Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, October 31, 2011

Mood riang ria... :D

 Assalamualaikum..

Mood riang ria... :D

Seminggu aku berada di rumah kakak di Nilai/Labu...
Pelbagai mood yang keluar...

Kali ni aku cuma nak tempek beberapa gambar dalam mood riang ria sewaktu berada di rumah kakak aku tu. Banyak gambar sebenarnya, tapi malas nak upload. Sikit-sikit dah la. Sekadar buat syarat wajib tayang je... ahakk... 

Antara mood riang ria tu adalah:

-1-
Buat muffin coklat chip versi save badget. Guna je papercup yang sedia ada sebab malas nak beli yang saiz besar.. :D

-2-
Seronok bercampur takut melihat sekumpulan lembu semasa berada di stesen komuter Labu.. Meriahnya la haiihhh.. :P

-3-

Melihat keasyikan sepasang itik jiran yang tanpa segan silu keluar berdating kat lopak air kat belakang rumah.  Mula-mula tu sekor je yang datang. Esoknya dia bawak pulak makwe dia datang sekali. Terkedek-kedek je pasangan ni berjalan. Dengan tonggek bontot masing-masing, ke kiri dan ke kanan. Rasa macam nak lastik je bontot dorang tu... hehe... Pastu, siap berenang-renang lagi tu.. 

Sementara hujan ni, boleh la lepak situ sebab tempat tu air bertakung. Bila dah panas esok, ko pergi la main kejar-kejar kat longkang tu balik ya itik.. kehkehkeh...

-4-
Kena serbu dengan pencegah maksiat... Moncicit si jantan tu lari dulu.. Yang si betina tu terhegeh-hegeh nak menyelamatkan diri... Apa punya pakwe daaa... Pengecut....!!! Muahahahaa...

-5-
Meraikan kemenangan Negeri Sembilan... Suka sangat menang sampai naik atas meja.. Siap pegang kipas tu... :D


p/s: Meluat pulak dengan orang yang sensitif tak bertempat. Ko provoke aku boleh. Bila aku provoke ko, tau pulak ko melenting... Gila babun punya orang... Tak kuasa aku nak melayan haiihh...

angry
Kan dah bertukar jadi hijau dah.. Namun masih lagi dalam mood riang ria... hahaha...

Sunday, October 30, 2011

^__________^

Assalamualaikum...

^__________^





Kami beramai-ramai yang berkumpul di rumah kakak menonton kat tv manakala selebihnya pergi ke stadium Shah Alam untuk menonton secara live. Nasib baik la dorang tunggu kat dalam stadium sampai habis upacara penyampaian hadiah tu. Kalau dorang keluar awal, mungkin bertembung dengan penyokong hitam putih kehidupan tu.. huhuhu... Memang dah pesan awal-awal kat dorang supaya nonggok yo kek situ. Ontok-ontok sudah...

p/s: Tahniah untuk semua yang terlibat di dalam kemenangan Negeri Sembilan ini.. Tahun dopan kito hobing lagi...

Sapo dio yang jadi arwah sekarang..?? 

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #15: Pengorbanan seorang isteri atau nak korbankan isteri..?

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #15: Pengorbanan seorang isteri..
:
:
:
:
:
Atau...
:
:
:
:
:
Nak korbankan isteri..?
:
:
:
:
:
V


p/s: Agak-agaknya isteri dia ni pakai topi keledar ke tak ehh..??

**Happy Deepavali all... :-)

Monday, October 24, 2011

Q4L: Qurban For Life..

Assalamualaikum...


Ada sesiapa yang nak buat qurban tak.? Ataupun mungkin korang nak buat ibadah qurban ni tapi tak tau kat mana nak tuju.. Kadang-kadang bila kita buat qurban, daging yang nak disedekahkan tu tak sampai kepada golongan yang sepatutnya.. Lebih ramai orang 'berada' yang dapat pengagihan dari daging tersebut daripada mereka yang benar-benar memerlukan.. Kalau boleh tak nak la perkara macam ni berlaku, kan...

Klik gambar untuk nampak lebih jelas... Tenkiu.. :D

Baru-baru ni ada seorang kawan telah memberikan aku satu link web di mana kita boleh melakukan ibadah qurban secara online.. Apa yang korang perlu lakukan adalah masuk kat web tersebut dan kat situ ada beberapa nama atau contact yang perlu dihubungi.. Jika dorang online, korang boleh la tanya dorang pasal qurban ni.. Jangan tanya yang bukan-bukan dah la yaa... :P

Masa ni aku masuk waktu malam.... :)

Korang juga boleh menghubungi mereka ni kat fesbuk dorang untuk mengetahui secara detail tentang Q4L ni... Dan jangan lupa untuk Like page tu sekali... 

Siap ada nombor telefon lagi tu...

Aku harap info ni sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam melakukan ibadah qurban tidak lama lagi.. Semoga ibadah qurban ini akan diberkati dan sampai kepada mereka yang sangat-sangat da'if dan memerlukan..

p/s: Macam-macam cara boleh bersedekah.... Tinggal lagi nak dengan tak nak je..

Friday, October 21, 2011

AWAS: MILO yang tidak boleh dimakan atau diminum...

Assalamualaikum...

AWAS: MILO yang tidak boleh dimakan atau diminum...

Selain dari serbuk MILO yang sudah tamat tempoh dan air MILO yang dah basi, ada lagi dua jenis MILO yang tidak boleh dimakan ataupun diminum.. Mungkin korang pernah nampak dan tau yang sejenis tu. Namun rasanya MILO yang lagi satu tu hanya aku je yang pernah jumpa... ehehh...

New Products
MILO yang boleh dimakan atau diminum... Sedaaaaapppppp... :-)


Aku jarang minum air MILO ni tapi aku suka makan serbuk MILO camtu je... Tak lama lepas melantak serbuk MILO tu, maka bermulalah episod berulang-alik ke tandas.. Cirit-birit bebb... hahaha... Sedap makan serbuk MILO ni tapi apakan daya, perut aku tak tahan... Untungnya perut orang yang boleh melantak MILO dengan lahap.. :P

Nak tau tak lagi dua jenis MILO yang tak boleh dimakan dan diminum tu..? Tak nak..? Tak nak sudah.. Aku nak tempek jugak gambar kedua-dua MILO tu... muahahaha....

Ini adalah gambar pertama MILO yang tak boleh dimakan atau diminum ya kawan-kawan... Sila perhatikan betul-betul.. Jangan tersalah pandang ya... :-)
:
:
:
:
:
V
Membawa watak MILO dalam sinetron Alissa... 
(Aku tak tau nama sebenar dia... ehehh..)


Dan kat bawah ni pula adalah gambar kedua MILO yang tidak boleh dimakan atau diminum tu... Berhati-hati ya... :P
:
:
:
:
:
V
Susah betul nak ambil gambar MILO ni... Tak boleh jadi model la dia ni... huhuhu...


Dan lagi satu gambar MILO yang sangat-sangat bahaya... hohoho....
:
:
:
:
:
:
:
:
V
Nasib baik ada ekor. Boleh jugak cover mana yang patut... kehkehkeh...

Entry suka-suka je ni.. MILO jangan saman saya ya.. Minum MILO anda jadi sihat dan kuat... See, I still remember that song... **wink wink....

p/s: Amacam, okay tak kedua-dua MILO ni... Jangan marah haaa..... ^______ngeeee_______^

Thursday, October 20, 2011

A teenage girl collapsed and died 20 minutes after colouring her hair...

Assalamualaikum...

A teenage girl collapsed and died 20 minutes after colouring her hair...
(Remaja perempuan rebah dan mati selepas 20 minit mewarnakan rambut..)

A teenage girl collapsed and died 20 minutes after colouring her hair, according to her friend.

Tabatha McCourt, 17, was enjoying a quiet night-in watching the ‘X Factor’ live show at her best friend’s house in Airdrie, Lanarkshire, when tragedy hit.

According to friend Heather Goodhall, 20 minutes after applying the dye, she began pulling the foils out of her hair in agony and vomiting before collapsing.

Speaking about the ordeal to the Scottish Daily Record, Miss Goodhall said: “She started shouting, ‘No, no’, and my mum's boyfriend held her and tried to calm her down.

“It was really scary. Her eyes started going all funny and then she just started being sick. It was really frightening.
Monklands General Hospital in Lanarkshire where Tabatha died.

“She looked just like a rag doll - limp, just lying there.We phoned for the ambulance and when they arrived they told us to get out of the living room so I couldn't see what was happening. Next thing we knew she was taken out of the house and into the ambulance.”

She was taken to Monklands General Hospital where she sadly died.

Speaking with Yahoo! News today, a spokeswoman from Strathclyde Police confirmed the incident but said that no cause of death has yet been established.

However, the possibility that she suffered a rare allergic reaction to a chemical in the dye will be investigated in a post-mortem examination.

Tabatha’s grandfather John Bell, 59, said she had no health problems and the hair dye couldn't be ruled out for playing a part in her death.

He added: “We still don't know what happened to our beautiful girl.”

In 2001, an inquest heard how Narinder Devi, from Birmingham, died from an allergic reaction to home hair colourant. Pathologists said Devi suffered a severe anaphylactic shock which was ‘most likely’ caused by the hair dye.


p/s: Kesian... Suka membawa duka... Siapa yang suka mewarnakan rambut tu, baiklah korang berhati-hati dalam menggunakan sesuatu produk tu.. Dalam ertikata lain, tak payah la nak warna-warnakan rambut tu... Bukankah yang asli atau original itu lebih baik dari yang palsu...???

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #14: Kuda Terbang...

Assalamualaikum....

Wordless Wednesday #14: Kuda Terbang... 
:
:
:
:
:
:
:
Pernah tengok tak...?
:
:
:
:
:
:
:
Laaa... Ada la... Tak percaya lak dia... Haaiisshhh...
:
:
:
:
:
:
:
Tengok ni... Ehehhh... 
:
:
:
V
p/s: Kesian kuda tu jadi hamba abdi... huhuhu...


**Ingat nak letak tajuk keldai terbang, tapi macam tak best je... ahahaha...

Tuesday, October 18, 2011

I Can See Clearly Now...

Assalamualaikum...

I Can See Clearly Now...

I can see clearly now the rain is gone..
I can see all obstacles in my way..
Gone are the dark clouds that had me blind..

It's gonna be a bright... 
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright... 
Bright.. Sunshiny day..

Oh yes I can make it now the pain is gone..
All of the bad feelings have dissappeared..
Here is that rainbow I've been praying for..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

Look all around there's nothing but blue skies..
Look straight ahead there's nothing but blue skies..

Aaaa... Aaaa... Aaaaa...

I can see clearly now the rain is gone..
I can see all obstacles in my way..
Here is that rainbow I've been praying for..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

Woo.. Woo.. Woo.. Woo.. Woo..
Bright...
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..

It's gonna be a bright..
Bright.. Sunshiny day..


p/s: Walau siapapun kita.. Walau di mana kita berada.. Walau bagaimana gaya hidup kita.. Kita tetap bernaung di bawah langit yang sama.. Ehehh...

Tuesday, October 11, 2011

TLC Promise Me: For the Children of Rumah Aman..

Assalamualaikum...

TLC Promise Me: For the Children of Rumah Aman..


Nuffnang telah menjalankan kempen untuk menderma melalui pemotongan earning yang korang dapat... Korang hanya perlu masuk kat page korang tu dan klik iklan yang ada kat bawah belah kanan tu..



Nanti dia akan keluar seperti gambar kat bawah ni. Korang boleh submit jumlah yang korang ingin dermakan samada RM1, RM5 atau RM10 bergantung kepada keikhlasan korang la kan.. Yang penting korang ada current earnings.. Kalau takde takpe, boleh jugak menderma melalui Maybank2U.. Kiranya takde alasan la untuk tidak menderma... :D

Jumlah derma biarlah rahsia... :D
(sila klik gambar untuk view yang lebih jelas..)

Serta-merta earnings ditolak... :D

p/s: Apa barang earnings riban-riban tapi nak menderma punya la liat.. :P

Sunday, October 9, 2011

Macam manggis, tapi bukan..

Assalamualaikum...

Macam manggis, tapi bukan..

Buah apa ni ehh...?
Ce teka... Ce teka...
Siapa tau..??



Sekali imbas macam buah manggis, kan...

p/s: Hitam-hitam si tampok manggis.. Walaupun hitam, ku pandang manis..

Saturday, October 8, 2011

Apa pendapat(an) anda tentang Belanjawan 2012...?

Assalamualaikum...

Apa pendapat(an) anda tentang Belanjawan 2012...??

Seronok....??
Kecewa...??
Sakit hati....?? 
Menyumpah...??

Menyampah...??

Jom tengok apa kata pakar-pakar kita ni.. Macam-macam ada... 


Payah la kalau semua nak free.. huhuhu...


Apa perasan korang bila mamat ni kata parents korang yang kerja 'gomen' ni 'kuda tua'..?? 

Bagi la segunung emas sekalipun, manusia tetap tidak akan puas.. Mudah-mudahan aku tidak termasuk di dalam golongan sebegini.. Ya Allah, aku bersyukur di atas segala rezeki yang Kau berikan ini.. Alhamdulillah..

Sadin masak kicap... Sesuai la dengan taraf aku orang kampung ni.. Kenyang jugak aku... Sampai menambah-nambah anak buah aku makan tadi.. hahaha...

p/s: Senyum, tak perlu kata apa-apa.. :-)

Thursday, October 6, 2011

The making of muffin.. :D

Assalamualaikum...

The making of muffin.. :D

Beberapa hari lepas, aku cuba la buat projek muffin ni.. Selama ni buat asyik tak memuaskan hati je.. Tu yang nak cuba lagi tu.. Kebetulan pula bahan-bahan seperti coklat chips masih ada lagi kat dalam freezer.. Daripada expired macam tu je, apa salahnya aku gunakan untuk projek aku ni.. So, takde la nak membazir nanti, kan..

Hari pertama tu, aku buat muffin yang warna coklat tu.. Buat waktu malam.. Mood datang masa tu, terus je buat.. hehe.. Pastu, siap tempek gambar muffin tu kat fb aku.. Bukan nak jobo, tapi sekadar nak tunjuk kat adik-beradik je.. Then, ada lak sorang kastemer aku kata dia nak muffin tu.. Akupun kata la, kalau nak,  datang la sekarang.. Tapi, dah malam, tak kan la dia nak datang, kann... So, keesokannya, diapun datang dan akupun bagi la beberapa biji muffin tu kat dia untuk merasa.. Sambil-sambil tu nak promot jugak.. kehkehkeh... Ternyata dia suka dengan muffin tu.. Alhamdulillah... 




Pastu, aku cuba pulak buat muffin yang kosong ni.. Aku gunakan resepi yang sama je.. Aku cuma ubah sikit laa.. Kalau yang coklat tu dah tentu guna serbuk koko.. Tapi yang ni aku gantikan serbuk koko tu dengan serbuk lain.. ehehh...

Nyuuummmyyy... :D




Okay tak..? Boleh la kott...

p/s: Baru nak cuba buat bisnes muffin ni, dah ada yang mintak resepi... Cari la sendiri haaiihh... Melambak-lambak ada.. Tanya je la atok gugel tu.. Mana boleh nak terus menjadi je, kan.. Kena la alami pengalaman muffin tu bantat dulu, pastu baru ada semangat nak terus menggugel macam aku ni.. kan.. ahahaha...

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday #13: Nenen... :P

Assalamualaikum...

Wordless Wednesday #13: Nenen.. :P
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Elehhh... Malu-malu la pulak nak menyebut nenen tu...
Padahal masa kecik-kecik dulu, itu la yang dicari-cari..
 Itu la yang diraba-raba... kann...
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
Tadaaaaaaa....!!!!


Besar lagi botol susu dari badan dia.. kehkehkeh..

Apa pandang-pandang..? Dah besarpun sibuk nak menempel jugak.. Malu la sikit..caaiitt..!!!


Macam anak kambing, kata my omak... ehehh...

Ibu dah kekeringan susu...Nak jugak nenen yang ni... hahaha...

p/s: Botol susu siapa tah tinggal masa raya tahun lepas.. Puas aku tanya tapi takde siapa yang nak mengaku.. Sudahnya aku jadikan botol susu untuk kucing-kucing ni haa... Padan muka korang... hahaha...

Monday, October 3, 2011

On the spot...

Assalamualaikum..

On the spot... 

Petang Jumaat hari tu ada jiran jauh yang buat bacaan Yaasin kat rumah dia. Dua hari sebelum tu lagi akak sebelah rumah ni dah bagitau kat aku yang jiran tu ada menjemput aku untuk datang ke rumahnya nanti. Aku kata insyaallah, jika takde aral apa-apa, aku pergi la nanti..

Aku dah plan nak buat kek untuk bagi kat jiran tu nanti. Saje je nak sedekah. So, pagi Jumaat tu, aku pergi la ke kedai nak beli telur dengan tepung gandum yang dah kehabisan stok. Sampai je kat kedai, tengok kedai tu belum buka lagi. Terpaksa la aku patah balik dengan perasaan yang hampa. Dah la penat berjalan kaki ni.. huhuhu... 

Sampai je kat rumah, terus aku buat pantun kat status fb aku... 
Pantun on the spot... :D

Pergi ke kedai nak beli telur,
Sampai di kedai, tutup la pula,
Semua tak jadi dek takde telur,
Nak buat kek, terbantut la pula..

Lepas tu, terus aku masukkan balik semula dua ketul butter yang sudah aku keluarkan sejak malamnya ke dalam freezer. Konon-kononnya merajuk la..., cehhh... Kedai lain ada yang dah buka dah, tapi jauh nak pergi, kena naik motor. Dah la aku ni agak malas sikit nak menyetat motor pepagi buta ni.. Dan akupun terus la sambung golek-golek atas katil.. kehkehkeh..

Namun, dek kerana niat nak sedekahkan kek tu kat jiran, golekan aku tak berapa enak untuk disambung kembali. Terus je aku bingkas bangun, keluarkan semula butter yang dah aku simpan kat dalam freezer tadi, pakai balik tudung dan capai kunci motor dan terus je pergi kedai... Buat keputusan on the spot... hahaha..

Aku ni tak biasa bawa banyak barang yang penuh kat bakul motor tu... Dah la aku ni jenis terhegeh-hegeh bawa motor. Mujur tak tergolek... huhuhu... Sampai je rumah, terus aku mulakan proses buat kek ni. Aku buat dua jenis kek, tapi cuma sebiji je yang sempat masak on the spot... Maka, sebiji tu la yang aku bagi kat jiran yang buat Yaasin tu.. Manakala yang sebiji lagi tu aku bagi la jiran sebelah rumah dan depan rumah ni seorang sepiring..

Ni la hasilnya kek on the spot... Sikitpun aku tak tinggalkan kat rumah ni... Habis semua aku isikan kat dalam tupperware ni.. hahaha...

Ini pulak kek oren yang tak sempat masak on the spot... Rezeki untuk jiran dekat la ni.. :D

p/s: Aku tak dapat pergi baca Yaasin tu. So, aku mintak tolong mak aku yang bawakan kek ni.. Kenapa aku tak pergi..? Apsal lak nak tau..? Sibuk je tawwww.... kehkehkeh... 

Saturday, October 1, 2011

The Real Steel: Akhirnya...

Assalamualaikum....

The Real Steel: Akhirnya...
Synopsis
A gritty, white-knuckle, action ride set in the near-future where the sport of boxing has gone high-tech, “Real Steel” stars Hugh Jackman as Charlie Kenton, a washed-up fighter who lost his chance at a title when 2000-pound, 8-foot-tall steel robots took over the ring. Now nothing but a small-time promoter, Charlie earns just enough money piecing together low-end bots from scrap metal to get from one underground boxing venue to the next. When Charlie hits rock bottom, he reluctantly teams up with his estranged son Max (Dakota Goyo) to build and train a championship contender. As the stakes in the brutal, no-holds-barred arena are raised, Charlie and Max, against all odds, get one last shot at a comeback.


Thanks to Walt Disney Studios Motion Pictures Malaysia, 60 lucky Nuffnangers will get the chance to get in on the action with the special Nuffnang Premiere Screening of Real Steel 1 day before its official premiere in Malaysian cinemas! Details of the screening are as below:
Date: 12 October 2011 (Wednesday)
Time: 9.30 pm
Venue: Cathay Cineplex, e@Curve

If you’d like a ringside seat to the battle between the bots, all you have to do is leave a comment on this blog post, and tell us how you would build your own fighter robot. Would it have fists the size of refrigerators that would crush its opponents to small bits of scrap metal? Or would it look deceivingly pretty with ribbons on its head, but have a huge chainsaw exploding out of its chest? Tell us all about it, and the 60 most creative comments will win a pair of passes each to the Nuffnang Premiere Screening of Real Steel!


Selebihnya baca di sini...:)
So, mari kita lihat beberapa komen yang bernas dari para bloggers kita... Mula-mula tu takde lak nampak komen dari bloggers Melayu. Semuanya dari bloggers Chinese je.. Tup-tup bila scroll ke bawah, maka keluarlah komen dari dua orang blogger ni.. Mehh kita tengok apa komen dorang ehh... :D

Nanti kalau dah siap cipta robot macam Doraemon tu, hantaq mai laa sekoq kat ceq naaa... Banyak kerja ceq nak soh robot tu buat... :P

p/s: Thanks to Mr.Nuffnang sebab dah kembalikan BE kat blog aku.. Akhirnya setelah menyepi beberapa minggu, dapat balik dua ketul BE.. Jadi laa.. Tapi kalau bagi banyak BE lagi bagus.. Boleh jugak buat repair laptop aku yang tengah mogok tu... hikk. **Over la pulak, kannn.... hahaha..
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »