Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, December 6, 2019

DIY: Buat sendiri getah ikat rambut.

Assalamu'alaikum.


DIY: Buat sendiri getah ikat rambut.


Sebagai tukang jahit, ada masanya rasa bosan tu datang jugak. Lagi-lagi bila dok jahit benda yang sama je. Jadinya, untuk menghilangkan rasa bosan tu, kenalah buat acara selingan. Haha.


So, acara selingan aku adalah buat getah ikat rambut ni. Tengok gambar ya.









Mula-mula tu nak buat tiga getah rambut je. Lepas tu, rasa seronok la pulak. Haha. Gigih pergi selongkar plastik kain perca. Maka, inilah hasilnya. Jimat banyak oii.. Tak payah dah beli getah ikat rambut ni lagi. Sedap pakai getah ni sebab dia kejap dan ketat. 





Terima kasih pada mereka yang rajin berkongsi ilmu. Moga Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah untuk anda semua. Aamiin.


p/s: Media sosial ni, jika perkara baik yang kita cari, maka yang baiklah yang kita dapat. Tapi jika perkara tak elok yang kita cari, maka itulah yang kita jumpa. Jangan salahkan media sosial tapi salahkan nafsu kita yang tidak pandai untuk mengawal jari-jemari. Gittew..!
.

Wednesday, December 4, 2019

Program ceramah ilmu pewarisan Felda.

Assalamu'alaikum.

Program ceramah ilmu pewarisan Felda.


Program ini telah diadakan pada 9 November yang lalu. Baru sekarang aku ada masa untuk masukkan semua gambar ni dalam blog.





Encik Mohd Yassin Bin Mohd Yusuf sedang memberi penerangan. Siapa yang ada masalah berkaitan dengan pewarisan tanah Felda, boleh la jumpa beliau. Tak payah susah-susah nak pasang peguam ke, apa ke. Jumpa dulu dengan beliau untuk mendapatkan khidmat nasihat.






Dah penat dengar penjelasan dan pertelingkahan, masa untuk rileks untuk cabutan nombor bertuah pulak. 








 Ada rezeki aku dalam cabutan bertuah. Dapat la beras Faiza yang sekampit 5 kilo tu. Alhamdulillah. Dah habis dahpun berasnya. Haha.






p/s: Banyak isu yang diperkatakan terutama sekali yang berkaitan dengan peneroka yang beristeri lebih dari satu. Pandai-pandai la selesaikan masalah keluarga masing-masing. Maklum la, bab duit dan harta pusaka ni, semua orang berebut tak kira la siapapun orang itu.
.

Thursday, November 28, 2019

Sambutan Maulidur Rasul.

Assalamu'alaikum.

Sambutan Maulidur Rasul.


Alhamdulillah, pagi semalam aku dapat menghadirkan diri di majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Wilayah Felda Mempaga yang diadakan di masjid di sini.




Majlis dimulakan dengan bacaan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Lepas tu, ada ceramah yang disampaikan oleh PU Lokman. Kemudian, ada la beberapa selingan yang lain.




p/s: Gambar diambil sebelum majlis bermula. Cukup la dengan dua keping gambar ni. Biasa la, aku kan malas sikit nak ambil gambar. Lagipun dalam masjid, kan? 
.

Tuesday, November 26, 2019

Jahit seluar pelikat: Moga ada manfaatnya.

Assalamu'alaikum.


Jahit seluar pelikat: Moga ada manfaatnya.


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.


Aku ada kongsikan sedikit tutorial tentang seluar dari kain pelikat yang aku buat. Sebenarnya, takde la tutorial sangat. Cuma, aku kongsikan sedikit gambar cara aku jahit seluar pelikat tu. Tak sangka pulak ramai yang jenguk post tu. Tak kurang juga ada yang share. Pada mereka semua, terima kasih aku ucapkan. Moga setiap perkongsian itu ada manfaatnya walaupun sedikit.





Okay, aku kongsikan balik semula semua gambar tu dalam entri ini pulak sebab dalam post tu, gambar tak penuh. Kastemer bagi seluar contoh.




Ni untuk bahagian hadapan seluar. Bahagian depan seluar ni, bahagian ada pinggang dia tu lurus je. Tu yang pola kena lipat. Untuk bahagian belakang, kena naikkan 1 1/4 inci pada bahagian cawat tu. Lepas tu, garis je lurus sampai bahagian sisi/tepi. Kiranya nanti bahagian pinggang belakang ni dia garis lurus serong.


Bahagian sisi dalam belakang pula, kena keluarkan 1 inci dari sisi dalam bahagian depan untuk keliling kaki (bawah) dan keliling lutut. Keliling paha (bahagian hujung celah kelengkang tu, keluarkan dalam 2 inci atau 2 1/2 inci atau 3 inci bergantung pada saiz badan seseorang tu. Lagi gemuk, lagi banyak kena keluarkan.






Peniti setiap garisan supaya garisan tu tak lari jauh sangat.



^
Jahit sisi dulu bermula dari bahagian bawah mulut poket hinggalah habis sampai bawah. Lepas tu, barulah jahit dari atas dan teruskan membelok jahit bahagian poket.
v


 Berhenti di sini.


 Okay, bahagian poket dah selesai.


 Tinggal nak buat bahagian pinggang pulak.


Salah satu seluar pelikat yang dah siap jahit. Terima kasih kastemer.


p/s: Aku sekadar berkongsi apa yang aku tahu. Tak salah, kan?
.

Saturday, November 23, 2019

Jubah kau hijau..!

Assalamu'alaikum.

Jubah kau hijau..!


Cantikkan warna hijau pucuk pisang ni. Segar mata memandangnya.






Jubah ni dah lama dah aku siapkan walaupun tuannya nak guna bulan Disember nanti. Awal bulan sebelas lagi dah siap dah. Saja la aku siapkan awal sebab masa tu aku free. Buat cepat-cepat supaya otak tak serabut. Tapi sekarang ni aku agak sibuk sikit la. 


p/s: Terima kasih kawan sebab sudi tempah dengan aku. Moga Allah murahkan rezeki kamu dan penempah yang lain. Aamiin.
.

Thursday, November 21, 2019

Pisang kaki..

Assalamu'alaikum.

Pisang kaki.


Aku tak pernah makan pisang kaki ni. Tak tahu rasa dia macam mana. Selalu tengok gambar je. 


Hari Selasa baru ni, masa aku di pekan sehari, aku nampak la buah ni. Akupun beli la satu longgok. Ada 4 biji dalam satu longgok tu. Harga dia, RM5. Tapi memandangkan hari tu, penjual tu jual tiga longgok dengan harga RM10, tu yang aku beli. Boleh campur-campur nak buah apa.


Sebelum tu, aku tanya dulu penjual tu, apa rasa pisang kaki ni? Dia kata, diapun susah nak jawab tapi isinya manis lemak-lemak. Kalau yang belum ranum, dia macam rangup-rangup sikit la. Itu kata si penjual.


Balik rumah, aku cuba la potong sebiji yang agak kuning sedikit (tiada dalam gambar). Masa tu, aku tak tahu nak makan macam mana. Kulit dia tu nak buang atau tidak? Ke, makan je macam tu seperti buah epal? Lupa pulak nak tanya pada si penjual. Sudahnya, aku potong je dan makan je macam tu. Sudah tentulah aku basuh dulu buah tu. Isshhh....




Memang rangup! Dan sedap jugak serta bau dia sedikit wangi. Cuba cium kat kelopak tangkai dia tu. Cuma, ia tidaklah begitu manis melecaih. Mungkin sebab belum masak betul-betul.


p/s: Sekali tengok, dah macam buah tomato pulak. Besarpun lebih kurang saiz buah tomato.
.

Wednesday, November 20, 2019

Jamu mata.

Assalamu'alaikum.

Jamu mata.


Takde idea nak buat entri, maka, akupun letak aje la gambar-gambar menu yang pernah aku masak. Aku tak rajin sangat memasak tapi boleh dikatakan setiap hari aku masak. Aku masak yang simple je. Selalunya aku goreng telur mata kerbau je. Itu yang rajin aku buat Kah..!

















p/s: Okay, done. Hahahaha...
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)