Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, August 15, 2017

Terima kasih, jiran!

Assalamu'alaikum.

Terima kasih, jiran!


Alhamdulillah, dapat rezeki lagi. Kali ni jiran depan rumah bagi buah betik dan pisang ni. Betik tu dah selamat dah masuk dalam perut. Pisang tu dah aku goreng, pun dah selamat masuk dalam perut. Hehe.







Percaya tak kalau aku kata yang aku goreng pisang ni menggunakan tepung goreng ayam ala-ala KFC tu? Tak percaya? Percaya je la. Hahaha.


p/s: Syukur dapat jiran yang baik. Semoga kitapun jadi jiran yang baik kepada jiran kita. 

Monday, August 14, 2017

DIY: Percubaan membuat baja kompos sendiri.

Assalamu'alaikum.

DIY: Percubaan membuat baja kompos sendiri.


Zaman sekarang ni, jika ada benda yang kita boleh buat sendiri atau DIY, baiklah kita usahakan untuk buat sendiri. Disamping dapat menjimatkan kos, kita juga dapat satu pengalaman baru. Mungkin percubaan kali pertama itu menjadi dan ia akan jadi semangat pada kita untuk terus gigih berusaha. 


Ewah, dah macam apa dah dia punya intro. Hahaha.


Okay, aku cuma nak kongsikan cara aku buat baja kompos ni je sebenarnya. Hehe. Baja kompos aku ni bahan dia mudah ya amat. Apa yang aku perlukan cuma daun kering dan juga tanah hitam. Tanah hitam ni aku beli kat nurseri sebab malas nak mencangkul. Kata nak jimat tapi nampak gayanya tak jimat jugak. Haha. Takpe, beli tanah hitam tu bukannya banyak manapun. Beli sekampit besar tu je dah la.




Aku dah lama dah simpan daun rambutan kering yang aku sapu ni. Aku simpan dalam plastik sampah yang besar tu. Lama jugak aku peram sampai naik reput la plastik tu. Hehe. Daun rambutan yang kat bahagian bawah tu pun dah mereput dah. Yang kat atas tu je yang masih degil tak nak mereput. Jadi, aku kenalah gunting kecil supaya ia mudah nak reput.




Cara nak buat baja kompos ni adalah dengan masukkan daun kering yang dah reput tu ke dalam pasu dan diselang selikan dengan tanah hitam tadi. Buat sampai penuh pasu tu. Biarkan je pasu tu terdedah dan jika hari tak hujan, kenalah siram supaya proses pereputan daun tadi menjadi semakin lancar. Letak la daun reput tu banyak sikit daripada tanah. Jadi, dapat la kita jimatkan tanah tadi. 


Jika ada lebihan kulit buah seperti kulit betik, kulit pisang atau kulit jagung, boleh jugak masukkan sekali. Seeloknya, potong kecil dulu semua kulit tadi. Nak masukkan kulit telurpun boleh tapi syaratnya, kenalah hancurkan dulu kulit telur tu. Boleh jugak masukkan lebihan sayur yang dah layu yang kita tak nak masak. Kesimpulannya, bahan buangan tadi boleh dimanfa'atkan sepenuhnya jika kita rajin. 



Aku lupa dah ni anak pokok apa. Samada anak pokok kobis bulat ataupun kobis bunga.


Apa yang penting, jangan masukkan sisa makanan yang sudah dimasak terutama sekali makanan yang berminyak. Takut nanti keluar ulat pulak. Kang tak memasal kita pulak yang geli nak tengok.


p/s: Aku dapat empat pasu baja kompos ni. Pasu aku tu agak besar jugak. Jika aku isi tanah je dalam pasu tu, sekampit tanah tu cuma dapat isi dalam dua buah pasu je.



Update. (29/8/2017)
~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini pulak percubaan aku buat baja kompos dengan menggunakan sisa buangan dari dapur. Segala jenis kulit buah, kulit telur, lebihan sayur yang dah layu, kulit bawang dan sebagainya aku kumpulkan dan aku masukkan ke dalam pasu besar ni secara berselang seli dengan tanah hitam yang aku beli kat nurseri.





 Tutup dengan jaring dan jangan lupa siram untuk mempercepatkan proses pereputan.



Sunday, August 13, 2017

DIY: Jangan buang botol minyak masak.

Assalamu'alaikum.

DIY: Jangan buang botol minyak masak.


Haha. Tak habis-habis lagi dengan kempen berjimat cermat dan projek DIY aku ni. Maaf la ya. Jika rasa jemu nak baca, cepat-cepatlah klik tanda X kat sudut kanan atas tu. Hehe.


Entri ini hanya untuk orang yang suka berjimat je dan ia tidak sesuai untuk orang yang boros atau orang yang mementingkan standard. Ah, peduli apa dengan standard. Hiasan dunia je semua tu. Heh.


Siapa yang selalu ikuti blog aku ni, mesti dah tengok macam-macam cara yang aku DIY untuk projek nutripot aku. Dari cawan plastik pasar malam, tin susu Ensure, botol air mineral dan sekarang ni botol minyak masak 5 kg pulak. Apa sahaja bahan yang boleh digunakan untuk DIY, aku pasti akan cuba buat. 


Bahan yang selalu aku gunakan dalam projek DIY aku. 


 ^
Aku buat macam ni untuk tandakan bahagian yang akan dipotong. Taknak la nanti lubang tu terbesar. Jika terbesar, dah tak boleh nak tutup dengan penutup dia.
v


 ^
Macam biasa, aku tebuk lubang gunakan pengetuk air batu. Kenalah panaskan dulu hujung pengetuk tu dengan api dapur gas.
v


 ^
Aku gunakan penutup susu Ensure ni sebagai tapak untuk letakkan botol yang berisi anak pokok sawi aku. Kalau takde tapak ni, tak boleh letak bekas yang ada anak pokok tu.
v


 ^
Tak payah nak beli tali mop ke, tali apa ke. Gunakan aje kain selimut atau kain tuala yang dah tak digunakan lagi. Daripada buruk macam tu je, baiklah kita gunakan dia. Baru betul tak membazir. Haha.
v


 Disebabkan kain selimut ni jenis ringan dan kain ni terapung apabila dimasukkan ke dalam botol minyak yang diisi air baja tu, makanya, kita ikatlah dengan batu. Nanti elok je dia duduk kat dasar botol minyak tu. Selesai masalah!


Dah siap! Bukannya susahpun nak buat. Yang penting, kita kenalah rajin berfikir dan rajin jugak melaksanakannya. Haha.


Botol minyak masak 5 kg ni besar sikit. Boleh isi banyak sikit air baja AB tu. Sebelum ni aku gunakan tin susu Ensure. Tin susu tu agak kecil dan apabila pokok semakin membesar, air baja tu cepat je habis. Kadang-kadang tak perasan air baja tu dah kering. Alih-alih tengok pokok sayur tu dah layu je.


Mungkin ada yang akan tanya, takde jentik-jentik ke dalam botol tu nanti sebab penutup tu tak rapat. Akupun tak pasti lagi tapi setakat ni, aku intai-intai jugak dalam botol tu. Takde pulak nampak jentik-jentik tu. Mungkin sebab aku gunakan air yang dicampur dengan baja AB. Mungkin la, kan? Aku agak je. Tapi tengok la dalam beberapa hari lagi. Jika ada jentik-jentik, kenalah aku masukkan sedikit garam ataupun baja urea.  Kata nak buat eksperimen, kan? Kena tunggu dan lihatlah hasilnya.




Setakat hari ini, aku dah buat lima bekas nutripot macam ni. Kalau tak silap aku, ada lagi tiga botol minyak masak 5 kg yang kosong  yang menunggu masa untuk dijadikan botol nutripot. Itupun dua botol minyak masak tu aku pi kutip depan rumah jiran sebab dia buang botol tu kat tempat sampah depan rumah dia. Nampak je botol tu tergolek kat situ, laju je aku pi kutip. Hahahaha.


p/s: Jimat selagi boleh! Hehe.

Thursday, August 10, 2017

DIY: Jom baiki tudung saji.

Assalamu'alaikum.

DIY: Jom baiki tudung saji.


Kau ni dah kenapa? Semua benda kau nak repair. Habis la kalau macam ni. Tak laku la barang kat kedai tu. Haha.


Ehh, suka hati aku la nak repair apapun. Aku buat kerja kat rumah aku je. Bukannya aku kacau rumah tangga orangpun, kan? Heh.


Dah, jangan merapu lagi. Boleh pulak buat drama sekejap ya. Haha. Meh la tengok macam mana aku repair tudung saji aku ni. Heh.


^
Tudung saji ni asyik jatuh je sampai pecah dah haa. Kita cuma perlukan cable tie dan jugak gunting.
v



 ^
Ikat cable tie dari dalam. Nanti takde la nampak terjojol kat luar.
v


Tada...! Dah siap. Kan dah jimat tu. Haha.






Malu ke nak gunakan tudung saji macam ni? Mana la tau kot la nak jaga standard, kan? Aku ni jenis tak kisah. Selagi benda tu boleh dibaiki dan digunakan, aku akan cuba baiki. Yang penting, boleh berjimat. Orang nak kata apa, lantak pi la depa. 


p/s: Apa la yang nak dimalukan guna tudung saji macam ni. Lagi malu kalau asyik pinjam duit orang je. Nak bergaya tapi duitnya nan hado. Heh.

Wednesday, August 9, 2017

DIY: Cara baiki penyembur air.

Assalamu'alaikum.

DIY: Cara baiki penyembur air.


Penyembur air aku ni saiz dia besar dari biasa. Harga diapun jauh beza. Harga penyembur air ni RM10 masa aku beli dua tahun lepas. Itu untuk harga penyembur air tu je. Dia punya bekas, guna je botol mineral yang 1.5L tu.


