Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, October 30, 2015

Deko taman mini lagi... hehh...

Assalamu'alaikum...

Deko taman mini lagi... hehh...


Dulu aku ada buat entri pasal deko taman kecil aku ni.. Entri tu kat sini.. Gambarnya kat bawah ni.. Ini yang dulu la..




Taman mini macam ni, apabila lepas men-deko, nampak la bersih dan elok sebab rumput rampai dah kena buang.. Tapi apabila dah lama, rumputpun dah tak mampu lagi nak dipandang.. Kalau pandang, pasti mata dan hati jadi sakit sebab rumput tu cepat je panjang.. Tanam sayur takde pulak cepat nak tumbuh dan besar tapi rumput ni cepat je tumbuh meliar.. adehh...


Maka, akupun ubah lagi taman mini aku ni untuk kali yang ke berapa, akupun dah tak ingat dah.. Aku ni ikut angin jugak nak buat benda macam ni.. Kalau mata aku dah betul-betul tak mampu nak pandang, memang laju la sikit aku buat ubah suai tu.. hehe..


Dan beginilah hasilnya taman mini aku yang seco'et tu.. Aku tutup tanah tu dengan segala jenis plastik yang ada supaya rumput tu tak tumbuh lagi.. Plastik beraspun aku tibai gunakan.. ahaha.. Jadi la untuk sementara waktu.. Kalau susah sangat, nanti aku beli tikar getah terus.. hehe..





Harap taman mini aku ni bertahan lama sikit la.. hehe..


p/s: Alhamdulillah, jerebu sudah beransur hilang dengan turunnya hujan dalam beberapa hari ni.. Hari ni nampak langit membiru dengan cantiknya.. 

Thursday, October 29, 2015

Jem mangga telur buatan sendiri...

Assalamu'alaikum...

Jem mangga telur buatan sendiri...


Kat rumah aku banyak sangat buah mangga telur ni.. Tapi sekarang ni dah reda dah.. Dah nak habis dah pun.. Tinggal sikit-sikit je lagi kat hujung dahan.. 




Disebabkan akupun dah tak larat nak mengutip, dah tak larat nak bawak pergi ke rumah jiran, maka untuk buah mangga telur yang dah sampai penghujung ni aku buat la jem.. Dua kali aku buat jem ni sebab sayangkan buah mangga telur tu.. Homemade jem mangga telur gitu.. hehh...


Sekali lagi, jom tengok gambar jom.. hehehe... Ni jem mangga telur yang kali pertama buat.. Jenuh aku dok kelensetkan kulit buah mangga tu.. Lepas tu nak sagat lagi.. Resepi ni adalah resepi sendirian berhad dan aku takde sukatan yang khusus.. Semuanya main agak-agak je dan ikut pada lidah yang merasa... 



^
Basuh dulu buah mangga telur tu.. Kemudian, ambil pisau dan belah sikit kat hujung kulit buah mangga telur tu dan terus je siatkan kulit dia..
v


Kemudian, parutkan atau gesek-gesekkan buah mangga telur tu pada bahagian sagat yang berlubang tu..  Nanti isi mangga tu akan jatuh ikut lubang tu.. Bukan parut kat mata pisau tu ya.. Bahaya.. Sagat ni aku terbalikkan.. 


 Lepas tu boleh la dimasak atas dapur.. Aku tak letak air langsung sebab air mangga tu pun dah banyak dah... Apabila dah mendidih, masukkan gula, jus limau kasturi dan sedikit air bancuhan tepung jagung.. 


 Apabila dah hampir masak dan sedikit pekat, masukkan sedikit garam.. Kacau sebati dalam dua tiga minit dan terus matikan api dapur.. Biarkan sejuk dahulu baru masukkan ke dalam bekas..


Inilah hasilnya untuk percubaan yang pertama.. Alhamdulillah.. Dapat bagi jiran sorang satu bekas.. 



Ini pulak percubaan buat jem mangga telur untuk kali yang kedua.. Kali ni lain pulak caranya.. Kita kena rajin try and error.. Macam buat eksperimen gitu.. hehe.. Kali ni aku gunakan periuk yang lebar sebab senang nak kacau.. Lagipun jem ni kalau dah mendidih, kuat dia punya percikan.. Sakit wooo kena tembak kat lengan sebab panas.. hehe..


 Masukkan sedikit air dan masak dengan api yang perlahan.. Sambil mengacau, sambil kita tekan dan tenyeh buah mangga telur tu dengan sudip yang berlubang.. Nanti isi buah mangga tu tanggal sikit demi sikit sebab isi tu dah lembik.. Lepas tu, keluarkan ketulan biji tadi dan masukkan ke dalam tapis atau raga yang dibawahnya ada periuk atau bekas.. Tenyeh-tenyehkan biji mangga tadi sebab masih ada lagi isi yang melekat.. Nanti isi tu akan keluar kat lubang raga/tapis tadi dan boleh la tuangkan isi tu ke dalam periuk..


 Biarkan kuah mendidih seketika.. Kemudian, barulah masukkan gula, satu sudu makan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air dan jus limau kasturi.. Boleh masak dengan api yang besar tapi kena rajin kacau sebab takut hangit.. Lagi satu, kena hati-hati sebab jem ni meletup-letup dan panas.. Jika nak selamat, guna je api yang sederhana tapi masih kena kacau selalu..


Apabila jem dah hampir masak dan pekat, masukkan satu sudu teh garam halus.. Kacau rata biar sebati.. Lepas tu barulah tutup api dapur.. Beginilah rupanya jem mangga telur yang telah siap dimasak..


 Apabila jem dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam bekas.. Yang ni aku frozenkan sebab nak bagi kat adik-beradik jika dorang balik ke sini nanti.. 


Dan, boleh la disapukan atas roti.. Sedap... hehe...


Cara yang kedua tu pada aku lagi mudah dan jimat masa.. Cuma masa nak keluarkan ketulan biji mangga tu kena berhati-hati sikit masa mengaut..


p/s: Alhamdulillah.. Jimat bajet kalau boleh buat sendiri.. Rasanya..? Lebih kurang je dengan jem yang beli kat kedai tu..

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...

Assalamu'alaikum...

Asam pedas ikan cencaru rencah bendi...


Ini semalam punya cerita tapi baru sekarang aku nak bercerita.. hihi.. Ni la dia asam pedas ikan cencaru yang aku masak untuk tengahari semalam.. Aku lawankan asam pedas tu dengan bendi.. 


Jom layan gambar.. Aku memang suka entri bergambar ni.. Mujurlah takde kamera canggih manggih.. Kalau ada, mau dok kelek kamera je.. kehkehkeh...


 Ni watak utama.. hehe.. Siang dan bersihkan ikan cencaru.. Telur tu aku suka.. ahaha...



^
Bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumbuk je.. Nak jimat letrik punya pasal.. :p
v



^
Air asam jawa dan cili kering kisar sendiri...
v



^
Daun kesum dan bunga kantan ni jiran depan rumah punya.. Nak mintak daun kesum je tapi jiran tu offer sekali bunga kantan.. Alhamdulillah.. Dan juga bendi. Yang ni beli kat pekan sehari..
v



Okay, bahan-bahan sudah diperkenalkan.. Sekarang moh la kita sinsing lengan menumis pulak.. hikhikhik...


 Mula-mula sekali, panaskan minyak... Lepas tu masukkan bahan tumbuk tadi.. Tumis dan kacau hingga naik bau...


 Lepas tu, masukkan pula cili kering kisar.. Kacau dan tunggu hingga pecah minyak...


Ni dah pecah minyak dah.. Minyak dah bertakung kat atas..


 Kemudian, masukkan air asam jawa.. Kacau dan tunggu kuah mendidih..


 Lepas tu, masukkan ikan cencaru... Kacau sedikit biar ikan tenggelam..


Kemudian, masukkan pula daun kesum dan bunga kantan.. Kacau sebati dan tunggu hingga kuah mendidih sedikit..


 Akhir sekali masukkan bendi dan garam secukup rasa.. Kacau-kacau sikit biar garam sekata...


Okay, dah siap dah... Mudah je, kan..? Dah boleh makan dah.. 


p/s: Alhamdulillah.. Licin satu periuk... hihi...

Tuesday, October 27, 2015

Review: The One - The Unsung Hero 2

Assalamualaikum...

Review: The One - The Unsung Hero 2


Sudah agak lama aku tak buat review novel kat blog aku ni.. Entah la, mood me-review sudah semakin hilang.. Mungkin kecewa dengan beberapa buah novel yang tidak memberi kesan apa-apa terhadap pembacaan, itu yang jadi takde mood nak buat review.. Ataupun, mungkin juga kerana malas nak melayan pe'el penulis dan fanatik mereka yang mudah sentap apabila review yang dibuat tidak seperti apa yang mereka harapkan.. Entahlah.. Segalanya berkemungkinan.. hehh..



Sedih sungguh kisah The One - The Unsung Hero 2 kali ini.. Pandai betul si Melur Jelita ni buat aku menangis.. huhuhu...


Banyak air mata yang tumpah kerana sikap Maryam yang kurang adab dan kurang ajar.. Kasihan pada Irvan yang tetap sabar menahan rasa, pada bunda yang menjeruk hati, pada si Haziq gojes yang dipandang hina, pada bak, bekas komando tentera yang dinafikan keujudannya, apatah lagi pada Chahaya si busuk auww auww yang masih belum memahami erti duka..


"Babah, balik bah... Babah pergi mana..? Naper Babah tak balik..? Babah, balik bah.."







Menyampah sangat pada Riyaz-Maryam yang seakan tidak tahu hukum agama.. Hanya kerana cinta pada Riyaz, sanggup Maryam menipu Irvan.. Dan Riyaz pula, mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku dalam hubungan antara Irvan dan Maryam.. Umpama menangguk di air yang keruh.. 


"Hati dan perasaannya dah mati. Hilang akal. Orang macam ni hidup pun tak guna. Dia tak merasai nikmat hidup. Segala rasa derianya sudah mati. Lumpuh. Tiada timbang rasa. Aku bersimpati dengan dia."


"Aku lupa.., orang IQ rendah susah nak faham kata-kata aku.."


Hati senantiasa berdebar-debar tatkala Irvan dihantar operasi.. Selamatkah dia..? Cedera terukkah dia..? 


"Serang...! Jangan undur..!"


"Panggil doktor..!"


"Allahu Akbar..! Allahu Akbar..!"


"Dengar cerita dua gugur, tiga cedera. Tapi belum tahu siapa.."


Hanya kerana satu perkataan yang bernama 'rahsia', segala-galanya menjadi porak peranda...!


Sepanjang jalan, hati Irvan merintih.. Bahu jatuh, perut kendur, langkah longlai.. Rindu Irvan kepada Maryam dibawa pergi...




{Slot Jom Singgah TV3 2/11/2015}


p/s: 
Bagaimanakah kesudahan kisah The One ini..? Adakah Maryam kekal bersama Irvan ataupun berpaling tadah kepada Riyaz..? Beli dan bacalah kisah ini.. Banyak info tentang VAT 69 dan banyak pengajaran yang diberi oleh penulis Melur Jelita ini.. 

Wednesday, October 21, 2015

Cara nak buat inti dan kulit karipap step by step.. Entri penuh dengan gambar...

Assalamu'alaikum...

Cara nak buat inti dan kulit karipap step by step.. Entri penuh dengan gambar...


Semalam aku buat karipap lagi setelah lama menyepi dari menguli doh karipap ni.. hehe.. Kali ni aku kongsikan gambar yang banyak bermula dari gambar nak buat inti hinggalah kepada gambar buat kulit karipap dan akhir sekali hasil selepas digoreng.. As usual, aku suka karipap berintikan kentang.. Kali ni karipap ayam dan kentang..


Rasanya tengok gambar je dah boleh faham, kan..? Apa lagi, jom la tengok gambar.. hehh..



^
Kentang ni boleh dapat inti untuk sekilo tepung gandum.. Ada baki lagi dalam semangkuk..
v




^
Bawang besar, bawang putih, daun kari, daging ayam dan serbuk kari Babas..
v



 Mula-mula sekali tumiskan bawang putih dan daun kari hingga naik bau..


 Lepas tu masukkan hirisan bawang besar.. Kacau-kacau hingga bawang layu..


 Lepas tu, masukkan pula serbuk kari.. Kacau-kacau dan tunggu sampai pecah minyak (minyak bertakung kat atas). Kena rajin kacau supaya tak hangit..


 Lepas tu masukkan pula daging ayam.. Kacau sebati dan masak hingga ayam mengecut.. Anggaran 5 minit..


 Kemudian, masukkan pula kentang..



^
 Lepas tu, terus je masukkan air.. Air kena banyak sikit sebab kentang ni susah nak empuk.. Sukatan air bergantung pada jenis kentang yang digunakan.. Sebelum kuah tu kering, boleh la masukkan garam secukup rasa..
v



^
Masak hingga kering.. Kalau kentang dah lembik, boleh je terus tutup api.. Nanti kalau kentang benyek sangatpun tak sedap jugak.. Masukkan inti ke dalam tapisan untuk toskan lebihan minyak..
v



Okay, bab inti dah siap.. Boleh la ketepikan.. Sementara tu, boleh la kita buat doh untuk kulit karipap tu pulak..



^
Panaskan minyak dalam kuali hingga ada buih-buih kecil kat dasar kuali tu.. Lepas tu, terus je curahkan minyak tadi ke dalam bekas yang berisi tepung gandum dan garam.. 
v


Apabila minyak dah suam, bolehlah gaul-gaulkan adunan hingga menjadi seperti serbuk roti..



^
Lepas tu, tuangkan air ke dalam adunan tadi.. Gaul dan uli hingga menjadi doh.. Gunakan sukatan yang sama dengan minyak tadi..
v



^
Lepas tu, masukkan marjerin ke dalam doh dan uli lagi sehingga doh betul-betul lembut dan tidak melekat pada jari jemari..
v



^
Kemudian, ambil segenggam doh tadi dan kepalkan seperti di dalam gambar untuk dapatkan bentuk bebola sebesar bola golf.. Buat begini hingga doh habis..
v


^
Lepas tu, gelek-gelekkan bebola tadi supaya bentuknya menjadi kemas..
v



^
 Kemudian, perapkan bebola doh tadi di dalam bekas yang bertutup.. Perap hingga keluar minyak supaya nanti doh tu lembut dan mudah untuk digelek.. Yang ni aku buat petang, malam baru aku gelek..
v



^
Dengan menggunakan acuan yang ini, boleh la gelek doh tadi.. Sebelum tutup atau kapit acuan, sapukan sekeliling doh tu dengan sedikit air.. Sapu air tu pada doh yang kat bahagian gigi acuan tu..
v



^
 Dan inilah hasilnya setelah siap..
v



^
Untuk frozen, aku goreng dahulu separuh masak supaya nanti karipap tu tak melekat antara satu sama lain semasa di dalam bekas atau plastik.. Cara ni lebih selamat..
v


 Ini yang dah goreng betul-betul untuk dimakan..


Okay, dah siap packing.. Dah boleh di-frozen-kan.. 


Ni resepi inti dan doh yang aku olah sendiri..

Bahan untuk inti karipap ayam + kentang
```````````````````````````````````````````
11 biji kentang saiz sederhana
1 mangkuk isi ayam
8 sudu makan serbuk kari Babas
4 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Air


Bahan untuk kulit karipap
```````````````````````````
1 kilo tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 1/4 cawan minyak masak - panaskan
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
3 @ 4 sudu makan marjerin Planta - jangan lebih..


p/s: Alhamdulillah.. Jimat..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »