Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, February 20, 2010

CINTA ITU BUTA... BETUL KE...??? ATAUPUN KITA YANG BUTA....?? Hmmm....

BoldAssalamualaikum....

Cinta lewat usia

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?





DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya


Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

~>Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

~>Atau adakah semua wanita materialistik?

~>Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

~>Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

PANDUAN UNTUK MEMIKAT HATI LELAKI....alahaaiiii....

Assalamualaikum....

Benarkah sikap lelaki memang sukar untuk ditelah..? Perangai mereka adakalanya memeningkan kepala kaum wanita terutama sekali yang menyintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih yang mendalam kepada mereka demi untuk meraih cinta. Walau- pun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, namun anda harus memberikan sebahagian hati untuk membuat dia tertawan...

Mungkin anda boleh mencuba beberapa panduan ini. Mana la tau, mungkin ada jodoh anda dengan pasangan anda itu. Sia2 je berkawan bertahun2 jika tak jadi kawin... huhuhu.. (Ni Allah punya kuasa...).

JADILAH PENDENGAR SETIA:
~> Lelaki suka kepada wanita yang menjadi pendengar setia kepada permasalahannya. Mereka tidak suka kaum hawa yang bersikap menentang dan suka membangkang...(hhmmmm...).

SUKA DIMANJA:
~> Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata2 romantik. Ini yang penting buat mereka...(eeuuwwww......).

TARIKAN BUNYI DERAPAN KASUT:
~> Bunyi derapan kasut wanita ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki...(mula la nak pandang tumit orang tu kannnn..... hehehe...)

SOLEKAN BIAR SEDERHANA:
~> Lelaki tidak begitu suka wanita yang bersolek tebal sehingga menghilangkan ciri2 keaslian wajah wanita tersebut... (aku tak suka mekap, jadi pilihlah aku..... ekekeke...).

INGAT HARI/TARIKH PENTINGNYA:
~> Mengetahui bila hari lahirnya merupakan resepi penting yang perlu wanita ketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari penting tersebut...(buat2 lupa je laaa.... hahaha...).

HORMAT:
~> Hormatilah dirinya, keluarganya dan teman2 yang rapat dengannya... (jangan sampai berpura2 hormat dah la yaa.... hohoho...).

JAGA PERANGAI:
~> Jangan terlalu kebudak2an kerana lelaki tidak suka spesis wanita sebegini. Belajarlah untuk bersikap matang dalam tutur kata dan juga tingkah laku... (macam mana pulak jika lelaki yang berperangai begini... hahaha...).

AGRESIF:
~> Lelaki menyukai wanita yang bersikap agresif... (aku...!! aku...!! kakakaka....).

JANGAN OVER:
~> Jangan terlalu seronok ketika berbual atau bertemu dengannya untuk pertemuan yang pertama... (kaber la sikit bebb.... muahahaha..).

ELAKKAN BERSIFAT GANAS:
~> Jangan terlalu bersifat kelelakian serta ganas dalam pergaulan.. (jangan jadi pengkid la wehhh.... huhuhu...).

JANGAN MENUNJUK2:
~> Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda tu terlalu baik dan sempurna.. (habis tu, dah memang baik punn... kannnn.... hikk3..).

JANGAN MUDAH PERASAN:
~> Jangan perasan sangat yang kamu tu mempunyai paras rupa yang jelita... (aku tak jelita pun.... aku suka tengok sinetron Jelita je.... ekekeke..).

BERSEDERHANA:
~> Sentiasalah bersederhana ketika berbelanja. Lelaki takut jika melihat wanita yang boros ni... (kopak la dompet aku.... kata dorang la... ahakk...).

BERSIKAP KEIBUAN:
~> Lelaki paling suka dan menitik beratkan wanita yang bersikap keibuan... (jadi ibu kepada kucing2 termasuk tak dalam sifat keibuan ni... huhuhu...).

LEMAH-LEMBUT:
~> Sentiasalah bercakap dengan lemah lembut dengan mereka.. (ni yang buat aku lemah lutut ni.... wakakakakaka...).

SENSITIF:
~> Ketahuilah bahawa kaum lelaki ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan, apatah lagi dari seorang gadis.... (ehemmm... ehemmmm....).

KENALI SIAPA DIA:
~> Kenali siapa lelaki itu yang sebenarnya sebelum anda memulakan langkah untuk memikat... (wahhh.... malu la nak pikat2 lelaki ni...).

JAGA WAJAH/RUPA:
~> Lelaki sukakan wanita yang pandai menjaga kesihatan diri dan wajah mereka. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi JERAWAT BATU...!! (tak baik wooo lelaki macam ni... panggggg...!!! Hambekkk kauu..).

GAYA:
~> Gunakan aset penting kewanitaan anda untuk memikat lelaki iaitu MATA, PUNGGUNG, DADA dan gaya langkah yang kemas... (cehhh.... cocok mata tu kanggg baru tauu..... ).

KEKAMPUNGAN:
~> Jangan terlalu kuno atau kekampungan. (ini sudah lebeyy..!!).

BERTANYA KHABAR:
~> Selalulah bertanya khabar sekurang2nya 2 kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak terputus begitu sahaja. Mungkin satu hari nanti dia tertarik dengan anda hanya kerana sikap ambil berat anda itu... (tak kuasa aku aiihhh... kang orang kata aku gatal lak...).

JUJUR DALAM TINGKAH LAKU:
~> Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan santun yang menjadi perhatian lelaki.... (sobbbsssss....).

AGAMA:
~> Lelaki sukakan wanita yang beriman dan beragama. Namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim..( alim2 kucing jewww... kuikuikui...).

TEGAS:
~> Jauhkan sifat suka merengek2 dan mengada2 kerana lelaki rimas dengan wanita sebegini. Tunjukkan bahawa anda adalah seorang wanita yang tegas dan tidak mudah untuk dipermainkan... (yeaaaaahhh....).

SOROK:
~> Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.. (jangan cepat cair bebbb...hekk sana...hekk sini...).

MATANG:
~> Lelaki sukakan wanita yang BIJAKSANA dan MATANG serta mudah diajak berbincang... (akupun suka lelaki yang macam ni....Tak suka yang berfikiran kebudak2an.... huhuhu...).

p/s: Mana satu yang TERkena dengan diri anda... hehehe....
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »