Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, March 31, 2014

Entry tak berinformasi.. hehh...

Assalamualaikum..

Entry tak berinformasi.. hehh...


Sejak Jumaat lepas, aku berada kat rumah kakak kat Nilai.. Hari Ahad aku ke Cheras menghadiri majlis resepsi anak sepupu aku.. Semua adik-beradik aku ada kecuali sorang kakak yang datang ke Nilai tapi tak pergi kenduri kawen tu sebab hari Sabtu dia ada mesyuarat dan hari Ahad pulak dia kerja sebab tinggal kat Johor...


Hari Sabtu, si Momok menghilangkan diri.. Puas mencari tapi tak balik-balik jugak.. Hinggalah pagi tadi dalam pukul dua lebih, aku macam terdengar-dengar suara dia.. Tersedar dan terus tengok sangkar dia.. Tengok-tengok dia dah ada kat dalam sangkar tu.. Anak buah yang jumpa dia kat dalam bilik dan terus masukkan dia ke dalam sangkar tu..


Hari ni, aku tak lepaskan dah si Momok tu.. Keluarkan dia sekejap-sekejap je untuk dia golek-golek atas lantai.. Lepas tu masukkan balik semula dalam sangkar.. Tak berani dah nak lepaskan dia tanpa pengawasan.. Takut dia hilang lagi macam hari tu.. Maklum la, sekarang ni musim kucing mengawan.. Kang tak pasal-pasal dia buntingkan kucing betina orang kat sini.. hehh...


Rumah kakak kat Nilai ni belum siap renovate lagi.. So, tak boleh nak tolong dia kemas-kemas mana yang patut.. Mungkin bulan depan baru siap.. Dan mungkin aku turun lagi ke Nilai ni.. Dalam pada tu dah plan nak turun masa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa kat PWTC.. 


p/s: Harap-harap plan menjadi.. Tak nak la gagal lagi macam plan tahun lepas.. hehh....

Wednesday, March 26, 2014

Sama-samalah kita merenung diri sendiri...

Assalamualaikum...

Sama-samalah kita merenung diri sendiri...


Sekadar satu perkongsian agar kita sama-sama dapat merenung ke dalam diri sendiri.. Terlalu banyak musibah yang terjadi sehingga menimbulkan beribu spekulasi yang akhirnya menjadi satu kontroversi yang tidak terkawal dan ianya sedikit sebanyak menggugat dan mendatangkan pelbagai emosi..


Berbaliklah kita kepada paksi yang satu ini iaitu apa yang terkandung di dalam Al-Qur'an...


Surah Al-Imran: Ayat 117:

مَثَلُ مَا يُنفِقُونَ فِى هَـٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا ڪَمَثَلِ رِيحٍ۬ فِيہَا صِرٌّ أَصَابَتۡ حَرۡثَ قَوۡمٍ۬ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ فَأَهۡلَڪَتۡهُ‌ۚ وَمَا ظَلَمَهُمُ ٱللَّهُ وَلَـٰكِنۡ أَنفُسَهُمۡ يَظۡلِمُونَ 

Bandingan apa yang mereka belanjakan dalam kehidupan dunia ini (sekalipun untuk amal-amal yang baik), samalah seperti angin yang membawa udara yang amat sejuk, yang menimpa tanaman kaum yang menganiaya diri mereka sendiri, lalu membinasakannya; dan (ingatlah), Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (117) 



Surah Al-Imran: Ayat 118:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةً۬ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالاً۬ وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٲهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِى صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُ‌ۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ‌ۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi orang dalam (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya. (118)



Surah Al-Imran: Ayat 119:

هَـٰٓأَنتُمۡ أُوْلَآءِ تُحِبُّونَہُمۡ وَلَا يُحِبُّونَكُمۡ وَتُؤۡمِنُونَ بِٱلۡكِتَـٰبِ كُلِّهِۦ وَإِذَا لَقُوكُمۡ قَالُوٓاْ ءَامَنَّا وَإِذَا خَلَوۡاْ عَضُّواْ عَلَيۡكُمُ ٱلۡأَنَامِلَ مِنَ ٱلۡغَيۡظِ‌ۚ قُلۡ مُوتُواْ بِغَيۡظِكُمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمُۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan) mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. Kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu, mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu. Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada. (119)



Surah Al-Imran: Ayat 120:


إِن تَمۡسَسۡكُمۡ حَسَنَةٌ۬ تَسُؤۡهُمۡ وَإِن تُصِبۡكُمۡ سَيِّئَةٌ۬ يَفۡرَحُواْ بِهَا‌ۖ وَإِن تَصۡبِرُواْ وَتَتَّقُواْ لَا يَضُرُّڪُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡـًٔا‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٌ۬


Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. (120)


[sumber]


p/s: Al-Fatihah untuk kita semua, baik yang masih hidup, mahupun yang telah pergi.. Walau apapun yang terjadi, kehidupan harus diteruskan.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. Bersabarlah.. *Ingatan untuk diri sendiri sebenarnya.. Maaf jika ada kekurangan di dalam entry ini.. Harap dapat diperbetulkan jika ianya salah.. Terima kasih..

Friday, March 21, 2014

Testing: Roll sosej...

Assalamualaikum...

Testing: Roll sosej...


Ini bukan roti ya kawan-kawan.. Ini adalah lebihan doh karipap frozen aku.. Inti karipap dah habis.. Lepas tu malas la pulak nak menumis tengah-tengah malam buta tu.. Kang terbersin pulak orang yang tengah syok tidur.. hehe.. 


Sudahnya, aku potong dua sosej dan gulungkan dengan doh karipap ni.. Sosej tu aku dah siap celur dulu dan toskan bagi kering.. Kejadian karipap sosej (memandai je letak nama.. ahahh...) takde la kemas sangat sebab aku main bantai je roll.. Dah tengah malam, kan... hehh..




See.. Bila gulung tak dikemaskan dengan sebaiknya, maka bila digoreng diapun terbuka la.. Tak kisah la haiihhh.. Janji boleh ngapppp...!!! Kehkehkeh...




Rasanya menu macam ni budak-budak suka la kot.. Budak-budak mana suka sangat makan inti karipap tu.. Kadang-kadang dorang makan kulit je.. Yang inti tu dorang pergi buang senyap-senyap.. Membazir je.. Dah la susah payah nak masak inti tu.. huuuuu...


Saja buat kuih frozen ni.. Kalau takde orang beli, boleh buat untuk makan sendiri... hehh... Kelim tu tak cantik sebab aku baru je belajar mengelim.. 


p/s: Okay, ini je perkongsian yang tak seberapa untuk entry kali ni.. heeeee... 

Wednesday, March 19, 2014

Regent 80WG dan kegunaannya..

Assalamualaikum...

Regent 80WG dan kegunaannya..


Ingat lagi tak kat entry yang ni..?  Ala, entry pasal nak elak semut naik atas meja dulu tu.. Kat dalam entry tu aku ada bagitau iaitu apa yang aku buat tu hanyalah untuk sementara waktu je sehinggalah aku dapat jalan penyelesaian yang sewajarnya..


So, sekarang ni pelapik kaki meja makan tu aku dah buang dah sebab aku dah jumpa dan beli sejenis racun semut ni.. Racun ni bukan sekadar racun semut, malahan boleh digunakan juga untuk menghapuskan anai-anai, lipas dan serangga lain yang tidak dikehendaki.. 


Nama racun semut tu seperti yang tertulis pada peket tu adalah Regent 80WG.. Harga satu peket adalah RM4 dan beratnya pulak hanyalah 1 gram sahaja...!! Mula-mula ingat nak beli banyak sebab tengok peket tu kecik je.. Dalam hati dok bercakap la, kalau peket dah kecik, tentu harga dia takde la mahal sangat (fikiran orang kampung.. hehh..). Lepas tu bila tokey kedai tu cakap harga macam tu, gulppp, terus sebut beli dua peket je laaa.. hahahaha...


Racun ni rupa dia macam Abate pun ada jugak.. Macam rupa yis mauripan pun ya jugak.. Jadi, hati-hati dengan racun ni dan jangan dibiarkan bersepah-sepah.. Simpan di tempat yang tersorok dari mata dan tangan anak-anak..


Jika berlaku KERACUNAN, sila hubungi: 
 Pusat Racun Negara
1-800-88-8099 (waktu pejabat)
012-4309499 (lepas waktu pejabat)


Lepas tu, beli pulak penyembur air ni sebab kat rumah memang takde penyembur yang khas untuk sembur racun.. Benda alah ni harga dia RM10 untuk satu ketul.. Mahal gila.. Tapi dalam pada tu aku beli pulak dua ketul.. Kiranya untuk stenbai la.. huuuuu...




Okay, ni cara nak gunakan racun semut tu pulak sebagaimana tokey kedai tu bagitau kat aku.. Gunakan separuh daripada sepeket racun tu untuk satu botol penyembur yang biasa kita gunakan untuk gosok baju tu.. Tapi aku gunakan sepeket terus sebab aku gunakan botol air gas yang 1.5 L tu.. Sebab tu aku beli penyembur ni untuk sesuaikan dengan botol air gas tadi..


Semburkan pada setiap kaki meja atau laluan yang selalu semut tu gunakan.. Aku sembur kat bahagian bawah dinding luar rumah, keliling kaki meja dan kerusi, kat tingkap dan sekeliling rumah serta dalam kabinet bawah sinki..


Menurut tokey kedai tu, hari pertama selepas sembur racun ni, kita masih akan nampak ada semut yang berkeliaran.. Masuk hari kedua, jumlahnya makin berkurangan.. Bila hari ketiga dan seterusnya, dah takde semut dah sebab semut yang terkena racun ni akan bawak balik racun tu ke sarang mereka dan akan menjangkiti semut yang lain.. 


AMARAN: Botol dan penyembur yang digunakan hendaklah dicuci sebanyak tiga kali bilasan dan lepas tu kena lupuskan botol tu.. Jangan simpan racun yang tak habis dalam botol tu.. Kena habiskan jugak.. Sebab tu jugak aku gunakan botol air gas tu supaya senang nak buang.. Manakala penyembur tu aku cuci la bersih-bersih.. Tak kan la nak buang hanya dengan sekali guna je, kan..? Sepuluh hengget tuuuuuuuuuuu.......!!!


Setakat ni, aku tengok dah takde dah semut kat dalam rumah aku terutama sekali kat bahagian dapur iaitu atas meja makan dan juga kat dinding bilik mandi.. Keadaan begini mungkin boleh bertahan dalam masa beberapa bulan.. Mungkin untuk jangkamasa tiga hingga empat bulan.. 


Aku tak rasa tindakan aku menyembur racun semut ni sebagai kejam sebab aku lebih pentingkan kebersihan makanan yang ada dalam rumah ni.. Aku cuma tak suka semut masuk dalam rumah je.. Semut yang ada kat pokok mangga dan pokok rambutan kat keliling rumah tu aku tak kisah.. Ko duduk la situ nak buat sarang ke, buat anak ke, aku tak kacau.. Tapi kalau ko gigit aku, opkos la aku picit ko balik.. huhuhu...


p/s: Selesai satu masalah yang nampak macam kecil je tapi sebenarnya sangat menyerabutkan kepala otak.. huuu...

Tuesday, March 18, 2014

Macam sama je.. Macam serupa je..

Assalamualaikum...

Macam sama je.. Macam serupa je.. 


Ini juga merupakan projek yang aku buat sepanjang minggu lepas.. Dalam terkejut menerima berita kehilangan MH370, nak membaca novelpun tak boleh nak fokus.. Nak menjahitpun takde rasa nak buat walhal jahitan banyak menanti giliran.. Nak mengomen kat grup yang aku joinpun takde semangat.. Semangat semuanya ikut sama hilang..


Kerjanya asyik la tengok tv dan menangis.. Tengok orang kat dalam tv tu menangis, akupun ikut menangis sama.. Dengar pulak lagu background berita yang sedih dan sayu tu pun aku ikut menangis jugak.. Tengok pulak apa yang orang share kat fesbuk, akupun menangis jugak.. 


Okay, berbalik pada projek yang aku buat tadi.. Aku buat dua jenis projek dan kedua-dua projek tu dia punya asas lebih kurang sama je..


Mula-mula aku buat kulit pai tee.. Ini merupakan pertama kali aku buat pai tee ni.. Acuan pai tee tu dah lama ada dalam laci.. Acuan ni kakak aku yang bagi sebab masa tu aku kenalpun tidak rupa pai tee tu macam mana.. Maklum la kan, aku mana pernah masuk makan kat secret resepi.. hehh..



Oh ya, acuan pai tee ni sangat berat.. Jangan bagi anak-anak buat main... Kang ada pulak kepala yang berlubang ataupun cermin meja atau cermin almari atau cermin sliding door yang berderai.. Simpan bawah bantalpun okay jugak ni sebagai persediaan.. hehh..











Keesokan harinya pulak, aku buat pulak kuih goyang yang bergoyang bila digoyang ni.. ahahh... Kuih ni dah banyak kali aku buat sebab dulu aku pernah buat jualan.. Cuma sekarang ni aku nak cuba guna balik acuan tu sebab dah tiga empat tahun kot acuan tu aku tak gunakan.. Takut pulak dia melekat.. Tapi memang ia pun melekat masa mula-mula tu.. Mujurlah melekat tak kuat sangat...









Okay, ini je kot yang sempat aku kongsi untuk kali ni.. Resepi kuih goyang tu ada kat dalam blog dapur aku tu.. Cari sendiri la ya kalau nak cuba buat.. Pai tee yang aku buat ni pulak agak keras sikit dan kurang sedap rasa dia.. Lain kali nak buat kulit pai tee ni guna resepi kuih goyang je la.. Cuma tak payah letak gula je.. Mandai-mandai je kan ubah resepi.. ehehh...


p/s: Sekarang ni walaupun masih lagi risau dengan kehilangan MH370, tapi aku percaya pada perancangan Allah.. Walaupun aku dah jarang update status kat page fb aku pasal ni, itu bukan bermakna aku lupa.. Aku tetap mendoakan yang terbaik untuk mereka, kita dan juga negara tercinta ini..

Muatan 15 kilo...

Assalamualaikum...

Muatan 15 kilo...


Tong ni dah lama dah umur dia.. Sejak aku kecik lagi dah ada dah.. Senang cerita, tong ni dah ada masa aku duduk Terendak Camp lagi.. Bila abah (arwah) pencen, maka tong ni ikut balik kampung.. Tapi yang peliknya, masa tu aku tak perasan pulak akan kehadiran tong ni.. Mungkin pernah nampak tapi tak ambil tau.. Ye la, masa tu kan kecik lagi..


Kat luar tong ni ditulis BREAD.. Aku rasa tong ni gunanya untuk isi tepung sebab tu diletakkan tulisan BREAD tu..


Dia punya 'calung' pun dah lama... Guna tin susu je.. 


Bila pindah sini, tong BREAD tu dah jadi tong BERAS... haha.. Tong ni boleh muat beras dalam 15 kilo.. Itupun masih ada ruang lagi untuk diisi.. 




Aku lapik bawah tong tu dengan bekas telur supaya senang nak tarik keluar masuk sebab tong ni aku letak bawah kabinet dapur.. Kalau tak lapik nanti lantai marmar tu rosak pulak.. Tak perlu risau lipas ke, apa ke sebab penutup tong ni berat dan kuat..


p/s: Aku memang sayang dan jaga barang-barang peninggalan arwah abah aku.. Kalau aku tak jaga, memang dah 'selamat' dah semuanya.. 

Sunday, March 16, 2014

Jemput masuk dapur saya.. :D

Assalamualaikum...

Jemput masuk dapur saya.. :D


Blog dapur saya ni dah lama tak berasap... Bukan takde benda yang dimasak.. Ada je tapi tahap kemalasan nak update entry tu yang jadi penghalang.. 


Cantik tak bilangan pageviews tu.. :D





p/s: Macam janggal pulak guna 'saya' kat blog yang ini sebab dah biasa guna 'aku'.. hehh...

Saturday, March 15, 2014

Masak Biar Best bersama Chef Wan..

Assalamualaikum..

Masak Biar Best bersama Chef Wan..



Ini peristiwa pada pagi Sabtu, 8hb Mac 2014 yang lepas.. Iya, masa ni negara sedang gempar dengan kehilangan pesawat MAS MH370 dari radar.. Sampai sekarang masih tak jumpa lagi.. Dan sekejap tadi PM baru je buat sidang media dan memberi sedikit penjelasan.. Selebihnya, kita berdoa dan tawakkal pada Allah Yang Maha Kuasa kerana sehebat manapun perancangan manusia, hebat lagi perancangan Allah... *Aku tak nak panjangkan isu ini.. 


Berbalik kepada program Masak Biar Best ni, Chef Wan masak tiga jenis masakan iaitu Kerabu Bihun, Daging Opor Pekan dan satu lagi nasi seafood.. Aku tak ingat nama nasi tu tapi menurut Chef Wan, nasi seafood tu makanan kegemaran orang Sepanyol.. 





Sambil menyediakan masakan, Chef Wan as usual bercerita dan berceloteh dengan penonton.. Dia punya ayat kalau tak pedas tu memang tak sah la, kan..? Tapi dalam pada kepedasan kata-kata beliau, banyak info dan motivasi yang beliau kongsikan.. 






Masa Chef Wan bercakap kat depan, jangan borak-borak kat belakang.. Nanti dia sound direct je; "kita dok potpetpotpet kat depan ni, dia dok cotcetcotcet kat belakang..." 


p/s: Kelakar masa dia jeritkan dorang yang dok cotcetcotcet kat belakang tu.. kikiki.... 

Thursday, March 13, 2014

Kecik lagi dah pandai mengumpat..

Assalamualaikum...

Kecik lagi dah pandai mengumpat..


Budak-budak sekarang, kecik-kecik lagi dah pandai mengumpat orang.. Dah pandai main bisik-bisik kayu api.. Bisik-bisik nak cari laki/bini... ahahah...


Mulut nak kena cili ni... Biasa dia tuuuuu....!!!


Kita yang dewasa atau tua ni kena la pantau sikit aktiviti budak-budak ni.. Bukan apa, takut nanti jadi tabiat sampai besar.. Budak-budak bila dah terlalu sangat bercerita hal orang, nanti orang kata mak ayah tak pandai didik anak.. Kang bila cakap macam tu, marah pulak, kan..?? 


Zaman sekarang ni aku perhatikan mak ayah selamba je bercerita hal orang depan anak-anak.. Konon-kononnya open minded la.. Yang si anak pulak siap boleh tanya cerita pasal apa dan boleh pulak join sekali.. Sabar je la... hmmm...


p/s: Kecik-kecik dulu jangan harap nak duduk melongo dengar orang tua bercerita.. Silap haribulan peha penuh birat kena ketam.. 

Monday, March 10, 2014

Set simpanan di dapur..

Assalamualaikum...

Set simpanan di dapur..


Dah berkurun teringin nak beli satu set tempat untuk menyimpan bahan perasa seperti garam, kunyit serbuk dan aji-no-moto.. Sebabnya jika satu set ni, nampak macam kemas sikit dapur tu.. Macam je la, kan.. hehh...


Ni saiz paling kecil.. Harga sebiji RM7.80.. Aku isi aji-no-moto..


Jadinya, baru-baru ni masa aku sibuk mencari bekas plastik untuk projek karipap frozen aku, ternampak la bekas-bekas macam pasu yang pada pandangan mata aku sangat la comel.. ahahh... So, apa lagi, rembat terus je la, kan..? Benda dah berzaman idam, berzaman pulak mencari, bila dah jumpa depan mata, memang menolak tuah la jika tak beli terus.. hehh..


Ni saiz sederhana.. Aku isi garam halus dan serbuk kunyit.. Harga sebiji ialah RM9.80..


Empat biji pasu ni takde la mahal sangat.. Namun jika masa nak membeli tu kita ada kekangan kewangan, benda yang semurah tiga empat ringgitpun kita berkira nak beli.. Betul tak..?


Ni saiz paling besar.. Aku isi garam kasar.. Harga sebiji RM14.80..


Bekas garam kasar yang lama.. Sian tutup dia.. Dah kelepet kelepot dah kena panas api dapur..


Mak akupun bersuara jugak.. Dia kata kat aku macam ni; "kato takdo duit tapi ontah apo yang diboli ehh..".. Akupun cakap la yang aku memang dah lama nak beli benda ni semua.. Lagipun bekas garam kunyit mak kat dapur tu dah uzur sangat dah.. Ada yang dah pecah tutup dia dan ada yang dah herot terkena panas api...


Biarlah tak canggih asalkan sedap mata memandang.. 


Lepas tu aku beli jugak tempat letak pisau jenis plastik ni.. Yang lama jenis kayu tu dah mereput dah kat bawah dia.. Lepas tu pulak selalu sangat jadi sarang semut hitam.. Yang plastik ni memang ringan tapi senang nak basuh.. Lagipun air tak bertakung sebab ada lubang kat bawah tu.. More practical la gitu.. 





Banyak benda yang aku beli sebenarnya.. Selebihnya tu barang untuk projek main masak-masak aku.. ahaha.. Masa bayar tu terkedu jugak sebab tengok jumlah keseluruhan tu amatlah mahal padahal orang kedai tu kata dah siap tolak diskaun dah.. Rasa macam orang tu salah kira je tapi mulut tak terbuka nak suruh dia kira balik semula.. Sudahnya balik je la, lagipun dah tengahari sangat dah.. Panas berbahang..


Sampai rumah, check balik resit.. Nahh..!! Amekaww..!! Memang sah orang tu salah kira.. Salah kira sebab dia punch tujuh kali untuk pasu kecik tu.. Maknanya dah terlebih enam biji pasu sedangkan aku cuma beli sebiji je.. Kelam-kabut aku call balik kedai tu.. Mujur la dorang ingat lagi kat aku.. Dorang suruh aku datang bila-bila masa dan bawak sekali resit yang salah kira tu.. 


p/s: Alhamdulillah.. Lega sebab boleh tuntut balik duit tu... Dekat RM50 tu... Banyak weii lima puluh ringgit ni...

Wednesday, March 5, 2014

Cara atasi Chrome yang selalu crash atau hang..

Assalamualaikum...

Cara atasi Chrome yang selalu crash atau hang..


Beberapa minggu lepas, laptop aku ada masalah dalam loading.. Bila aku buka je blog aku, cursor tak boleh digerakkan.. Selagi loading tak berhenti, selagi tu la cursor tu dok macam tu, hang memanjang.. Secara jujurnya, memang dah berbakul-bakul sumpah seranah yang aku hamburkan.. Mana tak sakit hati kalau kita nak cepat tapi satu apapun tak boleh nak digerakkan..


Banyak jugak website dan blog yang aku terjah untuk mencari jalan penyelesaian sampaikan masuk kat website seberangpun ada.. Janji yang ada kaitan dengan masalah yang aku hadapi.. haha.. Suruh uninstall dan reinstall Chrome, aku dah buat dah.. Bukan sekali, malahan beberapa kali jugak la.. Bila tak menjadi jugak, aku mula la salahkan line apatah lagi line kat sini memang tengah ada masalah.. Jadi, aku tak pasti puncanya dari mana satu..


Semalam, aku cuba lagi google untuk cari jalan penyelesaian.. Akhirnya aku jumpa sesuatu yang aku perlukan di sini.. Okay, dia punya entry memang kena dengan masalah yang aku hadapi.. Aku ikut apa yang dia tulis kat dalam entry tu..


Lepas tu, aku ikut pulak apa yang ada kat sini..  Aku uninstall anti virus AVAST yang aku gunakan selama ini dan aku gantikan dengan anti virus AVG versi terbaru.. Aku download anti virus AVG tu kat sini.. Buat masa ni aku gunakan yang free trial tu je.. Padahal masa awal-awal ada laptop dulu, anak buah aku dah install anti virus AVG ni tapi mungkin masa format untuk kali kedua dulu, terlepas pandang nak install balik AVG tu..


Okay, lepas je selesai download anti  virus AVG tu, kena la run dulu, kan.. So, aku buat la proses biasa bila kita selesai download satu-satu software tu.. Sebelum tu, aku dah buang dulu mana-mana widget yang ada kat blog aku.. Mungkin sebab widget yang banyak ni yang membuatkan blog atau laptop aku hang.. Tu yang aku terfikir buat masa tu..


Hasilnya, alhamdulillah, setakat ini aku tengok dah takde dah nak hang kat mana-mana.. Bila aku buka blog aku, dah boleh terus gerakkan cursor walaupun proses loading masih lagi berjalan.. 


p/s: Jika korang yang menggunakan Chrome dan ada masalah yang sama, boleh cuba rujuk kat link-link yang aku bagi kat atas tadi.. Selamat mencuba dan jangan pernah putus asa.. heeeeeee....

Malam tadi punya cerita..

Assalamualaikum...

Malam tadi punya cerita..


Ingat nak letak tajuk projek malam tadi untuk entry ni tapi kang ke lain pulak jadinya.. Kang tak pasal-pasal kena cop 'biru'.. kehkehkeh...


Semalam sebelum Maghrib, aku buat kuih bom bijan frozen ni.. Ingat lepas ni nak cuba la buat jual pulak untuk kawasan dekat rumah je.. Itupun jika ada permintaan la.. Apapun, semuanya atas nama rezeki.. Yang penting, cuba dulu.. Peduli la orang nak kata apapun.. kan..


Apapun, terima kasih kat sepupu-sepupu aku yang nak kuih ni.. Siap suruh kirim kat abang aku bila abang aku balik Senawang sebab dorang semua tinggal berdekatan.. Terima kasih atas sokongan korang..



Berat doh kosong...


Berat selepas isi inti.. 


Bekas ni untuk sementara je sebab bekas yang sesuai masih dalam pencarian..



Lepas Isyak pulak, aku buat karipap inti ayam + kentang ni pulak.. Rasa macam dah okay tapi tu la, bila goreng kulit karipap tu keluar benjol-benjol sikit.. Tak licin macam karipap orang lain.. Lepas tu masih ada lagi yang terbuka sebab aku guna acuan.. Nak klim lambat dan terhegeh-hegeh.. Dah la klim aku tu tak cantik langsung.. Tu yang guna acuan je tu.. Mungkin sebab gam tepung gandum aku tu tak bersesuaian.. 


Maybe lepas ni nak guna gam tepung ubi pulak.. Kena rajin try and error la kan.. Kalau ada yang nak bagi tips percuma sangat dialu-alukan.. Terima kasih in advanced aku ucapkan..




p/s: Berapa harga nak letak untuk kuih bom bijan frozen tu untuk 10 biji ya..? Ada cadangan..? 

Cara nak buat pola atau pelan atau dasar baju kurung moden / simple blouse...

Assalamualaikum...

Cara nak buat pola atau pelan atau dasar baju kurung moden / simple blouse...


Pertama sekali, seperti yang selalu aku bagitau, kena pandai ambil ukuran badan.. Jika dah pandai ambil ukuran badan, insyaAllah, nak ambil ukuran pada baju yang dah siap akan lebih mudah..


Contoh ukuran: (Jap ehh, nak bukak kitab jap.. hehe..)

Labuh baju = 34 inci
Bahu = 16 inci
Paras pinggang = 16 inci
Keliling dada = 38 1/2 inci
Keliling pinggang = 32 inci
Keliling ponggong = 42 inci
Panjang tangan = 21 inci
Bahu ke mercu = 9 1/2 inci
Mercu ke mercu = 7 inci
Keliling leher = 16 inci
Pergelangan tangan = 11 inci

**Labuh baju = Ukuran bermula dari tulang belakang tengkuk, berhenti pada paras pinggang dan teruskan ukur sampai kepada ukuran yang dikehendaki..

**Bahu = Ukuran diambil dari tulang kiri bahu hingga ke tulang kanan bahu..

**Paras pinggang = Ukuran bermula dari tulang kat belakang tengkok tu, dan ikut alur badan terus ke titik point pinggang..

Keliling dada + keliling pinggang + keliling ponggong = Masa nak ukur lilit setiap satu, masukkan 3 jari di dalam lengkungan pita ukuran dan lepas tu baru tegangkan pita tadi.. Ukuran keliling dada dan keliling ponggong diambil pada bahagian yang paling tinggi untuk dada dan paling lebar untuk ponggong..

**Panjang tangan = Ukuran bermula dari tulang bahu, bawa ke siku, kemudian tangan dibengkokkan sedikit dan terus ukur sampai pergelangan tangan atau panjang yang dikehendaki..

** Bahu ke mercu = Ukuran daripada tengah bahu ke titik point buah dada (jangan nak gelak ya.. huhuhu...)

**Mercu ke mercu = Ukuran jarak antara kedua belah titik point buah dada atau bahagian yang paling tinggi pada buah dada.. 


Cara nak lukis pola atau dasar atau pelan baju.. Ini adalah pola untuk bahagian hadapan baju..


Ini pola asas untuk blouse yang ada butang di hadapan..


Berpandukan pada gambar di atas dan nombor yang ada pada gambar, boleh la cuba melukis pola/dasar baju dengan mengikut panduan yang aku cuba huraikan.. Mula-mula kena buat garisan lurus dari 0-1 dan 0-7.. Ni kira garisan asas ataupun tulang belakang setiap pola..

0-1 = Labuh baju yang dikehendaki..

0-2 = Turunkan bahu 1 inci atau 1 1/4 inci.. Buatkan garisan lurus..

0-3 = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan ditambahkan dengan 1 inci. Untuk dada 40 inci ke atas, tambah 1/4 inci sahaja..

0-4 = Ukuran bahu ke paras pinggang.. Buatkan garisan lurus..

4-5 = Turunkan 8 inci untuk paras ponggong..

0-6 = Ukuran keliling leher bahagi 6 dan tambahkan samada 1/2 inci atau 1 inci..

6-6A = Ukuran keliling leher tetap (takde penambahan 1/2 inci atau 1 inci). Buatkan petak segiempat sama ke B..

B-C = Tandakan 1 1/4 inci untuk tangga kolar sport. Kemudian bentukkan.

0-7 = Ukuran bahu bahagi 2. Buatkan petak segiempat sama hingga ke 8..

7A-8 = Dibahagi 2 dan tandakan dengan 9..

9-9A = Untuk bahagian hadapan, masukkan 3/4 inci atau 1/2 inci..

3-10 = Ukuran keliling dada bahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci. Bentukkan lubang lengan dengan menggunakan pembaris bentuk L..

5-11 = Ukuran keliling ponggong bahagi 4 dan ditambah 1 1/2 inci atau 1 1/4 inci..

1-12 = Ukuran sama seperti 5-11.. Jika nak blouse yang besar sedikit  atau kembang sedikit, boleh lebihkan 1 inci dari ukuran 5-11 tu..

12-13 = Naikkan 1/2 inci ke atas.. Gunakan pembaris melengkung dan temukan 13-1..

10-13 = Temukan garisan dan bentukkan..


Nota tambahan:

1) Pola hadapan baju dengan pola belakang baju lebih kurang sama je.. Bezanya ialah pola belakang takde bahagian untuk lubang butang dan ukuran keliling leher 0-2 tu cuma turunkan 3/4 inci kemudian buatkan garisan melengkung dari 6-2.. 


2) Jika nak buat blouse yang takde butang di hadapan, kena lipatkan bahagian 3/4 inci bahagian lubang butang pada pola tadi dan gunakan bahagian tersebut untuk pola bahagian belakang sebagai ganti tempat untuk letak zip ataupun butang di belakang..


3) 5 inci untuk belahan tu adalah optional.. Nak buat belahan boleh.. Tak nak buat belahanpun boleh..

4) Potong dua keping kain untuk setiap pola.. Maknanya, kain kena lipat dua memanjang..





p/s: Moga boleh faham ya.. Cuba buat dulu pada kain yang murah atau kain batik lama dan jangan mudah berputus asa.. Kena try and error.. Moga Allah permudahkan segala laluan anda untuk belajar.. Amin..

Tuesday, March 4, 2014

Rasa teruja itu sudah hampir tiada...

Assalamualaikum...

Rasa teruja itu sudah hampir tiada...


Dulu, teruja sangat bila tengok promosi drama yang diadaptasi dari novel.. Lebih-lebih lagi novel yang diminati, rasa tak sabar nak tengok drama tu.. Kini, rasa teruja itu sudah bertukar kepada tiada rasa.. Dah tak berapa minat nak ambil tahu..


Dulu, bila ada je yang tayang novel terbaru dan buat promosi, rasa teruja tu cepat je bercambah.. Masa tu jugak nak order.. Kini, teruja itu sudah semakin menjauh.. Cuma teruja pada dua tiga penulis dan penerbitan tertentu sahaja.. Penulis atau penerbit yang kurang ajar yang suka mengata dan melabelkan pembaca bodoh, memang aku dah letak tepi nama dorang.. Tak minat nak ambil tahu.. Sombong tak mengapa tapi jangan kurang ajar..


Dulu, lepas je habis baca satu-satu novel tu, cepat je nak buat review.. Teruja sangat nak kongsikan apa yang dibaca, apa rasa yang ada sewaktu membaca novel tersebut.. Kini, semua tu dah semakin hilang.. Paling tidakpun sekadar letak bintang..


In one moment I was feeling everything and I was feeling nothing - Kami Garcia


p/s: Dulu lain.. Sekarang lain..

Monday, March 3, 2014

Nak jeles apanya...?

Assalamualaikum...

Nak jeles apanya...?


Ada ketikanya aku tak faham dengan satu perkara ni.. Kenapa bila kita komen atau bagi pendapat yang bertentangan dengan satu-satu isu itu, akan ada pulak komen yang menyusul dengan mengatakan kita jeles.. Dah selalu sangat nampak kat mana-mana blog-fb-twitter-dan lain-lain..


Dalam drama tv dan dalam novel lagi la melambak-lambak tapi rasanya tak perlulah bawak benda ni keluar dari dunia fantasi tu..


*Dia tu jeles la tu..
*Elehh, cakap je la yang ko tu jeles...
*Yang ko jeles dengan dia tu apsal..?
*Dorang tu jeles la tu dengan awak.. Awakkan popular..
*Kalau ko nak, ko beli la sendiri.. Yang ko jeles dengan aku apa hal..
*Dan sebagainya...


Friends don't get jealous of each other or begrudge the other for finding success. They celebrate every victory together - Karen Kingsbury

p/s: Sikitpun tak jeles lebih-lebih lagi untuk benda yang mengarut dan takde faedah..

Cara nak tukar setting untuk terima private message dari bukan 'friend' kat inbox fesbuk...

Assalamualaikum...

Cara nak tukar setting untuk terima private message dari bukan 'friend' kat inbox fesbuk...


Aku selalu nampak dan perhatikan masih ramai lagi orang yang dok komen dan kata; kena jadi friend dulu, pastu baru boleh PM atau inbox..


Bila dah selalu tengok benda yang sama berulang-ulang kali, naik jemu jugak.. Cemuihpun mula la datang bertandang.. Sebabnya aku boleh je terima private message dari orang lain selain dari orang yang ada dalam friend list aku.. Malahan mat salehpun ada jugak hantar private message kat inbox fesbuk aku tapi private message mereka masuk dalam inbox kat bahagian Other la.. Jadi, di mana relevannya kena jadi friend atau kena approve as a friend tersebut..?


Aku rasa siapa yang ada masalah macam ni iaitu tak boleh nak inbox orang atau tak dapat private message dari orang yang bukan friend dia, elok la cuba tukar dulu setting kat bahagian Privacy tu.. Caranya cuba tengok dan ikut apa yang ada dalam gambar kat bawah ni step by step..


Mula-mula klik kat nombor 1 tu.. Lepas tu klik pulak kat nombor 2..


Nanti dia akan keluar macam ni.. Klik pulak kat nombor 3 tu iaitu Privacy..


Ini yang akan keluar.. Lepas tu klik pulak yang nombor 4 tu untuk kita tukar Edit...


Akhir sekali, klik yang kat nombor 5 tu as recommended.. Boleh baca kat situ apa yang dia maksudkan... 


Cuba tukar dulu dan tengok boleh atau tidak hantar private message kat orang yang bukan friend.. Kalau masih tak boleh jugak, mungkin kita ter-setting kat mana-mana bahagian lain... 


p/s: Rasanya benda ni tak terus berfungsi kot.. Maybe kena tunggu sehari dua selepas tukar setting baru boleh beroperasi.. Tak pasti pulak aku pasal ni.. Jika salah tu, maaf la ya.. huuuu...

Jaga kentut tapi tak jaga mulut...

Assalamualaikum...

Jaga kentut tapi tak jaga mulut...


Kentut bersepah-sepah adalah lebih baik daripada mulut bersepah-sepah yang menjaja cerita buruk ke sana ke mari perihal kehidupan orang lain walhal orang lain tu takde la buruk manapun...


Bukan semua kentut baunya busuk tapi mulut yang menjaja cerita buruk peribadi seseorang itu yang akan sentiasa berbau busuk..


Ada orang sanggup menahan kentut tapi tidak sanggup menahan mulut dari terus bercerita buruk hal orang lain..


Entry ini adalah tentang kentut dan mulut yang suka menjaja.. Bukan pasal komen atau review dalam novel yang takde kaitan langsung dalam entry ini..


p/s: Pruuttttttttt....!!! Haaaa, kan dah kena kentut... kehkehkeh...




Saturday, March 1, 2014

Mencuba resepi baru..

Assalamualaikum...

Mencuba resepi baru..


Petang tadi aku buat roti lagi.. Kakak aku dan family dia ada balik sini.. Dorang tak pernah makan roti yang aku buat ni panas-panas.. Kalau roti dah sejuk tu dah pernah dah dorang makan masa aku bawa ke rumah kakak kat Nilai dulu..





Kali ni aku cuba resepi dari seorang blogger.. Tak perlulah aku sebutkan nama dia.. Masa menguli doh tu, air bancuhan yis dah habis tapi doh masih lagi tak bersatu.. Aku dah mula gelabah dah.. Macam mana nak buat ni..? Nak tambah air kemudian ke..? Boleh ke tambah air tu kemudian..? Tu la soalan yang bermain di dalam kepala otak aku..





Aku ingat-ingat balik sukatan air yang aku guna mengikut resepi tersebut.. Aku memang dah gandakan dah sukatan air tu sebab aku buat untuk sekilo tepung gandum tapi kenapa doh tak boleh bersatu.. Sudahnya aku tambah lagi air tu.. Banyak jugak tu dalam 150 ml lagi.. Masa ni aku cuma tawakkal je la.. Dalam hati risau jugak kalau roti aku ni keras kejung.. Kesian la kat kakak aku dan family dia, kan..





Lepas tu, doh jadi lembik melekit la pulak.. Takpe, aku dah ada pengalaman doh melekit ni.. Aku tambah pulak satu sudu makan tepung gandum dan adun balik semula.. Lepas tu aku masukkan shortening.. Ramas-ramas sampai sebati.. Akhir sekali baru aku masukkan butter.. Masukkan sikit dulu.. Bila nak uli doh tu, mak aihhh.., tak tau nak kata apa kat adunan doh tu..





Aku teruskan jugak menguli sebab aku uli tangan.. Lama-lama okay sikit doh tu.. Dah nampak rupa doh roti dah.. Kemudian, barulah aku masukkan doh tadi ke dalam plastik dan uli dengan plastik tu sekali.. Masa ni la aku masukkan balik baki butter tadi sampai habis..





Akhirnya, alhamdulillah.. Jadi jugak roti aku ni.. Takde la keras kedengkung... Alhamdulillah.. 




p/s: Okay, ni je nak cerita.. hehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »