Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, November 4, 2013

Percubaan pertama membuat butter cheese cake...

Assalamualaikum...

Percubaan pertama membuat butter cheese cake...


Sepatutnya malam tadi aku buat kek butter cheese ni.. Tapi malam tadi terlelap awal.. Lepas tu bila terjaga, tengok bola dah habis separuh masa pertama dah.. Lepas tu layan tengok masa separuh kedua pulak.. Akhirnya, Pahang menang.. Alhamdulillah... Tahniah untuk semua pemain dan team Pahang.. Juga untuk seluruh rakyat Pahang.. *Senyum lebar... hehh..


So, hari ni iaitu baru sekejap tadi kek butter cheese aku ni dah masak dah.. Dia merekah sikit.. Mungkin sebab suhu oven yang terlalu panas.. Aku bakar guna oven letrik.. Selalunya bila buat kek, aku bakar guna acuan bulat yang berlubang kat tengah tu.. Pastu aku bakar atas dapur gas je.. Takdepun meragam bila bakar atas dapur gas tu.. Ni bakar dalam oven, macam-macam karenah yang keluar.. huhuhu..






Sekejapan je dah tinggal separuh... 
Alhamdulillah..
Suker aiii.... hehehe...




Ni percubaan pertama aku buat butter cheese cake ni.. Okay la walaupun rupa dia herot sikit.. hahaha...


p/s: Resepi nanti la aku tepek kat blog dapo aku tu.. Sekarang ni aku nak pi layan drama Filipina, Be Careful With My Heart jap... Suker aii dengan citer ni.. So suwiittt... hehh..

Koleksi Anis Ayuni..

Assalamualaikum...

Koleksi Anis Ayuni..


Ini adalah antara novel karya penulis Anis Ayuni yang menjadi koleksi aku.. Rasanya ada dua buah lagi novel yang aku belum ada termasuk Gemersik Kalbu.. Kalau dapat yang dua tu, kiranya lengkap sudah koleksi Anis Ayuni.. Aku beli novel ni sikit-sikit, bukannya beli sekaligus.. Mana nak cekau duit nak beli banyak ni sekali harung.. 


Yang terakhir aku beli ialah Bayangan Rindu dan Cinta Yang Kurasa.. Aku beli dua buku ni dua minggu sudah kat kedai buku yang biasa aku kunjungi..




Mula-mula sekali aku baca novel Kejora Di Langit Cinta ni.. Lepas baca buku ni, terus aku sambung baca Seribu Kali Sayang.. Lepas tu terus order Manisnya Cinta dan beberapa buah novel lain kat MPH Online.. Sampai je novel tu kat rumah, terus aku baca sebab ramai yang kata novel Manisnya Cinta ni best.. Memang betulpun best.. 


Setakat ni aku dah baca empat buah karya Anis Ayuni ni.. Semuanya menarik dan mempunyai kekuatan tersendiri.. Karya Anis Ayuni ni bukan sekadar cerita kosong tanpa pengisian.. Bukannya kisah yang merapu meraban tak ketahuan.. Banyak info dan pengajaran yang ada pada setiap novel.. Walaupun terdapat banyak monolog iaitu bercakap seorang diri, tapi cara penulis menyusun ayat menambahkan rasa ingin terus membaca sampai ke tulisan TAMAT..





 


Teringat akan kata-kata seorang penulis 'lama' ketika diwawancara di tv.. Katanya, penulis terdahulu tidak punya banyak bahan untuk dijadikan rujukan. Bahan bacaan kurang.. Jika adapun, ianya mahal untuk dibeli.. Internet lagi la tak ada.. Atas dasar itu, kebanyakan mereka menulis berlandaskan apa yang mereka nampak dan lihat di sekeliling mereka..


p/s: Pendapat aku, mungkin sebab itu cerita yang mereka tulis lebih terkesan di hati pembaca kerana cerita itu seolah-olah hidup dan nampak ikhlas penceritaannya.. Penulis sekarang...?? No komen... hehh...

Sweet dreams...

Assalamualaikum...


Sweet dreams...



Sweet dreams are made of this...
Who am I to disagree...
I travel the world and the seven seas...
Everybody's looking for something...


Some of them want to use you...
Some of them want to get used by you...
Some of them want to abuse you...
Some of them want to be abused...



Sweet dreams are made of this...
Who am I to disagree...
I travel the world and the seven seas...
Everybody's looking for something...


Hold your head up, keep your head up, movin' on...
Hold your head up, movin' on, keep your head up, movin' on...
Hold your head up, movin' on, keep your head up, movin' on...
Hold your head up, movin' on, keep your head up...


Some of them want to use you...
Some of them want to get used by you...
Some of them want to abuse you...
Some of them want to be abused...


Hold your head up, keep your head up, movin' on...
Hold your head up, movin' on, keep your head up, movin' on...
Hold your head up, movin' on, keep your head up, movin' on...
Hold your head up, movin' on, keep your head up...


Sweet dreams are made of this...
Who am I to disagree...
I travel the world and the seven seas...
Everybody's looking for something...



- Eurythmics -


p/s: Lagu dulu-dulu walaupun genre-nya pelbagai, tetap ada unsur nasihat di dalam liriknya.. Lagu sekarang ni banyak yang mendayu-dayu, merayu-rayu, melentok meleleh yang entah apa-apa entah... hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »