Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Monday, September 9, 2013

Produk terlaris...

Assalamualaikum...

Produk terlaris...


Antara produk terlaris untuk masa kini ialah:

  • Produk untuk menguruskan badan...
  • Produk untuk pemutihan...
  • Produk untuk awet muda...
  • Produk untuk kuat beraksi..

Dan pelbagai lagi produk dengan pelbagai nama dan jenama.. Kadang-kadang naik takut pulak aku menengoknya.. Betul ke takde kesan sampingan..? Aku tak berani nak ambil risiko. Takut organ kat dalam badan ni tak boleh nak bekerjasama...


Aku takde la nak makan produk sebegini.. Paling tidakpun aku beli krim panas yang kononnya boleh kuruskan badan atau buang lemak kat badan.. Mula-mula guna okay la, macam ada perubahan.. Macam la.. Lama-lama lepas tu macam takde apa-apa perubahan dah.. Dah tak jalan dah agaknya.. Ke, kena up lagi tahap kepanasan krim tu... ehehhh..


Sekarang ni ada pulak produk untuk putihkan ketiak sampai siap tayang gambar ketiak hitam berkarat kat fb.. Konon-kononnya lepas guna produk tu, ketiak akan bersih seperti sediakala... 


p/s: Kang tak pasal-pasal ketiak lagi putih dari gigi.. Camno tu... hehehehe....

Two things to remember in life...

Assalamualaikum...

Two things to remember in life..


Take care of your thoughts when you are alone, and take care of your words when you are with people..




p/s: Cakap mudah. Nak buat tu yang payah. Banyak betul benda yang nak kena jaga.. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)