dan kunyit tu dalam polybag saiz sederhana.


Sebelum tu, aku minta tolong anak buah bujang ni punggah pasu bekas aku tanam pokok bunga kobis hari tu. Dah habis tuai dah bunga kobis tu. Tinggal lagi dua pasu je lagi.
 






Lepas tu, barulah mulakan operasai memunggah halia dan kunyit. Bab memunggah ni memang aku angkat tangan mengaku kalah. Tak larat sangat dah kudrat ni tapi kalau takde siapa aku nak minta tolong, aku gagahkan jugak la badan ni buat kerja memunggah tu.




 



 


Dan inilah hasilnya kunyit dan halia yang dipunggah tu. Kunyit yang masih ada batang tu, kakak aku dah bawak balik ke Labis. Dia kata nak tanam kat pejabat dia. Okay la tu sebab akupun dah malas dah nak tanam kunyit ni. Lagipun dah ada serumpun kunyit yang aku tanam atas tanah. Elok merimbun kunyit tu. Tanam banyak-banyakpun bukannya aku guna sangat. Sesekali je aku ambil daun dia untuk bakar ikan.
 
 
 
 
 
Lepas ni berhenti sekejap beli halia. Tanam halia dalam pasu besar, hasilnya isi haliapun besar-besar jugak. Macam isi halia yang dibeli di pasar tu. Puas hati sungguh dapat isi halia besar macam ni. Tak macam isi kunyit tu. Kecil-kecil je sebab tanam dalam polybag sederhana. Halia tu aku bagi sikit kat kakak dan adik ipar. Sama-sama berbagi rezeki.
 
 
 
 
Alhamdulillah. Inilah untungnya berbakti pada tanah. Bakti disemai, bukti dituai. Begitulah kaedahnya. Heh.
 
 
p/s: Entri ini aku tulis dengan menggunakan browse Internet Explorer. Agak susah sikit nak guna IE ni sebab aku biasa gunakan Google Chrome tapi disebabkan GC aku tu ada masalah, maka terpaksalah tukar kepada IE. Kalau aku guna GC, nanti laptop aku akan 'hang' dan lepas tu terpaksalah aku off-kan sekejap. Letih!
 



Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)