Penyembur air ni dah agak lama tidak berfungsi. Tak tau la kenapa air tu tak boleh keluar. Aku dah pernah cuba baiki tapi tak menjadi. Jika menjadipun cuma sekejap je. Sempat la sembur dua kali. Lepas tu, terus sangkut tak nak keluar air dia.



Macam ni la rupanya penyembur air aku tu. Abaikan si tukang sibuk tu. Haha.


Makanya, disebabkan dek rasa sayang sebab beli mahal, lepas tu beli dua set pulak tu, akupun mula la dok godek-godek lagi. Nak jugak cuba baiki. Selagi boleh cuba, aku nak jugak mencuba. Jangan cepat putus asa. Yeaahh...! Haha.


 Buka penutup ini. Pulas je macam kita pulas telinga orang yang degil. Kihkihkih.


Lepas tu, buka pula penutup yang ini. Tarik perlahan-lahan. Dalam dia ada spring dan benda macam anak panah tu. Hati-hati jangan sampai spring tu jatuh dan hilang.
v


Kemudian, masukkan air dalam penutup ni. Kot la ada habuk yang kasar yang tersekat kat dalam tu. Mana la kita nak tau, kan. Jika boleh, gunakan air yang kuat. Kiranya macam kita sembur la kat lubang tu.



Sebelum pasangkan balik semua apa yang dah dibuka tadi, cuba dulu penyembur air tu. Jika air dah boleh keluar, barulah pasang balik semula semua benda tu. Pastikan pasang spring tu betul-betul. Jangan bagi kedudukan gelung spring tu lari dari kedudukan asal. 


Dan sekarang, penyembur air aku ni dah boleh berfungsi macam biasa dah. Lepas je menjadi yang pertama tu, terus aku semangat nak baiki penyembur yang lagi satu tu pulak. Haha.




p/s: Alhamdulillah, selamat duit aku. Takde la nak kena beli yang baru. Hehe.

Tuesday, August 8, 2017

Resepi: Sambal ayam bunga kantan.

Assalamu'alaikum.

Resepi: Sambal ayam bunga kantan.


Ini semalam punya cerita ya. Semalam takde mood nak buat entri. Makanya, buat aje la entri tu hari ini. Haha.


Sebenarnya, aku tertengok satu rancangan masakan kat TV interaktif. Tak perasan pulak nama rancangan tu. Maaf la ya. Chef tu masak sambal ayam bunga kantan ni la. Akupun apa lagi. Terus la rasa nak cuba. Kebetulan pulak bunga kantan ada kat belakang rumah. Apa lagi, laju je la masaknya. Haha.









Cuma, chef tu takde gunakan kentang tapi aku masukkan kentang dalam resepi aku sebab abang aku kat rumah ni hantu kentang. 






Sepatutnya, gunakan isi ayam sahaja dan potong kecil-kecil. Tapi aku ni malas la nak asingkan isi dan tulang ayam tu. Makanya, aku bantai je la guna ayam yang dah siap potong ni. Mudahkan kerja aku? Haha.






Dah tengok gambar bahan yang diperlukan, kan? Sekarang ni jom la kita mulakan kelas memasak pulak. Ehh..! Hahaha.


 ^
Tumiskan bahan kisar sampai layu dan naik bau. Lepas tu, masukkan 3 sudu makan cili kering kisar. Jika nak lagi pedas, boleh la masukkan lebih cili kisar tu. Aku ni tak tahan pedas walau orang noghoghi. Heh.
v



 ^
Kacau-kacau dan tunggu sampai pecah minyak. Kemudian, masukkan pula hirisan bunga kantan. Kacau sebati. Tunggu sampai bunga kantan naik bau.
v



 ^
Lepas, tu, masukkan pula air asam jawa anggaran setengah cawan. Asam jawa tu dalam satu sudu makan je dah memadai dah. Kacau-kacau sebati dan masukkan pula ayam. Kacau rata.
v



 ^
Disebabkan aku menggunakan kentang, maka masukkan sekali kentang tu. Dan tutup periuk supaya ayam dan kentang cepat empuk. Jika kering sangat, boleh la tambah air sikit.
v



 Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Kacau-kacau lagi. Apabila kentang dah empuk, boleh la tutup api dapur. 


^ 
Disebabkan takde sayuran hijau, maka aku ambil tiga helai daun cekur ni dari mini kebun aku dan aku hiris halus.
v


^
Selamat menjamu selera. Alhamdulillah.
v


Sedap jugak masak sambal ayam bunga kantan macam ni. Lain sikit rasa dia dari kebiasaan. Lepas ni boleh buat lagi tapi mungkin akan masak dalam kuali pulak. Biar dia kering sikit. Barulah bau dia menyengat. Haha.


Aku tak masukkan gula sebab aku tak suka lauk yang dimasukkan gula ke dalamnya. Sebab tu sambal aku warna dia pucat. Kalau nak masukkan gula, masukkan lepas cili kisar tadi pecah minyak. Baru warna sambal tu merah dan cantik.


p/s: Siapa nak cuba buat, dipersilakan. Tak rugi mencuba. Hehe.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)