Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Showing posts with label Kacang Panjang. Show all posts
Showing posts with label Kacang Panjang. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

Jemput makan..!

Assalamu'alaikum.

Jemput makan..!


Tengah hari ini, aku masak lauk ini sahaja. Jadi la tu. Ada juga lauk untuk dimakan bersama nasi. Makanya, janganlah merungut dan bersungut ya manusia. 😋😋😋


Image may contain: food

Image may contain: food

Image may contain: food


p/s: Alhamdulillah di atas setiap rezeki yang Allah beri. Moga Allah murahkan juga rezeki pada anda semua. Aamiin.
.

Sunday, July 16, 2017

Jom cuci mata!

Assalamu'alaikum.

Jom cuci mata!.


Mata kita ni perlukan rehat. Makanya, kenalah tengok sesuatu yang memberi manfa'at kepada mata itu sendiri. Lain orang, lain cara mereka mencuci mata. Aku pulak, ada cara aku yang tersendiri. Selain dari cuci mata, ia juga merupakan satu terapi jiwa dan minda. Alhamdulillah.


Ni la dia cara aku cuci mata. Haha. Moh la sama-sama tengok. Banyak ni gambarnya. Rugi siapa yang tak tengok. Mana la tau kot-kot terselit gambar tuan punya blog. Kehkehkeh.



































Ada orang kata, buah ni boleh jadi ubat untuk sakit strok. Tak tau la kepastiannya. Tapi buah ni kalau masak, memang sedap. Manis je rasa dia. Ni la pertama kali aku makan buah ni. Tu pun sebab ramai yang kata buah ni boleh makan. Sanggup tu aku pi korek pokok ni yang tumbuh dalam longkang, pastu masukkan dalam pasu. Gigih tak? Haha.





Okay, habis dah gambar. Cukuplah yang ni dulu. Meh layan video ni pulak. Jenuh aku panggil kucing aku tu suruh dia turun tapi dia nak jugak tangkap burung yang dok berlegar kat situ. Dia tak tau, sebenarnya burung tu saja je nak main-mainkan dia. Haha.




p/s 1: Eh, mana gambar tuan punya blog? 
p/s 2: Tak payah letak la. Kang ada pulak yang muntah darah menengoknya. Haha. 
p/s 3: #Harussedardiri. Kahkahkah.

Monday, March 6, 2017

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.

Assalamu'alaikum.

VIDEO: Mini kebun aku di rumah.


Ni la dia mini kebun aku. Ni yang sebelah sini yang dekat dengan dapur. Kat sebelah sana dan kat depan ada lagi pokok lain pulak. Guna aje la mana-mana ruang yang ada. Sementara badan tak sakit ni, buat aje la apa yang patut. Pastinya buatlah perkara yang memberi manfa'at kepada diri kita. Jangan pulak masa badan sihat, kita buat perkara yang merosakkan tubuh badan. Buat rugi diri sendiri je. Kan?



Hari ni aku petik sawi kerinting ni. Satu pokok je yang elok. Lain-lain tu habis tak hidup. Ada la lima enam pokok yang baru keluar daun. Buat ulam je la sawi kerinting ni. Ontah apo ghaso ehh, denpun tak tau sobab tak ponah makan sawi kerinting ni.






Hari ni jugak aku buat lagi projek mini nutripot ni. Kali ni pesen lain pulak. Haha. Saja la nak mencuba. Aku ni kan jenis suka try and error. Heh. 


 Tandakan dengan marker pen bahagian yang hendak dipotong nanti. Masa memotong/gunting botol tu, kena lebihkan sikit la. Biar besar sikit supaya bahagian bawah cawan plastik tu boleh masuk. Jangan buat lubang besar sangat nanti cawan plastik tu bolos!


 Isikan tanah dan anak pokok sawi ke dalam cawan plastik dan siram macam biasa. Lepas dah masukkan ke dalam bekas air baja nanti, tak payah siram dah.


^
Ni la dia baja AB yang sedang galak diperkatakan. Satu botol tu harga dia RM5. Sepasang AB harga dia RM10. Kena guna dua-dua jenis baja. Sukatan dia 5ml untuk setiap jenis baja dan dicampurkan dengan 1.5L air. 
v



 ^
Curahkan air baja AB tadi ke dalam botol mineral yang telah ditebuk tadi. Letakkan cawan plastik yang berisi anak pokok sawi tadi ke dalam lubang yang dibuat. Disebabkan botol ni tak rata, kenalah sendalkan dia kat pasu supaya dia tak senget.
v


Sepatutnya lagi elok jika gunakan botol minyak masak terpakai yang 5kg tu sebab botol tu besar dan boleh dibaringkan. Tapi disebabkan aku takde lagi stok botol minyak masak tu, aku guna aje la dulu bolot air mineral 1.5L ni. Katanya nak buat try and error. Guna aje la apa yang ada, kan?


Daripada apa yang aku tahu dan apa yang tuan punya nurseri bagitahu, baja AB ni sebenarnya sesuai untuk pokok yang berbuah macam pokok cili besar dan pokok terung. Tapi sebab ramai yang gunakan untuk sayur berdaun macam sawi ni, akupun nak jugak la mencuba. 


p/s: Tak cuba, tak tau. Kan?

Friday, December 9, 2016

Ikan siakap masak masam manis cara aku. Haha.

Assalamu'alaikum.

Ikan siakap masak masam manis cara aku. Haha.


Hari tu, aku beli ikan siakap ni. Sekilo harga dia RM10.90. Kiranya murah la dari harga biasa. Selalunya sekilo harga dia RM16. Disebabkan sekilo RM10.90 tu, aku beli empat ekor terus ikan siakap ni. Dan harga untuk empat ekor ikan siakap tu tak sampaipun RM40. Ikan siakapnya cantik dan nampak segar. Tu yang aku beli lebih sikit tu sebab ikan siakap ni aku suka masak sup atau masak stim.. Cumanya sekarang ni ada anak-anak buah kat rumah, tu yang aku buat masak masam manis ni. Dorang tak makan ikan ni kalau aku buat sup atau stim.


Ni cara masak aku la ya. Aku ni kalau bab masak lauk-lauk ni, memang jenis main redah je. Takdenya aku nak ikut sangat resepi orang. Aku yakinkan aje diri yang aku boleh buat. Haha.


Bahan-bahan sampingan yang diperlukan. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia. Lemon tu kita gunakan sehiris je. Kacang panjang, cili hijau dan bawang besar tu sebagai hiasan. Dan juga sos cili serta cili kering kisar.


Gaulkan ikan siakap dengan tepung kentucky tu. Goreng ikan siakap tadi. Toskan dan ketepikan sekejap.
v

 Tumiskan bahan tumbuk hingga naik bau. Aku gunakan sikit je minyak untuk menggoreng. Bukan sebab nak jimatkan minyak tapi sebab nak jaga kesihatan. 


 Masukkan dua sudu makan cili kering kisar. Goreng hingga pecah minyak. 


 Masukkan pula satu sudu makan sos cili. Cukup la tu. Jangan banyak sangat. Nanti terlebih manis pulak. Kurangkan penggunaan gula ya puan-puan. Haha.


 Masukkan pula hirisan bawang besar. Kacau rata.


Masukkan sos tiram. Anggaran satu sudu makan je dah cukup dah. Kacau sebati.


 ^
Masukkan pula kacang panjang dan masukkan sedikit air jika terlalu kering.
v

 ^
Masukkan pula hirisan cili besar. Kacau rata dan perahkan hirisan lemon ke dalam kuali. Kacau sebati. Akhir sekali, masukkan secubit garam halus. Rasa dulu sebelum tutup api. Lepas tu, curahkan aje ke dalam bekas yang berisi ikan tadi.
v

Dah siap! Senang je, kan?


Alhamdulillah. Dah siap masak. Dah habis dahpun sebab ni semalam punya cerita. Haha.


p/s: Abaikan aje la kuali aku yang antik dan rare tu. Janganlah sebab kuali antik aku ni, ada pulak mulut yang mengata dan jari pulak ikut menulis apa yang mulut kata. Bukan apa. Kesian je kat orang yang kuat mengata untuk perkara yang bukan-bukan ni. Heh.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)