Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, March 7, 2009

Kisah Aku dan Dia......uhukkk..(2)

Assalamualaikum....
Fuhhh.... aku sebenarnya dah tak tau nak post apa lagi. Banyak cite yang nak dikongsi tapi maleh mek amek nak susun cito tuu... haaa kan aku dah terspiking london hehehe...

Okay la... ni nak share citer zaman2 masa keje dulu....dah lama dah citer ni, tapi bolehlah kot...
janji ada post baru kan.... kakakaka... sebab korangpun dah bising asek cakap bila nak buat citer baru.....

Aku ni dulu keje kilang je.. apa nak buat.. dah takde rezeki nak masuk U...asek2 tak lepas je permohonan aku tu.... buduss kan dorang tak amek aku masuk kat U tu hehehe.....

Dulu, kalau ada cuti je aku blah balik rumah.. Aku tak baper suka dok kat hostel. Kalau cuti 4 hari je, mesti aku lesap.. Jauh gak la dari Johor nak balik Pahang ni. Duitpun banyak gak abeh tapi takpe, janji hati aku tenang dan lapang bila dok kat rumah hehe...
Aku biasanya naik bas dari Larkin ke Puduraya dan waktu perjalanan aku, malam la sebab pagi dah leh kejo bas ke Pekeliling then sampai rumah kol 12.30 tengahari...
Ada satu malam tu aku duduk dengan sorang mamat ni. Dia dah naik dulu, so dia amek la tempat duduk kat tepi tingkap.... cisssss.... padahal aku paling suka duduk tepi tingkap tu......
geram je aku bila tengok dah ada orang chupp tempat tu.... hehehe...
Perjalanan jauh. Naik bas pukul 12.30 malam, so mata memang la ngantok. Aku ni jenis yang tak suka tidor dalam perjalanan. So, aku buat2 tido je la. Nak dijadikan citer, mamat kat sebelah aku ni punya la lentok tidor. Dah la kepala dia berat, lentok lak kat bahu aku.. rasa macam nak sekeh je pale dia tu. Tapi aku sabo lagi. Sampai naik senget2 bahu aku nak ngelak. Berat wooo pale orang laki ni rupanya. Tah apa isi kat dalam tu tak tau la... hikkkk.. Aku mula la cari akal. Camne nak bagi mamat ni sedor, biar dia lentok kat tepi tingkap lak. Dalam pada tu, aku dapat satu idea.... huahuahua.... abeh la ko mamat wehhh....
Mula2 aku amek tudung yang aku pakai tu, tarik selapis untuk tutup muka aku.... kekeke.... kena la sorok muka dulu.... nanti senang aku nak gelak.... wakakaka... jahat giler. Lepas tu aku tolak dengan bahu pale mamat tu kat tingkap. Padan muka dia. Terus dia tersedar dan sambung tido lentok kat tingkap lak. Aku tau kejap lagi mesti dia lentok balik kat bahu aku balik. So, dengan segera aku amek jarum peniti kat tudung aku tu. Aku tegakkan jarum tu kat bahu dan bersedia untuk menyerang hahahaha.....
Dan.... betol apa yang aku jangka. Mamat tu lentok balik semula kat bahu aku. Gamaknya lembut ke bahu aku tu ek.... ekekeke.... Apa lagi, jarum peniti tadi terus kena kat pale dia.....
agaknya la sebab aku tak nampak kena kat mana... Tapi aku nampak dari dalam tudung yang mamat tu terpinga2 bangun sambil kesat mata dia.... wakakaka....ambek ko..!! Aku lak dengan selamba paling muka kat tempat lain sambil terhinjut2 gelak.. Nasib baik semua orang dah tido, so takde la yang tengok apa yang aku buat tu.. Yesss...!!! Akhirnya misi aku berjaya.... dan mamat tu terus lentok kat tepi tingkap sampai Puduraya... Boleh la pulokkk kannn....
Persoalan aku skang ni... Apasal orang laki ni suka lentok2 kat bahu pompuan ekk...?? Siapa leh tolong jawab.....
Ada lagi kisah lain.... tapi tunggu je la.... lotihhh denn....
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »