Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, September 25, 2014

Faham tak..? Atau tak faham-faham..? Atau buat tak faham..?

Assalamu'alaikum...

Faham tak..? Atau tak faham-faham..? Atau buat tak faham..?


Tak faham, tanya... Jangan buat-buat faham.. Niaya kat diri sendiri je..
Dah faham, jangan tanya lagi, nanti kena marah..
Tapi jangan diam.. Boleh fahamkan orang lain pulak.. 

Saling faham memahami tu penting supaya tidak timbul salah faham di kemudian hari..


If you can't explain it simply, you don't understand it well enough - Albert Einstein





Ramai je yang faham tapi buat-buat tak faham sebab malas nak fahamkan orang lain.. Fahamkan orang yang tak fahampun satu pahala jugak kerana sekurang-kurangnya kita sudah melegakan hati mereka yang sedang gusar.. 


p/s: Entry yang setepek kena kat dahi sendiri.. Sememangnya entry ini ditulis untuk diri sendiri di atas kelemahan sukar untuk memahami.. Susahnya menjadi seorang 'lampi'..

Dreams-Mimpi-Lamunan-Khayalan...

Assalamu'alaikum...

Dreams-Mimpi-Lamunan-Khayalan...


Setiap orang pasti punya impian tersendiri.. Pasti berkhayal tentang impian masing-masing.. Pasti tersenyum bila membayangkan impian dan khayalan itu menjadi kenyataan.. Alangkah indahnya mengelamun dan tenggelam dalam khayalan ciptaan sendiri..


The best way to make your dreams come true is to wake up - Paul Valery




Namun, segala impian dan khayalan itu bukan sekadar tersenyum seorang diri.. Banyak yang perlu dikorbankan.. Banyak yang perlu diusahakan.. Banyak yang perlu dicari dan digali..


Jika besar impian, maka besarlah pencarian dan usaha yang perlu dibuat.. Jika impiannya kecil, maka kecil jugaklah usahanya.. Jika takde impian, maka tersungkurlah di jalanan.. If you don't know how to dream, you're dead - Jim Valvano.. 


Namun, janganlah bermimpi di siang hari... Impian itu biarlah yang baik-baik sahaja berlandaskan jalan yang betul..


p/s: Impian aku bersandarkan pada kata-kata; 'ukur baju biarlah di badan sendiri'.. Ada impian walaupun impian itu hanyalah sekecil hama.. Biarlah impian ini menjadi rahsia antara aku dan DIA.. :)

Masjid Rembau..

Assalamu'alaikum...

Masjid Rembau...

Hari Ahad lepas balik Rembau.. Tapi tak balik kampung... Just sampai Chengkau je sebab nak jumpa kakak yang kat Labis tu.. Dia tak sempat nak pergi Nilai sebab hari Ahad tu Johor kerja.. 


Sementara tunggu dia sampai kat Chengkau, singgah la kat masjid pekan Rembau tu untuk solat Asar.. Ambil la sikit gambar kat situ..  


Lama sungguh tak pakai terompah...





Gambar di atas ni semuanya kat tandas.. Dan gambar yang bawah ni semuanya ditampal kat dinding cermin ruang solat untuk wanita.. Untuk ke ruang solat ni, kena naik tangga yang tinggi botingkek-tingkek.. Sian omak sey.. Moncungap dio naik tanggo tu..






p/s: Bersih kawasan masjid ni.. Tandas diapun bersih.. Tahniah warga Rembau.. *Maaf, tak tau apa nama masjid ni.. Tak sempat nak baca papan tanda... Kalau nak tau, kena la google sendiri ya... heeee...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »