Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, January 25, 2017

Siapa kata dah tak boleh guna?

Assalamu'alaikum.

Siapa kata dah tak boleh guna?


Barang yang lepas, hai jangan dikenang. Ehh, ini lirik lagu maa.. Haha. Sekarang ni nak cerita fasal rak sinki ni haa.


Rak sinki ni sebenarnya dah uzur amat dah. Sebab tu la rupa dia macam tu ha. Sedih sungguh menengoknya. Tapi, nak buang, rasa sayang pulak. Rasa macam boleh digunakan lagi khidmat dia tu. Makanya, otakpun mula la fikir macam-macam. Haha. 




Kebetulan cable tie lebihan masa buat para sayur sawi hari tu masih banyak lagi. Makanya, marilah kita menjalankan misi untuk menyelamatkan rak sinki ini. Hehe.




Kita ikat la cable tie tu kat bahagian yang perlu. Kalau cable tie tu tak cukup panjang, boleh je sambungkan cable tie tu. Kenalah berfikir secara rasional sikit. Bukan senang nak berjimat hoii...! 


Ada sesetengah orang, dia dah buang dah rak buruk macam ni. Takpun, dia jual je kat lori besi buruk. Tapi aku tak nak buat macam tu. Prinsip aku, selagi benda tu boleh digunakan, selagi itulah aku akan gunakan dia. Aku tak suka pada pembaziran. Biaq pi la orang nak kata aku kedekut taik idong masin ke, apa ke. Do i look like i care? 


Okay, dah siap! Sekejap je pun buatnya. Senget je rak ni, kan? Memang la. Benda dah uzur, memang la senget semacam je. Kita esok kalau dah tua, senget jugak jalan kita weiii.. Janganlah nak eksen bebeno yaa.. Heh.




Disebabkan rak tu senget, kita sandarkan la dia rapat-rapat kat tepi dinding. Dah selesai masalah senget tadi, kan? Apa la yang nak dirunsingkan sangat fasal senget tu. Small matter maaaa. Heh. 




Maka, jadilah rak ni sebagai tempat untuk aku letakkan bekas semaian sayur aku. Sebenarnya memang inipun tujuannya aku baiki rak sinki ni. Hahaha. Ingat aku saja-saja suka ke dok ikat dan repair rak ni tanpa sebab? Aku, kalau buat satu-satu DIY tu, mesti ada sebabnya. Sama la macam aku buat DIY rak pinggan terpakai untuk dijadikan sebagai sangkar kucing aku hari tu. 


p/s: Jimat, kan? Tak payah dah keluarkan duit untuk beli rak baru. Kalau jual kat lori besi buruk sekalipun, berapa sen je yang dapat. Baiklah aku repair dan guna sendiri. 

Senyum aje la, kan?

Assalamu'alaikum.

Senyum aje la, kan?

Hidup ini mudah je. Janganlah kita rumitkan dengan perkara yang tidak memberi faedah. Sentiasalah berlapang dada walaupun payah. ✌




Jika kita rasa kita buat perkara yang baik atau berkongsi cerita yang baik, kita teruskan aje la apa yang kita buat tu. Andai kata ada yang menegur dan kata apa yang kita buat tu tak baik, kita renungkan semula di mana tak baiknya. Mungkin dia sorang je yang kata tak baik tapi pada orang lain takde masalahpun. Maka, kita teruskan aje berbuat baik. Mungkin dia tak suka kat kita dan sentiasa mencari salah kita. Siapa tahu, kan?




Begitu juga sebaliknya. Jika ramai yang tak suka dan cuma dua tiga orang aje yang suka, maka, kita tinggalkanlah perkara atau benda yang kita sedang buat tu. 


Penat dan lelah jika nak ambil kira semua kata-kata negatif orang. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Itu salah. Ini salah. Dia buat boleh pulak. Ehh...! 


p/s: Senyum. Sabar. Senyum lagi. Dan teruskan bersabar. Begitulah. 

Tuesday, January 24, 2017

Sedapnya keladi goreng ni!

Assalamu'alaikum.

Sedapnya keladi goreng ni!


Bulan lepas, aku ada la beli keladi ni.  [Gambar dah lama simpan dalam folder tapi baru nak masukkan dalam entri.] Haha. Aku beli empat ketul keladi ni dengan harga RM17. Sehari aku goreng seketul je. Kalau goreng banyak-banyak, nanti takde siapa pulak nak makan. Sayang oo membazir makanan. 


Nak pilih keladi, tengok batang keladi tu dulu. Kalau batang dia masih segar, itu tandanya keladi tu masih baru. Boleh la beli. Kalau batang dia macam dah kecut je, takut nanti keladi tu dah lama dan dah masuk angin.


Aku salut keladi ni dengan tepung goreng kentucky je. Salut tipis je. Senang sungguh. Haha.





Serius cakap, keladi ni sedap. Tekstur ubi dia lembut sangat. Takde la liat dan keras macam keladi yang kita selalu makan tu. Patut la harga dia boleh tahan mahal. Sedap rupanya. Haha.


p/s: Teringat-ingat dah kat keladi ni. Dah kecur air liur dah ni. Mana nak cari keladi macam ni kat sini hoii...! Nak beli, kena pergi bandar sana. Sabar je la.

Sunday, January 22, 2017

Projek tanam sawi.

Assalamu'alaikum.

Projek tanam sawi.


Aku baru belajar untuk tanam sawi. Susah jugak rupanya tanam sawi ni. Dah buat sendiri baru tau macam mana lecehnya tanam sawi ni. Haha. 


Mula-mula tu, aku semai benih sawi dalam tin susu Ensure ni. Tin susu ni banyak sangat kat rumah sebab Omak aku memang minum susu ni atas faktor diabetis dan Omak takde selera nak makan. Disebabkan teruja nak menanam, akupun mulakan la proses menebuk lubang kat bawah tin susu tadi. Klentang klentong bunyi aku menebuk. Haha.







Lepas tu, ada sorang geng kat grup bagitau yang tanam sayur dalam tin tak elok sebab takut nanti tin tu berkarat dan memberi impak pada tanaman.


Maka, akupun alihkan la anak sawi yang baru nak hidup ni ke dalam botol minyak masak yang sudah aku potong dan tebuk lubang kat bawah dia. Takut pulak aku nak terus biarkan sawi tu hidup dalam tin susu tadi. Yang nak makan sawi tu nanti aku jugak, kan? 


Ni proses dari sawi tu kecil sampailah dah besar sikit sekarang ni. Terima kasih pada geng kat grup yang menegur dalam komen kat post aku hari tu. Serius, aku sedikitpun tidak berkecil hati dengan apa yang ditegur. Sebaliknya, aku hargai sangat teguran sebegitu. Itu menandakan yang dia sangat prihatin. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi. 





Ni yang hari ni punya gambar. 


Anak sawi yang selebihnya aku pindahkan ke dalam pasu plastik ni. Gigih tu aku pergi selongkar mencari pasu plastik ni. Lepas tu, gigih pulak aku buatkan para untuk letakkan pasu tu. Sekarang ni kan asyik hujan je. Tu yang aku terfikir nak buatkan para kat grill tingkap ni. Yang penting, sawi aku tak kena timpa dek hujan. Letak kat sinipun dapat jugak sedikit cahaya matahari. 






Aku mula semai benih sawi ni pada 29/12/2016. Kiranya lebih kurang seminggu lagi cukuplah sebulan umur pokok sawi aku ni. Buat masa ni, aku cuma bagi baja biji je. Letak sikit je la. 


p/s: Patut la harga sayur mahal sebab susah nak jaga dan lama jugak nak tunggu untuk dapatkan hasilnya. Memang patut la kena tanam sendiri. Barulah tahu macam mana rasanya menanti hasil dari titik peluh sendiri. Takde la nanti asyik nak mengutuk dan bersungut je apabila harga sayur naik melonjak. 

Thursday, January 19, 2017

Kisah guppy lagi. Haha.

Assalamu'alaikum.

Kisah guppy lagi. Haha.






Dan sekarang, setelah tiga tahun berlalu, aku buat lagi kisah guppy ni. Panjang umur ikan guppy aku ni. Alhamdulillah. Dan panjang juga umur pasu bahulu Omak aku ni. Sekali lagi, alhamdulillah. 




Sebelum masukkan ikan guppy ni, aku letak dahulu sedikit anti klorin dalam pasu tu. Air ni terus dari paip dan aku tak simpan lama air ni. Tu yang kena letak anti klorin tu sebab takut ikan guppy tu mati. Ni pun masukkan dua tiga ekor je dulu sebagai percubaan. Apabila tengok dorang okay je, barulah aku masukkan yang lain.



 Sejuk mata memandang. Alhamdulillah. 


 Dah tukar air, barulah nampak ikan tu. Haha.




p/s: Mudah-mudahan ikan guppy dan pokok pandan aku tu hidup subur dan harmoni berkongsi tempat tinggal. Hehe.

Monday, January 16, 2017

Jom cuci longkang!

Assalamu'alaikum.

Jom cuci longkang!


Ikutkan hati, memang la malas nak buat kerja cuci longkang macam ni tapi tak boleh la ikutkan sangat hati yang malas tu sebab yang sakit mata dan sakit hati adalah diri sendiri jugak. Makanya, rajinkanlah diri untuk buat kerja mencuci longkang ni.


Rumput dalam longkang ni punya la subur. Dah banyak kali dah aku cuci longkang ni tapi disebabkan tanah ada dalam longkang tu, tu yang buatkan rumput asyik tumbuh je.




Jenuh nak cuci longkang ni sebab tanah dia tebal. Nak kena pancut dengan air. Lepas tu nak kena kaut sisa-sisa tanah yang ada. Lagi-lagi kat bahagian bawah tempat yang tertutup. Puas kena jolok-jolok tanah tu dengan kayu panjang sebab nak bagi tanah tu pecah supaya senang nak sembur dengan air. Meniarap jugak la aku nak buat kerja pembersihan macam ni. Mengah la jugak. Maklum la, perut moncit. Hahahaha.




Lama jugak masa yang diambil hanya untuk cuci longkang panjang macam ni. Sejam ada jugak. Masa kaut tanah yang ada rumput tu sekejap je. Yang jadi lama tu masa dok sembur air tu la. Kena buat ulang-ulang kali sampai tanah tu takde dah.




Dah selesai, barulah lega rasa hati. Takde lagi sakit mata atau panas hati. Harapnya lepas ni takde lagi tanah dan rumput yang berkumpul dalam longkang ni. Letih weii nak buat selalu. Sebab tu la aku dah simenkan semua kawasan laman aku. Tujuannya supaya takde lagi tanah yang masuk ke dalam longkang lebih-lebih lagi apabila hujan turun.


p/s: Rumah kita, kita sendirilah yang bersihkan. Selagi mampu buat sendiri, cuba la untuk buat sendiri. Syukur di atas kudrat yang Allah pinjamkan. Moga badan terus sihat dan kuat untuk buat kerja harian. Aamiin.

Saturday, January 14, 2017

DIY: Nutripot yang mudah dan murah.

Assalamu'alaikum.

DIY: Nutripot yang mudah dan murah.


14/1/2017. Aku masih lagi dengan entri berkaitan dengan berkebun dan tanam sayur. Kali ni aku nak cuba tanam kangkung dengan menggunakan kaedah nutripot. Kangkung tu beli yang ada akar. Rendam bahagian yang ada akar tadi. 


Sebelum tu, kena sediakan dulu bahan yang diperlukan untuk projek nutripot ni. Bahannya mudah je. Senang je nak dapat. Kalau susahpun, mungkin kain felt tu je la kot tapi boleh gantikan kain felt tu dengan tali mop yang kita dah guna. Tapi jangan pulak guna tali mop yang berminyak. Habis rosak air baja kita nanti.


Jom tengok apa bahannya dan bagaimana cara nak buat nutripot ni. Nutripot ni sesuai digunakan jika rumah kita takde kawasan bertanah ataupun jika kita tinggal di flat yang ruangnya adalah terhad.


 Kita perlukan botol air mineral 1. 5L, cawan plastik yang biasa kita beli air kat pasar malam tu, kain felt yang telah dipotong 1/2 inci lebar, penukul air batu dan juga pisau tajam serta gunting. Ehh, gunting takde pulak dalam gambar. Haha. Maaf ya.


Mula-mula tandakan bahagian yang hendak dipotong pada botol. Lepas tu, hiris dulu dengan pisau untuk dapatkan sedikit lubang. Kemudian, barulah gunakan gunting untuk teruskan memotong. 


^
Panaskan hujung mata penukul air batu pada api dapur gas. Kemudian, tekan perlahan-lahan pada cawan plastik tadi untuk buat lubang.
v

^
 Lubang bawah yang kat tengah tu biarlah besar sedikit supaya senang nak masukkan sumbu kain felt dan memudahkan pengaliran air baja.
v


Pastikan mulut botol yang sudah dipotong tadi ngam-ngam dengan mulut cawan plastik. Jika boleh, jangan ada ruang kat tepi-tepi mulut botol tu.


^
Jangan lupa buat lubang pada badan botol. Lubang tu buat pada aras bawah cawan plastik tadi. Tujuannya adalah untuk keluarkan air yang berlebihan bagi mengelakkan cawan tu terendam.
 v

Beginilah rupanya bekas nutripot yang dah siap. Pastikan kain felt tu terbenam sampai bawah. Jangan pulak biarkan dia tergantung sebab nanti air baja tak sampai kepada tanah. 



Ini yang belum diisi baja, air dan tanah.



Isikan tanah ke dalam cawan plastik. Isikan tanah tu suku cawan je.


Kemudian, letakkan batang kangkung tadi. Tak payah tekan. Pegang je sekejap.


Lepas tu, tambahkan lagi tanah sampai penuh cawan tadi. Dan siram dengan air biasa. Tekan-tekan sedikit tanah tu untuk padatkan dia.


Isikan baja dan air ke dalam botol dan lepas tu boleh la letakkan cawan plastik tadi di dalamnya. Aku gunakan baja biji yang biasa tu je. Sikit je aku guna. Dalam lima biji je. 




 Dah siap dah projek kangkung nutripot aku. Nanti kita tengoklah dia punya hasil macam mana. Jika berjaya, boleh la cuba tanam sawi pulak.



Ni pokok kangkung yang aku tanam dalam pasu. Seronok tengok! Dah dua kali petik dah ni. Kalau petik yang ini, kiranya tiga kali petik la. Mungkin esok atau lusa baru aku petik sebab sekarang ni stok sayur masih ada lagi dalam peti sejuk.



p/s: Belajar buat sendiri untuk cari pengalaman. 

Friday, January 13, 2017

Buat 'jamban' untuk kucing.

Assalamu'alaikum.

Buat 'jamban' untuk kucing.


13/1/2017. Sepagi ini hingga tengahari, aku siapkan tempat berak untuk kucing-kucing aku. Pasir masa orang buat kerja menyimen hari tu masih ada lagi. Maka, akupun dengan gigihnya angkut la pasir tu. Dua kereta tolak pasir diperlukan untuk buat jamban kucing ni.


 Sebelum tu, kenalah bersihkan dahulu kawasan yang hendak dijadikan tempat pembuangan. Gigih aku pergi buang pokok bunga yang ada kat situ.


Tukang menyibuk. Haha. Nama dia Kontot. Hik.


 Mandor nak periksa kawasan samada lulus atau tidak. Haha.


 Sementara tunggu jamban kita siap, apa kata kita tidur dulu. Hamboiihhh....!


 Hampir siap. Sikit je lagi.


 Ni lagi sekor mandor. Bukan main lagi dia ehh.. Haha.


Akhirnya, siap jugak jamban untuk kucing-kucing aku tu. Lepas berak, jangan lupa kambus tau!


p/s: Mudah-mudahan lepas ni dorang takde la berak merata-rata lagi. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »