Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 26, 2014

Cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung/baju melayu/baju cekak musang...

Assalamualaikum...

Cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung/baju melayu/baju cekak musang...


Pheww....!!! Dah lama sangat rasanya aku tak buat tutorial yang berkaitan dengan bidang jahitan ni, kan..? So, kali ni aku nak kongsikan cara nak lukis pola untuk lubang leher baju kurung dan yang sewaktu dengannya.. Phewww lagi sekali sebab susahnya la haiihhh nak melukis.. 


Pola lubang leher ni juga dipanggil bulan untuk leher bagi sesetengah tukang jahit.. Selalunya orang belah selatan iaitu Johor yang panggil macam tu.. Mungkin sebab bentuk pola tu macam bentuk bulan separuh, tu yang dipanggil macam tu kot.. 


Okay, mari kita mulakan pengiraan dulu ya.. Sebelum nak lukis pola lubang leher ni, kena la ambil dulu ukuran untuk keliling leher tu. Masa ukur guna pita pengukur tu, masukkan satu jari ke dalam lilitan pita dan catit ukuran yang dikehendaki...


Contoh ukuran untuk buat pola keliling leher.. Sila rujuk pada gambar step by step ya..

Keliling leher: 16 1/2 inci dibahagi 6 = 2.75 inci (Jika ukuran keliling leher 15 inci, pun bahagi 6 jugak..)


Mula-mula buat garisan asas macam ni kat atas manilakad atau kertas yang tebal sikit macam kertas kotak tisu tu... Nak lukis atas kad raya yang lama-lama tu pun boleh.. Jangan guna kertas yang terlalu tebal..


Kemudian buatkan garisan empat segi sama seperti dalam gambar mengikut ukuran yang dah kita catitkan tadi iaitu 2.75 inci..


Lepas tu, naikkan 3/4 inci di bahagian atas garisan bahu dan turunkan 3/4 inci juga di bahagian bawah. Rujuk gambar.. *Ada orang cuma naikkan 1/2 inci kat bahagian atas tu.. Terpulang pada keselesaan si pemakai..


Akhir sekali, bentukkan garisan separa bulat seperti dalam gambar.. Boleh guna peralatan geometri yang ada dan kemudian ukur garisan melengkung tersebut.


Sebelum potong kertas pola leher tu, ukur dulu garisan melengkung tersebut dengan menggunakan pita pengukur. Caranya ialah dengan menegakkan pita pengukur tadi menyusuri lengkungan secara perlahan-lahan.. Pastikan ukuran melengkung tu sama dengan ukuran keliling leher tadi iaitu 16 1/2..


Ni contoh cara nak ukur pola lubang leher tapi yang ni saiz lubang leher dia 14 inci dan dah siap potong.. Malas nak buat yang baru.. hehh..


Okay, setakat ni dulu ya.. Panjang umur kita jumpa lagi dalam bab lain pulak.. Itupun jika aku rajin la nak buat tutorial semua ni.. hehh... Seperti biasa, sila klik pada gambar jika inginkan gambaran yang lebih jelas..


Dan gambar kat bawah ni yang aku buat sebelum aku crop dan jadikan separuh bulatan.. Aku tak reti nak melukis.. huhuhu.. So, aku buat je la mana yang terfikir dek akal.. Yang penting jadi.. hehehe..




p/s: Dan klik la sekali iklan yang keluar tu.. Terima kasih ya.. hehh....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »