Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, December 31, 2012

Suka-suki ko je nak rembat, kan...

Assalamualaikum...

Suka-suki ko je nak rembat, kan...

Aku kurang berkenan dengan spesis manusia yang suka-suki je main rembat harta-benda orang lain.. Tak kiralah siapa orang tu, even adik-beradik sekalipun, apatah lagi kaum kerabat yang bau-bau kentut pertalian saudaranya, kenalah hormatkan harta-benda kita.. Dan kitapun kenalah hormatkan harta-benda dorang jugak.. Jangan pulak kita nak orang lain jaga barang kita tapi barang dorang kita main kuis-kuis, sepak macam tu je.. Memang tunggu masa nak kena basuh je la... 

Aku kalau bab harta-benda yang aku beli ni, memang aku jaga betul-betul.. Macam yang selalu aku bagitau, semua benda tu aku beli dengan duit dan duit tu bukannya turun macam tu je dari langit.. Asal tadah tangan je, duit tu turun dan melekat tepat kat tapak tangan.. Kalau macam tu, aku takde la nak kisahpun.. Berapa kali ko nak jahanamkan harta-benda akupun tak apa.. Sesaat lepas tu aku boleh tadah tangan.. Pastu turunlah duit kertas berkepok-kepok dari langit.. Ingat ni drama fantasi ke apa duit turun dari langit...? Fikirlah sikit baii... ehehh...

Kalau dalam keluarga aku, dorang dah boleh faham pe'el aku tang harta-benda aku ni.. Memang aku dah siap sound direct, kalau nak guna barang aku, pastikan jaga betul-betul.. Kalau rasa diri tu tak boleh nak jaga, jangan harap la aku nak bagi pinjam atau guna.. Sebab tu akupun tak suka nak guna barang dorang walapun dorang selalu tukar-tukar gadget yang terkini.. Nak pegangpun aku tak sio, apatah lagi nak guna.. :P

Kalau nak gunapun, aku akan pastikan tuanpunya barang tu ada sekali dengan aku.. So, nanti apa-apa hal yang aku tak tau, aku boleh rujuk kat dia.. Tidak la aku main terjah je.. Buatnya tersilap terjah, harus jahanam harta orang.. Contohnya kamera  mahal dorang tu.. Tak mampu den nak ganti kalau rosak.. huhuhu.. Kalau dah rosak, nanti akan menyebabkan bermasam muka.. Kan tak seronok macam tu... 

Kecuali novel-novel kakak aku, memang aku baca, tapi cuma baca kat rumah dia je la.. Takde pulak aku nak rembat bawak balik ke rumah aku ni.. Entah, rasa macam tak selesa je nak pegang atau simpan harta orang lama-lama... Sebab tu, sebolehnya aku cuba untuk sediakan bajet sendiri untuk beli novel terkini dan terdahulu.. Kadang-kadang bila dah tak cukup bajet tu, mintak la jugak kat mak aku untuk cover.. Bukannya banyakpun, sikit je... Sesekali, apa salahnya, ya tak... ehehh..

Harta-benda aku bukannya banyak manapun.. Cuma mesin jahit, koleksi novel/buku, handphone, laptop dan peralatan memasak aku.. Itu je pun... Oh ya, lagi satu, rumah yang aku duduk ni, sebab duit, masa dan tenaga aku banyak aku habiskan untuk rumah ni walaupun aku cuma sumbang sikit je dari segi kewangan tu.. Okay la tu daripada orang lain yang tak berapa nak menyumbang, kannnn, ehehh... So, pandai-pandai la jaga rumah ni.. 

Kalau orang tu jenis rajin mengemas, buat la rumah tu macam rumah sendiri tapi kalau orang tu jenis pemalas dan pengotor tahap tikus mondok, buat la rumah tu macam rumah orang lain.. Jangan buat macam rumah sendiri, nanti habis jahanam rumah tu... kehkehkeh...

Manusia yang suka-suki main rembat je barang orang ni memang la jenis takde kesedaran sivik.. Elok duduk dalam hutan je, kawan dengan berok.. hohoho.. Termasuk la mereka yang suka rembat selipar orang kat masjid tu.. Si A rembat selipar si B, pastu si B pulak rembat selipar si C.. Begitulah seterusnya... huhuhu...

p/s: Dan termasuk juga orang yang rembat pampers anak buah aku masa mandi kat bilik air kat Port Dickson hari tu.. Giler, pampers-pun ko nak sapu.. Sekejapan je dah lesap... Mujurlah ada bawak pampers extra.. Buatnya takde, mau kembang masuk angin bontot budak kecik tu... Akai takdak kaaa...?

Sunday, December 30, 2012

Kau dipaksa, aku terpaksa... Salah siapa...?

Assalamualaikum...

Kau dipaksa, aku terpaksa... Salah siapa...?

Hati siapakah mampu, menahan rasa terkilan...
Setelah percintaan dihujani halangan...
Sia-sialah aku, berkorban selama ini...
Andai dirimu tak mampu aku miliki...

Pernah juaku terluka, dihiris belati tajam...
Walaupun rasa pedih, masih mampuku menahan...
Tapi kini aku luka, erti luka perasaan...
Walaupun tak berdarah, bisa buat aku gundah...

Kutahu cintamu amat kuat untuk diri ini namun tak memberi erti...
Jurang pemisah di antara kita makin hampir ketara...

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu...
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan...
Engkau hanya bisu melihat aku...
Yang bermatian seorang menepis hinaan...

Oh kasih...
Andai ini kesudahan...
Impianku tiada lagi walau kita saling sayang...
Terpaksa ku undur diri agar tiada pihak terluka kerna kita...

Hina sangatkah aku pada pandangan keluargamu...
Hingga sewenang tohmahan dilemparkan...
Engkau hanya bisu melihat aku...
Yang bermatian seorang menepis hinaan...

Oh kasih...
Andai ini kesudahan...
Impianku tiada lagi walau kita saling sayang...
Terpaksa ku undur diri agar tiada pihak terluka kerna kita...

Kau dipaksa lupakan aku, dengan rela kau menurut...
Ku terpaksa lepaskanmu walau sayangku bertaut...





Okay, itu bab lirik lagu...
Yang ni lak bab salah ejaan ataupun typo...
Kat mana-manapun boleh jumpa typo error ni, ya tak..?
Termasuk la masa layan lagu ni tadi haa...
Tiba-tiba je terpandang ejaan yang salah tu...
Maklum la, mata ni entah macam mana boleh jadi terang pulak padahal punya la mengantuk... ehehh...

Sejak bila ejaan KLICK jadi KILCK...???
Dan sejak bila ejaan CLICK jadi KLICK...???
Kalau nak di-Melayu-kan, selalunya dieja sebagai KLIK...
Tak gitu..??
Salah siapa...??




p/s: Jawapan yang selalu kita dapat bila menegur kesalahan atau kesilapan ialah: Biasa la tu... Mana ada yang sempurna... Kadang-kadang akupun jawab macam tu jugak.. ehehh...

Friday, December 28, 2012

Masih di sini...

Assalamualaikum...

Masih di sini...

Aku masih lagi berada di sini, di rumah kakak kat Nilai sejak hari Isnin hari tu..
Plan nak balik hari Jumaat, tapi kakak aku cakap, balik la hari Sabtu sebab dia cuti sampai hari Ahad..
So, hari ni aku plan nak pergi Jaya Jusco Seremban 2, nak masuk kedai buku nak cari novel...
Dengar cerita ada diskaun..
Kalau tak lepas nak pergi jugak, siap la abang aku kena basuh...
Sepatutnya petang tadi aku dengan sorang anak buah tu pergi JJS2 tu...

Sementara masih di sini, ingatkan nak baca novel lagi..
Tapi satu novelpun tak berjaya aku buka dan baca..
Banyak sangat hal nak buat... huhuhu..
Penat ke PD pun tak hilang lagi walaupun aku tak mandi..
Aku cuma jadi tukang ambil gambar dan tukang jaga 3 orang anak buah yang kecil-kecil tu...
Biasa la, orang tua macam aku ni memang mudah letih.. ehehh..


Siapa kata pantai Port Dickson tak cantik...? Kalau semua jaga kebersihan alam sekitar dan jaga tingkahlaku masa kat sini, semuanya automatik akan jadi cantik.. :)


p/s: Baju sekolah anak sorang kastemer akupun tak berjahit lagi ni... Nasib baik baju tu semua dah siap potong dan jahit tepi.. Tinggal nak merempit dengan Mr. S aku tu je.. Harap-harap bekalan letrik tak meragam bila aku balik rumah nanti... Cuak gak ni tapi kena la cool selalu, kan... hahahah...

Monday, December 24, 2012

Awak.....

Assalamualaikum...

Awak.....

Saya tau awak dah jumpa blog saya ini...
Saya tau kadang-kadang awak baca entry yang saya kongsikan kat sini...
Awak jangan ingat saya tak tau aktiviti awak tu.. :)

Awak....
Saya sebenarnya tak kisahpun jika awak baca apa yang saya repekkan kat sini...
Kalau saya kisah, dah lama dah saya private-kan blog saya ni...
Tapi saya tak nak la buat macam tu...
Tujuan saya hanya ingin berkongsi cerita suka duka dengan pembaca...
Cuma setakat itu je...

Cuma, kadang-kadang lain yang saya sampaikan, lain pula yang mereka fahamkan...
Dan sebenarnya, itu yang merisaukan saya...
Bimbang ianya bertukar menjadi salah faham...

Awak....
Sayapun tau awak juga ada blog dan website awak sendiri...
Sayapun pernah jugak termasuk kat blog awak tu...
Tapi cuma setakat itu je la iaitu sekadar baca sahaja...
Takde la pula sampai saya mencanangkan apa yang ada kat blog awak tu pada semua orang kampung...

"Ehh, aku dah jumpa blog kawan kita tu la.. Tak sangka betul dengan dia tu..."
Pelis la awak.... Pelis sangat-sangat jangan guna ayat macam tu...

Awak...
Pesanan saya cuma satu je...
Awak tak perlulah nak bagitau semua kawan-kawan kita atau semua saudara-mara saya pasal blog saya ni...
Tak payah la awak nak bersusah-payah menjadi wartawan bebas tanpa gaji...
Membazir masa awak je, awak tau tak...

Awak...
Saya hormati awak sebagai kawan saya...
Dan saya juga harap awak hormati saya sebagaimana saya hormatkan awak...
Hormat bukan sekadar menundukkan kepala bila berjumpa..
Bukan jugak sekadar berjabat tangan tatkala bersua...
Hormat itu luas pengertiannya...
Sangat subjektif sepertimana subjektifnya perkataan cinta dan cantik itu...

Awak...
Ini hanyalah sekadar pesanan dari saya...
Saya tidak memaksa awak untuk menuruti apa yang saya mahukan...
Cuma, saya harap awak tidak terlebih sudu dari kuah dalam memberikan info...
Jika awak tersilap cerita, boleh jadi satu fitnah...
Awak tau kan apa hukumnya jika sudah memfitnah itu...

Awak...
Maafkan saya andainya saya tersilap, khilaf dalam setiap bicara dan perbuatan saya...
Cuma satu je yang saya pohon, sudah-sudah la bercerita pasal saya...
Saya tak suka dijadikan tajuk utama...
Biarlah orang lain sahaja yang menjadi topik perbincangan awak itu...

 Awak...
Sudah sekian lama saya tidak bermain dengan kata-kata....
Sudah agak kaku untuk saya mencoret rasa...
Dan saya andaikan bahawa pesanan ini hanyalah sekadar satu puisi dari saya...

Terima kasih awak, atas kesudian awak memahami jiwa saya, naluri saya, juga ilusi saya... 


p/s: Geli pulak baca karya sendiri... kehkehkeh...

Saturday, December 22, 2012

Kebaikan dan keburukan widget bloglist...

Assalamualaikum...

Kebaikan dan keburukan widget bloglist...

As a blogger, kita memang suka letakkan widget bloglist kat sidebar blog kita... Tak kira la sidebar kiri ataupun kanan. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita melihat jika ada entry terkini daripada kawan-kawan blogger kita.. Ini salah satu kebaikan widget bloglist yang disediakan..

Contoh widget bloglist kat blog aku ni... 
Blog sendiripun masuk dalam list jugak tu.. ahakk...


Ada juga blogger yang sanggup buat satu blog khas semata-mata untuk letakkan bloglist sahaja... Akupun ada jugak buat blog untuk bloglist ni tapi aku sendiri jarang masuk situ.. Tak tau la apa motif aku buat blog untuk bloglist tu.. Tengok orang buat, akupun ikut buat jugak... ahakkk... Mungkin sebab aku dah gunakan widget bloglist kat blog aku sekarang kot, tu yang aku tak masuk kat blog bloglist tu.. ehehh...

Keburukan widget bloglist ni ialah kadang-kadang ada di antara blog yang ada dalam widget bloglist tu menggunakan terlalu banyak gadget atau widget samada banner iklan, gambar yang gerak-gerak tu *entah apa ke nama dia dan sebagainya yang mungkin mengundang kehadiran virus malware.. Jika blog tersebut didapati menjadi host malware tu, secara tak langsung, blog kita akan turut mendapat tempiasnya walaupun blog kita takde letak segala gadjet atau widget tadi..

Jadi, cara untuk buang malware ni pada aku senang je asalkan kita jumpa dari mana puncanya.. Macam yang berlaku kat blog aku beberapa minggu lalu, ada malware tapi ianya berpunca daripada gambar gif yang aku gunakan, yang aku ambil dari photobucket.. Masa tu, terkial-kial jugak la aku nak buang sebab aku sendiri tak pasti gambar yang mana satu yang bermasalah.. Memandangkan blog aku ni tak banyak gunakan gambar daripada photobucket, iaitu cuma dua je, so, aku tumpu kat situ je la.. 

Sebenarnya lagi mudah untuk buang malware jika ianya berpunca daripada link yang ada dalam widget bloglist kita.. Kita just remove je link blog tu untuk sementara waktu.. Yang agak susah ialah jika ianya berpunca daripada blog kita sendiri.. Terkial-kial mencari punca.. Habis semua gadget kena remove satu persatu untuk mencari punca kehadiran malware tadi..

p/s: Kesimpulannya, lagi banyak gadget atau widget yang digunakan, lagi besar peluang untuk virus malware tu bergerak.. Pengalaman aku la, kan.. Pengalaman orang lain tu aku tak tau la pulak.. ehehh..

Friday, December 21, 2012

Sebal sungguh rasa di hati...

Assalamualaikum....

Sebal sungguh rasa di hati...

Pagi-pagi datang bertandang rumah orang. lepas tu mengadu macam-macam...
Cerita punya cerita, lama-lama melarat jadi mengumpat lak..
Tak boleh tunggu petang sikit ke nak buat aktiviti sokseksoksek tu...
Sabar je laa...

Kadang-kadang naik jemu nak dengar... Dok pi dok mai asyik cerita yang sama je... Baik duduk dalam bilik, buat hal sendiri.... On tv, kuatkan volume walaupun hakikatnya bukan nak tengok sangat tv tu... Cuma malas nak dengar orang dok potpetpotpet... Buat-buat tidur lagi bagus dari melayan cerita yang bukan bukan ni... Sebalnya la haiihh...

Ni yang rasa nak beli novel lagi ni... Ada novel yang best lagi tak...? Tapi aku kurang suka novel yang banyak sangat penerangan sampai dua tiga muka surat penuh dengan perenggan berkaitan penerangan je.. Baik baca buku sejarah je..

Kalau novel, mesti kena seimbangkan antara dialog dan penerangan.. Mesti ada banyak komunikasi... Dalam dialog tu pun boleh selitkan sikit penerangan.. Tak perlu nak buat perenggan panjang-panjang.. Buat pendek-pendek tapi kerap.. 


p/s: Sebal jugak bila terbeli novel yang tak kena dengan selera ni.... Baca sinopsis macam best je... Bila selak kat dalam, hmmmmmmm je laa.... Apo nak dikato.... 

Comolot..

Assalamualaikum...

Comolot..

Hari tu, ternampak perkataan comolot ni lalu kat timeline fb aku... Lantas, tanpa ada rasa bersalah, tanpa segan silu, terus aku bertanya kepada orang yang letak status tu... Bimbang jika pertanyaan disalah-ertikan, aku bertanya dengan ayat yang sewajarnya. Kiranya bertanya dengan sopan gitu.. ehehh...


Boleh tanya, comolot tu apa...?


Selama ni aku memang tak tau apa maksud comolot tu... Selalu je nampak kat mana-mana, baik kat blog, kat fb ataupun kat twitter... Pada awalnya, aku takde la nak ambil kisah sangat dengan perkataan ni... Pada aku, mungkin ini bahasa shortcut budak-budak zaman sekarang... Budak alaf baru ni kan suka yang ringkas-ringkas je... ehehh..

Namun, entah macam mana, hari tu tergerak pulak aku nak bertanya. Ya la kan, dah selalu sangat nampak perkataan tu tapi tak tau apa maksud dia, kena la bertanya.. Sekurang-kurangnya takde la timbul rasa tertanya-tanya sepanjang masa.. Dan jawapan yang aku terima ialah... Gullpppp...!!! Comolot itu adalah shortcut daripada........


cium mulut ke mulut.


Terus terkedu aku dibuatnya... Menyesal pulak bertanya.. Malu sekejap sebab berani bertanya.. Tapi bila difikirkan semula, kenapa pulak nak malu.. Bukannya aku buat benda tu.. Aku just bertanya je.. At least, lepas ni takde la aku terpinga-pinga atau terpisat-pisat bila nampak perkataan comolot tu lagi.. Secara automatik dah tau dah.. 


Haippp...!! Kecik-kecik lagi dah pandai comolot... Errkkk.....!!! 


Lagi satu, jomblo tu apa pulak maksud dia..? Bersepah aku nampak perkataan ni digunakan... Malas pulak aku nak menggugel... Ada sesiapa yang nak tolong explain..? 

p/s: Banyak betul perkataan baru yang aku tak tau ni... Manjang ketinggalan LRT je... ehehh...

Thursday, December 20, 2012

All time history..

Assalamualaikum...

All time history..

Cantik nombor kat gambar ni... 
Nak bagitau itu je...
Hehehe...


Blog tak pemes macam ni memang sikit je la dia punya pageviews walaupun dah ujud sejak tahun 2009 lagi.. Ada sesetengah blog tu baru je setengah tahun umur dia tapi dah meletop-letop dah dengan pelbagai cerita.. 

Tahniah la untuk mereka yang gigih mencari idea untuk menambat hati pelawat datang bertandang kat blog mereka.. Aku..?? Banyak malas dari rajin... kehkehkeh... Nak cari idea buat entry yang meletop-letop memang aku failed... ehehh...


p/s: Tak pemespun tak apa.. Lagi aku suka... Rimas la kalau orang kenal ni.... heeeeeeeeeee..... 

Wednesday, December 19, 2012

Kesayangan... :)

Assalamualaikum...

Kesayangan... :)

Kalau dah namanya kesayangan, jangan harap la aku nak bagi orang pinjam... Kalau boleh, sentuhpun aku tak bagi.. ehehh... Yang tak masuk kategori kesayanganpun aku berat hati nak bagi pinjam, apa lagi bila dah masuk dalam kategori kesayangan ni... 




Ya, mungkin ada yang akan kata aku ni spesis kedekut, berkira sangat.. Buku je punnnn...., kannn...
Whatever la nak kata apapun haiihh... Suka hati ko la labuu...

Susah aku nak kumpul duit, nak dapatkan apa yang terbaik di antara terbaik ni... Sejak kecil aku memang suka membaca... Namun disebabkan zaman kanak-kanak aku dulu, zaman remaja aku tu bukan macam zaman budak-budak sekarang yang mewah segala-galanya, aku tak mampu.. Jangankan nak beli buku cerita, nak belanja kat sekolahpun tak cukup bajet.. Disebabkan itulah yang buat aku sayang dan hargai setiap apa yang aku ada sekarang ini... Syukur alhamdulillah kerana berpeluang memiliki.. Dan sewajarnya harus menyayangi apa yang dimiliki itu..

Mahal atau murah bukan ukuran.. Asalkan benda yang dibeli tu melibatkan duit, memang aku sayang sangat.. Kalau orang yang bagi, lagi la aku sayang.. Berganda-ganda sayang aku tu... ehehh.. Lain la kalau benda tu dibeli dengan menggunakan daun rambutan.. Takde la aku nak kisah sangat... kehkehkeh....


p/s: Mas kawen mahal.. Hantaran lagi la berganda-ganda mahalnya.. Majlis kawen lagi la mahal.. Namun di mana sayangnya jika semua itu cuma seketika saja... Sekejap je sudah berantakan.. Kesian sangat pada mereka yang punya takdir sebegini.. Bertabah la ya... 

Tuesday, December 18, 2012

Sempadan....

Assalamualaikum...

Sempadan....

Kadang-kadang kita pernah melakukan dua perkara ini tanpa sempadan iaitu:

Benda serius kita buat lawak...
Benda lawak kita ambil serius...
Yang pasti, kedua-dua situasi ini banyak mengundang kontroversi...

Dan ada kalanya kita seperti tidak tahu atau keliru samada benda itu serius ataupun lawak... 
So, untuk situasi macam ni, better senyum je la.. 
Ontok-ontok sudah... ehehh...

Dulu, akupun macam tu jugak...
Main redah je tanpa berfikir panjang...
Benda serius ke, benda lawak ke, main pukul rata je..
Main redah je sempadan orang tanpa salam...
Mungkin masa tu tahap kebodohan masih lagi tinggi... ehehh...

Cuma sekarang ni aku sudah boleh buat sempadan sendiri...
Sudah boleh mengawal emosi...
Mungkin dah cerdik sikit kot... hahaha... 
*gelak la... gelak laa... huhuhu...

Bak kata orang, pengalaman mematangkan fikiran...
Itupun kalau nak matang la kan... kehkehkeh...
Kalau tak nak matang jugak, malang la jawabnya... uhukkk...

p/s: Jaga saja sempadan sendiri.. Jangan sampai menceroboh masuk sempadan orang lain dah la... 

Monday, December 17, 2012

Video: Cara mudah untuk potong 'ekor' siput sedut...

Assalamualaikum...

Video: Cara mudah untuk potong 'ekor' siput sedut...


Ramai orang suka sangat makan masak lemak cili api siput sedut ni..
Kalau kena cara masakannya, memang makan tak hengat dunia laa...
Menyedut sampai merah muka.. hehehe...


Dulu, aku potong siput sedut ni guna pisau atau parang...
Lepas tu habis berkecah dapur dengan hujung ekor yang terpelanting masa dipotong..
Satu kerja pulak nak kena mop balik lantai dapur tu..
Buang masa je, kan...


Aku pernah buat entry pasal siput sedut ni dulu...
Dan jugak cara nak potong 'ekor' siput tu...
Tapi yang dulu tu caranya agak konservatif... ecehhh.... hahaha...
Macam tak sesuai je untuk digunakan di zaman serba laju ni..
Ye la, masing-masingkan nak kejar masa...
So, kena la fikir cara yang sesuai untuk potong siput sedut ni...


Kalau nak lagi mudah dan jimat masa, pergi je makan kat kedai..
Takpun tapau bawak balik....
Muahahaha....


So, hari ni dengan rasa tak malu, aku mintak tolong anak sedara aku rakamkan video potong ekor siput ni.. Tersipu-sipu budak tu.. hehehe.. Nak potong ekor siput ni pun kena buat tiga kali action tau... hahahaha... Tak nak la terkeluar suara aku yang bagai buluh nak buat galah... Kalau suara bak buluh perindu takpe la jugak... hikhikhik...


Okay, siapa yang nak belajar potong ekor siput sedut, silalah tengok betul-betul video kat bawah ni.. Lepas tu boleh la korang belajar masak lemak cili api siput sedut ni pulak.. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang duduk jauh dari Malaysia yang teringin nak makan tapi takde jual kat tempat tinggal korang tu.. 



Fokus kat gunting dan siput je... Jangan fokus kat jari debab tu... ahakk...


p/s: Lepas ni jangan bagi alasan tak tau nak potong ekor siput sedut ni lagi... Jangan guna gunting biasa iaitu gunting dapur tu.. Nanti jari telunjuk melecet dan meninggalkan kesan dan parut.. *pengalaman sendiri.. hehe..

Sunday, December 16, 2012

Projek memboncitkan perut.. hehe...

Assalamualaikum...

Projek memboncitkan perut.. hehe...

Dah agak lama aku tak tempek gambar makanan kat sini, kan... 
So, apa kata aku tempek balik...
Boleh aje, kan.. ehehhh...

Sementelah anak-anak buah ada kat rumah ni, maka itulah aku merajinkan diri untuk buat semua ni...
Biar boncit sikit perut masing-masing... hahaha....

Kek marble tu aku buat malam kelmarin...
Pukul satu pagi masak, potong masa suam-suam kuku, laju je budak-budak tu makan...
Garing sikit kat tepi tu sebab api terbesar... hehe..
Konon-konon pagi tu nak buat sarapan la, tup-tup tengok dah boliau dah...
Alhamdulillah, tiada pembaziran yang berlaku.. Amin.. hehe...







Tengahari semalam, aku buat apam polka tanpa dot ni... haha...
Malas nak berdot-dot bagai haiihhh.. Leceh...
Resepi ni bukan yang biasa aku buat, agak keras sikit adunan dia..
Tapi alhamdulillah, licin jugak...
Budak-budak suka, siap berebut nak kaler pink lagi tu...
Sabar je la... hehe...

Apam polka tanpa dot aku ni tak cantik...
Serebeh je bentuk dia...
Tak kisah la haihhh, janji licinnnnnnnnnn....
Kehkehkeh....




Dalam masa yang sama aku buat jugak apam pisang ni...
Alang-alang dah keluarkan kukus, naikkan sekali apam pisang ni...
Aku gunakan pisang berangan dalam 4 biji...
Pertama kali apam pisang aku menjadi...
Terima kasih pada tuan punya resepi... :)

Sebelum ni manjang bantat je apam pisang aku tu... 
Asal bantat je, baling kat ayam... kehkehkeh...







Alhamdulillah, licin jugak apam pisang berangan ni...
Cuma lain kali kalau buat, aku kena kurangkan sikit gula..
Yang ni manis, aku tak boleh nak makan...
Tapi budak-budak tu bedal je...
Ada jugak sorang dua yang tak suka makan apam pisang ni...
Dorang prefer makan pisang mentah camtu je ataupun yang digoreng...

Anak-anak buah rajin menolong... *gambar dorang tak boleh letak sini... jaga privasi... ehehh... Sambil-sambil tu aku saiko dorang sikit... Suruh dorang basuh pinggan, kemas meja, kutip cawan atas meja... Aku cakap, siapa malas, tak dengar kata, suka bergaduh, jangan balik rumah ni... Pergi la duduk kat rumah masing-masing.. Boleh gitu...? Boleh aje, kan... ehehh...


p/s: Esok mungkin akan buat coklat pulak.. Dah lama jugak aku tak buat coklat ni.. Last sekali buat untuk kenduri kawen anak buah aku bulan Ogos hari tu...

Saturday, December 15, 2012

Perihal minat...

Assalamualaikum....

Perihal minat...

Orang yang minat baca novel, berbicara sakan tentang novel...
Orang yang minat tanam bunga, pasti bercakap pasal bunga...
Orang yang minat kucing, sudah semestinya bercerita perihal kucing...
Orang yang minat kereta, motor dan seumpamanya, sanggup berhabis-habisan... *sori, takde link berkaitan... :)

Orang yang minat artis, bersoal-jawab pasal artis sampai berhamun-maki... *me, nope...
Orang yang minat politikpun begitu jugak, tak pernah aman...
Orang yang minat dengan ilmu-ilmuan, akan senang dengan majlis seumpamanya...
Pastikan dengar betul-betul dan bukannya orang bercakap di depan, awak berbual di belakang... 

Orang yang minat masak, akan menggali mencari resepi baru...
Orang yang minat shopping, alahaiii.., sampai tak cukup masa walaupun dompet dah kering.. ehehh...
Orang yang minat tengok wayang, pantang ada cerita baru, berdesup je pergi pawagam...

Ramai orang, banyaklah minatnya... 
Ada minat yang sama dan ada yang berbeza...

Orang yang minat dengan hak orang lain seperti minat kat suami orang,  isteri orang, tunang orang, mak orang, ayah orang dan sebagainya, silalah angkat kaki.. Tolonglah pergi... 


p/s: Ingatkan dah selesai... Rupanya dia masih lagi mengganggu.. Ganggu siapa tu, biarlah aku je yang tau... Takut nak cakap lebih-lebih.. Takut jika minat yang tak sepatutnya ini kena kat aku.. Moga dijauhkan.. 

Thursday, December 13, 2012

Di dalam sepi itu...

Assalamualaikum...

Di dalam sepi itu...

Serasa diri ini..
Terpinggir di batas nan sepi...
Tak sesiapa menemani...

Di dalam sepi itu...
Kembaliku mengingatimu...
Lalu hati jadi rindu...

Aku terperangkap dalam diri...
Aku terpedaya oleh mimpi...
Aku dikejari bayang-bayang...
Keterpaksaan menyiksakan...

Lama....., ruang hati kekosongan...
Lama....., ku menangis sendirian...
Lama..., hanyalah hitungan masa...
Tak terluntur kenangan indah di antara kita...

Di dalam sepi itu...
Bertakhta bayangan dirimu...
Mencengkam sanubariku...



Di Dalam Sepi Itu - Sudirman



p/s: Bukan jiwang.. Cuma melayan perasaan.. Tapi aku memang suka sangat kat lagu ni.. Macam TERkena sikit kat diri sendiri... Sikit je laa.. ehehh....

Wednesday, December 12, 2012

Sudah, cukup cukup sudah... :)

Assalamualaikum...

Sudah, cukup cukup sudah... :)

Aku rasa cukuplah setakat ini dulu...
Dah banyak dah rasanya aku membeli...
Tutup akaun untuk tahun 2012 ni...
Lagipun akaun tu dah mula tercungap-cungap dah...
Hehehe...





Tengahari tadi encik posmen datang bawa bungkusan lagi... Yessza, kali ni bungkusan novel yang aku order online kat Kaki Novel... Kiranya awal jugak la barang ni sampai... Bukan apa, hari tu anak buah aku ada jugak cakap yang Kaki Novel ni kadang-kadang lambat dalam penghantaran, boleh sampai dua minggu.. Tu yang aku cuak sikit tu... 




Tapi untuk pertama kali ni, okay la.. Tak sampai seminggu submit order, dah sampai dah... Kalau macam ni, lain kali boleh la kita berurus-niaga lagi, ya tak... Asalkan novel tu berkualiti dan menepati citarasa aku, insya-Allah aku akan berikan sokongan... :)




Novel-novel yang aku beli kali ni ialah:

Biarlah YM Berbicara by Hanni Ramsul...
Kuseru Rindu Itu by Hanni Ramsul...
Untuk Semua Dosaku by Rin Ahmad...
Aku Yang Kau Tinggalkan by Alina Haizar...


p/s: Tengah buat senarai untuk beli novel tahun depan.. Makanya, kena la mem-bajet mulai dari sekarang... Mudah-mudahan rezeki makin murah.. Amin... Doa-doakan la ya... ehehh...

Tuesday, December 11, 2012

Prihatin la sikit wahai kawan-kawan blogger....

Assalamualaikum...

Prihatin la sikit wahai kawan-kawan blogger....

Saya kan, kalau blog yang berat nak loading, terhegeh-hegeh nak keluar dia punya entry, memang laju la saya pangkah X... Letih la nak tunggu semua tu... Tak payah la nak hias-hias sangat blog tu dengan lampu liplap ke, salji ke, air hujan ke, banner iklan ke, dan yang sewaktu dengannya... Kalau dah sampai tahap meng-'hang'-kan saya punya laptop, memang tak masuk dah la blog tu... 

Kalau boleh, permudahkanlah untuk pembaca nak explore blog kita tu.. Kalau rasa nak kongsi cerita, kongsi betul-betul, ringankan blog tu, buang semua benda alah yang serabut tu... Benda-benda yang serabut ni menambahkan berat je... 

Contohnya, kalau fikiran kita serabut, dah tentu kepala kita jadi berat nak berfikir, kannnnn... Kalau badan kita penuh dengan aksesori atau bendasing yang berserabutan, susah jugak kita nak bergerak, ya tak... Cuba bayangkan, kita nak jalan cepat, tapi dalam masa yang sama, kita pakai baju yang berjela-jela labuhnya sampai tersadung beberapa kali... Tak ke nampak serabut tu.. Begitu jugak dengan blog... 

Tapi ada jugak orang kata, blog berat macam manapun, kalau tuan punya blog tu g(i)lamour, ramai je orang masuk blog tu.. Tapi bukan saya la... Saya tak berminat dengan g(i)lamour semua ni namun ianya bergantung jugak dengan apa yang ada dalam sesebuah entry tu.. Kalau ada cerita bagus tentang pengalaman hidup dia, saya masuk dan baca... Kalau setakat buat GA atau nak jual balik baju yang dia dah pernah pakai, memang saya tak klik la link tu sebab buat masa ni, saya bukannya jenis yang suka nak masuk contest kat blog ni semua... Tak tau la kenapa... huhuhu... Mungkin esok lusa saya jadi tersuka pulak, siapa tau, ya tak... ehehh...

Maaf la banyak-banyak jika ada yang terasa... Bukan apa, kadang-kadang saya ni suka nak baca entry kat satu-satu blog tu.. Tapi bila loading lembab, sayapun jadi lembab la jugak.. Terus mood merudum jatuh...

So, fikir-fikirkan la ya kawan-kawan... Jangan pulak nanti kata orang sombong tak nak datang blog awak... Bajet artis la... Poyo la.. Eksen lebih laa.. Ishh, tak baik cakap macam tu tau... 

p/s: Ada aku kisah kau nak datang ke tak kat blog aku... Hamboiihh, cantiknya bahasa... Jangan la macam tu kawan... Cool okay... ehehh....  \\(^____^)//

Monday, December 10, 2012

Sudah lama aku mencari... :)

Assalamualaikum...

Sudah lama aku mencari... :)
Baru kini aku mendapat... ehehh....




Buku ni dicadangkan oleh salah seorang blogger yang aku minat membaca tulisannya dulu iaitu Chimera atau Chime... Tapi blog dengan tuan punya blog tu dah lama hilang dari alam blogger... Tak tau la kenapa... 

Aku pernah minta tolong kakak aku cari kat kedai buku sebab dia rajin jugak masuk keluar kedai buku. Namun buku ni susah nak jumpa sebab kehabisan stok.. Mujurlah aku terjumpa website tuanpunya buku ni.. Dari situlah aku order dan alhamdulillah, baru sekejap tadi buku ni sampai...




Aku masih lagi menunggu novel yang diorder online dari Kaki Novel sampai ke rumah... Lepas tu kena berhenti membeli dulu... Sengkek-mengkek dah ni... ehehh... Kalau order novel melalui Karya Seni, baru je daftar jadi ahli, terus je dapat harga ahli/diskaun.. Tapi dengan Kaki Novel ni, nan hado... Tak tau la kena tunggu berapa lama jadi ahli baru boleh dapat diskaun... ehehh.. Kalau dengan Karangkraf lak, memang ada diskaun, tapi kena caj untuk pos la pulak... Serupa macam takde diskaun... huhuhu...


p/s: Novelis yang bernaung di bawah Karya Seni, silalah buat novel yang best dan lari daripada genre yang sedia ada... Kalau best, konpem aku beli... Percayalah... weeee......

Sunday, December 9, 2012

PDE la haihh...

Assalamualaikum.....

PDE la haihh...

Dulu, ambil kisah jugak...
Ambil hati jugak bila orang kata macam-macam kat belakang...
Murung dan mengasingkan diri...
Jahatnya mulut orang yang suka mengata ni...
Besar impaknya kepada orang yang jadi mangsa...

Sekarang, ambil mudah...
Dah malas nak fikir apa orang nak cakap, apa orang nak umpat belakang...
Makin fikir, makin sesak kepala otak...
Buat hal sendiri asalkan tak ganggu rumahtangga atau periuk nasi orang lain..
Tidak lagi murung tapi masih mengurungkan diri sebab takmo orang kacau baca novel atau buat kerja...
Siapa kacau, aku pelangkong...
Mau...???
Ehehh...

PDE la haiihhh nak kata apapun...
Bukannya luakpun, kan...?
Makin murah rezeki ada la...
Alhamdulillah... Thank you Allah... 
Syukur di atas rezeki yang Kau berikan...
Aminnnnnnnnnnn....... 


p/s: PDE lah = Pokok Dek Ekau lah... :-)

Saturday, December 8, 2012

About love...

Assalamualaikum...

About love... 


If you don't love yourself, you can't love anybody else. And I think as women we really forget that - Jennifer Lopez 

p/s: Thinking.... hmmm.... :)

Friday, December 7, 2012

Koleksi baru sampai...

Assalamualaikum...

Koleksi baru sampai...

Weeeeeeeeee....!!!
Empat buah novel dari Karya Seni yang aku pesan secara online baru je sampai tak sampai beberapa minit tadi... Posmen tu siap cakap lagi, banyaknya buku yang aku beli... Yang hari tu belum habis baca lagi, dah sampai yang baru... Pandai betul dia meneka... ehehh...

Memang betulpun apa yang dia cakap tu... Koleksi Liza Zahira yang sampai minggu lepas baru sebuah yang berjaya aku habiskan.. Masih ada lagi empat buah novel yang perlu aku baca.. Tapi apa nak disusahkan, bila-bila masa boleh baca, kan.. Bukannya buku tu basi.. Yang penting buku tu dah ada dalam simpanan dan dah dijadikan koleksi... 




Untuk koleksi yang baru sampai ni pun, aku tak tau bila nak mula baca.. Sekarang ni aku kena siapkan dulu jahitan yang ada.. Lepas tu bila dapat upah, boleh la masukkan dalam bank... Lepas tu boleh la main klik-klik online.. Parah weiiii.... huhuhu...


Koleksi kali ini terdiri daripada:

The Wedding Breaker (TWB) by Evelyn Rose
USAI... Aku Terima Nikahnya by Umie Nadzimah
Suami Yang Kubenci by E-Man Sufi
Kerana Terpaksa, Aku Relakan by Umie Nadzimah



Kalau nak tau sinopsis semua novel ni, rajin-rajin la tanya atok gugel.. 
Jangan tanya atok gigil dah la, kang lain pulak yang korang jumpa...
Muahahahaha..... tetttttttt....!!

Pergi je kat laman web Karya Seni untuk mendapatkan sinopsis cerita... Lepas tu, jangan lupa order online... ehehh... Yang penting kena daftar jadi ahli dulu baru boleh dapat harga diskaun... Lepas tu kena la ada pitih kat dalam akaun bank tu.. Kalau takde, guaner nok beli, ya dop...? Dinasihatkan agar berhati-hati dalam mengklik... huhuhu...

Daripada apa yang aku perhatikan, rata-rata penulis novel ni datangnya dari golongan terpelajar, samada yang masih lagi bergelar pelajar yang bijak pandai ataupun sudah punya kerjaya yang hebat.. So, mereka tau apa yang cuba mereka sampaikan melalui novel mereka.. Harap-harapnya begitulah... 


p/s: Selamat membaca... *ucapan untuk diri sendiri... kehkehkeh....

Thursday, December 6, 2012

Budaya bodek-membodek..

Assalamualaikum....

Budaya bodek-membodek...

Aku paling tak suka dengan budaya bodek-membodek ni...
Entah la, tak reti aku nak membodek segala...
Mungkin sebab itu aku kurang disenangi... 
Orang tak suka aku sebab aku tak pandai nak bodek dorang...
Ohh maiii kambing hitam.... 

Bagi aku, orang yang suka membodek ni pemalas orangnya...
Manakala orang yang suka dibodek tu angkuh sifatnya...
Gara-gara membodek, sanggup menidakkan benda yang betul...
Apa kehey....!

Teringat kisah bodek-membodek masa kerja dulu...
Bila diingat balik, sakit hati jadinya...

Ada orang tu, kerjanya tak seberapa tapi gajinya lebih tinggi... Banyak main, jalan-jalan keliling department, borak-borak sesama staff, macam takde kerja nak buat... Kerjanya main angguk dan mengiakan je apa yang boss cakap... Kalau boss panggil, cepat je datang, nak terkucilpun sanggup tahan.. Tapi bila operator panggil sebab barang kehabisan stok, jalan punya la lembab macam tak makan setahun... Sangat membosankan... Banyak lagi contoh lain tapi tak perlulah nak cerita semua secara terperinci... Sikit-sikit sudah laa.. ehehh...

Aku kalau nak bodekpun dengan budak-budak bawah umur je, yang masih tak boleh nak berfikir... Nak suruh budak-budak ni jadi rajin mengemas dan membaca bukan perkara mudah... Terpaksa digula-gulakan... Terpaksa cakap dorang cantik, lawa, pandai, ensem, apa saja la asalkan dorang teruja dan tersenyum malu.. Banyak kecundang dari berjaya yang menunjukkan bahawa aku memang tidak pandai membodek.. haha...

Pada aku, itu bukannya membodek... Itu lebih kepada permainan psikologi... Cara kita mengajar dorang lebih bersikap bertanggungjawab... Walaupun kadang-kadang terpaksa umpan dengan aiskrim... hehehe... Lagipun, bodek budak-budak bukannya dapat apapun, kan... Buatnya dorang demand yang bukan-bukan, rabak poket woiii... haha...

Orang yang kuat membodek ni hatinya tak akan pernah tenang... Percayalah... Orang yang suka dibodekpun bawak-bawaklah sedar diri.. Tak akan selamanya orang nak bodek awak je.. Masa awak kat atas, memang la ramai yang membodek sebab awak ada segala-galanya.. Namun bila awak dah jatuh, jangan harap la orang nak bodek awak lagi.. Makin ramai yang membidik ada la... Berwaspadalah selalu dengan budaya yang tak sihat ni...


p/s: Henti-hentikanlah membodek.... Tak rasa bersalah ke jika rezeki yang dibelanjakan itu datangnya dari hasil bodek-membodek...? 

Wednesday, December 5, 2012

Synchronize sleeping... :D

Assalamualaikum...

Synchronize sleeping... :D

Dorang berdua ni kan, kalau dapat konker tilam terbang aku ni, memang dorang konker habis... 
Kalau tak dapat konker, habis la jari-jari kaki dan tangan aku kena ketip dek gigi dorang...
Dah la gigi masing-masing macam gigi pirana...
Punya la tajam...!!!
Tak padan dengan badan yang kecil...!
Gggrrrr.......!!!!




Nasib baik la korang ni agak comel...
Kalau tidak, aku yang gigit kaki korang, tau tak...
Hahahaha...

Yang kaler oren tu suka gigit-menggigit...
Pantang aku baring sikit, mula la dia cari jari kaki aku... haha...
Rasanya dia ni jantan... Tapi tak pasti sangat la... Konpius.. :)

Yang kaler hitam putih tu pulak suka panjat-memanjat...
Dia ni pompuan... kihkihkih....
Asal aku baring je, mula la dia panjat badan aku...
Aku bukan apa, takut terhimpit je...
Kang tak pasal-pasal kemek kena hempap tong deram... ehehh...

 Apa yang kau merapu ni labuuuuuuu.....!!! 
Hantam saja la labiiiiiii....!!!
Hahahaha....


p/s: Aku ni letih sebenarnya... Baru lepas berketuntang kat dapur sampai merembes peluh.. Tu yang meraban je tu... kehkehkeh....

Tuesday, December 4, 2012

Bunga Hati dan rangkaian Liza Zahira...

Assalamualaikum...

Bunga Hati dan rangkaian Liza Zahira...


"Aku tak ada anak cacat. Kalau dia mati masa kecil dulu, orang tak akan tahu aku ada anak cacat. Nenek kau yang nak bela dia. Perbuatan nenek kau tu menyebabkan aku malu dan tak ada orang pun yang nak kahwin dengan aku. Mereka takut aku bagi mereka anak cacat lagi..!"

Siapakah yang cacat...? Dengan siapa si ibu ni berlawan cakap...? Persoalan akan terjawab dengan membaca novel Bunga Hati ini... Bunga Hati ni merupakan karya terbaru daripada novelis Liza Zahira.. Novel ni pada aku sangat bagus kerana terdapat banyak scene yang menarik... Novel ni sebanyak 579 mukasurat sahaja.. Takde la tebal manapun, kan... ehehh....



Dapat dua penanda buku free... Yabeda beduuuuu....!!! Hahaha...


"Kau jangan beritahu mak kau. Kalau hal  ni bocor, aku kerjakan kau..!"
Siapakah yang berkata begini..? Kerja apa yang telah dia buat..? Nak tau lebih lanjut, kena la beli novel Bunga Hati ni... hihi...


"Kalau ya pun nak mengenakan saya, janganlah sekejam itu. Ada ke patut saya yang handsome ni jadi bapa tiri awak..?"
Siapakah pula yang perasan handsome ini? Dan kepada siapa ditujukan dialog di atas..? Sebab tu aku kata beli dan baca novel ni.. Bila dah baca, takde la tertanya-tanya lagi, kan.... kehkehkeh...


Ni lagu yang ada kat dalam novel ni.. Si hero menyanyikan lagu ni untuk heroin pujaan hati.. weeeeeeeeee....!!! Kiranya macam lagu background dia la.. Best jugak layan lagu ni sambil ingat dialog dalam cerita tu.. Terbuai-buai je hati ni... ehehh....



Bunga Hati dari kumpulan Naif...


Selepas membaca novel Bunga Hati ni, terus je aku gugel nama Liza Zahira. Sebenarnya aku tak pernahpun kenal dengan nama penulis ni.. Maaf banyak-banyak ya... huhuhu.. Lepas tu, terus aku daftar kat Karangkraf Mall untuk menjadi ahli dan membolehkan aku beli karya Liza Zahira yang terdahulu secara online.. *kopak weiii... huhuhu....

Dan baru sekejap tadi posmen datang dan bawakan apa yang aku order... Aku submit order pada hari Sabtu malam dan hari ni bungkusan novel tu dah sampai.. Cepatnya........!!! Suka aiii..... hehehe...





p/s: Ada satu karya Liza Zahira yang aku tak beli iaitu Seindah Sakura yang telahpun diadaptasikan ke dalam drama yang pernah disiarkan oleh TV3.. Kenapa aku tak beli..?? Sebab salah seorang daripada pelakun Seindah Sakura tu aku tak minat... Drama tu pun aku tak tengok... Tak payah tanya la siapa pelakun tu.. Kang tak pasal-pasal timbul kontroversi lak... ehehhh....

Monday, December 3, 2012

Whoops..! You're out of space...

Assalamualaikum...

Whoops..! You're out of space...

Tak cukup ruang nak masukkan gambar kat dalam entry...?
Pernah tak benda macam ni jadi kat korang..??




Haaa....!!
Aku dulu pernah kena macam ni..
Masa tu punya la gelabah sebab tak boleh nak letak gambar yang berkaitan dengan entry...
Puas dok cuba-cuba namun gambar masih tak lepas nak masuk...
Sudahnya, aku delete beberapa gambar yang ada kat dalam entry lama...
Tujuannya untuk dapatkan balik ruang yang kosong..

Masalah timbul bila gambar yang aku buang tu adalah gambar berkaitan tutorial..
Menggelabah aku nak buat semula gambar tu dan letakkan balik semula kat entry tertentu...
Kalau dah namanya tutorial, mestilah nak kena ada gambar berkaitan HTML, kan...
Kalau takde, apa gunanya buat penerangan panjang berjela...
Sedangkan tutorial bergambarpun ada yang tak boleh nak faham, inikan pulak tutorial tanpa gambar...

Bila dah delete gambar, nanti kat entry tu akan keluar gambar macam ni... ayoyoyo... haha...


Since that day*ecehhh...., akupun mula berfikir macam mana la nak masukkan gambar dalam entry tanpa perlu buang atau delete gambar yang sedia ada... Dah la aku ni jenis suka entry yang ada gambar.. Sambil membaca, sambil cuci mata... ehehh...


Cara pertama yang aku buat ialah:

Aku masukkan gambar yang aku nak post tu kat dalam fesbuk tapi aku setting-kan Option tu kepada Only Me macam gambar kat bawah ni... Sebab apa pilih Only Me..? Sebabmya, kalau boleh tak nak la gambar tu keluar dulu kat fesbuk.. Kalau nak masukkan dalam blog, biarlah gambar tu keluar kat blog dulu, lepas tu kalau rasa nak keluarkan kat fesbuk, tukar balik Only Me tu kepada Friends ataupun Public...

Tapi cara ni agak leceh sikit sebab kita kena selalu main tukar setting.. Buang masa maaa... :D



Manakala cara yang kedua pula ialah:

Aku create satu album kat fesbuk dan album tu aku set-kan sebagai private atau Only Me seperti gambar kat bawah ni.. Lepas tu nanti, aku cuma perlu copy and paste je gambar tadi ke dalam entry kat blog.. Hasilnya, gambar tu lepas masuk kat dalam entry walaupun tiada ruang yang kosong... Setakat ni, rasanya okay lagi cara yang aku buat ni.. Risau jugak kalau tiba-tiba je gambar tu crack..




Dan cara yang ketiga pula ialah:

Upload je semua gambar samada kat Flickr ataupun Photobucket. Set as private then copy and paste it into your entry.. Done.. :)


p/s: Boleh je kalau nak beli ruang yang lebih besar tapi aku ni malas la nak buang-buang duit kat situ... Susah woo nak cari duit.... Sakit pinggang dok gulung popia dan menjahit.. Daripada beli ruang tu, baik aku beli novel.. Berbaloi la jugak, kan... hehe...

Sunday, December 2, 2012

Baby G dan novel... :D

Assalamualaikum...

Baby G dan novel... :D

Baby G kononnnnnn.....!!!!
Wakakakaka....

Baby G tu stand for Baby Gebu dan Gemuk...
Tak tau nak letak nama apa dah...
Kehkehkeh...







Aku masih lagi membaca novel Perempuan Lindungan Kaabah karya Hana Ilhami ni...
Baru je mula...
Banyak kali berhenti...
Bukan sebab jalan cerita tak bagus, tapi sebab keadaan kepala yang sedikit pening...
Gara-gara lambat makan, perut dah penuh dengan angin, tapi nak jugak teruskan membaca..
Lepas tu angin naik ke kepala...
Lepas tu kepala terus jadi tinggggggg.... tongggggg....
Hehehe...

Tu yang biarkan je si Baby G ni dok panjat-panjat novel tu...
Tak larat nak melayan baca... hehe...







Aku dah selesai membaca novel Hikayat Cinta Si Pematah Hati karya E-Man Sufi ni..
Tapi buat masa ni, aku belum lagi bersedia nak buat review untuk novel ni..
Nak kena baca lagi sekali kot sebab masa baca kali pertama ni, aku baca dalam keadaan separa sedar..
Jadinya, bila dah separa sedar tu, takut pulak nanti review yang bukan-bukan pulak yang keluar... hehe...
Secara umumnya, kedua-dua buah novel ni boleh dijadikan koleksi...
Masing-masing ada input yang tersendiri...







p/s: Sedang menanti kehadiran novel baru... Nampak gayanya hari-hari mendatang ni asyik pandang keluar je la nak tengok posmen datang... kihkihkih....

Saturday, December 1, 2012

Takde rezeki...

Assalamualaikum...

Takde rezeki... 

Sepatutnya hari ni (Jumaat), aku dah bergerak ke rumah kakak kat Nilai...
Hari Ahad ni ada dua pupu aku punya resepsi kat Pinggiran Tasik Cyberjaya...
Dah lama dah mak cik aku tu menjemput...
Sejak bulan May lagi...

Sejak hari tu, punya la beria-ia mak aku dok ingatkan tarikh tu...
Ye la, makcik tu cuma ada dua orang anak je...
Seorang perempuan, dah kawen, dah ada anak-anak...
Kali ni anak lelaki, yang bongsu pulak tu...
Tu yang mak aku nak pergi sangat tu...

Akupun nak pergi jugak..
Teringin jugak nak tengok majlis kawen kat tasik...
Aku tak tau la samada majlis tu kat tepi tasik ataupun tasik tu nama tempat tinggal makcik tu... hahaha...
Malas pulak nak menggugel peta... ehehh...

Memandangkan majlis tu hari Ahad, maka akupun mula la buat plan...
Aku ajak abang aku pergi ke jualan gudang Karangkraf kat Seksyen 15, Shah Alam pada hari Sabtu...
Abang aku kata, boleh je...
Maka, akupun mula la buat list novel yang nak dicari nanti...
Teruja sungguh ni sebab aku belum pernah lagi pergi ke jualan gudang ni...

Tup-tup tak jadi la pulak nak ke rumah kakak tu...
Mak aku tiba-tiba je kurang sihat...
Mungkin sebab takde selera nak makan menjadikan badan mak aku lemah...
Mungkin sebab banyak makan durian dan kurang minum air kosong...
Masa balik dari Nilai dua minggu lepas, mak aku dah mula batuk-batuk dah...
Mungkin sebab itu badan dia semakin lemah...

Harap-harap mak aku akan pulih seperti sediakala...
Tak dapat pergi jualan gudang tu pun takpe la, janji mak aku sihat...
Mungkin bukan rezeki aku untuk ke sana...
Kalau ada rezeki, lain kali boleh pergi..., ya tak...


p/s: Aku dah mula order novel secara online... Harap-harap jari aku tidak terbabas dalam meng-klik... huhuhu...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »