Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 30, 2013

Cara nak potong baju kurung...

Assalamualaikum...

Cara nak potong baju kurung...


Nak buat baju kurung ni sebenarnya senang je.. Lagi senang kalau ikut ukuran berdasarkan baju kurung yang sedia ada berbanding mengambil ukuran pada badan.. Pilih mana-mana baju yang selesa dipakai, kemudian boleh terus ambil ukuran.. Ada orang ambil ukuran dalam cm sebab lebih tepat tapi aku suka ambil ukuran dalam inci... Ikut cara masing-masing la, kan...


Caranya mudah je.. Letak je tali tape kat baju tu dan ambil ukuran dengan berpandukan gambar kat bawah ni. Kalau baru belajar, catitkan ukuran dan kemudian boleh lakar dulu ukuran tu kat atas surat khabar.. Lepas tu boleh la potong suratkhabar tadi mengikut garisan yang dibuat..


Perlu ingat ya, kena lebihkan setengah inci untuk basi jahitan, kiri dan kanan.. Kalau dah lebihkan pada kertas suratkhabar tadi, maka tak perlulah lebihkan pada kain. Just ikut je ukuran tu.. Dan kalau takde lebihkan pada suratkhabar, maka kena lebihkan pada kain sebelum dipotong.. Jangan silap... Jika tersilap, dua kemungkinan akan berlaku iaitu samada baju tu terkecil ataupun terbesar..


Sebagai contoh:

Jika ukuran siap pada badan baju iaitu lebar bahu tu 15 inci, kita kena tambahkan lagi 1 inci yang mewakili basi jahitan untuk bahagian kiri dan kanan badan.. Basi jahitan untuk satu-satu bahagian tidak sama tau.. Kalau untuk labuh baju, selalunya aku lebihkan 2 inci dari ukuran asal; 1/2 inci untuk cantum bahu dan 1 1/2 inci untuk lipatan kat bawah baju tu.. *aku memang akan potong bahu walaupun kain mencukupi.. Itu cara aku...


Begitu jugak dengan panjang lengan, aku tambah 2 inci jugak; 1/2 inci untuk sambungkan lengan atas dengan badan baju dan 1 1/2 inci untuk lipatan kat hujung lengan/lengan bawah tu.


Untuk panjang pesak pula, selalunya aku lebihkan 2 inci jugak sebagai langkah berjaga-jaga; takut nanti pesak tu lebih pendek daripada labuh baju je.. Ada pengiraan untuk dapatkan panjang pesak yang ideal tapi aku memang suka lebihkan ukuran pesak tu...


Cara nak ambil ukuran panjang pesak ialah; ukuran labuh baju tolak ukuran lengan atas.. Tapi seperti yang aku bagitau tadi, cara ni agak bahaya.. Sebab tu aku akan lebihkan 2 inci sebagai langkah berjaga-jaga.. Kalau lebihkan 1 1/2 incipun boleh jugak.. Kat sini ada gambar dan cara nak potong baju kurung ni.. 



Boleh cuba tengok video ni..


Untuk kain pulak, senang je.. Kalau ukuran ikut contoh kain siap, tak perlu nak tambah untuk keselesaan.. Tapi kalau ambil ukuran badan, kena tambahkan dalam 3 atau 4 inci untuk kelonggaran dan keselesaan kat ponggong.. 


Contohnya, ukuran asal keliling ponggong adalah 38 inci, maka kena jadikan ukuran tu 41 atau 42 inci. Lepas tu tambahkan dengan 21 inci untuk susun kain tu bergantung pada lebihan kain yang ada.. Selalunya 21 inci ni mewakili 3 susunan... Kalau lebihan kain tak cukup inci, boleh je kurangkan.. Takde masalah kat situ..

Cukup setakat ni dulu kot.. Ada masa nanti aku bagi penerangan lagi... Kang bagi banyak-banyak kang, makin blur lak... hehh... Cuma, kalau baju kurung ni, yang rumit adalah kat bahagian leher tu.. Perlu banyak kesabaran di situ.. huhuhu...


p/s: Ingat nak masukkan sekali dengan nota yang aku belajar dulu.. Tapi aku tak tau nak guna scanner.. *ngok sungguh.. ehehh.. Lagipun scanner tu sambung dengan komputer lagi satu.. Lain kali je la kot... 

Monday, January 28, 2013

How to make a good discussion..?

Assalamualaikum...

How to make a good discussion..?

Apa maksud berbincang sambil memerli...?
Perlu ke ada segala bentuk perli di dalam satu-satu perbincangan...?
Tercapaikah matlamat satu-satu perbincangan tersebut jika disusuli dengan rasa kecil hati atau marah berapi...?


Kata Robert Quillen:
*Entah siapa la mamat ni.. Sila gugel sendiri... hehh...

1- Discussion is an exchange of knowledge; an argument an exchange of ignorance..

2- As we grow older, our bodies get shorter and our anecdotes longer..



p/s: Cakap terus-terang dia marah.. Cakap berkias dia kata perli.. So, how to make a good discussion..?

Antara faham, blank dan blur...

Assalamualaikum...

Antara faham, blank dan blur...


Kadang-kadang kita faham apa yang cuba diterangkan dalam satu-satu perkara tu.. Tapi bila disuruh bagi penerangan, kita seakan-akan hilang punca..


Adakah itu bermakna kita sebenarnya kurang memahami ataupun kita gementar hingga menyebabkan otak tiba-tiba sahaja menjadi blank dan blur..?


Lantas, kita akan diajukan kembali dengan pertanyaan; 'awak ni faham ke tak apa yang saya cakap...?'


p/s: Pernah alami situasi begini..? Jika pernah, mehh la kongsi-kongsi cerita... hehh...
.

Sunday, January 27, 2013

Cantik di luar, busuk di dalam... huhu...

Assalamualaikum...

Cantik di luar, busuk di dalam... huhu...

Tajuk entry kali ni boleh disesuaikan dengan beberapa benda atau perkara...
Salah satu daripadanya adalah seperti apa yang ada pada gambar di bawah...




Lebih dari tiga buah limau mandarin ni membusuk... Cuma sempat ambil gambar yang tiga ni je... Selebihnya dah kena baling ke tanah... Geram je... haha... Satu pembaziran dalam pembelian... huhu.. Nak sedapkan hati, cakap je la takde rezeki... hehh...

Pelik jugak kenapa banyak yang busuk.. Ke memang sengaja masukkan dua tiga buah yang benyek atau memak kat dalam kotak tu..? Bukannya sekali dua terkena macam ni.. Tapi dah banyak kali dah.. Tak pernah lagi dapat kotak yang semua buahnya cantik dan elok serta boleh dimakan rakus..


p/s: Tak seindah bungkusan.. ehehh..

Saturday, January 26, 2013

Senyum je laa... hehh...

Assalamualaikum....

Senyum je laa... hehh...


Senyum je baca kisah-kisah gosip artis sana-sini... 
Senyum je baca komen-komen yang diberi...
Senyum je laa, nak kata lebih-lebihpun bukannya artis tu ambil port...
Sebab kebanyakan artis ni punya tagline ialah 'keluarga saya tahu apa yang saya buat...'
Bermakna sudah semestinya keluarga dah beri pelbagai nasihat ataupun pendapat terlebih dulu...
Tapi dorang masih tak dengar kata...
So, perlukah kita yakni awak dan saya mengutuk dan memaki seluruh keturunan artis tadi..?


Ye la, kadang-kadang panas hati jugak baca komen-komen caci maki, umpat keji serba kesat ni...
Sedikit sebanyak menyebabkan laju je jari-jemari menari kat kibod, tak sempat nak brek dah... 
Tapi rasanya kita tak perlulah nak menjadi nasi tambah...
Cukuplah sekadar kita berdoa agar mereka tidak jauh terpelanting dari landasan...
Pada aku, itu lebih baik dari berkata yang bukan-bukan...


p/s: Sudah terhantuk baru nak terngadah... Kan dah benjol dahi tu... Salah sendiri, kan... Tuam je la benjol tu.. hehh...

Thursday, January 24, 2013

Perasan dan perasaan...

Assalamualaikum...

Perasan dan perasaan...


Sejak aku terjebak dengan novel ni, ada satu benda yang aku perasan berlaku kat diri aku.. Mula-mula tu rasa macam tak relevan je nak hubung-kaitkan kedua-duanya iaitu novel dan perasaan.. Namun bila dah beberapa kali perasaan tu datang, aku perasan memang ada hubungan kimia kot.. hehehe..


Aku sering berdebar-debar bila nak baca satu-satu novel yang aku rasa memang best bagi aku.. Benda ni macam susah untuk aku terangkan sebab ianya melibatkan perasaan yang satu tu.. ehehh...


Macam ni la ehh...


Kadang-kadang bila berborak dengan geng yang sama-sama minat membaca novel ni, ada masanya dorang akan bagitau mana-mana novel samada novel baru atau lama, yang menarik untuk dibaca. Lepas tu, dorang bagi la tajuk novel tu dan dari keluaran mana.. Lepas tu, masing-masing memberikan komen samada negatif ataupun positif.. Yang penting, takde nak gaduh-gaduh dalam memberikan pendapat masing-masing.. Yang kecil hati tu mungkin ada la kot... ehehh...


Tapi pada pendapat aku, perasaan kecil hati ni semua baik simpan je la dalam hati... muahahahaha.. Takmo la nanti page untuk santai-santai menjadi tempat berdebat la pulak.. Tak seronok jadinya..., kan..


Apa yang aku perasan, bila ada di antara novel tu yang aku rasa minat nak beli dan baca, secara tak langsung, dada aku akan berdebar-debar seolah-olah tak sabar nak beli novel tu.. Namun begitu, aku selalunya akan biarkan dulu novel yang baru sampai kat rak buku.. Kadang-kadang ada yang aku ambil tapi lepas tu aku letak semula kat rak.. Ada yang aku baca sikit je, pastu letak semula.. Tu maknanya novel tu kurang menarik minat aku la..


Berlainan pulak dengan beberapa buah novel yang seolah-olah menyentap aku untuk membaca isi ceritanya.. Belum bukak muka surat lagi dada aku dah berdebar-debar dah.. Masa membacapun masih lagi berdebar.. Dah habis bacapun berdebar jugak malahan kadang-kadang tu, lepas dua tiga hari bacapun, rasa debar tu masih lagi ada.. Dan, novel macam ni memang menjadi novel kesayangan aku la sebab dah berjaya buat aku sentap.. hahaha...


So, lepas ni kalau nak beli novel, aku kena tunggu dulu samada dada aku ada debaran ataupun tidak.. Kalau perasaan aku biasa-biasa je, maknanya novel tersebut tidak berapa best jalan cerita dia.. So, tak payah beli.. hehe.. Boleh lak camtu, kan... ehehh...


Antara novel yang berjaya buat dada aku berdebar-debar sebelum membelinya adalah ILUS, ASST, Tertulis Buat Kita, Kuseru Rindu Itu, Nasi Lemak Buah Bidara, Pergilah Airmata, The Wedding Breaker, Biarlah YM Berbicara, Cinta Yang Terlewat, Bougainvillea, Bunga Hati, Keranamu Aku Rela, Teduhan Kasih, Asam Pedas Untuk Dia, Suami Yang Kubenci, Kerana Terpaksa Aku Merelakan dan beberapa buah lagi.. Ternyata lepas baca, aku suka dengan jalan cerita setiap novel tersebut... :)


p/s: Harap-harap dapat pergi pesta buku kat PWTC hujung bulan ni.. Dah lama tak jejak kaki kat PWTC tu... :)

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)