Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, October 6, 2011

The making of muffin.. :D

Assalamualaikum...

The making of muffin.. :D

Beberapa hari lepas, aku cuba la buat projek muffin ni.. Selama ni buat asyik tak memuaskan hati je.. Tu yang nak cuba lagi tu.. Kebetulan pula bahan-bahan seperti coklat chips masih ada lagi kat dalam freezer.. Daripada expired macam tu je, apa salahnya aku gunakan untuk projek aku ni.. So, takde la nak membazir nanti, kan..

Hari pertama tu, aku buat muffin yang warna coklat tu.. Buat waktu malam.. Mood datang masa tu, terus je buat.. hehe.. Pastu, siap tempek gambar muffin tu kat fb aku.. Bukan nak jobo, tapi sekadar nak tunjuk kat adik-beradik je.. Then, ada lak sorang kastemer aku kata dia nak muffin tu.. Akupun kata la, kalau nak,  datang la sekarang.. Tapi, dah malam, tak kan la dia nak datang, kann... So, keesokannya, diapun datang dan akupun bagi la beberapa biji muffin tu kat dia untuk merasa.. Sambil-sambil tu nak promot jugak.. kehkehkeh... Ternyata dia suka dengan muffin tu.. Alhamdulillah... 




Pastu, aku cuba pulak buat muffin yang kosong ni.. Aku gunakan resepi yang sama je.. Aku cuma ubah sikit laa.. Kalau yang coklat tu dah tentu guna serbuk koko.. Tapi yang ni aku gantikan serbuk koko tu dengan serbuk lain.. ehehh...

Nyuuummmyyy... :D




Okay tak..? Boleh la kott...

p/s: Baru nak cuba buat bisnes muffin ni, dah ada yang mintak resepi... Cari la sendiri haaiihh... Melambak-lambak ada.. Tanya je la atok gugel tu.. Mana boleh nak terus menjadi je, kan.. Kena la alami pengalaman muffin tu bantat dulu, pastu baru ada semangat nak terus menggugel macam aku ni.. kan.. ahahaha...
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »