Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, December 7, 2016

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.

Assalamu'alaikum.

Masak lemak cili padi ikan kembung berencahkan kangkung tanam sendiri.


Sebelum tengok gambar lauk, kenalah tengok dulu gambar pokok kangkung yang aku tanam ni. Haha.


Aku beli seikat kangkung kat pekan sehari. Batang kangkung tu aku rendam dalam air selama lebih kurang tiga hari atau sampai akarnya keluar agak panjang sikit. Air rendaman tu aku ganti setiap hari.




Apabila akarnya dah panjang, boleh la letakkan atas tanah yang elok dan lembut. Lepas tu, timbuskan sedikit bahagian batang kangkung yang ada akar tu. Macam aku, aku letakkan kat dalam pasu sebab kalau letak kat tanah, nanti kucing aku kerjakan kangkung ni. Itupun dorang masuk jugak dalam pasu ni. 




Oleh kerana sekarang ni musim hujan, maka aku takde la nak kena siram selalu kangkung ni. Aku takde letak bajapun tapi aku selalu siram dengan air basuhan ikan. Tu yang kucing aku suka naik panjat pasu ni. Haha.





Rasanya dalam tempoh dua minggu kot, dah besar dah pokok kangkung aku ni. Dah boleh ambil dah. Dapat la satu ikat. Ni kalau beli, mau dua ringgit jugak ni. Siapa kata kangkung murah weii.. Haha. Oh ya, cili padi dan cili besar hijau tu hasil dari tangan aku jugak. Alhamdulillah, dah membuahkan hasilnya. Jimatlah sikit duit pasar. Hik.





Dan boleh la masukkan kangkung tadi sebagai rencah untuk masak lemak cili padi ikan kembung ni. Ikan kembung tu je beli. Yang lain-lain semuanya hasil dari tanaman sekeliling rumah. Alhamdulillah. 




Jemput tengok! Hehe.




p/s: Alhamdulillah. Lauk licin. Mungkin sebab dah lama sangat tak masukkan kangkung dalam gulai ni. Selalu masukkan pucuk ubi kayu je sebagai rencah.

Monday, November 28, 2016

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Assalamu'alaikum.

Gergaji sendiri dahan pokok mangga.

Hari tu masa aku nak tajak tanah, aku kena serang dengan semut api. Tadi masa dok gergaji dahan pokok mangga telur ni, aku kena gigit dengan kerengga pulak. Susah jugak kalau ramai peminat ni. Semua dok attack je. Hahahaha.





Tak kemas lagi ni. Dahanpun tak habis gergaji lagi. Kena tunggu kerengga tidur baru boleh sambung buat kerja. 😤😤😤 Sementara nak tunggu petang nanti, jom la kita makan biji gajus homemade ni.




p/s: Mood membaca novel jatuh merudum. So, layan aje la apa-apa kerja kat rumah ni. Makanpun satu kerja jugak, kan? Haha.

Friday, November 25, 2016

Cara mudah bakar biji gajus.

Assalamu'alaikum.

Cara mudah bakar biji gajus.


Yeszzaaa...! Hahaha.


Sekarang ni aku dah malas dah nak bakar biji gajus ni guna oven letrik. Oven besar, power kuat, nanti bil letrik mencanak naik. Tak kuasa aiihh nak bayar bil letrik banyak-banyak ni. Pening kepala dibuatnya nanti. Heh. Makanya, aku kenalah cari cara alternatif untuk membakar biji gajus ni, kan? Dan caranya mudah sesangat weh. Hehe. 


Korang gunakan aje kuali non stick ni. Biji gajus tu korang lalukan bawah air sekejap. Lepas tu, toskan sampai kering. Tos sampai takde air yang menitis. Kalau tak nak lalukan bawah airpun takpe jugak. Boleh je terus guna. Ikut masing-masing la, ya tak?




Kemudian, korang taburkan sedikit garam halus dan gaul untuk ratakan garam tu. Lepas tu, dengan menggunakan api dapur yang paling kecil, korang tutuplah kuali tadi.




Apabila dah ada bau, korang boleh la buka tudung periuk tadi dan kacau-kacau la biji gajus tu. Balik-balikkan dia. Garam tu tak hancurpun tapi biji gajus tu tetap ada rasa masin. 





Okay, dah siap dah biji gajus yang dibakar dengan kuali non stick ni. Biarkan sejuk dahulu. Lepas tu, boleh la masukkan ke dalam bekas kedap udara. Garam tadi tak payah la kaut sekali tapi jika nak masukkan sikit, sekali lagi terpulanglah pada kehendak masing-masing. Jangan risau biji gajus tak masak. InsyaAllah, elok je dia masak sebab kuali tu kita tutup dengan tudung periuk. Kiranya macam bakar dalam oven jugak la. Lagipun biji gajus ni lembut je dan bukannya keras macam biji badam tu.





Dan, boleh la jadikan biji gajus bakar ni sebagai kudap-kudapan sambil menonton tv. Buat sendiri lagi jimat dari membeli. Biji gajus mentah macam ni setengah kilo harganya dah hampir RM25. Itu harga untuk masa bulan puasa hari tu. Sekarang ni tak tau la berapa harga dia. Kalau yang dah siap panggang tu, lagi la mahal harganya. Jadinya, mana yang boleh kita jimat tu, kita berjimat la tapi kenalah ada usaha iaitu rajin buat sendiri. Hehe.


Bagus makan biji gajus bakar ni. Kentut meletus-letus keluar. Pembuangan bahan buanganpun lancar je. Badanpun rasa ringan je. Takde la badan rasa sebu dan berat je. Hahaha. 



Wednesday, November 23, 2016

Main kukus-kukus dan bakar-bakar je.

Assalamu'alaikum.

Main kukus-kukus dan bakar-bakar je.


Hampir dua minggu ni, aku cuma masak jenis kukus-kukus dan bakar je. Dah jarang sangat dah nak masak yang bergoreng kecuali la goreng karipap ataupun keropok. Bukan sebab harga minyak masak yang naik tapi sebab nak kurangkan makan makanan yang berminyak. Maklum la, penyakit dah datang ni, macam-macam la kena berpantang makan. Bukan pantang jumpa tau. Kalau pantang jumpa ni memang bahaya la jawabnya. Haha.


Mula-mula tu, aku kukus guna pengukus. Tapi lepas tu, aku gunakan kuali non stick dan tutup dengan tudung periuk. Cuma aku letakkan sedikit air dalam setiap masakan supaya masakan tak kering dan cepat hangit. Ikan yang biasa aku gunakan adalah ikan kembung, ikan tongkol dan ikan siakap serta ayam tapi ayam ni biasanya aku bakar.


Jom la tengok gambar yang sempat aku ambil. 





Ini pulak ayam yang aku bakar. Aku letakkan jugak sedikit air dan masak hingga air tu kering. Api pulak aku gunakan api yang perlahan dan tutup kuali tu untuk mempercepatkan proses memasak dan supaya wap tak lepas keluar.



 Terung ni kena keluarkan awal sebab dah masak dah.







Hari ni, aku dok kukus ikan kembung dengan kentang ni pulak. Sekejap je dah masak dah. Dalam masa lebih kurang 10-15 minit, dah siap dan dah boleh makan.





Dah masak dah. Jemput makan! Haha.





Bahan yang aku masukkan dalam ikan kukus dan ayam bakar aku tu sama je. Aku gunakan bahan asas je. Aku masukkan bawang putih, halia, bawang besar, cili besar, sos tiram, serbuk lada hitam, sedikit kiub ayam Knorr dan air perahan lemon. Kulit lemon tu jangan dibuang. Potong kecil dan masukkan sekali dalam bahan. Bawang putih dengan halia tu aku titik-titik gitu je. Kalau malas, aku main hiris je. Gaulkan semua bahan dan perap sekejap. Jika tak nak perap pun takpe. Boleh je terus masak. Lagipun kuali tu kita tutup. So, wap tu akan terperangkap dalam kuali tu je.


p/s: Mudah dan ringkas serta berkhasiat. Ye ke berkhasiat? Ahahaha.

Sunday, November 20, 2016

Walla! Bersama blogger Julia Johari.

Assalamu'alaikum.

Walla! Bersama blogger Julia Johari.


Alhamdulillah, dapat jugak aku tengok blogger si putih gebu Julia Johari ni dalam rancangan Walla di RTM1.

💃💃💃💃

Sebenarnya, Ju dah bagitau dah fasal ni. Dia dah buat entri dahpun berkaitan dengan rancangan Walla ni. Kalau Ju tak bagitau, memang aku sendiri tak tau akan keujudan rancangan Walla ni. Maklum la, aku dah lama sangat tak tengok tv di waktu siang hari. Ni entri kedua Ju berkaitan dengan Walla ni.


Jom tengok gambar yang sempat aku ambil dengan enpon cokia aku ni. Asyik la 'hang' je enpon ni. Ciskek sungguh. Haha.





Sedap betul tengok dia makan. Haha.


Okay, sekarang kita tengok gambar Ju pulak. Maaf ya Ju sebab gambar dari enpon ni tak berapa elok.






Dan aku juga sempat merakam video Ju tengah sembang-sembang dengan pengacara. Bersungguhnya la Ju makan. Kecur air liur weiii.. Haha. 



Buntangnya biji mata. Haha.


p/s: Tahniah untuk Ju. Moga terus sukses!

Tahu tak apa kegunaannya?

Assalamu'alaikum.

Tahu tak apa kegunaan benda ni? 


Pernah tengok benda ni? Tak pernah? Tahu tak apa benda ni? Tak tahu?





Jika tak tahu dan nak tahu, boleh la klik kat sini.  Banyak cerita yang netizen kongsikan. Semuanya hasil dari pengalaman masing-masing. 


Dulu, aku ada jugak bulu landak ni sebab abah (arwah) selalu bawa balik dari ladang sawit. Tapi sekarang dah takde dah. Dah hilang entah ke mana. Sayang sungguh. Sekarang ni memang susah la nak dapat. Menyesal jugak sebab tak simpan elok-elok. Jika tidak, boleh dijadikan kenangan.


p/s: Baca pengalaman kisah hidup orang ni bagus jugak. Boleh jadi panduan kepada diri kita. Mana yang baik tu, kita ambil sebagai pemangkin semangat dan mana yang tak baik tu, kita ambil juga untuk dijadikan panduan agar kita tidak tersasar jauh dari landasan kehidupan. 

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)