Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Keledek. Show all posts
Showing posts with label Keledek. Show all posts

Sunday, October 25, 2020

Korek keledek ungu isi oren.

 Assalamu'alaikum.

Korek keledek ungu isi oren.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Akhirnya, dapat juga aku merasa keledek ungu yang aku tanam di dalam pasu ni. Seronoknya la haihh.. 












Ini keledek putih. Ada sepasu ni je.


Aku ada kongsikan di grup kebun bandar. Sila klik.


Aku ada kongsikan cara aku tanam keledek ungu ni dalam entri yang ini. Sila klik.


Boleh tengok perkongsian video dari saudara Izham Alias di sini. Klik.


p/s: Okay, ini je untuk kali ini. 

.

Sunday, July 12, 2020

Cara aku tanam keledek ungu isi oren.

Assalamu'alaikum.

Cara aku tanam keledek ungu isi oren.

Kalau dulu, aku main cucuk je batang keledak tu ke dalam tanah tapi sekarang, aku rendam dulu batang keledek tu. Apabila dah keluar akar yang agak banyak, barulah aku tanam dalam pasu.







Kalau dulu, batang keledek tu aku tanam je panjang-panjang dengan harapan setiap ruas akar tu akan keluarkan ubi. Tapi selalunya, aku punya keledek, ubi tu keluar hanya pada batang yang dicucuk sahaja. Tapi sekarang, aku tanam batang keledek tu pendek-pendek je.





Alhamdulillah, pokok keledek ungu isi oren aku ni dah mula subur dah. Ada dua pasu besar yang aku tanam dengan keledek ni. Setiap pasu tu aku cucukkan dengan empat keratan batang keledek. Harapnya, banyaklah nanti ubi dia. 





Aku tak pasti keledek ungu isi oren ni ambil masa berapa lama untuk keluarkan isi dia. Ada yang kata tiga hingga empat bulan dan ada pulak yang kata empat hingga lima enam bulan. Katanya, bergantung pada jenis keledek jugak. 


p/s: Takpe. Tunggu dan lihat aje la nanti. Semoga Allah panjangkan umur aku dan juga umur pokok keledek aku ni untuk aku lihat dan nikmati hasilnya. Aamiin.
.

Thursday, February 6, 2020

Ada juga hasilnya walaupun..

Assalamu'alaikum.

Ada juga hasilnya walaupun..


Alhamdulillah. Ada juga hasilnya keledek yang aku tanam dalam pasu ni walaupun seco'et je. Jadi la tu. Boleh juga aku rebus dan makan. 😃😃😃 Berat dalam 450 gram. Jadi la tu. Ada jugak hasilnya daripada tanam lalang yang takde hasil. 😁😁😁 Cukup la untuk aku makan sorang. Rebuspun sodap...! Haha.





Ada dua pasu besar yang aku tanam keledek. Satu pasu lagi tu aku tak bongkar lagi isinya. Nanti la sehari dua lagi aku bongkar yang tu pulak. Yang aku dah bongkar ni, aku tanam balik dia punya keratan batang. Harapnya menjadi la nanti ubi keledek ni. Aku ni pun bukannya pandai sangat tanam keledek ni. Main hentam je cucuk batang dia tu.





p/s: Daripada buang masa dengan membawang, baiklah gunakan masa tu untuk tanam keledek. 😉😉😉
.

Thursday, January 3, 2019

Kemas kini kebun mini.

Assalamu'alaikum.

Kemas kini kebun mini.

Hari ini, aku agak sibuk sedikit. Pagi sampai pukul dua petang, aku dok kemaskan kebun mini aku ni. Itupun belum selesai lagi mengemas. Kena sambung esok pula. InsyaAllah.


Aku punggah pokok keledek yang aku tanam dalam pasu hari tu. Ingat nak tanam pokok lain pula. Tengah dok fikir nak tanam pokok apa. Rasanya nak tanam jagung manis sebab benih dia ada lagi. Janganlah benih tu rosak. Rugi je nanti.





Lepas punggah keledek, aku punggah pula bayam brazil, halia dan pegaga nyonya. Aku keluarkan dari pasu dan letak atas tanah. Aku nak guna pasu panjang tu sebab nak tanam sawi pula.









Kemudian, ubah pula kedudukan pasu yang ada pokok limau kasturi ni. Pokok ni aku baru tukar pasu dan tukar sekali tanah dia. Pasu lama tu terlampau besar dan tanah dia pula tak serap air. Tu yang buatkan pokok limau tu terencat. Harapnya lepas ni dia subur balik semula la. Sayang pokok ni sebab dah lama dah mak aku tanam dalam pasu tu.




Pinggang dah mula rasa sakit dah ni tapi kerja memunggah pasu tak selesai lagi. Macam mana ni? Jadi, akupun minta la tolong abang aku untuk ubah pasu besar yang aku tanam asparagus tu ke tempat lain. Tempat lama ni dah nampak sesak sangat. Lagipun pokok asparagus tu semakin merimbun. Kesian pula kat dia sebab susah nak bernafas. Ehh..! 




Letak pasu asparagus kat sini pula. Harap dorang serasi di tempat baharu. Harap dorang rajin keluarkan rebung dan rajin juga keluarkan bunga betina. Selama ni asyik keluar bunga jantan je. Kalau ada bunga betina, boleh juga buat benih. Boleh juga biakkan lagi pokok asparagus ni. 






Botol minyak Saji ni pula, aku dah siap cuci dah semalam. Aku sidai sebab nak bagi dia kering. Nanti aku nak sapu cat kat luar botol tu. Ada la projek yang aku nak buat nanti. Heh.




Dan inilah hasil keledek yang aku tanam dalam pasu tu. Comel je dia punya isi. Jadi la. Dapat juga buat taik gigi. Hahaha.





Petangnya pula, aku restock pes sambal frozen sebab stok dah licin dah. Kuat pula aku menyambal kali ni. Heh. Dah ada pes frozen, kerja jadi mudah maaa.. Haha.


p/s: Hari yang meletihkan tapi berbaloi. Alhamdulillah.
.

Saturday, October 13, 2018

Masak lemak putih pucuk labu dan keledek.

Assalamuálaikum.

Masak lemak putih pucuk labu dan keledek.


Pucuk labu ni, jiran yang bagi. Dah seminggu duduk dalam peti sejuk. Mujurlah masih elok lagi. Kata jiran, jika takde buah labu, boleh je gu-kan dengan keledek. Lagipun aku takut nak makan labu sebab takut badan aku masuk angin lagi macam hari tu. Makan tiga minggu jugak nak bagi baik tapak kaki aku yang bengkak masuk angin tu. 😭😭😭


Image may contain: 2 people, plant


Maka, akupun korek la keledek yang aku tanam dalam pasu. Dapat la beberapa ketul. Jadi la tu. Dan, bermulalah sessi masak lemak putih pucuk labu dan keledek ni. Pertama kali jugak aku masak menu macam ni. 🤭🤭🤭


Image may contain: plant and food


Sebelum tu, aku tanya dulu Omak aku macam mana nak masak lemak pucuk labu ni. Tau sebenarnya tapi saja la nakkan lebih penjelasan. 


Pucuk labu tu, kena buang dulu urat pada daun dia. Orang Negeri Sembilan cakap, klenset an ughek ehh. Lepas tu, letak pucuk labu tu pada tapak tangan dan gosok-gosokkan daun tu guna dua tapak tangan. Kiranya nanti daun tu macam bergulung la kesan dari kena gosok tadi. Tujuannya adalah untuk buang bulu-bulu pada daun labu tu. Keledek tu pulak, kena rebus dulu sampai empuk. Jangan terlampau lembik pulak.


Image may contain: food
^
Ni bahan yang digunakan dalam pembuatan masak lemak pucuk labu dan keledek ni. Masakkan kuahnya dahulu. 
v
Image may contain: drink, food and indoor


Image may contain: drink, food and indoor
^
Kuah dah mendidih, masukkan ubi keledek rebus. Kacau sekejap dalam tiga empat minit, masukkan pula pucuk/daun labu tadi. Masukkan garam kasar secukup rasa.
v
Image may contain: plant and indoor


Okay, dah siap..! Aku bagi semangkuk kat jiran yang bagi pucuk labu tu. Apa salahnya berbahagi rezeki, kan?


Image may contain: drink and food


p/s: Alhamdulillah. Licin periuk. 🤗🤗🤗
.

Saturday, November 11, 2017

Cara mudah tanam keledek putih.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah tanam keledek putih.


Ubi keledek ni aku beli di pekan sehari. Sekilo RM2.80. Keledek putih ni sedap makan rebus macam tu je. Rebus tu letak la garam sikit. Baru ada rasa manis-manis masin sikit. 




Sebelum rebus, aku potong la bahagian hujung kiri dan kanan ubi keledek tu. Buruk nau rupanya nak rebus sekali dengan ekor keledek tu. Haha.





Dan aku campakkan bahagian yang aku potong tu ke dalam beberapa buah pasu. Campak gitu je. Kononnya nak jadikan baja kompos la. Aku campak sekali dengan kulit dia. Tak berapa lama lepas tu, aku tengok tumbuh pulak dia! Wah, memang tak sangka sungguh. Haha. 





Aku biarkan je dia besar sikit lagi kat dalam pasu tumpangan tu, baru aku alihkan ke tanah. Masa alih tu, aku korek sikit je tanah untuk tanam pokok pangkal keledek tu. 


Gambar pada 9/11/2017.


Sekarang ni pokok keledek aku dah mula merimbun dah. Aku ni sebenarnya cuak sikit nak tanam pokok keledek ni sebab dia jenis merimbun. Bukan apa, takut ada 'si panjang' yang menyorok kat bawah rumpun tu je. Setakat ni alhamdulillah, belum ada nampak lagi 'si panjang' tu. Yang selalu lepak atas rumpun keledek tu adalah si Kudut, kucing aku kat rumah ni. Apa lagi, terus la aku sergah. Tak memasal habis kemek daun keledek tu dia hempap. Haha.


Aku tak tau la berapa lama pokok keledek ni nak ada ubi. Ada yang kata 3 bulan dan ada yang kata 6 bulan baru keledek nak ada isi. Entah la mana satu yang betul. Tunggu dan lihat je la.


Sebenarnya, cara paling mudah tanam pokok keledek ni adalah melalui batang dia tu. Ambil je batang yang ada akar tu dan tanam je la. Bukannya susahpun. Cuma cara aku tanam keledek ni berlaku secara kebetulan je. Heh.


p/s: Tak sabar jugak ni nak merasa hasilnya walaupun ada perasaan cuak. Haha.

Saturday, August 5, 2017

Cucur badak lagi?

Assalamu'alaikum.

Cucur badak lagi?

Iya. Aku buat lagi kuih cucur badak untuk dijadikan kuih frozen. Salah ke? Tak, kan? Bukannya aku kacau hidup orangpun. Heh.










Aku beli tiga kilo keledek putih tapi untuk cucur badak ni, aku tak tau la berapa kilo keledek yang aku gunakan sebab bukan semua yang aku rebus ni aku jadikan kuih. Ada beberapa ketul keledek tu aku rebus dan aku makan macam tu je. Sedap aiih makan keledek rebus. Manis je rasa dia. 


p/s: Prinsip aku; buat apa yang kita suka. Selagi apa yang kita buat itu tidak menyalahi hukum hakam dan tatasusila, teruskan aje. Dan lagi satu, pedulikan apa orang nak kata kita. Ikut suka dia la nak label kita ni macam mana. Do I look like I care?

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)