Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, February 28, 2011

SAMBUNGAN KISAH SEMALAM...

Assalamualaikum...

Sambungan kisah semalam...

Pagi tadi aku dapat tangkap gambar kera tu..
Tangkap gambar je...
Bukannya tangkap kera tu... hehe..
Tak berani nak tangkap kera tu haiihh...

Tengok gaya dia melompat je dah menakutkan aku...
Patut la ada orang kata siapa yang suka melompat-lompat ni perangai macam kera..

Layan gambar kera pulak ehh... Sesekali apa salahnya ubah pandangan... hehe..

Ni masa dia ambil pisang yang aku campak.. Laju betul dia lari... Kecik je kera ni. Besar lagi kucing aku yang penakut tu... hehe..


Tengah buat aksi ala-ala menembak...


Ni dia tengah skodeng ikan keli kat dalam kolam... Mulut tu penuh dengan pisang..

Aku kata: Dari pagi tadi streamyx takde line. Petang ni baru ada, itupun tersangkut-sangkut.. Bila kol je talian 100, punya la susah nak dapat sambungan. Macam-macam "tekan" dia suruh buat... Sudahnya, biar je la haaiihh... Naik malas jadinya...

Sunday, February 27, 2011

Uiitt..!! KO NI KERA KE BERUK..??

Assalamualaikum...

Uiitt.!! Ko ni kera ke beruk..??

Entah la..
Mak aku kata kera...
Tapi aku suka monyet... hikk...

dancing monkey

Petang semalam ayam mak aku kecoh kat belakang rumah ni. Pastu mak aku kata ada kera, tu yang ayam-ayam tu bising tu. Mungkin kera tu dok usha telur dorang kot... kehkehkeh...

Pastu aku tengok kera tu dok kat atas bumbung rumah jiran aku ni. Aku cuba la nak ambil gambar dia, tup-tup dia menyorok pulak kat bawah bumbung tu. Pastu aku tengok dia keluar balik semula. Tu yang cepat-cepat aku ambil gambar dia tu. Dapat ambil dari jarak jauh je sebab kera ni pemalu rupanya... haha.. Aku dok panggil dia, mehh la.. mehh la.. dia buat dono je. Padahal kalau dia datang, mau melompat aku terkujat hahaha...

Baik punya duduk. Cover la sikit oii...!! Tak malu betul la kera ni...

Jiran-jiran kata dah beberapa hari dah kera tu terlepas dari ikatan tali dia. Ni kera peliharaan jiran kampung sebelah ni. Kampung sebelah ni dekat je, terpisah dengan jalan raya je hehe.. Yang peliknya, tuan dia takde pulak datang mencari kera dia ni. Agaknya dia tak tau mana kera ni pergi kot.. Kesian kera ni dok lompat-lompat sana-sini.. Sepatutnya pakaikan la dia rantai yang ada nombor telefon, senang nak hubungi tuan dia tu.. kan.. Pastu nanti tanya la kat kera tu apa nombor telefon tuan dia tu... muahahaha...

Petang tadi, aku tengok kera ni bergayut kat atas kabel letrik rumah jiran aku. Jiran aku tu dah la tengah buat rumah, simen kat kaki lima longkang baru je siap tepek. Buatnya kera tu main teng-teng kat atas simen tu, harus menjerit jiran aku tu... kihkihkih...

Aku kata: Teringat kera-kera yang bergayutan kat jalan lama nak ke Kuala Pilah. Bila ikut jalan baru, tak nampak dah kelibat kera-kera ni. Rindu pulak nak tengok aksi dorang buat akrobatik... Comel je... hehe... dancing monkey

Saturday, February 26, 2011

SENYUMLAH...!!!

Assalamualaikum..

Senyumlah...!!!

Orang yang sentiasa senyum akan melihat kesulitan dengan tenang sambil berusaha mengatasinya. Jika melihat sesuatu kesulitan, mereka tersenyum dan mengatasinya dengan wajah yang ceria. Sebaliknya, jiwa yang muram akan melihat kesulitan dengan sedih. Setiap kali mereka mengalami kesulitan, mereka akan melarikan diri dan melihatnya sebagai masalah yang amat besar serta membebankan diri.

Flower

Akhirnya, dia menyalahkan waktu padahal waktu yang diumpatnya merupakan ciptaannya sendiri. Dia hanya menginginkan kejayaan di dunia ini.

Iliyya Abu Madhi berkata dalam puisinya:

Orang berkata: "Langit selalu berduka dan mendung."

Aku berkata: "Tersenyumlah, biarkan kemurungan itu di langit."

Orang berkata: "Masa muda telah berlalu dariku."

Aku berkata: "Tersenyumlah, bersedih menyesali masa muda tidak akan mengembalikannya."

Orang berkata: "Langit telah bersatu dengan cinta yang berkobar dalam dadaku dan telah menjadi neraka jahanam. Dia khianati janji setelah menguasainya, maka bagaimana aku sanggup tersenyum?"

Maka akupun berkata: "Senyum dan dengarlah, jika engkau tetap bersedih, maka engkau akan habiskan seluruh umurmu dalam kepedihan."

Orang berkata: "Perniagaan mendekati kerugian seperti musafir yang hampir mati kerana kehausan atau seperti singa yang haus darah, dia meludah darah setiap kali menjulurkan lidah."

Aku berkata: "Senyumlah, kerana engkau bukan penyebab kesembuhannya kecuali jika engkau mahu tersenyum. Apakah ketika orang lain berbuat dosa dan tidur dengan perasaan takut, engkau merasakan engkaulah pendosa itu?"

Orang berkata: "Musuh sedang berada di sekelilingku. Mereka berteriak menakutiku, bukanlah aku telah tertawan dan apakah musuhku tidak melihatku?"

Aku berkata: "Senyumlah, cacian mereka tidak ditujukan untuk menuntutmu, jika engkau tidak lebih mulia dan agung daripada mereka."

Orang berkata: "Musim telah jelas tanda-tandanya, tergambar padaku di pakaian dan tulisan, sedang diriku mempunyai kewajipan terhadap kekasihku, namun tidak ada satu durham pun di kedua telapak tanganku."

Aku berkata: "Senyumlah, bukankah engkau masih hidup? Engkau bukanlah termasuk orang yang tidak mempunyai kekasih."

Orang berkata: "Malamku berlalu dengan dalam kepahitan."

Aku berkata: "Senyumlah, jika engkau merasa pahit, semoga orang lain sedang melihatmu sedang bersenandung. Lemparkan kedukaanmu dan tetaplah bersenandung. Apakah dia akan melihatmu, jika engkau bernyanyi dengan limpahan dirham atau engkau merasa rugi jika engkau bernyanyi dengan hati berseri-seri?

Wahai sahabat, janganlah sampai kesedihan membuat mulutmu terdiam dan wajahmu menampilkan kesedihan. Senyumlah, sesungguhnya bintang-bintang juga tersenyum. Oleh kerana itu, kita suka kepada bintang."

Orang berkata: "Keceriaan tidak akan membuat keadaan menjadi lebih baik. Ia datang ke dunia ini dan tetap pergi walau terpaksa."

Aku berkata: " Senyumlah, selagi nyawa dikandung badan, selama engkau masih hidup, kerana sudah terlalu lama engkau tidak tersenyum."

Sesungguhnya kita perlu kepada senyuman, wajah yang selalu berseri, hati yang lapang, akhlak yang baik dan sebagainya.

"Sesungguhnya Allah s.w.t mewahyukan kepadaku agar kalian berendah hati, sehingga tidak ada salah seorang di antaramu yang berlaku jahat pada yang lain dan tidak ada salah seorang di antaramu yang membanggakan diri atas yang lain."


Aku kata: Senyumlah... Senyumlah.. Ahaaii cik mek molek.. dance hehehe...

~ A ~ W ~ A ~ Y ~

Assalamualaikum...

~ a ~ w ~ a ~ y ~
:
:
:
:
:
Berehat seketika dari berblogging dan blogwalking dan fesbuking..
:
:
:
:
:
Badan tak berapa sihat..
:
:
:
:
:
Ehh... Silap. Kesihatan tak berapa sihat..
:
:
:
:
:
Apa aku merapu ni...
:
:
:
:
:
Orang demam, memang macam ni...
:
:
:
:
:
Jangan layan sangat... Huhuhu...
:
:
:
:
:
Sampai hati cakap camtu...
:
:
:
:
:
~ a ~ w ~ a ~ y ~
:
:
:
:
:
V
Fever Sick

Aku kata: zzzzzzzzzzzzz......!!!

Friday, February 25, 2011

SAYANGI JANTUNG ANDA.. Dupdapp... Dupdapp...

Assalamualaikum...

Aku cuba la klik kat satu iklan Nuffnang ni. Rasa macam tertarik pulak nak masuk kat page tu. Pastu bila masuk je kat situ, keluar la kempen Make Malaysia Heart-Healthy dari Quaker Oat ni. Korang tentu dah tau kelebihan makan oat ni kan. Jadi, tak payah la aku nak terangkan lagi. Senang cerita, quaker oat ni bagus untuk kesihatan jantung kita.

Sebenarnya, aku tertarik kat beberapa resepi kat page tu.. hehe.. Dan aku CnP aje satu resepi kegemaran ramai ni. Lepas ni boleh la buat sendiri kat rumah. Jimat sikit bajet sebab satay sekarang ni dah makin mahal..


CHICKEN SATAY


Ingredients

2 stalks lemon grass, thinly sliced

3 shallots, sliced

1 cm turmeric root, sliced

1 tsp salt

2 Tbsp sugar

3 Tbsp oil

500 g boned chicken, cut into 1 cm cubes


Directions

  1. Pound lemon grass finely in a mortar and pestle. Add shallots and turmeric and continue pounding to make a fine paste. Stir in the salt, sugar and oil and add this to the chicken, mixing it in well. Cover and set aside for 1 hour before threading chicken on bamboo skewers. Grill satay over hot ambers for 2 – 3 minutes per side, occasionally basting with a lemon grass “brush” dipped in a mixture of oil and water.

QUAKER SATAY SAUCE

100 g peanuts

6 dried chillies, cut into 2 cm lengths and soaked in hot water till softened

8 shallots, sliced

1 tsp shrimp paste (belacan)

1 clove garlic, sliced

3 Tbsp oil

1 stalk lemon grass, bruised

2 cups (500 ml) water

60 g Quaker instant oatmeal

1 tsp salt

3 – 4 Tbsp sugar

Directions

  1. Place peanuts in a wok and fry on low heat till crisp. Cool 10 minutes and chop finely in a food processor (or pound in a mortar and pestle). Set aside.
  2. Drain chillies and place in an electric blender with the shallots, shrimp paste, garlic and just enough water to enable the blades to turn.
  3. Heat oil in a medium size saucepan and fry blended paste on low heat until fragrant and oil surfaces. Add lemon grass, water and chopped peanuts. Bring to the boil and simmer about 15 minutes.
  4. Add Quaker oats, salt and sugar to taste. Cook till thickened and if sauce seems too thick, adjust consistency with a little additional water.


Aku kata: Jom pakat ramai-ramai makan Quaker Oat jom.. Apa yang penting, jauhi dadah, arak dan juga rokok.. Ada lagi tak..??

**Satu je perkataan BM kat dalam resepi tu... Nampak tak..?? Hehehe...

Thursday, February 24, 2011

APSAL ORANG KITA SUKA MENGUTIP ehh...??


AHMAD Rodzlin Ahmad Murad ditemani adiknya, Putra Mohd. Ahmad Murad menunjukkan paha kaki kirinya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak, semalam.


IPOH 23 Feb. – Pemandu treler membawa muatan beras yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir semalam, melalui detik cemas apabila dia terpaksa menahan kesakitan dan dibiarkan terbaring di tengah jalan hampir satu jam tanpa dibantu oleh mana-mana pihak.

Lebih malang lagi apabila kecederaan yang dialami Ahmad Rodzlin Ahmad Murad, 27, tidak diendahkan bahkan dia dituduh memandu laju dalam keadaan mengantuk.

