Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255
Suka sangat letak gambar yang ada di kebun mini dalam blog. Blog sendiri, kan? Bukannya kena minta izin sesiapapun. Heh.
Yang suka tengok gambar macam ni, jom la tengok sama-sama. Yang tak suka tengok, jangan la tengok. Haha.
Update:
Pokok kunyit aku dah keluarkan bunga dia. Gambar ni aku ambil pada 23/3/2018 hari tu. Ramai yang kata bunga kunyit ni sedap dibuat ulam. Akupun cuba la makan. Memang sedap sebab dia macam ada rasa manis sikit kat kelopak bunga tu. Kalau la aku tau rasanya sedap, aku biarkan semua keluar bunga dulu, baru la aku petik. Haha.
Hasil dari kebun mini aku jugak ni. Alhamdulillah.
p/s: Habis dah gambarnya. Nanti kalau aku rajin, aku ambil lagi gambar dan aku masukkan lagi dalam blog aku ni. Haha.
Akupun cuba la buat. Biasa la, mesti nak jugak buat. Haha. Tapi aku ni jenis malas nak tadah air hujan. Lepas tu, mana la aku nak cekau air perigi air telaga semua tu. Sudahnya, aku guna je air paip. Pun malas jugak nak biarkan klorin tu mendap. Terus je isi air paip dalam botol, lepas tu baru carik-carikkan roti dan tutup botol. Tunggu je la sampai roti tu larut.
Aku gunakan sekeping setengah roti untuk botol 1.5L. Kalau botol tu 2L, aku gunakan dua keping roti. Dan kalau botol minyak masak yang 5L tu, aku gunakan lima keping roti. Masa siram, sebotol tu aku siram untuk beberapa pasu pokok sayur berdaun atau tanam berbuah. Kongsi-kongsi la sama. Jangan tamak nak makan sorang baja tu. Heh.
Mula-mula nak siram tu, ada jugak rasa cuak. Takut jika pokok yang disiram dengan air baja roti ni mati. Tapi tawakkal je la pada Allah. Alhamdulillah, setelah beberapa kali siram, aku tengok ada perubahan terutama sekali pada pokok lemon yang aku tanam dalam pasu. Daun semakin subur dan merimbun dan banyak pucuk baru yang keluar. Begitu jugak dengan pokok asparagus aku. Dah banyak keluar spike. Seronok tengok.
Tapi tidak la selalu aku gunakan air baja roti ni. Jika ada stok roti expired, barulah aku buat baja tu tapi selalunya roti licin je. Hehehe.
p/s: Guna baja roti ni lagi bagus. Tanaman terhindar dari bahan kimia.
Tengah hari tadi, aku masak kurma ayam berencahkan kentang. Ehh, aku masak dalam pukul 3 petang. Haha. Tengah hari aku tak masak sebab lauk kari ikan tongkol masih ada lagi. Tu yang masak kurma ayam ni waktu petang sebab adik aku nak balik ke Shah Alam petang tu. Masak lambat sikit, takde la risau lauk tu cepat basi.
Macam biasa, aku tengok resepi kat belakang peket rempah kurma tu. Haha. Cuma aku tambah kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih sikit.
p/s: Alhamdulillah. Sedap hingga menambah nasi. Macam mana la badan tak makin kembang. 😂😂😂
Jiran offer buah belimbing buluh kat rumah dia. Dia malas nak buat sambal hitam. Makanya, akupun pergi la ambil sendiri di pokok. Jiran tu bantu jugak petikmana-mana buah di dahan yang rendah. Aku kata cukup la ni tapi jiran kata ambil la lagi. Nanti kalau gugur, membazir je. Alhamdulillah. Terima kasih jiran.
Balik je ke rumah, terus aku proses belimbing buluh tu. Nanti kalau biar atau tangguh-tangguh, takut tak menjadi pulak sambal hitam aku tu. Haha.
Tabur garam kasar sikit dan teruskan merebus tanpa air.
Air rebusan belimbing buluh ni aku ceduk keluar separuh dari kuali sebab air dia banyak sangat. Jenuh la kalau nak tunggu semua air tu sejat. Mau habis satu tong gas. Haha. Ada orang kata, air rebusan tu boleh digunakan untuk buat air asam. Kena simpan dalam peti sejuk la. Nak buat air asam tu, baru ambil sikit air rebusan tadi. Aku tak pernah buat. Siapa nak cuba, boleh la buat.
Daripada hampir satu kuali besar tadi, dapat banyak ni je sambal hitamnya. Dari pukul sepuluh pagi, sampai pukul 3 petang aku mengisahkan sambal hitam ni. Mana la kaki aku tak berdenyut-denyut.
Aku sekadar buat sikit je sambal hitam ni. Selebihnya tu, aku simpan je stok belimbing buluh rebus tu. Nanti jika teringin nak makan sambal hitam, boleh la buat bila-bila masa. Bahan asas dah ada, senang la sikit. Untuk resepi sambal hitam versi aku ni, aku gunakan lebih kurang satu mangkuk besar ikan bilis, dua senduk cili padi kisar dan tiga labu bawang besar dan tambah lagi dua ulas bawang merah. Aku kisar sekali ikan bilis dengan bawang. Kisar dengan minyak masak. Jadinya, masa menumis tu, aku gunakan sedikit je minyak masak.
Aku tumis je semua bahan kisar tu sekali harung. Lepas naik bau, aku masukkan belimbing buluh rebus tadi. Masak la sampai ia menjadi kehitaman dan garing sedikit.
Toskan sambal hitam yang dah siap untuk elakkan minyak berkumpul. Dah siap sambal hitam aku ni. Dapat la bagi kat jiran tuan punya belimbing buluh tu satu bekas sebab jiran tu kata dia tak nak belimbing buluh rebus. Dia nak sambal hitam yang dah jadi. Hehe. Takpe mak cik, memang aku bagi punya la. Bak kata pepatah lama: Orang berbudi, kita berbahasa. Orang memberi, kita sama-sama merasa. Alhamdulillah.
Kat rumah aku, ada je pokok belimbing buluh ni tapi dah bertahun-tahun dia tak berbuah. Akhir sekali dia berbuah cuma tiga biji je. Nak kena hukum pancung agaknya. Haha.
p/s: Kesimpulannya, jangan kedekut untuk offer belimbing buluh pada jiran tetangga. Hehe. Sebab ada je orang yang sanggup biarkan belimbing buluh dia jatuh membusuk daripada bagi kat jiran tetangga.
Makanya, pagi ini, akupun cuba la buat. Kebetulan, semua bahan dah sedia ada termasuk anak pokok kacang panjang renek yang dah cambah dah. Botol dan tanahpun ada. So, apa lagi. Proceed je la tanpa halangan. Hehe.
Sebaiknya, cat dulu botol ni untuk elakkan akar pokok terkena sinaran matahari tapi aku malas pulak nak cat padahal cat dan berus dah ada dah. Yang takde cuma thinner je. Tu yang jadi malas nak mengecat. Heh. Lagi satu, rasanya tak perlu buat banyak sangat lubang pada botol sebab nanti masa siram, air tu akan bawa tanah keluar ikut lubang tu. Tapi disebabkan botol ni memang dah ada, maka aku gunakan sahaja la.
Aku gunakan garfu besi untuk umpil anak pokok kacang panjang renek tu. Sambil umpil, sambil pegang tanah tu. Lepas tu, terus je kepal tanah tu untuk elakkan tanah terbarai.
Lepas tu, sambil kepal tanah tadi, sambil masukkan anak pokok ke dalam botol yang sudah dipotong dua. Tolak dan tarik perlahan-lahan daun dia keluar dari muncung botol tu.
Kemudian, boleh la penuhkan tanah atau medium yang kita nak gunakan. Aku gunakan tanah organik yang beli dari nurseri tu je.
Dan, akhir sekali, boleh la gantungkan botol tadi mengikut kreativiti masing-masing. Aku gunakan jaring kipas yang dah rosak ni. Aku tutup atas botol dengan jaring untuk elakkan tanah berterabur masa disiram. Kebetulan, jaring tu memang dah ada. Aku gunakan aje la. Kalau jaring tu takde, aku biarkan aje botol tu terdedah. Tak rajin pulak aku nak pergi beli jaring. Haha.
Tak salah untuk mencuba dan aku ni memang jenis yang suka mencuba. Tak cuba, tak tahu, kan? Siapa yang takde ruang untuk menanam, boleh la cuba guna kaedah ini. Aku gunakan kacang panjang renek sebab pokok ni tak besar dan tak tinggi. Sesuai la pulak dengan nama dia yang renek tu, kan? Haha. Kita tengok dulu macam mana kejadiannya nanti. Harapnya, elok la pokok ni hidup dan berbuah. Dah terbayang dah buah kacang panjang tu berjurai-jurai ke bawah. Dah berangan dah nak petik. Hahaha.
p/s: Lebih baik mencuba dari tidak mencuba langsung tetapi tahu mengata sahaja. Ehh...! 🤭🤭🤭
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)