Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, July 19, 2017

Tips beli kain.

Assalamu'alaikum.

Tips beli kain.


Haa, baca ni. Jangan nanti baju ketat atau senteng, kau salahkan tukang jahit. Bagi kain ngam-ngam tapi badan besar, mana la nak cukup kain tu. Nak selesa, kenalah keluarkan modal lebih sikit.



Kalau badan yang besar dan gempal, ukuran kain ela yang perlu dibeli, kalau bidang 45, beli kain 4 meter setengah (4 1/2m). Kalau bidang 60, beli kain ukuran 4 meter.


Kalau kain berkaki atau berjalur, beli kain 4 meter suku (4 1/4m). Kalau badan yang gempal/besar, beli kain 4 1/2 meter.


Kalau badan yang normal atau badan yang biasa sahaja, tak terlalu gemuk atau besar. Beli kain kalau bidang 45, 4 meter. Kalu bidang 60 3 1/2 meter. Tetapi berkaki atau berjalur perlu beli 4 1/4 meter(bidang 45). Kalau bidang 60 beli 4 meter dah cukup.


Kanak-kanak 5 tahun k ebawah beli kain 2 meter.
Kanak-kanak usia 6-12 tahun beli kain lebih kurang 3- 3.5 meter.
Usia 12-13 tahun beli kain 3.5 meter ikut saiz badan. Kalau badan besar beli kain 4 meter.



Ada juga pelanggan yang beli kain ela yang sudah siap di potong seperti 2 meter baju 2 meter kain. Selalunya untuk buat baju memang tak cukup. Ini juga bergantung kepada saiz masing-masing. Kalau nak beli juga, beli untuk baju 2 1/4 meter. Jangan peningkan kepala tukang jahit.






Memang pening kalau dapat kain yang tak cukup inci ni. Bukan sedikit dia punya pening. Kadang-kadang sampai sakit kepala dibuatnya. Stress okay! Banyak buang masa kat dia je sebab nak kena adjust sana sini. Kalau kain tu jenis yang lembik, lagi la stress. Upah jahit baju tentulah lebih sikit. Habis tu, kau ingat masa dan tenaga tukang jahit yang dok pusing-pusing kain kau tu, kau tak nak kira? 


p/s: Nak selesa, janganlah berkira. Banyak songeh, jahit la sendiri!

Sunday, July 16, 2017

Hei, jangan buang!

Assalamu'alaikum.

Hei, jangan buang!


Apa benda la pulak tu? Kecoh bebeno gayanya. Haha.


Takde apapun sebenarnya. Saja la nak bagi tajuk entri yang ala-ala gempak sikit. Kahkahkah. 


Sebenarnya nak bagitau ni je ha. Masa akhir puasa hari tu, aku tengok ada la beberapa bekas biskut raya yang diletakkan atas meja kat beranda rumah aku ni. Aku tak tau siapa yang bagi tapi rasanya mungkin anak buah aku yang dapat dari kawan-kawan dia. Sebabnya, aku tanya kat adik-beradik aku tapi masing-masing kata; entah!


Salah satu daripada bekas biskut tu pada aku cantik. Sayang pulak nak buang. Tapi takde la aku jerit dan kata jangan buang macam tajuk kat atas tu. Haha. Makanya, lepas je habis biskut yang ada dalam bekas tu, akupun basuh la dan keringkan. Lepas tu, mula la bekas tadi jadi tempat aku simpan peralatan jahitan aku yang comel-comel ni. 




Kan nampak kemas je tu. Takde la susah nak mencari. Kucingpun tak boleh nak cekau dah sebab dah simpan dalam bekas yang bertutup. Kalau tak, memang selamat la benda ni dorang dok tarik-tarik buat main.




p/s: Jika sesuatu benda atau perkara itu boleh kita manfa'atkan, apa salahnya jika kita manfa'atkannya. Takde la kita membazir untuk benda yang masih boleh digunakan. Yang penting, kenalah sentiasa kreatif dan positif.

Jom cuci mata!

Assalamu'alaikum.

Jom cuci mata!.


Mata kita ni perlukan rehat. Makanya, kenalah tengok sesuatu yang memberi manfa'at kepada mata itu sendiri. Lain orang, lain cara mereka mencuci mata. Aku pulak, ada cara aku yang tersendiri. Selain dari cuci mata, ia juga merupakan satu terapi jiwa dan minda. Alhamdulillah.


Ni la dia cara aku cuci mata. Haha. Moh la sama-sama tengok. Banyak ni gambarnya. Rugi siapa yang tak tengok. Mana la tau kot-kot terselit gambar tuan punya blog. Kehkehkeh.



































Ada orang kata, buah ni boleh jadi ubat untuk sakit strok. Tak tau la kepastiannya. Tapi buah ni kalau masak, memang sedap. Manis je rasa dia. Ni la pertama kali aku makan buah ni. Tu pun sebab ramai yang kata buah ni boleh makan. Sanggup tu aku pi korek pokok ni yang tumbuh dalam longkang, pastu masukkan dalam pasu. Gigih tak? Haha.





Okay, habis dah gambar. Cukuplah yang ni dulu. Meh layan video ni pulak. Jenuh aku panggil kucing aku tu suruh dia turun tapi dia nak jugak tangkap burung yang dok berlegar kat situ. Dia tak tau, sebenarnya burung tu saja je nak main-mainkan dia. Haha.




p/s 1: Eh, mana gambar tuan punya blog? 
p/s 2: Tak payah letak la. Kang ada pulak yang muntah darah menengoknya. Haha. 
p/s 3: #Harussedardiri. Kahkahkah.

Tuesday, July 11, 2017

Rumah terbuka: Makan sungguh aiiihh..!

Assalamu'alaikum.

Rumah terbuka: Makan sungguh aiiihh..!


Hari ni ada rumah terbuka raya anjuran JKKK kat kawasan rumah aku. Makanya, akupun pergilah dengan berkonvoi naik motor kapcai dengan geng-geng mak cik jiran aku ni. Kalau nak harapkan aku pergi sendirian naik motor, memang tak pergi la jawabnya. 


Aku ni dah la penakut nak naik motor ikut jalan utama tu dan aku jugak segan nak datang sorang-sorang. Aku ni sebenarnya tak suka orang pandang aku. Jadinya, bila ramai-ramai tu, takde la orang nak pandang aku sangat. Akukan pemalu. Heh.





Tapi dalam bab makan, aku makan sungguh. Hahaha. Takde pembaziran langsung. Takde la macam sesetengah orang tu. Ambil makanan punya la banyak tapi lepas tu tak habis makan. Ada la alasan lepas tu. Tak sedap la. Masin la. Tawar la. Padahal perut masing-masing dah kekenyangan. Tak baik tau membazir. Kepantangan aku tu. 




Tengah harinya aku tak masak. Perut dah kenyang, buat apa nak masak lagi? Siapa je yang nak makan? Petangnya baru aku masak. Itupun sekadar goreng ikan siakap je. Jadi la buat alas perut untuk makan malam.


p/s: Alhamdulillah, makanan yang aku ambil semuanya sedap dan menepati selera. Jika tak, takkan la aku buang pinggan kosong je, kan? Lain kali jemput la aku lagi. Hahaha.

Sunday, July 9, 2017

Melecaih baq ang!

Assalamu'alaikum.

Melecaih baq ang!


Alhamdulillah. Akhirnya, ada jugak rezeki untuk aku makan buah durian belanda ni. Masa raya hari tu, banyak buahnya yang dipetik dek kaum kerabat tapi mujurlah buah yang ni masa tu belum cukup tua lagi. Jadinya, dapatlah aku merasa. Haha.




Aku peram dulu buah durian belanda ni dalam tiga empat hari sebab masa petik, buah ni tak masak lagi. Daripada buah tu masak tanpa disedari, lepas tu kena makan dek tupai pulak, baiklah petik awal-awal. Heh.




Makan pulak dengan buah mangga apa entah yang jiran bagi dari pokok sendiri. Mangga tu manis dan sedapnya la haiihh. Memang melecaih sungguh dibuatnya. 




p/s: Alhamdulillah. Jika ada rezeki tu, tak ke mana perginya. Makanya, banyak-banyaklah bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.

Thursday, July 6, 2017

Nenas Labu.

Assalamu'alaikum.

Nenas Labu.


Ini nenas ya. Bukannya labu. Nenas yang kakak aku bawa dari rumah dia di Labu. Hehe.


Besar sungguh buah nenas ni. Ni kalau betul-betul masak ni, manis melecaih rasa dia.


Raya hari tu, kakak aku bawa lima biji nenas yang suami dia tanam kat rumah mereka di Labu. Yang empat buah nenas tu takde la sebesar yang ini. Tapi rasa dia memang manis sungguh. Adik beradik aku yang lelaki tu makan nenas tu mengalahkan orang perempuan makan. Akupun dapat makan dua potong je dari empat buah nenas tu. Nampak tak dia punya tahap kemanisan tu. Haha.


Nenas ni masih muda lagi masa kakak aku bawa balik sini. Makanya, kenalah peram dulu. Ni baru je mula nak masak. Disebabkan takut nenas ni busuk, incase aku terlupa, tu yang hari ni aku potong siap-siap. Kononnya separuh tu nak buat pajeri la tapi rasanya habis makan macam tu je nanti. Lagi pulak aku dah siap potong kecik-kecik dan masukkan dalam peti sejuk. Sambal kicap pulak ada lagi. Apa lagi, laju je la makan. Heh. 


p/s: Akupun ada jugak tanam sepokok nenas ni, benih nenas yang ni jugak la tapi sampai sekarang ni tak berbuah lagi. Rasanya dah setahun lebih dah umur nenas yang aku tanam tu.

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)