Namun, apa yang lebih dikesalkan mangsa apabila orang ramai yang berhenti untuk melihat kemalangan itu tidak menghulurkan bantuan sebaliknya sibuk mengaut beras yang bertaburan di atas lebuh raya.

“Hampir satu jam saya terbaring di atas lebuh raya dan tiada seorang pun yang menghulurkan bantuan. Malah, mereka kelam kabut mengutip beras yang bertaburan.

“Tidak cukup dengan beras, beg dan telefon bimbit saya juga diambil. Bayangkan dalam keadaan berlumuran darah, mereka hanya memandang tanpa membantu memberikan kain untuk menutup luka saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam menyiarkan gambar muka hadapan kemalangan membabitkan sebuah lori treler muatan beras yang dipandu Ahmad Rodzlin terbalik selepas merempuh sebuah lori muatan pasir.

Kejadian pukul 10 pagi di Kilometer 394.4, Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Tanjung Malim itu turut meragut nyawa kelindan treler berkenaan, Hanafi Mohd. Daud, 22.

Katanya, akibat kejadian itu dia mengalami kecederaan di bahagian paha dan lengan kiri dan pihak hospital terpaksa menampal kecederaan tersebut dengan kulit di bahagian paha.

Ahmad Rodzlin memberitahu, kejadian itu berlaku apabila dia cuba mengelak daripada terlanggar lori pasir yang tiba-tiba memotong dan memperlahankan kenderaan di bahu jalan tanpa memberikan isyarat lampu.

Katanya, lori tersebut mungkin cuba mengelak daripada melalui sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak jauh dari tempat kejadian.

“Jika lihat daripada gambar dalam akhbar, lori saya memang berada di lorong yang betul, manakala sebahagian badan lori pasir masih berada di atas jalan raya dan bahu jalan.

“Saya tidak sempat mengelak sebab secara tiba-tiba pemandu itu memperlahankan kenderaan dan saya percaya ini ada mengena dengan sekatan jalan raya yang diadakan JPJ,” katanya.

Ahmad Rodzlin yang berpengalaman selama lima tahun membawa lori berkata, kemalangan itu merupakan kali pertama dialaminya dan ketika itu, dia dalam perjalanan ke Puchong, Selangor untuk menghantar ratusan guni beras dari sebuah kilang di Perlis.

Tambahnya, dia kini bimbang dengan penerimaan keluarga Hanafi yang meninggal dunia di Hospital Slim River kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Sumber dari sini...

Aku kata: Dah la tak tolong pemandu yang kesakitan tu, boleh pulak selamba je pergi kutip beras yang bertaburan. Memang takde kemaluan langsung..!!! Macam ni ke rakyat Malaysia yang prihatin..?? Tak tau la pulak kalau yang mengutip beras tu semua warga Bangla atau Nepal..

TOING..!!! TOING...!!! TOING...!!!

Assalamualaikum...

Toing..!!! Toing..!!! Toing...!!!

Arrggghhh..!!!
Tension giler den..!!

Teringat kat tiga keping movie versi dvd yang aku beli tahun lepas. Tak pernah tengok langsung...!! Macam mana la aku boleh terlupa ni..

Baru kejap tadi cari-cari la balik cd tu. Okay jumpa. Pastu cuba la pasang. Macam ada masalah je ni... Dah la tv aku ni memang ada masalah, ditambah lagi dengan masalah dvd player yang macam nak tak nak je jalan. Padahal dvd player tu baru je beli tahun lepas... Makin bertambah tension..

Toing...!!! Toing...!!! Toing...!!!

Dancing frogs

Cuba lagi ejas mana yang patut. Ketat sana, ketat sini. Okay, keluar la sekejap movie tu. Tapi apahal pulak gambar dia jadi versi hitam putih. Cehhh, makin sakit hati aku dibuatnya... Godek lagi. Langsung tak keluar gambar dah... Hampagas betul la...

Toing...!!! Toing...!!! Toing...!!!

Akhirnya, off aje la dvd player tu. Hilang mood aku nak tengok movie. Simpan balik semula semuanya. Dengan dvd player tu sekali aku masukkan balik kat dalam kotak dia.. Ada harapan nak humban.. Dan ada harapan jugak nak membocorkan dompet aku yang dah sememangnya bocor ni...

Takde citer best ke malam ni weii...!!!

Tahniah Malaysia menang 2-0 ke atas Pakistan..
Errr...Tetiba je... haha...

Hari nak hujan la pulak. Jom join aku nyanyi lagu ni...

Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi.
Cepatlah adik cepat,
Cepat pergi mengaji...

Lompat si katak lompat,
Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah adik cepat,
Jangan asyik nak ngadap pisi..

Aku kata: Pisi = PC... kehkehkeh...

Wednesday, February 23, 2011

APA ADA DI SEBALIK DAUN YANG BERGOYANG..??

Assalamualaikum....

Apa ada di sebalik daun yang bergoyang..??
Cuba perhatikan betul-betul..
V
V
V

Dah nampak sikit dah...
V
V
V

Ooo... Pandai ko cari tempat 'menyorok' ehh... haha...
V
V
V

Okay takpe... Kasi peluang dia jadi 'model' barang dua tiga minit...
V
V
V

Lagi... Dia tengah 'syiok' tu.. Konpem tak peduli dah... :P
V
V
V

Kuat jugak dia 'melekap' rupanya... =D
V
V
V

Eiiii.... Apa lendir-lendir ni... Yuck...!!
V
V
V

Rupa muka tak tau malu...
V
V
V

Ini 'hukuman' yang sepatutnya ko terima.. ;)
V
V
V


Aku kata: Jangan 'melekap' kat balik pokok atau tempat tersorok. Nanti bila ada orang panggil ko bab*, pandai pulak ko marah <--- Nota untuk hubungan terlarang/songsang...

Tuesday, February 22, 2011

I AM NUMBER FOUR... =)

Assalamualaikum...

I Am Number Four... =)

What..???
Sejak bila pulak dapat pangkat nombor empat ni... haha..

Bukan aku la, tapi ni untuk kaki wayang..
Ada filem terbaru menanti kedatangan korang kat pawagam..

Synopsis:
Three are dead. He is Number Four. D.J. Caruso (“Eagle Eye,” “Disturbia”) helms an action-packed thriller about an extraordinary young man, John Smith (Alex Pettyfer), who is a fugitive on the run from ruthless enemies sent to destroy him. Changing his identity, moving from town to town with his guardian Henri (Timothy Olyphant), John is always the new kid with no ties to his past. In the small Ohio town he now calls home, John encounters unexpected, life-changing events—his first love (Dianna Agron), powerful new abilities and a connection to the others who share his incredible destiny.

Thanks to Walt Disney Studios Motion Pictures, 30 Nuffnangers and their guests will have the chance to join John Smith on the adventure of his life in I Am Number Four next week! Details of the screening are as below:

Date: 1 March 2011 (Tuesday)
Time: 9.30 pm
Venue: Cathay Cineleisure, e@Curve

If you’d like to win a pair of passes to catch I Am Number Four next Tuesday, just leave a comment on this post and ell us what superpower you would have if you were an alien sent to Earth. The 30 most creative comments will win a pair of passes each to the Nuffnang Premiere Screening of I Am Number Four next week!

Kalau berani, cuba la pasang 4.. Pheeww...!!!

Aku kata: Tengok wayang je tau.. Jangan pulak korang yang buat wayang kat dalam panggung tu nanti... muahahahaha...

p/s: Cepat hantar komen kat page nuffnang tu. Mana tau kot-kot dapat tiket free.. Kalau komen kat sini tak dapat apa-apa pun... hehe...

DESAKAN NALURI YANG MEMBAWA PADAH...

Assalamualaikum...

Desakan naluri yang membawa padah...
Bila kerja sebegini berakhir dengan sia-sia...
Banyak kerja halal yang boleh dibuat...
Kenapa kerja keji ini yang dicari-cari...

Moga-moga kaum wanita kita menjadi lebih berani untuk menghadapi situasi begini.. Tapi kalau terlalu berani sangatpun bahaya jugakkan... huhuhu...

Isnin Februari 21, 2011
Suspek Samun Maut Bertembung Dengan Kereta Mangsa

KUALA LUMPUR: Seorang suspek samun maut, manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang mereka naiki bertembung dengan sebuah kereta dipandu oleh mangsa yang disamun mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner (ACP) Amiruddin Jamaluddin berkata kejadian berlaku di Taman Mega Jaya, Ampang Jaya di sini kira-kira 8.50 pagi tadi.

Katanya suspek yang berumur 34 tahun mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan dihantar ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat manakala rakannya berusia 28 tahun kini dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital yang sama.

Beliau berkata kedua-dua suspek lelaki warganegara Indonesia.

Amiruddin berkata kedua-dua suspek dilaporkan menyamun beg tangan mangsa, seorang wanita berumur 28 tahun yang diletakkan di tempat duduk hadapan keretanya yang dipakir di luar rumah ketika mangsa sedang menutup pintu pagar untuk keluar bekerja pada 8.40 pagi. Melihat tindakan dua suspek itu, mangsa telah cuba merampas balik beg tangannya tetapi ditendang oleh suspek yang terus melarikan diri dan mangsa telah mengejar suspek dengan memintas mereka di sebuah simpang, kira-kira 200 meter dari rumah mangsa, tambahnya.

Beliau berkata suspek yang datang dari arah bertentangan, hilang kawalan dan motosikalnya merempuh kereta mangsa yang berhenti di hadapan mereka, menyebabkan kedua-dua suspek tercampak ke dalam longkang di tepi jalan.

Beliau berkata siasatan polis mendapati suspek menggunakan motosikal curi dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun dan Seksyen 41(1)A Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menaiki motosikal curi.

Mangsa kes samun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan pihak polis telah mengambil keterangan darinya, katanya yang turut memuji tindakan pantas orang ramai untuk melaporkan kejadian tersebut. - BERNAMA


Aku kata: Berani kerana benar. Takut kerana salah. Kalau dah salah tu baik mengaku aje la. Buat apa bersusah-payah nak mereka cerita yang tak masuk dek akal... Tetttttt...!!!

BIARKAN BULAN BICARA SENDIRI...

Assalamualaikum...

Biarlah bulan bicara sendiri...
Biarlah bintang kan menjadi saksi...
Tak kan ku ulangi walau sampai akhir nanti...
Cukup derita sampai di sini...


Aku suka lagu ni...
Tak tau la kenapa...
Macam ada sesuatu je yang menyentuh hati aku...
Mungkin sebab senikata dia yang buatkan aku sayu je...


Ni la padahnya bila mood jiwang karat aku datang...
Habis tisu sekotak..
**Tipu je... hehe..

Dah lama rasanya tak melayan jiwang karat ni...
:
:
:
V


Aku kata: Bila hujung bulan je ramai yang meroyan.. Apsal ehh..?? Buruk betul rupa orang lelaki yang meroyan ni.. Errr....!!! Kehkehkeh....

Monday, February 21, 2011

SEGHAIRAH MANAKAH BIBIR ANDA..??

Assalamualaikum...

Seghairah manakah bibir anda..??
Adakah seperti bibir si Angelina Jolie?
Aku suka tengok bibir dia ni...
Macam terjuih je kan... Tapi ramai orang kata seksi..
Adakah benda-benda yang terjuih ini termasuk dalam kategori seksi..??
Ontah la, den tak tau sobab den ni tak suko nak juih-juih ni... =D

Polls

Namun begitu, sanggupkan anda untuk menjadikan bibir seksi anda itu berkeadaan seperti gambar-gambar di bawah ini..? Jika sanggup, silalah buat makeover sekarang.. kehkehkeh... Aku tak sanggup wehhh... Aku sayang bibir aku walaupun bibir aku tak seksi... :P

candy lips
fancy-sponge

Aku kata: Bibir mana satu yang paling comel...??

AKU YANG BERAT ATAU ENGKAU YANG TAK LARAT..??

Assalamualaikum...

Aku yang berat atau engkau yang tak larat..??
Aku memang ngaku la yang aku ni berat. Segala-galanya berat dan memberatkan. Kalau suruh aku berdiri kat atas penimbang tu, mau menangis penimbang tu jadinya... hahaha... Nak buat camner, dah tak boleh nak kasi ringan dah ni.. Redho aje la... huhu....


Aku bukan nak cakap pasal berat aku sebenarnya ni. Aku cuma nak tanya je betul ke blog aku ni berat atau line streamyx aku yang malas nak bergerak. Sejak seminggu ni teruk betul la nak bersosial... Pheewww....!!! Takde la haiihh.. Maksud aku tu susah bebeno nak blogwalking atau mencari info atau nak google. Asal klik je, mula la terhegeh-hegeh nak loading, pastu terus disconnect padahal line masih ada lagi. Tu yang aku pelik tu. Hampagas betul la. Berbakul-bakul aku menyumpah streamyx ni.. Semua benda yang tinggal kat zoo tu aku sebut... Sakit hati betul...!!!

Dalam pada terhegeh-hegeh tu, dapat la jugak aku blogwalking cari info apsal la laptop aku ni lemau sangat nak loading. Adakah disebabkan line yang bermasalah ataupun terlalu banyak file atau software yang aku simpan. Rasanya aku ni bukannya jenis yang suka install atau download benda yang merepek meraban ni. Aku hanya download apa yang perlu je. Tapi mungkin ada beberapa software yang telah di-download oleh anak-anak buah aku sebab dorang yang setup laptop aku ni dulu..

Aku terjumpa la kat satu blog tu, dia kata kena buang dulu mana-mana file atau software yang tak perlu. Yang tersimpan kat recycle bin tu pun kena buang jugak sebab masih berada dalam hard disk. Maka, akupun buat la apa yang sepatutnya. Habis aku godek-godek dan buang software yang aku sendiri tak faham apakah bendanya itu... hahaha.. Lagipun sebelum ni aku dah bagitau kat anak-anak buah aku tu, kalau nak download apa-apa melalui laptop aku ni, boleh, tapi lepas tu simpan benda tu semua kat dalam pendrive dorang. Jangan simpan kat dalam laptop aku. Pening laptop aku tu nanti sebab tuannya bukan pandai bab IT ni... kehkehkeh..

Masalahnya sekarang, lepas buang semua benda yang tak perlu tu, loading adakalanya okay, laju la jugak, asal klik je terus keluar page yang aku cari tu. Tapi, ada masanya ya ampun, terkemut-kemut macam bontot ayam baru lepas berak. Habis tu, masalah siapa agaknya ni ehh..? Masalah streamyx yang lambat ataupun masalah laptop yang berat. Jangan suruh aku pakai Unifi sebab kalau aku mampu, dengan kompeni Unifi tu sekali aku beli.. Hohhhh...!!!

Kepada para blogger yang blog dia ada macam-macam jenis lampu tu, atau ada lagu background yang berat, atau ada flash sana-sini tu, kalau aku tak masuk blog korang tu aku mintak maaf banyak-banyak la ya. Bukan aku tak sudi, tapi line streamyx aku ni ada penyakit jantung. Nanti kalau dia terkejut, terus dia 'hang' sampai pengsan. Aku jugak yang susah nanti. Kalau nak selamat, buang la semua benda alah tu. Lagipun, bukan semua orang suka dengar lagu background korang tu. Kalau korang kata blog aku, suka hati aku la nak letak apapun, okay.... BABAI.. Tu je jawapan aku....

Aku kata: Mentang-mentang la TM dah ada Unifi, pengguna streamyx macam aku ni dianaktirikan. Adil ke camni? Siapa nak apply Unifi, boleh KLIK SINI YA... Marah-marahpun sempat lagi nak promot Unifi... ngehngehngeh...

Sunday, February 20, 2011

WOW...!!! GEMPAK GILER..!!!

Assalamualaikum...

Wowww...!!!
Gempak giler..!!!
Ada promosi iklan terbaru dari Nuffnang ni..

Hadiah dia...???
Fuiiyyooo....!!!
GRAND PRIZE TO HOLLYWOOD AMERICAN IDOL weiii...
Wooowww...!!!


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut..

Nama Peraduan
Peraduan Experience Fiesta, Experience Hollywood 2011
Tempoh Peraduan
14 Februari 2011 – 31 Mac 2011

Kriteria Kelayakan:

 Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan memiliki lesen memandu kelas D yang sah.

 Peserta perlu membawa telefon bimbit sendiri untuk menyertai Peraduan.

 Kakitangan, para pegawai dan pengarah Sime Darby Motors Company dan kumpulan
syarikatnya, rakan niaga, rakan kongsi, pengedar, agensi iklan dan promosi dan ahli keluarga
terdekat mereka (ibu bapa, anak-anak, adik-beradik, suami/ isteri) atau ahli isi rumah yang
sama (sama ada mempunyai pertalian darah atau tidak) adalah TIDAK layak untuk menyertai.

 Pemilik Ford Fiesta yang sedia ada dibenarkan untuk menyertai peraduan tetapi mereka perlu mengunjungi cawangan SDAC Ford atau pengedar sah Ford untuk mendapatkan kad Misi dan menghubungi talian pusat Misi (talian hotline IVR) untuk menyertai Peraduan.

 Pelanggan yang telah menempah Fiesta tetapi masih menunggu kereta baru, perlu menjelaskan dalam kad Misi (kad Peraduan). Sekiranya mereka berjaya dipilih, penyertaan akan disahkan dengan rekod SDAC.

Aku kata: Apa tunggu lagi. Jom la kita ramai-ramai join peraduan ni. Untung-untung dapat pergi Hollywood bebb... Menuju puncak, gemilang cahaya... Ehhh, salah lagu daaa... kehkehkeh...

Friday, February 18, 2011

SEPAK PERUT ISTERI HAMIL..??

Assalamualaikum...

Walaupun dah selalu sangat dengar cerita sebegini, aku tetap nak tempekkan jugak artikel ni kat sini. Sakit hati betul dengan lelaki yang suka sepak terajang perempuan ni tau.. Dasar lelaki dayus, dengan perempuan berani la ko sepak terajang...

Kepada kaum wanita yang dah punya calon suami/pakwe/kapel, silalah belajar ilmu mempertahankan diri. Jangan sangka pakwe korang yang nampak alim dengan janggut sejemput tu tidak akan bertukar menjadi seperti seekor harimau bintang.. Beringat sebelum kena...

Sepak perut isteri hamil

Oleh Zarina Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu kepada dua anak terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital di sini, apabila kandungannya berusia tiga bulan gugur selepas ditampar dan ditendang di perut oleh suaminya, Sabtu lalu.

Wanita berusia 22 tahun itu pada mulanya bertengkar dengan suaminya di rumah mereka di Kampung Padang Luar, dekat sini. Akibat tidak dapat menahan sabar, suaminya menampar mangsa beberapa kali sebelum menendang tubuh wanita itu dan perutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata mangsa yang mengandung tiga bulan terpaksa menahan kesakitan selepas dikasari suaminya.

“Meskipun isterinya mengalami kesakitan akibat kekasaran yang dilakukannya, suami mangsa yang berusia 23 tahun meninggalkannya di rumah pada keesokan harinya untuk melakukan kerja di sebuah pelantar minyak,” katanya.

Manoharan berkata, berikutan tidak dapat menahan sakit dan menyedari berlaku pendarahan, mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, petang Selasa lalu. Katanya, doktor mengesahkan mangsa mengalami keguguran dan tertekan dengan kejadian berkenaan, wanita itu membuat laporan di Pondok Polis HSNZ pada jam 11 malam hari sama. Kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

“Mangsa kini stabil dan menjalani rawatan akibat keguguran di hospital berkenaan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 313 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan keguguran tanpa kerelaan perempuan dan jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara sehingga sehingga 20 tahun dan denda. Manoharan berkata, tiada tangkapan dilakukan setakat ini kerana suspek berada di luar daerah disebabkan bekerja di pelantar minyak berkenaan.

Cerita asal ada kat sini... Klik la kalau tak percaya... =)

Ooo... Patut la dia mengamuk macam orang minyak. Kerja kat pelantar minyak rupanya... =D

Aku kata: Kesian.. Tu je yang mampu aku luahkan...

BLUWEKKK...!!! NAK MUNTAH AKU...!!!

Assalamualaikum....

Bluwekkkk....!!!
Nak muntah aku...!!!
Naik kembang tekak aku ni menengoknya...
Eeiii, apa la malang nasib hari ni, tertengok benda alah tu...

stickman vomitting rainbows Pictures, Images and Photos

Sejak dua tiga hari ni macam ada bau yang kurang enak kat dalam rumah aku ni. Kembang-kempis hidung yang dah sememangnya kembang ni menghidu bau busuk tu. Puas dok fikir bau apa la agaknya tu. Sementelah bau tu datangnya dari bilik belakang yang tiada berpenghuni, hanya ada kain baju dan tilam bertimbun je, maka tidaklah diambil kisah sangat. Malas nak masuk bilik tu yang sebetulnya. Kebetulan pula, memang ada bangkai ular yang mati dibunuh dek abang aku kat luar pintu dapur ni. Tapi, setelah mak aku suruh buang jauh-jauh bangkai tu, sepatutnya dah takde la bau busuk tu. Ni masih ada lagi ni, apa hal pulak, kann....

Hari ni bau tu semakin kuat. Lubang hidung akupun dah semakin membesar dah ukurlilitnya. Maknanya memang dah tak boleh tahan lagi dah ni. Nak tak nak terpaksa jugak masuk ke bilik belakang tu. Ayoyo... Itu bau manyak kuat maaaa... Nasib baik tak pengsan...

Proses pertama adalah memunggah tilam-tilam kat atas katil dabel deker tu. Kat bahagian atas katil tu penuh dengan tikar plastik + bantal + toto manakala yang bawah pulak bersusun tilam terbang... Tilam terbang tu tilam yang dah melepet dan lembik tu la... Dipanggil tilam terbang sebab senang nak lempar kat depan tv... Peessshhuuummm...!! Dah sampai depan tv dah tiilam tu... kehkehkeh... Ada jugak orang panggil tilam lempar...

Tilam tu berlipat dua. Makanya selak-selak la dulu tilam tu mencari bau yang busuk tadi. Tilam pertama, selak, okay clear, ketepikan dahulu. Tilam kedua pulak..., selak dan terpana sesaat. Baru selak sikit je terus nampak benda tu bergerak-gerak...

Weekkkk....!!!
Gullpp...!!!

Nak tak nak, cepat-cepat lipat tilam tu jangan bagi benda alah tu jatuh ke lantai, terus keluar bilik, masuk dapur, mintak mak aku bukak pintu cepat-cepat sebab dah tak tahan dah nak bau, pastu terus campak tilam tu kat tepi longkang.. Tilam tu masih lagi berlipat dua. Tak nak aku bukak ehh... Gelikkk...!!! Huhuhu...

Nak tau tak apa kat dalam tilam tu..? Tak payah tau la kot.. Aku sendiri tak berani nak ambil gambar benda alah tu.. Tapi kalau korang nak tengok jugak, aku ambil gambar dari tempat lain je la ehh.. Benda tu adalah ulat yang keluar dari bangkai anak kucing yang mati kat dalam lapisan tilam tu... Tu la masalahnya bila ibu kucing tu asyik berpindah-randah je.. Konon-konon nak selamatkan anak tu, alih-alih mati lemas kat situ... Mak aku suruh kirai tilam tu tapi aku tak nak. Sudahnya dia suruh abang aku bakar je tilam tu... Habis cerita haha...

Aku kata: Tengok pada saiz ulat, mungkin dah 4 atau 5 hari anak kucing tu mati. Tapi apsal baru 3 hari ni je aku terbau busuk tu ehh..? Ni kena tanya kat pakar forensik ni... hehe....

BREAKING NEWS FROM...??

Assalamualaikum...

Ini ada sedikit berita tergempar..!!

Jangan lari wehh...!!!
Baca la dulu...!!
Ishh kome ni, asal berita tergempar je semua pakat nak lari...


Hai para Nuffnanger!

Buat pengetahuan anda semua, kali ini Nuffnang ada satu lagi program yang sangat menarik untuk dikongsi bersama anda semua! Okay, agak-agak anda semua, bilakah kali terakhir anda keluar dan meluangkan masa bersama famili anda? Sebab kalau anda masih belum ada rancangan untuk famili anda dan inginkan aktiviti untuk mengisi hari minggu anda, apa kata kita ramai-ramai menghebohkan Karnival Hore Hore yang bakal menemukan anda dengan bintang tanahair kita yang tersohor – Aznil Hj Nawawi – di Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi, tidak lama lagi!

Ya betul! Penyampai radio, pelakon dan pengacara serba boleh ini (atau lebih dikenali sebagai Pak Nil) akan memanaskan lagi hari anda nanti dengan konsert sulungnya yang bertempat di Taman Tasik Titiwangsa! Selain aksi spontannya, anda semua akan turut dihiburkan dengan nyanyian dan tarian Pak Nil yang akan diiringi dengan penari dan kumpulan poco-poco nya yang pastinya tidak akan membuat anda kering gusi! Bukan itu sahaja, beberapa artis popular juga akan turut diundang sebagai tetamu Aznil yang akan menyempurnakan petang untuk acara bersama keluarga itu.

Ramai yang mungkin bertanya, eh, boleh ke Uncle Aznil ni bernyanyi? Lagu apa yang bakal dinyanyikan nanti? Haa kalau nak tahu, kena la datang dan tengok sendiri! Konsert ini berkonsepkan kekeluargaan. Jadi, kalau anda rasa nak bawa anak-anak dan isteri beserta ibu bapa anda, konsert ini memang idea yang terbaik! Kalau nak bawa satu kampong pun lagi boleh!

Buat pengetahuan anda, konsert ini akan berlangsung pada:

Tarikh: 12 Mac 2011 (Sabtu)
Masa: 8.00pm – 10.00pm
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa

Dah catit dalam kalendar ke belum? Kalau dah, Nuffnang ada satu lagi kejutan buat anda semua! Sebagai rakan media online kepada Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi anjuran RYE Production, kami di Nuffnang akan memberikan 30 tiket Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi kepada 30 blogger yang terpilih!

Untuk memenangi tiket ini, senang saja. Anda semua cuma perlu tinggalkan komen anda di post ini dan lengkapkan slogan berikut, “Dalam banyak-banyak artis, Aznil berjaya mencuit hati saya kerana…

30 komen terbaik akan memenangi sepasang tiket ekslusif ke Konsert Hore Hore Bersama Aznil Hj Nawawi pada bulan hadapan!

Bukan itu sahaja, buat peminat setia Pak Nil yang ingin turut serta ke konsert ini tetapi tidak berpeluang untuk memenangi tiket-tiket ini melalui Nuffnang, jangan risau! Sebab anda juga boleh mendapatkan tiket tersebut dengan melayari www.ticket2u.biz untuk membuat tempahan tiket melalui Internet. Untuk pertanyaan lanjut mengenai tempahan tiket, anda juga boleh menghubungi Yati Rahman di talian 019-6601195 atau Amir Hamzah di talian 019-3406832 atau 03-78850848. Jadi tunggu apa lagi? Jom pergi beramai-ramai dan tinggalkan komen anda sekarang!

Boleh check kat sini jugak ya kawan-kawan peminat Aznil..

Aku kata: Jom pakat-pakat serbu Taman Tasik Titiwangsa ni jom... Ni la breaking news from Nuffnang.... hehe...

Thursday, February 17, 2011

GULPPP.. !!! KENA SERBU KE..!!

Assalamualaikum...

Pagi tadi sedang aku ralit mengadap laptop aku ni, tiba-tiba terdengar bunyi lori berhenti kat depan rumah. Berdetik jugak hati aku ni, apsal pulak ada lori yang berhenti. Pastu akupun buat rumusan sendiri, lori tu nak buat u-turn agaknya sebab rumah aku ni berada kat simpang tiga. Kalau takpun, ni mesti lori bawak pasir atau barang binaan sebab memang ramai orang yang sedang buat rumah kat kawasan kejiranan aku ni.

Alhamdulillah, ada rezeki apa salahnya runtuhkan rumah FELDA yang lama yang sudah dimamah usia tu kan. Lagi pulak, mungkin itu caranya untuk "lekatkan" duit. Maklum la, bila kehidupan dah lapang sikit ni, maka banyak la kedengaran suara-suara nyamuk yang hinggap kat telinga... :P

Lepas tu, aku dengar pulak bunyi suara orang lelaki bagi salam. Ada dua tiga jenis suara. Mula-mula tu aku buat tak endah je, jawab salam dalam hati je, malas nak bangun. Hatipun berdengus jugak. Ishh, sape la ni, pagi-pagi dah datang rumah orang nak jual barang... =D

Kemudian, mahu tak mahu akupun bangun jugak la. Tak sedap hati pulak bila dah bertalu-talu salam orang tu bagi. Makanya akupun mula la menjenguk. Gullpp...!!! Orang Jabatan Agama ke ni..? Apa hal pulak dorang datang sini..? Aku tengok ada la dalam tujuh orang jejaka hensem sedang berdiri kat depan pintu kecil beranda rumah aku ni, semuanya sedang tepat memandang ke arah aku.. Terkesima aii tau... haha...

Lepas tu, dorangpun perkenalkan la diri dan dari mana. Laaaa, orang dari Jabatan Kesihatan rupanya. Ye la, dorang semua pakai vest yang sama, pastu ada la dua orang pakai macam kopiah tu. Tu yang aku ingat dari Jabatan Agama tu. Dah la mata aku ni rabun sikit, tak nampak badge dorang, apatah lagi nama kat van dorang kat depan rumah tu. Dorang kata nak check tempat pembiakan nyamuk aedes...


Gulppp...!!! Lagi sekali aku terkujat. Dah la takde persiapan apa-apa. Hahaha baru tau gelabah.. Dorang kata nak check kawasan dalam rumah sekali. Ayoyoyo, takpe, silalah masuk tengok kolam mandi dan belakang peti ais rumah aku ni. Bunyi macam konfiden je tak akan jumpa anak nyamuk. Maka dorangpun masuk la dan buat la kerja dorang tu. Masuk bilik air, tengok kolam yang besar tu, suluh dalam kolam tu dengan lampu picit, pastu keluar tanpa bersuara terus menuju ke dapur bersama dengan sebahagian kawan yang lain.

Manakala yang kat dapur pula periksa belakang peti ais, pastu suluh jugak kat situ, pastu bagitau aku suruh buang air yang bertakung kat bekas takungan peti ais tu. Aku tanya la, ada jumpa nyamuk ke.? Dia kata takde, cuma ada air yang bertakung je. Pastu aku jawab la yang aku dah letak abate kat dalam bekas tu. Pastu dia jawab, ooooo... patut la... Then diam seketika..

Kumpulan lagi satu sedang periksa kolam kat bilik air kat luar rumah pulak, dengan tandas aku yang dua bijik tu, juga kat luar rumah. Okay, dorang diam je, maknanya takde jumpa jentik-jentik la tu... LULUS kat situ.... Yiihaaa....!!! (Dalam hati je la...)

Tup-tup sorang daripada mereka bagitau aku.. (hensem wooo mamat ni... haha)

"Kak, kat depan tu ada jumpa jentik-jentik...".

Gulpp lagi..!!! "Kat mana..??"

"Kat depan, kat dalam alas pasu bunga.. Meh saya tunjukkan.."

Berani kau bunuh anak-anak aku yaa...!!! Nanti kau..!!!

Dan dia berserta aku jugak pergi la ke depan menuju kawasan jentik-jentik tu berenang. Alamak, memang ada la dua ekor anak jentik-jentik kat situ. Terus dia suruh aku buangkan air kat dalam alas pasu bunga tu dan terbalikkan alas tu. Aku cakap, nanti la aku buat, segan jugak nak buat kat depan dia dan kawan-kawan dia tu. Tapi dorang suruh aku buat segera sebab dikuatiri pegawai dorang akan datang pulak lepas tu. Maka, aku buat jugak la. Kang tak pasal-pasal kena denda pulak, ya tak..? Kalau kena denda ni, sekor jentik-jentik sama dengan Rm100. Ater, kalau udah dua ekor, kena la RM200. Sayang woo duit melayang camtu je.. Tapi rasanya harga tu dah makin naik...

Sebelum balik, dorang ada la bagi enam bungkus kecil abate dan terangkan cara-cara nak gunakannya. Katanya tiga bungkus untuk satu kolam mandi yang dimasukkan ke dalam bunjut kain, buat seperti bunjut sop adabi tu..Lepas dorang balik, terus aku jahit kain perca dan buatkan bunjut untuk abate ni...Dan kelepukkk, campak kat dalam kolam mandi tu... =D

Aku kata: Begitulah kisahnya bila kena 'serbu' secara tiba-tiba. Menggelabah la jugak dalam masa dua minit. Bagaimana pulak keadaan orang yang kena serbu oleh Jabatan Agama serta polis gara-gara berkhalwat tu ehh..?? Habis tu kalau yang buat 'kerja' tu pun polis juga, camner tu..??

Baca kat bawah ni...

ARKIB : 16/02/2011
Maksiat: Anggota polis menggigil dicekup

Seorang lelaki membetulkan kancing seluar dan pasangannya terkejut dalam operasi maksiat di Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 15 Feb. - Seorang anggota polis menggigil ketakutan ketika ditahan bersama pasangannya dalam operasi cegah maksiat di sini, malam tadi.

Sambil terketar-ketar, lelaki berusia 40-an itu bertindak membetulkan kancing seluarnya ketika disoal Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

Adegan itu turut disaksikan pasangannya berusia 20-an yang juga seorang anggota polis dan bekerja di tempat sama.

Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan itu pada mulanya berkeras enggan keluar dari kereta yang dinaiki mereka.

Bagaimanapun, katanya, setelah dipujuk beberapa kali, mereka akhirnya keluar dari kenderaan tersebut.

"Ketika disoal, lelaki tersebut yang telah berkahwin mengaku berasmara bersama pasangannya ketika mereka berdua-duaan dalam kereta," katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasangan tersebut merupakan antara 23 pasangan diperiksa oleh kakitangan JHEAIPP sepanjang operasi selama empat jam bermula pukul 11 malam itu yang tertumpu di sekitar Padang Kota Lama, Queensbay, Bayan Mutiara dan Batu Maung.

Menurut beliau, satu lagi pasangan berusia 20-an yang mengaku telah bertunang pula memberi alasan sibuk bekerja menyebabkan mereka bertemu pada waktu malam bagi membincangkan persiapan perkahwinan serta melepaskan rindu.

Katanya, semasa ditahan di satu kawasan lapang dekat Seagate, Bayan Baru di sini pasangan lelakinya terus keluar dari kereta sambil merayu kepada pegawai JHEAIPP manakala teman wanitanya menutup badan dengan jaket.

"Turut ditahan dan diberi notis ialah seorang gadis yang berdua-duaan dengan pasangan lelaki bukan Islam di kawasan letak kereta Queensbay," katanya.

Menurut beliau, ketiga-tiga pasangan tersebut telah diberi notis kerana berkhalwat.

Katanya, dalam operasi tersebut, JHEAIPP turut memberi amaran dan merekodkan maklumat 12 individu lain manakala lapan pasangan pula diberi kata nasihat kerana berkelakuan kurang sopan.

Sementara itu, Khairul Azman memberitahu, pasangan yang diberi notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 pula diminta hadir ke pejabat JHEAIPP dalam tempoh yang diberikan.

Katanya, kebanyakan yang diperiksa adalah muda-mudi berusia lingkungan 20-an hingga 40-an, antaranya pekerja kilang, penuntut institusi pengajian tinggi, berniaga sendiri dan juga penjawat awam.

Menurut beliau, operasi berkenaan bukan bertujuan mencari kesalahan tetapi lebih bersifat memantau lokasi-lokasi yang sering menjadi pasangan kekasih agar tidak berlaku perkara-perkara mungkar.

Berita diambil dari sini...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »