Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, January 4, 2014

Nugget untuk orkid...?

Assalamualaikum...

Nugget untuk orkid...?


Haaa...!! Jangan tak percaya.. Orkidpun makan nugget jugak tau.. hehe.. 


Al-kisahnya, hari Khamis hari tu, aku ke bandar. Sebelum sampai ke bandar tu, aku ajak abang dan mak aku singgah kat nurseri sebab aku nak beli tanah merah untuk dicampurkan dengan tanah hitam untuk tanam pokok dalam pasu.. 




Tujuan asalnya satu tu je la.. Tapi biasa la, bila dah tengok ada pulak tanah hitam dalam kampit yang besar, dengan harga yang aku rasakan berbaloi untuk dibeli, maka akupun beli jugak la tanah hitam tu dua kampit.. Satu kampit harga dia RM10. Tanah merah tu pulak memang dah naik harga. Biasanya 5 kampit kecil harga dia RM10.. Sekarang ni cuma dapat 4 kampit je.. huhuhu..


Lepas tu, tengok pulak pokok orkid yang ada kat situ.. Perghh...!! Silau mato den tengok bunga yang cantik-cantik tu.. ahahh.. Harga diapun cantik.. huwaaa... Lepas tu, aku borak-borak la dengan tokey nurseri tu. Aku kata la yang orkid aku sangat malas nak berbunga padahal dah letak dah baja.. Then, diapun sarankan aku untuk cuba letak baja yang jenis nugget tu.. Lepas tu, sarankan jugak untuk cuba baja jenis cecair tu.. 


So, akupun beli la dua jenis baja tu.. Yang cecair tu harga dia RM15 manakala nugget tu harga dia RM16.80.. Aku mintak kurang sikit.. Itupun susah tokey tu nak bagi.. huhuhu.. Bodek punya bodek, dapat la RM30.. Jadi la... Mana la tau esok lusa keluar pulak bunga okid aku tu.. Harap-harapnya macam tu la.. Apapun, yang penting kena usaha mencuba..


p/s: Bajet asal cuma nak beli tanah merah dengan harga RM10 je.. Tapi tersasar sampai jadi RM60.. Sabar je la.. 

Rumah baru untuk 'mereka'.. huhuhu...

Assalamuaalaikum...

Rumah baru untuk 'mereka'.. huhuhu...


Sepanjang minggu lepas, aku dengan abang aku sibuk dok fikir macam mana la nak buat rumah untuk anak-anak kucing aku ni.. Nak upah orang buat rumah khas untuk dorang, bajet memang tak ada langsung.. Nak tak nak, kena jugak kerah otak untuk berfikir.. 


Kami bukan sengaja nak kurung dorang ni tapi sebab dah tak tahan dan tak sanggup nak mencuci sisa najis yang dorang tinggalkan merata-rata, baik dalam rumah, mahupun kat luar rumah.. Sampai ke satu tahap, dah nak buang dah semua kucing-kucing ni.. huhuhu...


Sebenarnya, tiang ni adalah tiang untuk tangki air yang kat atas tu...


Aku dah sediakan tanah sebagai jamban dorang tapi masih ada lagi yang memburut kat atas lantai simen tu.. Tak kesian kat mami ke.. huhuhu..


Mula-mula abang aku kepung tiang empat batang ni dengan jaring besi yang lubang besar sikit tu.. Tapi memandangkan anak kucing ni badan dorang masih lagi kecil, senang sangat dorang memboloskan diri keluar ikut lubang tu.. Pening betul aku jadinya..


Siap letak kerusi ala bos lagi tu.. ahaha... Satu kaki kerusi ni dah patah.. Tu yang letak dalam rumah dorang... 


Lantai ni dari berlumut, dah aku berus sikit dah..


Lepas tu aku cover pulak keliling jaring tadi dengan jaring rumah orkid yang warna hitam tu.. Masalahnya, dorang lepas jugak keluar.. Bila jaring tu dah selalu disondol, maka jaring tu jadi berlubang.. Tang lubang tu la dorang memboloskan diri.. Adoyaii.. Poning botingkek-tingkek bila dapat kucing yang cerdik ni.. ahahh..




Akhirnya, sekali lagi kitorang berdua cari penyelesaian.. Maka, separuh daripada jaring hitam tu dibuang dan digantikan dengan jaring mata punai.. Itupun guna saki-baki jaring mata punai yang masih ada.. Jenuh la dok menjalin tali nak sambungkan jaring tu.. Nak beli jaring baru, memang tak laaa.. Kan dah kata tadi, bajet memang tak ada.. 


Ingatkan lepas tu dah okay la.. Rupa-rupanya dorang masih boleh memboloskan diri ikut lubang yang kat atas tu pulak.. Walaupun dah letak jaring hitam untuk tutup lubang besar tu, dorang masih boleh keluar.. Caranya apa lagi, main sondol-sondol la.. huhuhu.. Dan kitorang terpaksa pulak cover jaring atas tu dengan jaring mata punai untuk bahagian yang kat tepi tiang tu.. Bahagian yang tengah-tengah dah kena tutup dengan zink untuk mengelakkan dari terkena tempias hujan..


So, sekarang ni dorang dah tak boleh keluar dah.. Dorang akan keluar sekejap pada setiap pagi masa aku cuci rumah dorang ni.. Dan masa ni jugak aku bagi dorang makan.. Bila malam, aku pasang lampu luar untuk mengelakkan dorang rasa takut.. Kadang-kadang aku pasang lilin dan letak kat dalam rumah dorang tu..


Mungkin ada yang kata cara mengurung dorang ni seperti kejam tapi nak buat macam mana.. Selagi dorang tak pandai nak berak dengan betul, maka terpaksa la aku buat macam ni.. Mana larat kalau saban hari nak kena cuci najis yang bersepah-sepah dalam rumah.. Lagi-lagi kalau ada yang kena cirit-birit tu.. Tak termampu aku nak melayan.. huhuhu...


p/s: Kejam lagi orang yang buang kucing merata-rata dan lepas tu buat aksi seolah-olah dialah manusia paling penyayang kat dunia ni.. Dasar hipokrit... hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »