Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, September 20, 2013

Cara mudah (asas) menjahit manik bunga lily atau teratai..

Assalamualaikum...

Cara mudah (asas) menjahit manik bunga lily atau teratai..


Sekali lagi aku nak bagitau yang aku takde la pandai sangat nak jahit manik ni.. Lagipun aku memang takde ambil kelas jahitan manik ni. Aku hanya timba ilmu masa kerja kat butik dulu dan lepas tu mula la belajar sendiri².. Walaupun ilmu aku tak seberapa, tapi aku nak jugak kongsikan sikit mana² jahitan yang aku tau.. 


Kali ni aku nak kongsikan cara untuk jahit kelopak bunga lily atau teratai.. Ni kira asas je la ya.. Masa kerja kat butik dulu, sekuntum bunga ni harga dia RM10.. Tu bunga yang mudah je tu... Jika bunga yang lagi tebal kelopaknya, lagi la harga meningkat..


Okay, marilah kita tengok apa yang perlu ada dan perlu dibuat...


Untuk kelopak bunga yang saiz kecil, gunakan duit 5 sen untuk dibuat lakaran membulat.. Tandakan kat tengah tu sebagai titik 'point'.. Boleh lakar gunakan pensil ataupun kapur jahitan ataupun guna pen untuk fabrik..


Buat lima garisan dalam lubang tadi. Selalunya garisan tu kiraannya ganjil iaitu lima ataupun tujuh.. Lepas tu, cucukkan jarum dari bahagian bawah kain, kat tanda 'point' tadi dan bawak jarum tu naik ke atas permukaan kain. Jangan lupa simpulkan hujung benang.. Kalau nak buat tujuh garisan, boleh gunakan duit siling 10 sen sebagai lakaran..


Lepas tu, buat macam dalam gambar ni untuk mengukuhkan lagi jahitan.. Kiranya macam jahit dua kali la...


Lepas tu, susupkan jarum ke bawah kain dan keluarkan jarum tersebut kat hujung garisan seperti dalam gambar...


Masukkan sebiji manik silinder, diikuti dengan sebiji labuci yang dimasukkan secara terbalik dan sebiji lagi labuci yang dimasukkan secara biasa.. Buat dua kali seperti dalam gambar...


Cucukkan jarum pada titik 'point' dan keluarkan jarum tadi pada garisan seterusnya..


Ulangi proses yang sama sehingga habis kelima² garisan dengan kelopak bunga...


Terbalikkan kain dan buat simpulan kat bahagian bawah untuk mengukuhkan jahitan kelopak bunga tadi.. Jangan terus potong benang...


Kemudian, cucuk kembali jarum pada titik 'point' dan bawa jarum ke atas...


Ini rupanya.. Tapi belum siap lagi ni...


Lepas tu, masukkan sebiji manik besar ataupun mutiara dan cucuk ke bawah melalui titik 'point' tadi.. Ulangi proses ni dua kali untuk meneguhkan manik besar/mutiara tadi daripada bergerak²..


Dan inilah hasinya.. 


Boleh buat ikut kreativiti masing² samada nak letak mutiara atau tidak.. Nak letak manik batupun boleh..


Ini manik yang aku jahit untuk baju sendiri.. hehehe...


Boleh klik kat setiap gambar untuk paparan lebih jelas.. Maklum la, ambil gambar guna kamera enpon cap ayam serama je.. haha...


Video kat bawah ni ada tunjukkan beberapa cara untuk menjahit beberapa jenis bunga.. Video ni sangat berguna untuk mereka yang baru nak belajar memanik.. Siap dengan audio lagi tu... Terima kasih untuk tuan punya video yang tidak kedekut ilmu...




p/s: Kena buat selalu untuk melembutkan jari.. Jangan jadi macam jari aku.. Dah keras kejung tak berseni dah sebab jarang menjahit manik ni... 

4 Tukang Tembak:

Angah said...

tq kak for sharing, nampak mudah, tapi salagi tak dicuba belum tahu bole ke tidak...

Acik Erna said...

Akak suko..tapi sah2 tak boleh buek seniri walaupun azz dah tunjuk caro..tqak ponah buek lansung he he

Nieda Ramly said...

nampak senang , tapi aduyai nak buat sendiri jadi ke tidak

rama said...

Sya minat ne bab jahit² ne.tp xpena try lg..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)