Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 13, 2013

Ni tidur ke, pengsan ni..?

Assalamualaikum...

Ni tidur ke, pengsan ni..?

Ada masanya memang susah nak kejutkan orang tidur, kan..?
Lebih-lebih lagi yang tidurnya macam pengsan sebulan..
Ada alarm pun macam takde kesan je...
Bila kejut kejut tak nak bangun, mula la mulut nak membebel je, ya tak..
Siram dengan air kang baru tau.. heh heh heh...


Mungkin boleh gunakan cara macam kat dalam video ni untuk kejutkan orang yang susah nak bangun tidur tu.. huhuhu...




p/s: Punya la payah dia kejutkan mak dia, alih-alih dia jatuh tergolek.. Sian kat dia... Tapi comel je dia jatuh tergolek tu... ekekekeke...

Orang berbudi, kita berbahasa..

Assalamualaikum...

Orang berbudi, kita berbahasa..
Orang memberi, kita merasa...


Tadi jiran bagi pokok kat bawah ni.. Hari tu aku ada cakap kat dia yang pokok aku dah mati. Pastu dia tanya la, nak ke pokok ni..? Then akupun jawab la, nak.. Lagipun dia ada dua pasu pokok ni.. Tu yang dia bagi sikit kat aku..


Gantikan tempat balang kaca hari tu..


Dia bagi pokok tu dalam plastik je.. Then aku letak dalam bekas axion tu sebab takde pasu yang bersesuaian. Lagipun pokok ni kecil lagi.. Nanti bila dah naik pucuk baru, dah rimbun sikit, aku pindahkan la dalam pasu lain. Tak pun nanti aku masukkan je pokok ni dalam pasu bahulu mak aku hari tu.. hehh....


Letak dua ekor ikan comel ni untuk sementara waktu..


Lepas tu, akupun bagi la kat jiran tadi kuih gunting yang aku baru buat hari tu  dan sedikit kacang botor(l) kat dia.. Cukup la untuk dia seorang... 




p/s: Jiran muafakat, membawa berkat.. heeee......

Ohh my ikan puyu...

Assalamualaikum...

Ohh my ikan puyu...


Sejujurnya, aku ni bukan la jenis manusia yang rajin nak mencuci akuarium ikan puyu kat rumah ni. Aku suka tengok ikan tu kat dalam akuarium. Aku rajin bagi dorang makan. Tapi bab nak mencuci rumah dorang ni, tersangatlah malasnya.. hehh...




Tapi semalam tak tau kenapa, tiba-tiba je angin rajin aku datang. Aku keluarkan air yang dah kotor tu sampai tinggal sikit je, then aku terus je masukkan air direct dari kepala paip.. haha.. Tawakal je la kalau ikan tu mati.. Opkos la kena masukkan dia punya anti-klorin. Lepas tu masukkan sikit pewarna biru ni.. Konon-konon nak bagi suasana macam air laut la.. hehe...




Dulu ada jugak bela macam-macam ikan hiasan.. Tapi dek kerana asyik mati je, dah malas dah nak membela.. Tukar je bela ikan puyu ni.. Ni pun dah berapa kali mati.. Dua hari lepas, dua ekor ikan puyu ni mati berturut-turut.. Lepas tu ada pulak sekor yang terlepas keluar.. Tup-tup tengok dah ada kat dalam bilik air. Mujur aku cepat tangkap.. Kalau tak dah selamat dah jadi mangsa si Popok sebab dia dah terkam dulu dah..




Silakan layan video puyu kat bawah ni ya... Itupun kalau rajin la nak melayan.. Kalau tak rajin, tak payah layan la.. Banyak lagi kerja lain nak buat, ya tak... hehhh.. Gambar video ni asalnya gelap sikit tapi pihak Youtube bermurah hati nak 'repair' kasi terang.. 


Akuarium ni kosong, takde hiasan.. Cuma ada beberapa biji guli dengan seketul batu je kat dalam tu... Ikan puyu ni suka main guli.. 



p/s: Terapi.. :)

Garlic Vine..

Assalamualaikum....

Garlic Vine..

Bunga ni cantik tapi tak tahan lama..
Lebih-lebih lagi bila kena air hujan..
Cepat je dia terkulai...




Hari tu ada sorang kawan aku ni...
Dia ada nursery jual pokok bunga...
Dia kata bau batang pokok ni ada bau bawang putih...
Patut la masa aku cantas pokok ni dulu ada bau semacam je dan aku tak suka bau tu...
Masa tu aku tak tau lagi nama saintifik pokok ni..
Baru je tau tadi ni haa...
Mujurlah ada geng kat grup yang bagitau..


Cantik kan bunga garlic vine ni..?



Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »