Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, January 30, 2011

AMARAN..!!! JANGAN TENGOK GAMBAR INI..!!

Assalamualaikum....

AMARAN....!!!

Barangsiapa yang tak tahan untuk melihat gambar yang dipaparkan ini, disarankan agar tidak memandangnya sama sekali. Kalau anda ditakdirkan terpengsan, silalah bangun sendiri ya... huhuhu...

http://www.emocutez.com

Ini adalah gambar anak-anak kucing aku yang baru semalam dilahirkan oleh ibu mereka. Aku tak tau masa bila ibu kucing tu beranak. Masa aku tengah menyapu kat beranda, tiba-tiba je aku ternampak kelibat anak-anak kucing ni kat atas lantai. Mula-mula aku ingatkan anak tikus sebab nampak semacam je kulit dorang tu. Lepas tu aku tengok la dekat-dekat.. Tiba-tiba....

Maaakkkkkkkkkkk....!!!
Ooooo......... maaakkkkkkkk....!!!
Mak aku buat tak dengar je.... huwaaaaa...!!!
Maaaakkkkkkkkkkk.....!!!

Menjerit aku memanggil mak aku sebab terkejut giler ni. Mulut akupun dah mula kembang, rasa nak muntah je tengok dua ekor anak kucing tu terbiar kat atas lantai tu. Sekor yang sebelah kiri tu masih hidup lagi manakala yang sekor lagi tu memang dah mati dah.. Aku angkat yang hidup tu dan masukkan ke dalam bakul yang biasa untuk kucing beranak tu.. Menggigil weii tangan aku nak ambil anak kucing ni. Aku ambil pakai tisu dapur tu... huhuhu...


Aku ingatkan dua ekor tu je la. Lepas tu, aku tengok ada sekor lagi kat atas rak kasut ni ha... Apa lagi, menjerit lagi sekali la jawabnya kannn... Yang sekor ni pun dah mati sebab dah kena hurung dengan semut dah. Kesiannya la haiii... Sadis sungguh laaa...


Lepas tu, aku letakkan kedua-dua anak kucing yang dah mati tu kat atas tisu dapur ni. Aku jerit-jerit panggil abang aku sebab kucing yang beranak ni kucing dia (dia yang manjakan sangat kucing ni), tapi abang akupun buat tak dengar je. Sengaja dia masuk kat dalam bilik main-main enpon. Padahal sebelum tu aku tengok dia elok je melepak kat depan tv dengan mak aku.. Cehhh..., dia nak melarikan diri la tu dari mengemop lantai yang berlendir tu...


Aku tangkap ibu kucing yang keletihan tu dan masukkan dia ke dalam bakul ni. Tujuannya supaya dia jilat-jilat badan anak dia tu. Tapi dia boleh buat tak tau je. Malahan, dihempapnya badan anak dia tu. Puas aku tonyoh-tonyoh mulut dia kat badan anak dia tu. Namun usaha aku tu tak berhasil sebab ibu kucing ni memang tak pandai nak buat semua tu. Tambahan pulak ini adalah anak sulung dia. Sama jugak dengan kes si Tett yang berciciran anaknya semasa beranak sulung dulu...


Akhirnya, anak kucing yang tinggal sekor ni pun mati jugak. Dan petang tadi, ibu kucing ni pulak yang mati. Aku suruh abang aku yang uruskan upacara menanam. Aku tak sanggup..!! Mau berjurai-jurai airmata aku keluar nanti walaupun kucing ni bukan kesayangan aku...

Selamat tinggal Bubu dan anak-anaknya.. :(

Aku kata: Masih ada 3 ekor lagi ibu kucing yang sedang menghitung hari untuk beranak termasuklah si Popok. Puas aku jaga si Popok tu, namun akhirnya dia "terbunting" jugak...http://www.emocutez.com huhuhu...

Saturday, January 29, 2011

MAAF... BUKAN NIATKU BEGITU....

Assalamualaikum...

MAAF...!!!
Aku dah delete dah entry semalam iaitu kisah tentang budak yang kena culik, yang aku copy paste dari page WHI tu. Aku ingatkan berita tu benar-benar terjadi, tapi rupa-rupanya hanyalah berita palsu yang disebarkan melalui sms. Disebabkan terlalu prihatin, aku ni cepat je keluarkan cerita tu kat blog ni. Ye la kan, tujuan aku tu hanyalah untuk menolong je dan tak sangka pulak semua ni hanya permainan belaka. Sakit hatipun ada jugak dengan si pereka sms palsu tu...

http://www.emocutez.com

Aku harap sangat orang yang mereka sms palsu macam ni akan ditimpa kesusahan sebagaimana dia menyusahkan orang lain yang benar-benar ikhlas untuk menolong. Harap-harap lepas ni anak dia pulak yang kena culik. Takpun ahli keluarga dia dilarikan orang. Biar dia rasa macam mana perasaannya bila perkara serius macam ni dibuat mainan.. Geram ni..., huhhh...!!! Rasa macam nak gantung je orang camtu... gggrrrr....

http://www.emocutez.com

Selebihnya, korang baca la berita penuh kat page Bernama.com ni. Aku ingat nak CnP je artikel tu, tapi tak boleh la pulak. So, aku letakkan link dan gambar yang agak blur ni je. Harap-harap page tu wujud lagi la ya, kang jenuh pulak aku nak menjawab. Kepada sesiapa yang dah share entry aku semalam tu, aku mintak maaf sangat-sangat dan tolong perjelaskan semula perkara yang sebenarnya.. Tak seronok pulak rasanya bila menyebarkan berita tak betul ni... huhuhu.. Maaf lagi sekali ya..

Baca kat sini:
▼▼▼
▼▼


Aku kata: Prihatin salah, tak prihatin lagi la salah. Jadi semuanya serba salah... Pening jadinya haaiihhh...http://www.emocutez.com. Sabar aje la yaa...

Thursday, January 27, 2011

PENANTIAN ITU KADANG2 MANIS, KADANG2 PAHIT

Assalamualaikum...

Pertama sekali aku nak bagitau bahawa kelembapan streamyx kat sini amatlah menjengkelkan... Terima kasih TMnet... Sekian...

ᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥ

Semalam aku dapat sms dari seorang kawan masa sama-sama kerja kat Johor dulu. Beberapa hari sebelum tu, aku memang terlebih dahulu telefon dia, sekadar untuk bertanya khabar tapi panggilan aku tu tidak berjawab. Jadinya akupun ambil keputusan untuk hantar sms je bertanya khabar, dan baru semalam dia membalas sms tersebut. Takpe, aku faham situasi kawan-kawan aku yang sibuk menguruskan rumahtangga masing-masing. Alhamdulillah...

Bila aku dapat je sms tu, terus aku telefon dia. Aku lebih senang dengan cara begini sebab dapat bertanya khabar secara langsung dan mendengar suara dia. Maklumlah, bukannya selalu kami berhubung. Kadang-kadang aku tanyakan khabar dia daripada kawan-kawan yang lain, dan begitulah sebaliknya. Apa yang penting, persahabatan kami terus terjalin. Alhamdulillah...

Mula-mula aku tanya, dia tak kerja ke.. Ye la, sebab dia jawab panggilan telefon aku tu kan... Lepas tu dia bagitau yang dia dah berhenti kerja dan aku tanyalah kenapa berhenti. Nak tau tak apa dia jawab?? Dia kata dia dah nak bersalin bulan tiga(March) nanti...!!! Haaaa...!! Serius, aku terperanjat bercampur gembira dengan berita kehamilan dia tu. Aku memang tak tahu yang dia tengah mengandung sebab takde siapa yang bagitau. Mungkin dorang sengaja nak rahsiakan. Tak kisah la, janji dia dah mengandung. Alhamdulillah...


Dia kata bila dia tau je dia mengandung, terus dia berhenti kerja. Syukur sangat-sangat sebab penantian dia selama lebih daripada 12 tahun untuk mendapatkan seorang zuriat kini sudah berhasil. Betapa sabarnya dia dan suaminya menunggu kehadiran seorang anak. Seronok betul aku bila dengar suara kawan aku tu yang penuh dengan keceriaan. Terharupun ada jugak ni.. huhuhu...

Dia pernah disarankan oleh kawan dan orang di sekelilingnya untuk mengambil anak angkat. Namun, dia dan suami masih mahu mencuba. Akhirnya, mereka mengambil keputusan untuk melakukan permanian berhadas seperti yang kebanyakan orang buat tu la. Kos untuk rawatan tu memang agak tinggi la. Aku tanya jugak kat kawan aku tu berapa dia habis dan dia cakap tak sampai lagi puluh-puluh ribu, baru belas-belas ribu je. Tak kisah la, diapun dah lama kawen, tinggal cuma berdua pulak tu, dan sama-sama bekerja sebelum ni. Aku cukup berbangga dengan mereka berdua sebab tidak saling salah menyalahkan dan mampu bertahan untuk terus bersabar. Alhamdulillah...

Sebelum mematikan talian telefon, aku sempat berpesan kat kawan aku ni supaya sentiasa berhati-hati. Semoga penantiannya selama lebih daripada 12 tahun ini berakhir dengan kegembiraan. Ya Allah, kau permudahkanlah dia untuk melahirkan anaknya nanti. Berikanlah dia kekuatan serta kesihatan yang baik samada dari segi mental dan fizikal dalam mengharungi saat-saat getir itu nanti. Semoga kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat hendaknya. Amin...

ᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥᴥ

Teringat pulak aku dengan seorang kawan yang lain yang dahulunya turut mengalami masalah yang sama. Tak tau la apa kisah seterusnya hidup kakak yang seorang ni. Dia dah berkahwin hampir 18 tahun tapi takde anak. Dia dah lakukan macam-macam kaedah namun takde kesannya. Dia selalu diugut oleh suaminya yang mahu berkahwin lagi satu tapi kakak tu kata dia tak nak bermadu dan lebik baik dia bercerai. Namun si suami tak nak pulak ceraikan dia. Dah la tu, suaminya pun tak mahu menghadirkan diri untuk menjalani rawatan. Suami dia tak nak mengaku yang dia takde masalah dan menyalahkan kakak tu sebab tak boleh mengandung..

Kesian, memang kesian bila dengar kakak tu bercerita tentang masalah dia. Boleh dikatakan setiap hari dia melepaskan masalah kat kami. Sambil buat kerja kejar line yang bergerak, sambil tu jugak dia bercerita. Apa yang kitorang boleh buat selain dari menyabarkan dia. Kalau menangis tu, jangan kira la. Saban hari wajahnya mendung je. Dia nak ambil anak angkat tapi si suami tak mahu. Suaminya hanya tau menyalahkan dia je. Aduhaaaii..., kenapalah kejam sangat si suami ini ya...

Entah apalah nasib kakak tu sekarang. Aku cuma mengharapkan agar dia telahpun mempunyai anak walaupun cuma seorang agar dia tidak terus dijadikan sasaran untuk suaminya melepaskan geram...

Aku kata: Ada orang yang teringin nak punya anak sendiri tapi tak dapat-dapat. Ada pula orang yang sudah punya anak tapi anak itu ditendang, dibuang dan dibunuh kejam. Ada juga yang punya anak namun anak itu tidak diberi perhatian..

Wednesday, January 26, 2011

POTONG BUKAN SEBARANG POTONG... kehkehkeh,,

Assalamualaikum...

Sejak 3 hari ni aku asyik memotong kain je...
Beginilah selalunya bila mood memotong tu datang...
Dan aku akan ambil peluang dengan sebaik mungkin bila mood "baik" tu muncul... hehe..

http://www.emocutez.comTepuk amai-amai ehh... ewah.. ewah...ewahh...


Masih ada lagi saki baki kain kastemer yang belum selesai aku potong. Penat wehh bila motong kain ni. Dah la buat kerja berdiri, naik krem betis gedabak aku ni haa.. =D

Elehhh, penat lagi orang yang kerjanya motong getah tu kann...
Tapi sekarang ni harga getah melambung-lambung naik wooo...
Melantun-lantun si lantun tu kena lantun. Hahaha...
Jadinya, takde la penoreh terasa penat sangat kottt. Ye la, kira berbaloi la berjalan dari sebatang pokok ke sebatang pokok bila hasilnya amat memuaskan... Betul tak..??

Aku dah pernah masuk kebun getah laa...
Aku jugak dah pernah kutip getah sekerap...
Mujurlah aku tak pernah jumpa anak rimau ni....http://www.emocutez.comhaa... Kalau tidak, konpem tak cukup tanah aku berlari...

http://www.emocutez.com... Hiiyaaappp...!!!


Lagi best sebab aku jugak dah pernah mesin getah keping tu...
Guna mesin licin dengan mesin bunga...
Seronok sangat bila tiba nak bekukan getah tu...
Masa tu takde la rasa busuk je bau getah tu...
Naper ehh...???

Mula-mula orang yang tua yang banyak pengalaman akan curahkan getah cair tu kat dalam takung, pastu letak cuka getah, pastu digodek-godek dengan kayu, pastu kaup dan buang buih-buih getah kat atas permukaan tu. Bila dah beku, terbalikkan takung, barulah masukkan kat dalam mesin yang licin dulu. Kasi gelek sampai nipis. Akhir sekali barulah mesin dengan mesin bunga pulak dan sidai la sampai kering. Betul kot proses ni sebab akupun dah ingat-ingat lupa dah...

Sekarang ni dah tak masuk kebun getah dah...
Bila pindah sini, masuk ladang sawit la pulak...
Lagi besar cabarannya, tapi sabar aje la...
Kat mana-manapun ada dugaannya... kannn...
Harungi aje la dan kini semuanya alhamdulillah...

http://www.emocutez.comNyanyi lagu Syukur by Raihan... :-)

Yang pahit itu tidak akan selamanya pahit...
Yang manis itu tidak akan selamanya manis...
Biarpun tidak kaya, itu sudah memadai daripada meminta-minta...

http://www.emocutez.com

Dan sekarang aku cuma bekerja sebagai tukang jahit kampungan je...
Takpe la, ini jalan yang aku pilih...
Namun kadang-kadang tu mendengus jugak...
Kehkehkeh...

Aku cuma jahit baju orang perempuan je...
Dan baju Melayu untuk adik beradik, ipar duai aku je...
Namun begitu, tak sanggup pulak aku kalau disuruh jahit yang ni...
::
::
::
::
::
Sikit lagi...
::
::
::
::
Lagi sikit je... hehe...
::
::
::
::
Okay... One more step...
::
::
::
Jeng... jeng... jeng...
::
::
::
::
::
V
TENGOK APA TU... hahaha....
Tutup mata wehhh.... ;))

Aku kata: Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah. Kalau tidak boleh nak menyenangkan, sekurang-kurangnya janganlah menyusahkan.. Setuju..?? Hmmm... =D

Tuesday, January 25, 2011

BUKAN ITU... BUKAN INI... Tolonglah...

Assalamualaikum...

Nak tanya sikit ni...
Terpulanglah kalau nak jawab ataupun tak...
Takde paksaan di sini...
Yang ada hanya kerelaan semata-mata...
Aauuuwwww...!!
Mak tak rela nyahhh...

http://www.emocutez.com

Sebelum tu kena la copy paste "perbualan tanpa suara" ni dulu...
Apa tu..??
SMS laa... haha...

http://www.emocutez.com

Hari tu aku dapat sms dari nombor yang tak dikenali. Mungkin orang tu ada simpan nombor aku, tapi aku tak simpan nombor dia. Mungkin juga aku ada nombor dia, tapi tu nombor lain sebab dia ada banyak nombor. Lagi pulak semua nombor dah hilang gara-gara enpon aku rosak hari tu. Rasanya aku dah mintak dah balik semula nombor yang hilang tu dekat orang-orang yang berkenaan. Mujurlah ada fb, so dapatlah aku berhubung dengan dorang. Mana-mana yang aku tak mintak tu, kenalah faham sendiri. Maaf la ya sebab aku ada alasan aku sendiri...

http://www.emocutez.com

Dia: Good nite syg. Salam.

Aku: Sape ni? Giler ke apa dok syg2 kat org tak kenal.

Dia: =) salam.slmt pg.br bgn ke? Ish ish.

Aku: Dh lama bgn. Ni sape ni? Kang aku lelong nombor ni kang. Out.

Dia: Jgn la lelong.dosa. Out jugak.bye.take care.

http://www.emocutez.com

Hehhh... Maaf lagi sekali ya. Aku paling pantang bila aku tanya siapa, tapi dia tak nak jawab. Aku tak berminat nak teruskan "perbualan tanpa suara" tu. Buat bazir kredit aku je. Kalau betul-betul kenal aku, bagitau je la nama tu. Apa hal pulak nak sorok-sorok. Panas pulak hati aku dengan orang camni... haiihh... Mujur la ada kipas...

http://www.emocutez.com

Jangan ingat bila hantar mesej yang ada kata-kata sayang ni aku akan layan sepenuh hati walaupun aku tak kenal siapa. Jangan ingat aku akan melonjak kegembiraan sampai kepala cecah siling bila orang yang aku tak kenal dok panggil aku sayang. Jangan ingat bila aku ramah dengan orang, terus ada yang anggap aku murah. Tolonglah, aku tak berminat nak bela anak ikan. Baik aku bela anak kucing, boleh jugak dia tolong tangkap cicak...

http://www.emocutez.com


Aku kata: Musuh yang paling sukar untuk dikenali adalah musuh dalam selimut. Walaupun kita berkongsi selimut yang sama, itu tidak bermakna bahawa kita juga akan bermimpi perkara yang sama... Oleh itu, sila jangan kongsi selimut ya...http://www.emocutez.com.. lalalala....

Sunday, January 23, 2011

JADUAL WAKTU AKU: Korang jangan tiru tau... =D

Assalamualaikum...

Korang ada jadual waktu tak?
Kalau masih bergelar pelajar, dah tentu ada kan...
Rasanya semua orang perlu ada jadual waktu masing-masing...
Ye la, senang sikit nak bahagi-bahagikan masa...
Takde la nak terkejar sana, terburai sini... =D
Tu pun kadang-kadang ada jugak orang yang tak cukup masa...
Sibuk bebeno gamaknya...
Tapi tak kaya-kaya jugak... huhuhu...

http://www.emocutez.com

Akupun ada jugak jadual waktu aku sendiri...
Aku baru je buat jadual ni tau... :P
Entah, tiba-tiba je nak kembali menjadualkan diri...
Diulangi... Menjadualkan diri. Kang ada pulak yang tersalah baca dikatanya menjual diri. Kerja giler ahh nak jual diri... Kena bakar nanti wehh... hahaha...

http://www.emocutez.com

Takde jadual waktu bukan bermakna takde disiplin tau...
Disiplin aku tip-top okay...
Ikut putaran jam laa..
Kalau tak ikut putaran jam tu, konpem disiplin tip-top tu jadi totop (tutup)..

http://www.emocutez.com

Jadual waktu aku bermula dari pukul 11.05 pagi setiap hari Isnin hingga Khamis. Hehhh, apsal lewat sangat baru nak mula kerja.. kan... Dah namanya kerja sendiri, gitu ler gamaknya... haha... Pastu sebelah malam pulak jadual waktu aku bermula pada pukul 10 malam setiap hari Ahad hingga Selasa... Akupun kerja ikut syif jugak pe.. kehkehkeh..

http://www.emocutez.com

Nak tau tak macam mana rupa jadual waktu aku tu...
Alaaa, tengok la dulu...
Konpem jadual waktu aku ni tak sama dengan jadual waktu korang..
Kiranya satu dalam seribu la...
Sila jangan cemburu.. kihkihkih...

Ni dia jadual waktu aku tu....
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Setiap pagi dari hari Isnin hingga Khamis, tepat pukul 11.05 pagi aku dah tercongok kat depan tv sebab nak tengok drama kat TV 1. Akukan peminat drama Melayu... ♥♥♥

Lepas tu setiap malam bermula pukul 10 malam dari hari Ahad hingga hari Selasa, aku tengok drama Trilogi Cinta, juga kat TV 1. Drama ni adalah hasil garapan daripada 3 buah novel karya Sharifah Abu Salem iaitu Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi. Best drama ni tambahan pulak pelakonnya adalah Rosyam Nor, Amyza Aznan, Fouziah Ghous, Aida Rahim(Khalida) dan ramai lagi pelakon yang pandai menjiwai watak masing-masing. Kalau bab menangis tu, memang habis la keluar hingus meleleh-leleh. Takde la nak terkelip-kelip mata, terkerut-kerut dahi nak paksa airmata tu keluar. Kalau scena marah pulak, akupun ikut sama nak marah... hahaha... Bila tiba part romantik giler tak hengat tu, aku pulak yang tersipu-sipu senyum mengulum je... Alamak, ter-over sudaaa... ngehngehngeh...

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Okay, itu je jadual waktu "menonton" aku...
Jadual waktu kerja aku??
Sendiri bos, sendiri kuli. Pandai-pandai la ejas sendiri... hahaha...

http://www.emocutez.com


p/s: Daripada buang duit tengok wayang citer omputih, baik layan drama kita sendiri. Aku layan drama-drama yang "terbaik dari ladang" je. Drama yang "terbalik dari lori" tu, sori la aku nak ngadap.. http://www.emocutez.com

Saturday, January 22, 2011

PANDUAN MEMILIH SAHABAT..

Assalamualaikum...

Aku takde idea nak buat cerita..
Ehhh... Idea tu ada, tapi macam malas sikit nak mengarang..
Otak aku sekarang ni agak celaru sikit...

http://www.emocutez.com

So, buat masa ni biarlah aku ambil cerita atau artikel dari suratkhabar je. Sebab kadang-kadang kita ni takde masa nak baca dan belek suratkhabar lama-lama. Kita selalunya fokus pada tajuk utama je.. kan...

Kali ni aku nak kongsikan artikel mengenai panduan memilih sahabat. Sahabat ni tak sama dengan kawan atau rakan. Betul ke..??? Entahlah, akupun kurang pasti. Jadi, apa kata kita selongkar dan fahami artikel ini...

Sahabat adalah orang yang kita ingn sentiasa berkongsi kisah suka dan duka. Sepanjang kehidupan kita, pasti kita ingin jadikan sahabat peneman yang setia agar dapat mendengar segala luahan kita. Namun, mampukah kita mencari seorang sahabat yang setia dan jujur? Antara sifat-sifat sahabat yang baik dan mulia adalah:

(a)
Jika anda berselisih faham dengan sahabat anda, nescaya dia lebih senang untuk mengalah demi menjaga kepentingan persahabatan. Dia tidak mahu bersikap mementingkan diri dengan tidak mahu bertolak ansur. Dia tahu sekiranya dia tidak mengalah maka hubungan persahabatan anda akan menjadi lebih buruk lagi.

http://www.emocutez.com

(b)
Jika anda cuba untuk merapatkan lagi persahabatan anda dengannya, dia akan membalas dengan baik persahabatan anda itu. Itu bermakna dia memang mahu bersahabat dengan anda. Dia amat menghargai anda kerana mahu bersahabat dengannya. Dia adalah sahabat sejati anda.

http://www.emocutez.com

(c)
Jika anda memerlukan pertolongan daripada sahabat anda berupa wang ringgit ataupun dalam bentuk tenaga, maka dia akan cuba sedaya upaya membantu anda. Sahabat yang baik tidak akan menghampakan anda sekiranya anda meminta pertolongan daripada mereka. Malah sahabat yang baik juga tidak sanggup melihat anda berada di dalam kesusahan.

(d)
Jika anda berkata-kata sesuatu kepadanya, nescaya dia akan membenarkan percakapan anda itu. Dia tidak akan sekali-kali menidakkan kata-kata anda itu melainkan kata-kata anda itu adalah dusta. Apabila anda memberi sesuatu pendapat maka dia akan sentiasa membenarkannya dan menyokong anda.

http://www.emocutez.com

(e)
Jika datang sesuatu bencana menimpa diri anda, dia akan cuba sedaya upaya untuk meringankan beban kesusahan anda itu. Dia akan sentiasa bersama anda dengan memberi pertolongan dan semangat supaya dapat terus tabah menghadapi ujian itu. Anda tidak akan merasa keseorangan jika mempunyai sahabat yang baik seperti ini.

http://www.emocutez.com

(f)
Jika anda merancang untuk melakukan sesuatu perkara, nescaya dia akan sedaya upaya membantu anda sehingga anda berjaya mencapai perkara yang ingin anda lakukan itu.

http://www.emocutez.com

(g)
Jika anda menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik dan itu menandakan bahawa dia menghargai kebaikan yang anda hulurkan itu. Dia juga tidak akan sekali-kali melupakan kebaikan yang telah anda lakukan malahan dia akan membalasnya dengan kebaikan juga kepada anda.

http://www.emocutez.com

(h)
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada anda, dia akan segera menutupnya. Sahabat yang baik akan sentiasa menjaga maruah anda tidak kira apa yang berlaku. Dia tidak akan sekali-kali membuka aib anda kepada orang lain kerana sahabat yang baik akan sentiasa melindungi anda daripada perkara-perkara yang tidak baik.

http://www.emocutez.com

(i)
Jika anda berdiam diri kerana malu hendak meminta pertolongan, dia akan menanyakan terlebih dahulu kesusahan anda itu. Sahabat yang baik akan dapat memahami kesulitan yang anda alami. Dia tidak akan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan masalah yang anda hadapi.

Okay, ini je yang ada kat dalam artikel tu. Adakah kita termasuk dalam kategori seorang sahabat yang baik? Bagi aku, aku berpegang pada pepatah dahulu kala iaitu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Namun begitu, zaman kini ramai yang mengamalkan pepatah sendiri iaitu buat baik tak kira masa, buat jahat bila terkena.. Terkena apa? Terkena tipu laa...

Aku kata: Sahabat yang baik tidak akan http://www.emocutez.com bersepah-sepah... hehehe..

Friday, January 21, 2011

BUAT SENDIRI DI RUMAH: Buat apakah itu..???

Assalamualaikum...

Korang tengah dalam pantang bersalin ehh..?
Nak petua tak..?
Tak nak..?
Apsal lak tak nak..?
Sebab takut tua..?
Caaaiittt...!!!
Kalau dah tua, mana ada pantang-pantang lagi dah..
Pantang jumpa ada la...
Muahahahaha...

http://www.emocutez.com

Ni ada sedikit petua bagi ibu yang sedang dalam pantang bersalin. Petua ni adalah merupakan petua dari masyarakat Siam.. Hahaha... Jeng.. jeng.. jeng... Jangan nak fikir ke lain ya... hehe..

Petua ni aku copy paste dari suratkhabar Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 14 Februari 2010... Waahhh...!!! Tarikh keramat tu...!!! Untuk orang Melayu yang masih tak sedar diri la... Ahakkss..

Okay, ni dia petuanya. Sila baca betul-betul. Takut nanti tersalah baca dan tersalah ikut, jadi lain la pulak. Bentan nanti kang susah pulak suami nak mengadap fesbuk... kihkihkih..

http://www.emocutez.com


1 - Rawatan bahagian sulit... (gulpp...!!)
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Mengikut kepercayaan tradisional Siam, rawatan untuk pengecutan rahim dilakukan dengan aturcara bertungku besi. Tungku yang berbentuk bujur dibakar sehingga panas dan dialas dengan daun-daun seperti daun tahi ayam (what..!!!), daun mengkudu dan daun kunyit. Bagi menghindarkan infeksi atau kegatalan di faraj, digunakan air rebusan garam kasar dan asam keping bagi dijadikan air membasuh atau rendaman bahagian sulit...

2 - Tangas dan lulur wangi...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Telah menjadi satu kemestian bagi orang Siam mengakhiri pantang bersalin dengan tangas wangi atau herba aroma terapi. Rumusannya adalah daripada kayu cendana, putik bunga yang harus seperti melur dan cempaka, beras pulut atau beras hitam, cekur dan bonglai yang digiling halus dan dijadikan penyental untuk menghaluskan dan memejalkan kulit...

3 - Amalan pemakanan...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sebagai penjagaan dalaman supaya kembali segar tubuh badan serta rapi rahim dan saluran sulit, amalkan pemakanan utama iaitu pulut halus atau pulut wangi yang dipercayai dapat mempertahankan kejelitaan kulit. Pulut hitam pula diyakini dapat menguatkan aliran darah.

Selain itu, disyorkan pelbagai jenis amalan awet muda seperti kerabu. Di dalam setiap kerabu, terdapat campuran lengkuas, kunyit hidup, halia dan serai yang segar. Kerabu diambil sebagai makanan harian. Bahan-bahan masakan jenis berkuah lazimnya direbus tanpa ditumis seperti jenis tom yam atau masakan berkukus seperti otak-otak berherba...

4 - Ubat mentah...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Sebagai rawatan perubatan, bidan-bidan Siam atau "Teratkun Motanya" akan menyediakan bahan-bahan herba segar yang digiling halus yang dikenali sebagai ubat mentah. Ramuan ubat mentah lazimnya mengandungi limau purut, manjakani, kunyit, putik bunga tanjung dan putik bunga senduduk. Ada pula resepi yang menggunakan daun kaduk dengan hirisan limau purut, hirisan kunyit hidup, lada hitam, beras goreng, hirisan kelapa goreng serta serbuk ikan kering...

5 - Rahsia sirih...
▬▬▬▬▬▬▬▬

Di daerah selatan Siam (seperti Pattani), kaum wanita mereka gemar menggunakan sirih dalam setiap rawatan penjagaan ibu bersalin. Telah menjadi amalan tradisi mereka untuk mengunyah sirih yang dicampur dengan bahan-bahan rempah ratus bersama secalit kapur, secubit gambir, sekuntum cengkih, secubit kayu manis serta sekacip pinang. Sirih dipercayai mempunyai ciri anti septik dan pembersih darah...

6 - Rawatan mandian...
▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬▬

Mandian herba disediakan dengan air rebusan yang melebihkan daun serai wangi dan daun pandan. Untuk mengeluarkan angin melalui peluhan selepas mandi, ibu-ibu melakukan tangas bagi menguatkan otot di bahagian sulit serta sendi dari tulang di samping melangsingkan tubuh badan...

Okay, ini sahaja yang dapat aku kongsikan kali ni. Semoga ibu-ibu semua selamat dari jangkitan angin meroyan. Ikuti dan patuhilah amalan berpantang ni ya... Dengarlah nasihat dari bidan masing-masing yang lebih pakar. Kalau bidan tu kata jangan... maka jangan la...

http://www.emocutez.com

Aku kata: Petua di atas tu untuk rawatan kat rumah atau buat sendiri di rumah. Tapi kalau malas nak buat, boleh aje pergi spa. Jangan sampai spa tu "terkena" serbu dah la... Maklum la kan, spa sekarang ni macam-macam adaaaaaa.... =D

Thursday, January 20, 2011

MENCUBA ITU LEBIH BAIK DARIPADA MEMBUTA ♫♫♫...

Assalamualaikum...

Stop "bebeling" for a while...
"Bebeling" buat penat mulut je...
Satu apapun tak dapat...
Makin lapar ada la...
♫♫♫♫♫♫

So, let's start cooking...
Main campak-campak aje laa...
Kalau menjadi, boleh la makan dan bagi jiran kiri kanan rumah...
Kalau tak jadi, boleh lempar kat ayam...
Kelas ayam omak den makan coklat chip dengan badam...
Tentu dorang akan rasa gembira sakan... haha...
♫♫♫♫♫♫
Fall And Jump Pictures, Images and Photos

Takde resepi khusus untuk masakan ni...
Tak tau nak letak nama apa...
Janji buat sudah...
Nasib baik menjadi la jugak...
Walaupun sebenarnya tak berapa nak menjadi...

Malu sebenarnya nak letak gambar ni...
Pastu bila fikir balik, apsal lak nak malu...
Gambar makanan je pon... **Bukan makanan Jepon... :P
♫♫♫♫♫♫





Nasib baik menjadi sikit. Melepas la ayam-ayam tu nak merasa... Padan muka...!! Ada hati nak makan benda camni... haha...


Aku kata: Rilex la bebbb..!! Jom makan jom... ♫♫♫lalalala♫♫♫
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »