Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, April 6, 2018

Apabila ulat bulu naik daun..!

Assalamu'alaikum.

Apabila ulat bulu naik daun..!

Ulat bulu kalau dah naik atas daun, memang habis la daun tu dia kerjakan. Takkan la kita nak biar je, kan? Dah la ulat bulu tu besar. Kalau biarkan, nanti dia beranak pinak.




Kalau dah namanya perosak, takkan nak biarkan aje. Kang tak memasal kita pulak yang jadi mangsanya. Jadi, sebelum dia bermaharaja lela, baiklah kita hapuskan dia dengan segera.


Contoh perosak paling mudah adalah mereka yang menjadi orang ketiga yang menjadi punca runtuhnya sesebuah organisasi rumah tangga. Orang yang jadi mangsa tu, takkan nak tengok aje? Paling tidakpun, kena bersuara jugak untuk lahirkan ketidakpuasan hati. Mana boleh main tengok dan diam je. Makin kena tindas la jawabnya. Makin seronok la orang ketiga tu tepuk tangan. 


p/s: Ada ketikanya, kita memang kena bertindak kejam. 
.

Dah lama tak jahit beg.

Assalamu'alaikum.

Dah lama tak jahit beg.

Iya. Lama sungguh aku tak buat dan jahit beg dari kain ni. Bertahun jugak rasanya. Disebabkan aku takde beg untuk pergi rombongan ke Felda Kumai hari tu, maka akupun terus je selongkar storage box aku untuk cari kain beg yang telah berkurun aku potong.


Mula-mula tu, aku cuma jahit satu beg je iaitu yang kain hitam ni.








Lepas tu, sambung pulak jahit beg kain pink ni pulak. Haha. 







Lepas tu, sambung lagi jahit beg peten lain pulak. 😱😱😱 Maklum la, kain memang dah sedia ada. Dah siap berpotong pulak tu. Akupun apa lagi, proceed je la. Haha.






Ingatkan dah selesai dah jahit beg ni. Rupanya, sambung lagi buat beg kecil pulak. 😂😂😂 Kali ni jahit beg ala-ala handbag pun ya jugak. Ala-ala sling bag pun boleh la. Tak kisah la apa nama dia. Janji aku dah boleh guna dah beg aku ni. Aku gunakan dua-dua beg warna hitam tu. Kiranya beg cap ibu dan anak la. Kehkehkeh.




 Minyak angin tu yang penting tu. Haha.




Ada sekeping lagi kain yang warna hitam tu untuk dijahit. Mungkin aku buat beg yang simple je macam tote bag. Boleh la guna kalau pergi merewang. 🤭🤭🤭


Kalau tak pergi rombongan, memang sampai sudah la kain tu tersimpan dalam storage box tu. Gamaknya, sampai mereput la kain tu kat situ. Haha.


p/s: Orang lain, beli beg berjenama yang harga ribu riban. Aku? Guna aje beg yang dijahit sendiri. Takde la bodoh sangat aku nak berhabis duit semata-mata nak beli beg mahal. Nak tunjuk kat siapa?
.

Tuesday, April 3, 2018

Catatan rombongan ke Felda Kumai.

Assalamu'alaikum.

Catatan rombongan ke Felda Kumai.

Hari Isnin baru ni iaitu pada 2/4/2018, aku menyertai satu rombongan ke Felda Kumai, Bera. Ada program bersama Perdana Menteri iaitu program Rumah Mesra Rakyat - Felda. Kiranya, kami dari Wilayah Mempaga ni datang untuk memeriahkan majlis dan memberi sokongan sesama warga Felda.


Kami berkumpul pada pukul 3.30 pagi di hadapan masjid di tempat kami. Tunggu punya tunggu, tunggu bas dan tunggu ahli yang lain sampai, pukul 4.35 pagi barulah bas bertolak. Sepatutnya ada tiga buah bas yang mewakili setiap gugusan Felda di sini tapi disebabkan satu bas tu rosak, maka dua buah bas sahaja yang bertolak. Penumpang untuk bas yang rosak tu diagih-agihkan kepada dua buah bas yang ada. Mujurlah bas untuk gugusan aku ni penumpangnya tak ramai. Lagipun program dibuat masa hari sekolah. Jadinya, ibu bapa yang ada anak bersekolah tu tak dapat la nak ikut sama.




Kami sampai di Felda Kumai dalam pukul 8 pagi. Tapi sebab jalan nak masuk ke tempat program tu berlangsung agak sesak, maka pukul 8.30 pagi barulah sampai ke dewan orang ramai untuk sarapan dahulu. Itupun terpaksa jalan kaki sebab bas tak boleh masuk sampai ke tempat majlis berjalan. Program ni sekejap je. Pukul 11 pagi dah selesai dah tapi kitorang dapat naik bas untuk balik dalam pukul 12.20 tengah hari. Punya la lama tunggu bas sebab jalan sempit dan sesak. Maklum la, jalan masuk ke kawasan perumahan Felda ni agak sempit dan tak sekata.


Kami berhenti makan tengah hari di Restoran Anjung Seri, Bera. Aku makan nasi berlaukkan kari ikan tenggiri, telur masin sebelah dan air kosong. Harga untuk semua tu RM9. Lepas tu, aku bungkus pula ikan patin masak tempoyak bahagian ekor satu ketul. Harganya RM13. Aku belikan untuk abang aku kat rumah tu. Kiranya, adalah ole-ole yang aku bawa balik dari rombongan ni. Haha. 


Masa kat Felda Kumai tu aku tak beli apa-apapun. Nak berjalan banyakpun malas sebab perut tak berapa okay. Lepas tu, asyik nak buang air kecil je. Dah la tandas awamnya berderet orang menunggu giliran. Rasa nak pitam tunggu giliran sampai. Tandas bergerak kat padang awam tu pulak takde air..! Macam tu rupanya keadaan dalam tandas bergerak. Pertama kali aku tengok dan jenguk. Memang takde la aku nak masuk di lain kali. Heh.


Perjalanan pergi dan balik je makan masa hampir 9 jam tapi aku tak rasa penatpun duduk dalam bas lama-lama sebab bas selesa. Lagipun, aku duduk sorang-sorang. Haha. Itupun pemandu tu bawak laju jugak bas tu masa pergi. Maklum la, kereta takde sangat. Orang lain sedap je tidur tapi aku tak boleh nak lelapkan mata. Sudahnya, masa masuk kawasan tepi sungai Bera tu, aku nampak dataran memutih je. Memang masa tu aku tak pasti apa. Aku ingatkan laut. Masa bila pulak Bera ada laut, kan? Hahaha. Masa balik tu la baru aku tau itu adalah sungai. Besar sungguh sungai dia tapi sayang, airnya keruh. Mungkin lepas hujan kot.




Mujur jugak ada program macam ni. Dapat jugak aku tengok tempat orang secara percuma. Kalau takde program macam ni, takde rombongan macam ni, memang aku tak lepas ke mana-mana la gamaknya. Takkan nak pergi sesaje tanpa urusan, kan? Jika bukan warga Felda sendiri yang memberi sokongan terhadap program macam ini, siapa lagi yang nak diharapkan? Jadinya, jauh ke, dekat ke, jika ada peluang, pergi aje la. Hari tu aku dah pergi ke Felda Lurah Bilut. Lepas ni, nak masuk Felda mana pulak agaknya ya? 


Mana-mana Feldapun, harapnya dapat la buat tandas awam lebih sikit di padang awam sebab biasanya padang awam ni la yang akan berlangsungnya banyak program besar. Janganlah setakat ada cuma sebuah dua tandas je. Kesian oii orang yang datang dari jauh ni. Buat tandas kekal, bukannya gunakan tandas bergerak tu. Buka tandas tu apabila ada program besar je kat padang tu. Jika takde program besar, tak payah la buka. Guna aje tandas yang sedia ada. Ini sekadar pendapat aku je. Pengalaman pergi ke dua buah Felda ni betul-betul menakutkan aku untuk minum air dan makan berlebihan. Itupun tak mampu jugak untuk menahan diri dari pergi mencari tandas. Haha.


p/s: Jauh perjalanan, luas pemandangan. Betul la tu.
.

Saturday, March 31, 2018

Jom tanam pokok betik!

Assalamu'alaikum.

Jom tanam pokok betik!

Letih dok cangkul tanah nak tanam anak pokok betik ni. Semai biji betik dalam pasu kecil. Dah tak tau nak tanam kat mana. Sudahnya, main tanam je la haiihh.. Letih dok fikir sampai dah besar dah anak pokok betik tu. Haha.




Tanah kat gambar bawah ni banyak batu. Puas aku dok cangkul. Asal cangkul je, terkena batu. Letih berganda-ganda dibuatnya. Peluhpun laju je menitis. Kalau aku tak kuat semangat, memang aku tinggalkan aje anak pokok betik tu tak bertanam. Syukurlah aku tak buat kerja separuh jalan. Sebab fikir nak makan buahnya nanti, tu yang gigih aku cangkul jugak tanah keras tu.




Yang sepokok kat bawah ni, aku dah tanam hari tu. Alhamdulillah, nampak elok dah pokok tu naik. Aku tanam dua pokok tapi sepokok ni je yang hidup.




Mudah-mudahan, semua pokok betik aku ni hidup subur dan mengeluarkan buah yang banyak, manis dan sedap. Janganlah jadi pokok jantan lagi. Penat aku dok tebang pokok betik jantan je.


p/s: Kita dah usaha tanam. Selebihnya, tawakkal je la pada Allah.
.

Wednesday, March 21, 2018

Menu untuk hari ini.

Assalamu'alaikum.

Menu untuk hari ini.

Orang kampung macam aku ni, menunya sempoi je. Asal boleh makan, dah syukur sangat dah. Yang penting, perut terisi dan kenyang. Alhamdulillah.



 Baki lauk malam tadi. Panaskan je. Dah boleh makan. Jangan membazir.


 Goreng kobis bulat bersama kucai. Hasil dari kebun mini aku sebelah dapur.




Petangnya pula, aku buat kuih koci ni. Kebetulan malam tadi dah buat inti kelapa. Rajin pulak hari ni aku mengukus kuih ni. Selalunya aku memang malas nak buat kuih yang kena bungkus macam ni. Mungkin sebab pagi tu aku kemaskan kawasan belakang rumah dan buang daun pisang yang dah layu. Terus la aku ambil dua pelepah daun pisang tu.




Cuaca panas. Kelapa muda ada tergolek kat tepi pangkin. Makanya, akupun apa lagi. Gigih tu pergi belah kelapa tu. Hehe. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tak gitu?



 ^
Berhingus macam ni yang sedap ni. Haha.
v



p/s: Makan seadanya. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum keluar bunyi burppp burppp burppp sepuluh kali. Hehe.
.

Monday, March 19, 2018

Pau atau roti kukus?

Assalamu'alaikum.

Pau atau roti kukus?

Sebenarnya aku nak cuba buat pau walaupun tepung pau takde. Tak pernahpun beli tepung pau ni. Hehe. Dalam pada tu, berkira-kira jugak nak jadikan dia roti. Tapi mungkin sebab rasa nak mengukus tu lagi kuat, maka secara kebetulan, letrik takde la pulak. Haha. Maka, jadilah dia pau. Sedap jugak. Lain kali kita kukus je la. Jimat letrik. 🤭🤭🤭
















Esoknya, aku buat lagi sekali. Sementelah anak-anak buah ada balik sempena cuti sekolah ni, tu yang aku buat tu. Kali ni aku letak inti kelapa dan inti coklat chip. Sukatan bahan untuk pau aka roti kukus aku ni aku main hentam je. Aku adun macam nak buat roti. Cumanya, aku tambah sikit baking powder.







Makan masa baru lepas masak ni sedap la sebab dia lembut dan gebu. Tapi kalau nak makan untuk esoknya, kena la kukus balik semula. Sebab tu kalau tengok orang jual pau, kita akan nampak pau tu sentiada dalam pengukus yang dipanaskan.


p/s: Alhamdulillah. Habis semuanya. Takde la membazir. Untung buat sendiri. Kalau nak beli, sebiji besar tu mau dua ringgit harga dia.
.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)