Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, June 12, 2012

Kuih UFO... Ko ada..??

Assalamualaikum...

Kuih UFO... Ko ada..??

Haaa.... Ni la namanya kuih UFO.. Akupun tak tau kenapa nama dia macam tu.. Mungkin sebab alien UFO je yang makan kuih ni kot... Ataupun, siapa yang makan kuih ni terus bertukar menjadi alien UFO tu.. hahahaha... Mengarut je kan... hehe...




Kuih UFO ni aku beli masa pergi Port Dickson hari tu.. Beli dua bungkus tapi sebungkus lagi dah lenyap ditelan mulut.. hehe... Sebenarnya dah hampir terlupa dah kat kuih ni.. Hari tu lepas balik dari Nilai, Jumaatnya pula ada sedara datang bertandang ke rumah sebab anak dia kawen dengan anak jiran aku.. So, agak sibuk jugak.. Tu yang main letak je kuih ni kat celah mana entah.. Kuih penderam atau telinga keling yang dibeli langsung tak nampak bayang dah.. Sebungkus lagi memang dah licin dikerjakan dek anak-anak buah aku.. Dorang suka makan kuih tu sampai tak tinggalkan sekepingpun kat aku... Ni yang rasa nak merajuk pergi kat gua Batu Belah Batu Bertangkup ni.. huhuhu...




Kuih UFO ni kalau dah masuk angin, memang tak sedap langsung.. Alamatnya masuk mulut tong sampah la.. Sebab tu, kena pastikan kuih ni tidak dibiarkan terdedah kepada udara.. Rasanya tak manis sangat.. Kalau tawarpun tak sedap jugak.. Selalunya kuih ni ada dalam tiga warna iaitu hijau, kuning dan merah jambu tu.. Warna lain tu aku belum pernah nampak lagi.. Kalau adapun, rasanya aku tak beli kot.. Pelik semacam je.. haha..

p/s: Siapa yang belum pernah makan kuih ni, boleh la cuba makan.. Jangan takut la.. Takdenya korang bertukar wajah menjadi alien UFO tu... adehh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »