Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, November 10, 2010

LAGU TUDUNG PERIUK... :P

Assalamualaikum...


Pernah dengar lagu tudung periuk...??
Alaa.... Lagu tudung periuk yang pandai menari tu...
Issshhh... Tak kan la tak pernah dengar langsung haiihh...

Nak aku nyanyikan ke..??
Boleh je... kehkehkeh...

**Fokus tauu... :p

Kainlah yang buruk...
Kain yang buruk berikan kami..
Buat menyapu...
Buat menyapu si air mata....
huhuhu....

Saya kunci lirik iniiiiiiiiii........!!!




Sebenarnya aku nak cakap pasal kain batik ni je. Gambar kat atas ni adalah merupakan kain sarung batik yang telah ditransformasikan menjadi baju kurung kedah. Baju ni kepunyaan mak kawan aku. Okay jugak buat baju... kan... Pakai baju dari 100% bahan kapas ni memang selesa, lebih-lebih lagi musim hujan macam sekarang ni... Sejuk je kannnn... =D

Ye la, daripada kain batik tu bertimbun-timbun dalam almari, baik buat baju je. Beli kain batik mahal-mahal, ada yang batik Jawa la, batik Ganu la, batik Langkawi la, pastu tak pakai sebab sayang... tup-tup bila tengok balik, dah habis berlubang-lubang kena tebuk dek lipas... Tentu timbul seribu penyesalan lepas tu.... ye tak..??

Lagipun kain batik ni orang pakai masa dalam pantang je. Aku kat rumah ni pun dah jarang pakai kain batik. Aku lebih selesa pakai tracksuit dengan suar cerut yang aku jahit sendiri je... Tapi aku suka pakai baju kurung kedah ni. Soooo selesa... Takde la nak nampak bayangan benjol yang bersepah kat sana sini... ahakkss... =))

Aku kata: Aku dah mula intai-intai kain batik mak aku yang bersusun dalam almari ni. Nampak gayanya ada la kain batik yang bakal 'missing in action' nanti... hehehe...

POK... POK... POK... Bujang Lapok... =)

Assalamualaikum....


Kisah seorang ibu dan anaknya yang sedang merajukkkkkk...
Baca seperti menyanyi lagu iklan ubat batok cap ibu dan anak tau...
Hahaha...

Takde la... Saje je aku nak tempek gambar si Popok ni. Dia ni memang manjanya agak berlebih-lebihan sikit. Kadang-kadang rasa macam nak sekeh je kepala dia tu. Bukan nak sekeh laa, dah sekeh dahpun.... hehehe..

Dia ni macam takut sangat nak tidur kat luar. Padahal kat luar/beranda rumah ni ada kerusi rotan yang masih ada kusyen lagi. Kiranya cukup selesa la kalau spesis macam dia nak terbongkang. Tapi, dia tetap nak masuk dalam rumah jugak. Selagi tak dapat masuk, selagi tu la dia akan memanjat tingkap kat bilik jahit aku ni. Dah la cermin tingkap tu habuknya setebal bibir anjelina juli, kena pulak kesan-kesan cakar kaki dia tu lalu terhasil la corak abstrak yang takde kat mana-mana galeri lukisan... muahahaha....

Nampak tak kaki depan dia tu.?? Memang sengaja dia cengkamkan kuku dia kat cermin tu, pastu mulut dia dok bising la konon-kononnya kaki dia stuck kat situ. Pastu nanti kepala dia asek tolak-tolak je cermin yang sememangnya dah longgar tu. Nak tak nak, terpaksa jugak aku bukak tingkap tu bagi dia masuk. Risau jugak kalau cermin tu pecah dan tertimpa kat atas kepala dia tu... Bijak betul dia plan strategi... =D


Hamboiii...!!! Bukan main lagi dia ehh... Bila dah bukak tingkap ni, boleh pulak dia dok rileks kat atas cermin tu. Pastu buat muka selamba je. Aku kalau boleh nak tutup cepat-cepat tingkap tu sebab kalau lambat tutup, maka berduyun-duyun la sedara mara dia masuk sekali. Dah banyak dah bulu dorang yang melekat kat cermin tu... huhuhu....


Sengaja je dia julurkan kaki dia tu. Aku tak kira, selalunya aku tarik je kaki tu biar dia cepat turun. Tak kuasa aku nak tunggu dia ambil angin kat situ haaiihh... Malam-malam buta lak tu.... Kang nak tarik kaki dia, tertarik lak benda lain.... Takutttttttt.... =D


Risau betul aku masa budak ni datang rumah aku hari tu. Si Popok ni macam nak terkam je tangan dia yang terkuit-kuit tu. Tengok tu, dia asyik pandang je budak ni... Jenuh aku halau dia suruh duduk jauh-jauh...


Aku kata: Enpon aku dah rosak....Lepas ni tak dapat la aku nak letak gambar kat sini. Terpaksa la recycle je gambar yang sedia ada.. Ada yang nak tolong sponsor enpon untuk aku tak..?? Huhuhu... sreeeetttttt...!!!
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »