Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Friday, November 27, 2009

MACAM2 ADA.....

Assalamualaikum....

Aku paparkan sedikit berita2 pendek dari akhbar Harian Metro hari ni. Sekadar berkongsi info je. Mana la tau kalau2 ada yang belum sempat nak baca suratkhabar kerana ralit beraya ataupun masih sibuk berada di dapur ataupun leka bermain game.. (farmville... solitaire...PS 2... bola ataupun zynga poker..??)

1) FACEBOOK GALAK BUNUH DIRI: Hong Kong:

Polis Hong Kong kini memburu sekumpulan pengguna Facebook yang berselindung di sebalik laman web sosial itu untuk menggalakkan para remaja membunuh diri beramai2. Hampir 190 orang menyertai kumpulan "Saya mesti bunuh diri" itu. Kewujudan kumpulan itu dikesan selepas seorang remaja lelaki berusia 15 tahun cuba membunuh dirinya. Ahli di minta membincangkan kaedah luar biasa membunuh diri, seperti melompat dari kerusi - (Berita dari AFP).

2) KENTUT BAB* CETUS KECOH: Sydney:

Sekumpulan petani Axedale di Victoria panik selepas terhidu kentut bab* yang disangka kebocoran gas, semalam. 15 anggota bomba bersama 2 lori dikejarkan ke ladang itu sebaik mendapat panggilan kecemasan. Sumber bomba berkata, apabila tiba di ladang itu, mereka terserempak bab* betina seberat 120 kilogram.

"Kami bukan saja terhidu bau kentut haiwan itu, malah turut mendengar bunyinya," kata ahli bomba berkenaan. - (Berita dari AFP).

3) 5 TAHUN TIDUR PELUK MAYAT ISTERI: Hanoi:

Seorang lelaki menggali kubur isterinya untuk membolehkan dia memeluk dan tidur di sebelah mayat itu sejak 5 tahun lalu, lapor akhbar tempatan semalam. Lelaki berusia 55 tahun itu menetap di wilayah Quang Nam, tengah Vietnam.

Vietnamnet.vn melaporkan, Le Van menggali kubur isterinya pada 2004 dan menyalutinya dengan tanah liat bagi membentuk tubuh wanita. Mayat itu kemudian dipakaikan baju dan dibaringkan di atas katil.

Kata Le Van, apabila isterinya mati pada 2003, dia tidur di atas kubur wanita itu sehinggalah 20 bulan kemudian, apabila dia memilih untuk mengeluarkan mayat berkenaan. - (Berita dari Reuters).

4) NYARIS HILANG KEMALUAN: Tayside, Scotland:

Seorang wanita yang kuat cemburu disoal siasat polis kerana disyaki menarik kemaluan teman lelakinya hingga cedera, semalam. Sebelum kejadian, Helen Hodge didakwa bergaduh dengan Billy Duncan di rumah mangsa. Menurut saksi, Helen (34), bertengkar pada awal pagi dengan menuduh Billy (49) menjalin hubungan dengan wanita lain.

"Ketika itu Billy hanya berseluar dalam kerana mahu tidur dan enggan mem perdulikan kemarahan Helen. Bagaimanapun, Helen mula memukul kepala dan muka Billy menyebabkan dia dihalau. Ketika bertolak2 itu, Helen telah "mencekau" kemaluan Billy dan menariknya dengan sekuat hati." kata saksi tersebut.

Selepas beberapa ketika,Helen berjaya ditolak keluar tetapi Billy terkejut apabila apabila mendapati bahagian bawah kemaluannya berlumuran darah dan mendapati kantung kemaluannya terkoyak. Billy cuba menghentikan darah dengan tuala tetapi gagal. Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital dan doktor telah berjaya menyelamatkan kemaluannya itu.

(Berita dari Agensi. Kisah selanjutnya bacalah Harian Metro ya..)

p/s: Macam2 hal yang berlaku. Ada yang terlalu sayang dan setia sampai sanggup tidur dengan mayat. Sekarang ni yang peliknya bila ramai yang hidup sebagai suami isteri tapi dah tak mahu untuk tidur bersama... Aku....? Setia ku korbankan walaupun aku menderita...

Thursday, November 26, 2009

SALAM AIDIL ADHA

Assalamualaikum....

Sempena dengan hari raya korban ni, aku ingin memohon ampun dan
maaf di atas segala salah dan silap samada ianya melalui pertuturan
mahupun tulisan yang terkandung di dalam blog ini, komen2 yang
aku letak kat dalam blog korang, mesej2 yang aku tinggalkan kat peti
chatbox korang tu, komen2 yang aku berikan kat ruangan facebook
korang serta ayat2 yang aku gunakan semasa perbualan melalui YM.
Maaf zahir bathin from the deep of my heart. Aku benar2 minta maaf...
sobbssss.....





Kelmarin aku dah siapkan segala bahan2 yang diperlukan untuk mem-
buat rendang dan sup. Siapkan awal2 pastu simpan dalam peti ais.
Lagipun, mana sempat kalau semua kerja nak dibuat dalam masa yang
sama sekaligus. Dah la kakak2 aku tak balik raya haji ni....





Raya ni mak aku cakap dia nak korbankan angsa yang dua ekor tu. Ni
yang tak best ni. Nanti sunyi la rumah ni bila angsa tu dah takde. Mesti
aku rindukan angsa2 tu yang selalu mencubit montot aku kalau aku lalu
dalam kawasan reban tu....huhuhu.... Harap2 mak aku tak jadi la nak
sembelih angsa2 tu....


Ayam kampung yang bakal dibuat rendang. Naik krem jari jemari aku masa proses mencabut bulu2 ayam ni. Buat sorang2 je tau....huhu...


p/s: Berkorban apa saja....harta ataupun nyawa.....itulah tanda setia...
sehati dan sejiwa... Sanggupkah aku berkorban untuk dia? Dan adakah
dia juga sanggup berkorban untuk aku? Hanya masa yang menentukan
segala2nya.....I jump if U jump...!!!
.

Wednesday, November 25, 2009

RESEPI DARI NORA SI TERONG COMEL.....Tenkiu...

Assalamualaikum....

Ni aku sertakan resepi yang kawan aku bagi. Kawan aku ni ada ambil
kursus/belajar untuk membuat cupcakes ni. Tapi aku belum sempat nak
mencuba lagi resepi ni. Tengok la esok atau lusa.... kalau aku rajin, aku
buat la ya....huhuhu...

CUPCAKES COKLAT

Bahan2 A:

2 cawan tepung serbaguna
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh soda bicarbonate

Bahan2 B:

2 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
2 biji telur ayam

Bahan C:

3/4 cawan air panas

Cara2nya:

1) Ayak kesemua bahan2 A dan masukkan ke dalam satu bekas.

2) Di dalam bekas yang lain pula, gaulkan kesemua bahan2 B sehingga
rata/sebati.

3) Kemudian campurkan kedua2 bahan A dan B. Gaul/pukul sama rata.

4) Akhir sekali barulah dimasukkan air panas (C).

5) Selepas itu barulah masukkan adunan ke dalam mangkuk kertas.
Kemudian bolehlah dibakar sehingga masak selama lebih kurang 15-20
minit.

p/s: Ada tak sesiapa yang nak cuba buat resepi ni. Aku rasa korang
patut mencuba resepi ni dulu. Kalau menjadi dan gebu je cupcakes ni,
nanti jangan lupa bagitau aku ehh....muehehehehe....
.

Tuesday, November 24, 2009

KERJA

Assalamualaikum....

Hari ni aku menjahit dengan penuh kasih sayang...hahaha.... Aku siap-
kan baju2 yang sedia ada ni. Bukannya banyakpun, 3 pasang je....hik3.
Lagipun aku dah siapkan 3 pasang baju minggu lepas. Esok masih ada
lagi 2 pasang baju kurung untuk dijahit. Lepas raya haji ni dah ada yang
menunggu. Walaupun harga yang aku ambil jauh lebih murah, tak apa
la. Aku terima rezeki ini dengan seadanya dan redha. Amin...

Barang2 untuk menjahit manik.


Sebenarnya aku tak pandai dalam jahitan manik ni, tapi aku cuba je la....huhu...



Dah siap..!! Bukannya baju orang lainpun. Baju anak sedara aku yang darjah 2 tu. Aku jahitkan manik sebagai upah sebab dia tolong mop lantai masa sessi mencuci kipas kelmarin...

p/s: Aku dah ada plan untuk tahun depan. Harap2 ianya berjalan seperti
yang aku rancangkan. Janganlah ada yang cuba mematahkan semangat
aku yang baru nak merangkak ni. Aku tak kacau periuk nasi korang dan
aku mohon sangat2 tolonglah jangan tikam aku dari belakang. Macehh...

Saturday, November 21, 2009

TAZKIRAH: BUMI dan KUBUR...

Assalamualaikum.....

(Untuk renungan aku...dan juga semua...)

Imam Anas bin Malik r.a berkata bahawa BUMI setiap hari akan ber-
kata2:

1) Wahai anak Adam! Kamu berjalan di atasku, kamu akan kembali ke
dalam perutku (kubur).

2) Wahai anak Adam! Kamu berbuat maksiat dan dosa di atasku, kamu
akan disiksa di dalam perutku (kubur).

3) Wahai anak Adam! Kamu bergurau di atasku, dan kamu akan
menangis di dalam perutku (kubur).

4) Wahai anak Adam! Kamu makan makanan yang haram di atasku,
dan seluruh binatang azab akan memakan kamu di dalam perutku
(kubur).

5) Wahai anak Adam! Kamu bersuka ria di atasku, dan kamu akan
merasa susah sengsara di dalam perutku (kubur).

6) Wahai anak Adam! Kamu mengumpulkan barang2 haram di atasku,
tetapi kamu akan hancur di dalam perutku (kubur).

7) Wahai anak Adam! Kamu bersikap sumbang di atasku, tetapi kamu
akan menjadi hina keji di dalam perutku (kubur).

8) Wahai anak Adam! Kamu berjalan dengan sinar cahaya yang terang
di atasku, tetapi kamu akan tinggal dalam kegelapan gelap gelita di
dalam perutku (kubur).

9) Wahai anak Adam! Kamu berjalan dengan bersuka ria di atasku,
tetapi kamu akan bersedih sengsara di dalam perutku (kubur).

10) Wahai anak Adam! Kamu berjalan untuk berkumpul dan berhimpun
di atasku, tetapi kamu akan tinggal keseorangan di dalam perutku
(kubur).

Dari riwayat yang lain pula, bahawa KUBUR setiap hari menyeru kepada
manusia 5 perkara:

1) Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu
membaca al-Qur'an.

2) Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu bangun
sembahyang malam (Tahajjud).

3) Aku rumah yang penuh tanah dan debu, maka bawalah amalan
soleh yang menjadi harapan.

4) Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan "Bismillah...
hirrahmanirrahim" sebagai penawar.

5) Aku rumah pertanyaan Mungkar dan Nakir, maka banyakkanlah
amalan dengan membaca "Lailaahaillallah Muhammaddarrasulullah"
supaya kamu dapat jawab kepadanya.

p/s: _______________(sila isi sendiri....)
.

Friday, November 20, 2009

JIKA AKU BERANI....?? ANDA BAGAIMANA....??

Assalamualaikum....

Aku cuma nak tanya je kepada semua yang bertandang kat sini. Tak
kisah la samada korang tu bloggers ataupun bukan, follow blog aku
ataupun tidak. Aku hanya sekadar nak tau je pendapat korang. Dan
siapa tau, pendapat korang itu boleh memberikan tahap keyakinan
yang tinggi kat aku...dan wanita yang lain juga...

JIKA AKU BERANI...
1) Aku akan panjat bumbung rumah aku dan baiki segala kebocoran
yang ada. Apatah lagi di musim2 hujan ni, habis hitam siling rumah ni.

JIKA AKU BERANI...
2) Aku akan menampar mulut2 orang yang sesuka hati mengata,
menghina dan memburuk2kan aku dan keluarga aku...hahaha....

JIKA AKU BERANI...
3) Aku akan terima siapa saja yang datang meminang tanpa berfikir
panjang...

JIKA AKU BERANI...
4) Aku terima je saranan mak aku untuk beli kereta dengan duit dia
padahal aku takut memandu walaupun ada lesen...huuwargghhh...

JIKA AKU BERANI...
5) Aku akan pergi mengembara seorang diri ke merata dunia. Ni nak
ke bandar sorang2 pun takut...Kalau terpaksa je barulah pergi...Citt..

JIKA AKU BERANI...
6) Aku nak jadi artis tak kira la samada jadi penyanyi atau pelakon.
Boleh masuk tv....hehehe...

JIKA AKU BERANI...
7) Aku nak masuk program Biggest Loser tu. Boleh ramping macam
kerengga...uhukkk...

JIKA AKU BERANI...
8) Aku nak botakkan kepala macam.....macam....macam....entah...!!

JIKA AKU BERANI...
9) Aku nak menyelam ke dasar laut. Nak berenang2 bersama2 dengan
jerung tukul. Berlumba dengan dolphin2 yang cute tu....alahaiii....

JIKA AKU BERANI...
10) Aku nak bela harimau bintang ataupun singa. Auuuummmmm....!!!

JIKA AKU BERANI....
Suara2: Jangan nak melalut la. Engkau tu penakut sebenarnya. Cakap
je lebih....

Aku: Errrkkkk.....huuwaaa.....(bukannya nak bagi motivasi...hohhh...)

p/s: Anda bagaimana?? Adakah anda seorang yang mempunyai tahap
keberanian yang melampau?? Ataupun ketakutan yang terlampau2..??
Ataupun sekadar berani mengingati masa lampau??
.

Tuesday, November 17, 2009

KUIH BUNGA KEMBOJA

Assalamualaikum.........

Aku nak kongsi resepi yang aku salin/ambil dari satu program tv RTM
masa bulan puasa hari tu. Aku belum cuba lagi buat kuih ni. Apapun,
aku harap korang cubalah dulu ya. Lagipun, raya haji dah nak dekat ni.
Hehe...

KUIH BUNGA KEMBOJA

Bahan2:

10 biji telur ayam (gred A)
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
500g gula pasir
230g tepung gandum
sedikit garam (ikut rasa)

Cara2:

1) Panaskan acuan kuih terlebih dahulu di dalam oven.

2) Pukul kesemua bahan sehingga benar2 sebati/kembang.

3) Bila acuan sudah panas, keluarkan dari oven dan masukkan adunan
tadi ke dalamnya.

4) Bakar sehingga masak. Lakukan sehingga adunan habis (seeloknya
biarlah ada banyak acuan, cepat sikit proses pembakaran).

***Lagi elok jika ada oven yang mempunyai api di atas dan bawah.

p/s: Aku saje je letak resepi2 kat dalam blog ni sebagai rujukan bila
aku memerlukannya kerana aku memang tak pandai dalam soal masak
memasak ni... (sekian, terima kasih....)
.

TITISAN PELUH yg terakhir....

Assalamualaikum....

Budak2 IPT dah mula cuti ekk..?? Habis la aku...huhu....!! Apsal lak ni kan. Ya la, lepas ni konpem line tenet makin lembab dari sekarang ni. Sebab?? Sebab anak sedara aku akan bawa laptop dia kat sini, pastu dia manjang la dok donlod citer tah apa2 tu. Maknanya, aku kena kongsi line dengan dua lagi pc. Dah la server memang merangkak je.... haishhh....
---------------------------------------------------------------------------------------------
Lupakan pasal tu. Meh tengok apa yang aku buat petang tadi. Haha... semalam aku kata aku dah lama tak keluar rumah kan. Jadi, petang tadi akupun keluar la untuk menyapu daun2 dan mencantas dahan2 bunga dan apa yang patut dicantas la haihhhh... Banyak jugak peluh yang meleleh keluar. Ada laa dalam segelas kot.... muahahaha.....


Sikit je kan?? Siapa kata sikit. Kat depan nun ada lagi 3 longgok yang sedang menunggu giliran...



Ni siapa yang nak tolak ni?? Nasib baik dekat je tempat nak buang. Kalau la jauh, mau somput dado den....huhukkk....

Dan ini adalah pokok kaktus ya. Lokasinya betol2 dekat selekoh nak belok kat rumah aku ni. Iya, rumah aku kat simpang tiga. Bukannya kat Simpang Pertang bak kata TIJAH tu huhuhu. Kalau korang rasa kulit korang tebal, pastu korang bajet korang terer merempit, silalah buat aksi terbang tu ekk. Jangan sampai korang tercium pokok kaktus ni sudah la..... ekekeke....


Kalau berani, siyom la....hahaha...(kat depan yang nampak pagar tu adalah kawasan klinik kerajaan)

Masa aku tengah sibok menyapu tu, makcik2 jiran aku datang. Dorang borak2 je dengan mak aku sambil makan rambutan. Aku tak join sebab keje akupun belum habis lagi. Abang aku lak dok sibuk cantas pokok rambutan yang dah tak berapa elok batangnya. Lega aku. Sebab..? Semak laa banyak sangat pokok ni. Dah la banyak nyamok...!!! eeeuuuwwwwwww.....

p/s: Siyes, aku suka je kawan dengan makcik2 ni. Banyak yang aku belajar dari dorang. Pasal semalam tu, biarkan aje la. Takkan kerana "itu" aku nak putuskan hubungan dengan jiran yang dah bertahun2 aku kenali. Kalau boleh, aku taknak ada rasa dendam walaupun kadang2 perasaan jahat tu datang menjengah hati aku. Sabar.... sabar.... sabar....

Monday, November 16, 2009

PERLUKAH AKU TERUS BEGINI...??

Assalamualaikum....

Kali ni tiada cerita ataupun gambar tentang makanan lagi. Aku telah di'sound' oleh Hatim dan juga Linda supaya berhenti buat cerita mengenai makanan ni. Jadi, sebagai menghormati permintaan mereka berdua itu, maka tiadalah lagi cerita dan juga gambar yang berkaitan. Sebenarnya, server tenet aku sangatlah lemah. Tu yang malas nak upload gambar tu.. Miahahaha.....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Korang percaya tak yang aku dah lama tak keluar rumah. Maksud aku, keluar lepak2 sambil bersidai kat tembok ataupun kerusi besi kat depan rumah. Kalau dulu, itulah kerja sambilan aku. Ya la, duduk lepak2 kat dalam rumah sambil tengok tv pun bosan jugak. Tu yang saban petang aku duduk kat luar dengan mak aku, konon2 nak ambil angin petang la. Pastu memang konpem la akan datang sorang dua jiran untuk cukupkan korum.... ahakkk....

Bila dah berkumpul ni, faham2 aje la kan. Kadang2 akupun ikut sama dalam "perbincangan" kaum2 ibu merangkap nenek2 ni. Nak cari pengalaman hidup kenalah belajar dari orang2 yang lebih dulu makan garam. Samada topik perbualan mereka itu menjurus ke arah kebaikan ataupun menyimpang ke arah "kemengumpatan", aku join aje la. Nak buat macam mana. Takkan la tetiba je aku nak angkat kaki. Makcik2 ni mudah perasan kalau dorang tengok aku lain macam je... Maklum la, akukan spesis jujur. Jadi, raut wajah aku akan mudah berubah jika
ada sesuatu yang aku tidak berkenan.. Huahuahua... jujur konon... caittt...!!! (jujur la... tak caya sudah...!!)

Tapikan, sejak dari awal puasa hari tu, aku dah mula jarang lepak2 ni. Mungkin sebab masa puasa tu aku sibuk dengan jahitan aku, dan itu juga penyebab aku malas nak keluar. Bukanlah tak keluar langsung. Melampau la tu kan. Seingat aku la, dari puasa hari tu baru 5 kali je aku lepak2 kat depan rumah ni. Makcik depan rumah akupun dah mula berbunyi. Dia kata apa tau. Dia kata, lama tak nampak ngko. Demam ke? Cehh....asal aku tak keluar je mesti dorang suspect aku demam la, sakit la, tak sihat la..... huhu...

Walau apapun, terima kasih la sebab itu tandanya dorang ambil berat pasal aku. Mesti la, sebab aku yang selalu telefon talian 15454 jika bekalan letrik terputus sehinggakan nama akupun operator TNB tu dah cam. Lepas tu, kalau telefon rumah dorang tak berbunyi (kira rosak la tu)...aku jugak yang dorang cari. Dan aku dengan rela hati akan segera membantu. Apalah sangatkan membantu warga2 emas ni. Bukannya selalu. Lagipun bukan ke aku ni "catwoman"..... ekekekeke....

Kadang2 tu kan, aku sengaja duduk diam2 kat bilik jahit aku ni. Aku dengar je suara dorang kat luar, tapi aku buat tak tau je. Biar je la dorang tu borak2 dengan mak aku. Pastu nanti dorang akan tanya, "Zimah mana..?" Dan mak aku akan jawab.. "ado kek dalam tu ngadap bondo tu la". Jadi, aku sudah selamat dari menyertai perbincangan mereka untuk hari itu... ha.... ha... ha...

Cuma satu je persoalan sekarang ni. Selama manakah aku mampu bertahan duduk berkurung dalam rumah tanpa bercampur dengan jiran tetangga dengan alasan tidak mahu terbabit dalam sessi perbincangan kemengumpatan mereka. Aku bukan lah baik sangatpun sampai nak kata tak suka atau tak pernah mengumpat ni. Cuma ada masa2nya aku jadi bosan jika asyik bercakap benda yang sama berulang2 kali. Ingat aku ni ASTRO ke dok ulang2 siaran je....

p/s: Ada tak sesiapa yang nak bagi cadangan kat aku? Wajarkah aku berterusan begini atau perlukah aku kembali seperti dahulu. Haiiyaa..!! Hilop sushah.. matipun sushah....(kata apek dalam citer madu 3..)

Sunday, November 15, 2009

CUBA DULU.....tak cuba mana nak tau...!!

Assalamualaikum....

Sebagai memenuhi permintaan dari Erna dan cikELA, aku letakkan kat sini resepi kek yang aku buat hari tu. Orang lain kalau nak ambil resepi ni pun boleh jugak. Tapi kalau dah buat kek ni nanti, hantar2 la barang sepiring dua kat rumah aku ya. Macam laa resepi aku ni best sangat. Muahahahah. Maksud aku tu, sedekah2 la kat jiran kiri kanan jika kek tu menjadi. Kalau tak menjadi jangan bagi...!! Nanti kena ngumpat lak. Ahakk...

KEK DARI MATA AZYMA (nama takleh blah bebb... hikk...)

Bahan2:

250g tepung gandum
220g gula aising (manis2 buah)
6 biji telur ayam (asingkan kuning dan putih)
1 buku buttercup
1 penutup esen vanilla (penutup botol tu)
1 sudu makan baking powder
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu makan pewarna hijau (untuk kek yang kaler hijau tu ya..)

Cara2:

1) Ayak tepung bersama2 dengan baking powder dan soda bicarbonate. Ketepikan dahulu.

2) Pukul putih telur dahulu sehingga benar2 kembang. Kemudian ketepikan juga.

3) Selepas itu barulah pukul gula aising bersama dengan buttercup. Pukul sehingga kembang.

4) Masukkan esen vanilla. Pukul lagi.

5) Masukkan kuning telur. Teruskan memukul sehingga adunan sebati dan kembang.

6) Selepas itu masukkan putih telur yang telah siap2 dipukul tadi. Kaup2kan adunan biar rata. Tak perlu pukul lagi.

7) Barulah masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil kacau perlahan2 supaya adunan kek benar2 bersatu.

8) Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian letak pewarna hijau dan satu lagi biarkan warna asal.

9) Masukkan kedua2 adunan berselang seli ke dalam loyang pembakar yang telah siap digriskan. Masukkan adunan sehingga habis semuanya.

1o) Bakar kek sehingga masak. (Lebih kurang 45 minit-1 jam) dengan suhu 180 darjah. (Oven haruslah dipanaskan dahulu. Jika tidak, masa pembakaran akan jadi lebih lama lagi)

p/s: Untuk kek coklat pulak, tepung gandum cuma 240g. Manakala gunakan coklat serbuk van houten sebanyak 5/6 sudu makan penuh. Dan tak perlu pewarna hijau. Bahan2 yang lain adalah sama sahaja. Cuma kalau nak letak dalam cup, jangan bakar lama sangat, kena pandai agak2 la timing dia. Maybe dalam 15-20 minit kott.... huhuhu...

(harap2 menjadi la ya kek yang akan korang buat nanti. Apa2pun, cubalah dahulu okay...)

Saturday, November 14, 2009

SESSI MEMBUAT KEK

Assalamualaikum....

Muahahahaha...apa hal lak ni kan. Asyik dok buat post pasal makan2
je ni. Ni la keje aku kalau boring datang. Kadang2 kalau boring, aku
lepak2 depan tb je, ada ketikanya pulak aku lepak2 atas katil sambil
layan jiwa yang kacau (kehkehkeh....). Tapi semalam aku boleh lak
buat kek ni haa. Yang ni boleh la dimasokkan dalam kategori boring
yang ada hasilnya.... huahuahua.... Jangan jelezzz.....!!



Proses memukul butter dengan gula. Naik lenguh tangan aku pegang hand-mixer tu....huhu....



Sebelum tu, kena pukul putih telur sampai kembang dahulu....




Kek yang telah siap untuk dibakar dalam oven....



Beginilah rupanya selepas ditransformasikan.....siap ada kesan cucuk botox tu...muahahaha....



Lagi satu jenis kek. Aku buat kek coklat dan pump guna pump untuk ising...(raya hari tu tak sempat nak test pump tu...hehe...)



Dan inilah hasilnya. Memang kalah la kek aku ni kalau nak compare dengan kek kat secret recipe tu kan....huhuhu....

p/s: Mencuba itu adalah lebih baik dari mengeluh. Mengeluh itu mungkin
lebih baik dari mengata. Oleh itu, jangan mengeluh dan mengata. Cuba
aje sampai berjaya.....hahakkk...(cuba benda yang baik2/elok2 aje laa...)
.

Friday, November 13, 2009

AKHIRNYA....

Assalamualaikum.....

Fuhhh....tarik nafas jap. Lega rasanya bila baju2 ni dah siap. Punya la
lembab giler aku nak menyudahkan baju2 ni. Bukan masalah cuaca
yang lembab, tapi masalah aku sendiri yang teramat la malasnya nak
menjahit. Nasib baik kastemer aku ni jenis tak kisah, sampaikan dia
sendiripun tak ingat berapa helai baju yang dia hantar.....hahaha.....


Nak padankan butang dengan warna bajupun ambil masa.....huhu...



Okay tak blouse yang aku jahit ni.... Bagitau dengan jujur ya....(nyuruk japp...)

Aku sekarang dalam proses menyiapkan baju kurung dia pulak. Kena
buat cepat2 ni sebab dia nak pakai raya haji nanti. Dah la kain dia tu
ada batu. Nak kena kutil dulu batu2 tu. Kang kalau terkena kat mesin
aku, abeh patah jarum. Nak kena caj lebih ni.....muehehehe....




p/s: Boleh tak sesiapa bagitau aku berapa harga bagi sehelai blouse
macam kat dalam gambar tu, harga sepasang baju kurung biasa/riau,
dan harga sepasang kebaya highneck. Aku nak compare dengan harga
yang ada kat sini...Bukan harga redimed ya. Ni harga tempahan/upah.
Macehh....
.

Thursday, November 12, 2009

SOTO = SEMUDAH 1...2...3...


Assalamualaikum.....

Ni semalam punya cerita. Semalam aku buat soto. Aku tengok mak aku
dah siap2 keluarkan rangka2 ayam, maknanya dia nak buat sup la tu.
Jadi, aku tolonglah buatkan. Bukan senang aku nak masuk dapur ni
tau.....muehehehehe....


Sambal kicap yang tak berapa nak pedas....(jaga usus bebb....huhu...)



Guna yang segera je senang. Tak payah nak himpit2 dah....hikk....



Sup rangka ayam yang sudah siap untuk di slurpppp.....kan.....



So'on goreng. Jangan kenakan air sebelum goreng, nanti dia takmo kembang...

p/s: Jemput makan semua. Bila teringin nak makan, buat aje la. Tak
payah nak tunggu raya ataupun pergi cari kat pasar malam. Lagipun
yang kat pasar malam tu dia punya pak aji naik moto punya la banyak.
Jangan sampai BOTAK sebelum waktunya sudah la ya....muahahahaha..
.

Monday, November 9, 2009

10 CARA MEMILIH SELUAR DALAM YANG SESUAI

Assalamualaikum...

Seluar dalam menjadi isu sensitif bagi sesetengah orang dan tidak dibicarakan secara terbuka. Oleh kerana itulah, ramai yang melakukan kesalahan apabila memilih seluar dalam. Mari kita perhatikan antara masalah yang timbul dan cara mengatasinya.

1) Apakah cara yang betul ketika mengenakan seluar dalam? Dapatkah ianya menentukan keselesaan si pemakai?
~> Sarungkan seluar dalam dan tarik ke atas sehingga posisi selesa. Pastikan bahagian belakang seluar memenuhi keseluruhan ponggong. Pastikan juga pita di bahagian pinggang dan perut tidak berlipat.

2) Di manakah posisi betul panel bawah seluar dalam?
~> Pastikan jahitan pada bahagian hadapan panel kelihatan dan tidak seharusnya terselit ke belakang bagi memastikan keselesaan sepenuhnya.

3) Kenapakah pinggang seluar dalam sentiasa bergulung tapi bahagian pinggulnya selesa?
~> Anda mungkin memilih saiz seluar dalam yang salah. Pinggang seluar dalam mesti berkedudukan tetap dan selesa dan tidak berlipat. Cuba tukar kepada saiz yang lebih kecil dengan rekaan berbeza.

4) Kenapa kaki seluar dalam menggigit dan bergulung. Adakah ia pilihan yang betul?
~> Kaki seluar dalam tidak sepatutnya begitu. Ini bermakna seluar dalam anda terlalu kecil. Periksa samada bukaan kaki seluar dalam berkedudukan sama dari sisi ke sisi. Periksa juga samada fabrik seluar dalam itu daripada bahan memeri atau berelastik.

5) Kenapa seluar dalam seperti mahu TERLONDEH?
~> Pilihlah saiz seluar dalam yang betul. Seluar dalam yang selesa adalah seimbang serta meliputi keseluruhan ponggong. Tukarlah kepada seluar dalam yang baru jika getah sudah hilang keanjalan.

6) Apakah yang perlu dilakukan bagi mengelakkan kesan garisan seluar dalam kelihatan pada pakaian?
~> Pilih seluar dalam yang berliputan penuh seperti potongan maxi atau short. Jenis ini selesa dan mampu mengelakkan kesan seluar dalam jika memakai pakaian yang ketat.

7) Apakah fabrik terbaik untuk memastikan keselesaan seluar dalam?
~> Fabrik terbaik adalah dari kain kapas. Manakala fabrik lycra spandex dan nylon spandex memberikan regangan bebas dari segi kemasan untuk tubuh.

8) Bilakah seluar dalam perlu ditukar?
~> Jika lipatan pada kaki dan bahagian pinggang mula mengembang dan longgar, tepinya bergulung atau terlondeh, jahitan tets atau fabriknya menipis dan tidak selesa.

9) Bagaimana cara yang betul menjaga seluar dalam?
~> Periksa label mencuci yang disediakan. Boleh juga cuci dengan menggunakan uncang khas dalam mesin pencuci. Keringkan di tempat redup dan berangin. Cuaca yang panas terik akan menyebabkan fabrik elastik cepat longgar.

10) Bagaimana menentukan saiz sebenar seluar dalam anda?
~> Dapatkan tali pengukur. Kemudian ukur sekeliling saiz pinggang. Ukur pada bahagian paling berisi di sekitar pinggul (biasanya 10 inci dari bawah pinggang).

KETAHUI SAIZ SEBENAR SELUAR DALAM ANDA:

------Pinggang -------------------- Pinggul -------------------- Saiz
------24" - 25" ----------------------35" - 36"--------------------- S
------27" - 28" ----------------------37" - 38"--------------------- M
------29" - 31" ----------------------39" - 41" --------------------- L
------32" - 34"----------------------42" - 44"--------------------- XL
------35" - 37"----------------------45" - 47"--------------------- XXL
------38" - 40"---------------------48" - 50"--------------------- XXXL

p/s: sumber dari Berita Minggu 5/10/2008

Friday, November 6, 2009

ANDAI KU TAHU

السلام عليكم

اكو توكر سديكيت ليريق دري لاڬو ني

كالاو كو تاهو هوجن تق جادي
تيدكله اكو تورون ك بندڠ
كالاو كو تاهو هوجن تق جادي
تيدكله اكو تورون ك بندڠ

كالاو كو تاهو اورڠ تق سودي
تيدكله اكو تريما ڤينڠن
كالاو كو تاهو اورڠ تق سودي
تيدكله اكو تريما ڤينڠن

ده نصيب اورڠ تق سودي

باڽق يڠ اكو كسلكن.
باڽق ايرمات يڠ اكو بذيركن.
باڽق كصبرن يڠ چوبا اكو ڤرتاهنكن.
اكو تيدق كسل اتس ڤوتوسڽ سبواه ايكتن يڠ بلوم ڤستي منجنجيكن كبهاڬيءن.
اكو چوما كسل كران اياڽ سأوله-اوله منجادي بادي دالم هيدوڤ اكو سكارڠ
.


HUJAN ooo HUJAN...

Assalamualaikum....

Musim tengkujuh sudah mula tiba. Sekarang ni tiap2 hari hujan. Mula
dari pagi sampai la ke malam dan bersambung ke pagi keesokannya.
Segala aktiviti luar terbantut. Macam la aku buat aktiviti luar ni kan...
Padahal dok ngadap pc je sampai hip pun dah naik kembang...
hahakkk..


Mendung tak bererti hujan..... Dah hujan dah pun.....

Lagi satu, kalau hujan2 ni perut manjang lapar je. Itu lagi satu sebab
ke atas pengembangan hip aku ni. So, lepas ni tak boleh la nak sorak
hipppp....hipppp...horeyyy.....sambil lompat2. Badan dah makin berat
lagi mau lompat ke makcik oiii..... Diam la ko....!! Sebok je...!! Hohh....!!


Hujan yang turun bagaikan mutiara. Kalau mutiara dah lama aku nganga mulut...haha

Takde mood lak nak merapu hujan2 ni. Semua membeku...huhuhu...
Layan vcd hindustan bestt gak taim2 camni.... Takpun layan mak aku
tengok gusti huahuahua. Mesti seronok mak aku kalau aku pasang vcd
WWE ni. Tapi tak payah la kott, sbb vcd WWE kat rumah ni semuanya
jenis yang keluar darah2 tu. Abang aku la punya kerja tu, dok beli vcd
gusti ni....haishhh....


Hari2 hujan sampaikan tiap2 hari kucing aku melepas kat beranda. Baru lepas cuci....

Motif letak gambar tempe + kentang? Biasa la kan. Aku sekarang ni
teringin nak spiking dua2 bahasa ni.... Penat dah asyik2 tanya wes
mangan, wes ngombe, wes ngeteh... Sesekali nak gak wes.....tern....
Muahahaha.....




p/s: Okay la, hujan ni macam takde tanda2 nak berhenti je. Nampak
gayanya aku kena la merajinkan diri menggosok kain baju yang tak
berapa nak kering ni....terutama sekali yang kecik2 tuuuuuu....
(cakap
dengan gaya moncongkan bibir ala2 angelina jolie hoccay...)

.

Wednesday, November 4, 2009

BAUNG ooooo BAUNG...

Assalamualaikum.....

Taraaaaa......Muahahaha......Kenal tak ikan apa ni...? Kaki pancing
mesti kenal punya la. Itupun kalau kaki pancing ikan la. Kalau kaki
pancing awek jangan harap la nak kenal ikan ni. Entah2 tengok ikan
pun nampak macam awek dia je.... Wakakakaka....heeiippp....!!!


Siap la kau, lepas ni aku gulai kau anak beranak dengan pisang muda.....

Inilah dia ikan baung. Pernah dengar tak..? Cehh...tak pernah dengar
konon. Macam la orang bandar sangat sampai nama ikan baungpun
tak pernah dengar. Melampau la tu...huhu...


Tak boleh cakap kesian sebab nanti tak boleh makan ikan2 ni...Orang kata la...huhu

Kalau aku cakap aku pancing ikan ni ada yang percaya tak ehh..?
Alaa...agak2 je la, korang percaya ke tak? Tak percaya sudah la haiih..
Jeles la tu aku dapat pancing ikan baung ni... Pastu sampai 3 ekor
sekali lak tu.. Abeh satu keluarga baung ni aku kaut...ekekekeke....
Ikan baung ni kalau buat masak lomak lado api dengan pisang mudo
sodap ni. Perghhh....tolan air liur japp....Tu belum masak lagi tu. Kalau
dah masak agaknya dengan piyok2 sekali kena tolan...hikhikhik...



Alahaiii.....dio sonyum2 la pulak....camno ni wehhh...hehe...

Aku tak berapa pandai nak masak gulai ikan baung ni. Kalau takat nak
siang pisang muda tu terer la. Ada sekali tu aku masukkan kulit pisang
yang dah disiat2 tu lebih banyak dari isi pisang muda tu. Pastu mak aku
cakap la, "ni nak bagi kambing ke orang makan ni." Akupun jawab la
dengan selambanya, "orang tak goma isi pisang tu, orang suko kulit dio
yo.." Lepas tu mak akupun cakap balik kat aku, "elok la tu, kang kau
abeh-an makan sumo kulit tu." Alamak....!!! Lepas tu bila dah masak,
aku try la makan kulit pisang tu... Caittt.....liat kosan ehh... Rupa2nya
pisang tu tak berapa nak muda. Masak lama2pun masih kogheh. Padan
muko den....hahaha....

p/s: Guru masakan yang paling bagus adalah mak kita sendiri. Oleh itu
belajar la memasak dengan mak masing2 ya. Tapi aku malas la bab nak
masak2 ni.. Boleh gitu..? Boleh la...boleh la...boleh blah...muehehehehe..
.

Tuesday, November 3, 2009

BOMOH vs DOKTOR

Assalamualaikum....

Bomoh vs doktor...


Korang pernah jumpa bomoh tak? Percaya tak kat bomoh-bomoh ni? Aku kalau pasal bomoh-bomoh ni kurang sikit nak percaya, tapi aku tak nak la cakap besar, takut gak kot ada kroni-kroni bomoh yang baca blog ni, kang abeh aku kena hembus... Maaf ya pak bomoh, tolong jangan hembus saya ya.. Pelisss... huhuhu....



Aku ada kisah berjumpa dengan bomoh-bomoh ni.. haha.. Itupun terpaksa aku lakukan setelah ubat-ubat klinik tidak menunjukkan tanda untuk aku sembuh. Engkau sakit apa? Apsal aku tak tau ni? Jap laa, ni aku nak bagitau la ni.... haishh..., tak menyompek-nyompek.....



Penghujung 2000 aku diserang satu sakit misteri. Misteri la sebab doktorpun tak dapat nak pastikan sakit apa. Amek darah, check urine tapi result dia bak kata doktor tu..., cantikk!! Jadi, apa masalahnya ehh.. Mana la aku tau..!! Grrrrrrr....



Mula-mula kaki aku membengkak. Aku pergi la klinik. Doktor India tu suruh buat urine test, ikut je la. Pastu, dia tanya aku..."U sekarang ni tengah period ke..., datang bulan.." Terkedu sekejap aku bila orang lelaki tanya soalan camtu. Rasa merah je muka menahan malu. Tapi aku jawab jugak la.."Tak la doktor. Kenapa..?" Pastu doktor tu pun cakap la.. "Kencing U ada darah". Gulppp, rasa macam tak tertelan air liur aku. Takut kalau-kalau ada effect dengan buah pinggang. Doktor tu pun bagi la aku ubat yang sepatutnya dan aku diberi MC seminggu. Huhh.., bosan...!!



Dekat sebulan aku tak baik-baik jugak. Kaki aku makin membengkak terutama sekali kat atas dan bawah tapak kaki. Nak berjalanpun susah, sakit yang teramat sangat sampai kena gunakan tumit padahal tumit tu pun bengkak jugak!! Bila makan je aku muntah. Dalam tiga hari je badan aku susut, perut aku jadi rata macam padang bola, tak payah nak diet-diet bagai.... hahaha...



Kawan aku cadangkan aku jumpa bomoh. Aku terpaksa ikut sebab dah tak daya menahan sakit, tambah pulak duduk rumah sorang-sorang tak pergi kerja, memang la boring tahap cimpenzi. Jadi, malam Jumaat tu akupun ikut la kawan aku ke rumah bomoh itu. Sepanjang atas motor kapcai kawan aku tu, dada aku dupdapdupdap je. Waduhh..., nak jumpa bomoh macam nak jumpa bakal mak mertua lak rasanya... muehehehehe...


Sampai je, aku tengok orang dah ramai. Dah la keadaan rumah tu suram dan gelap sikit. Ishh.., makin seram je aku rasa. Tiba giliran aku, makcik bomoh tu tanya.. "Ada bawak telur ayam kampung tak..?"... "Errr..., takde".. Takut-takut je aku jawab. "Takpe la kalau tak bawak, guna je telur yang makcik punya ni dulu.." Aku angguk je la.., tapi dalam hati makin kuat debarannya. 



Makcik tu suruh aku baring. Akupun ikut je. Lepas tu, dia pun mulalah mengoles dengan menggelekkan sebiji demi sebiji telur ayam kampung tu dekat kawasan perut aku. Haa.., masa ni kan, aku rasa geli sangat.... ekekekeke...


Mulut makcik bomoh ni kumat-kamit baca apapun aku tak tau. Lepas tu dia pecahkan telur ayam tadi kat dalam mangkuk. Dia suruh aku tengok apa yang ada kat dalam telur tu. "Ada nampak tak, tu yang kat dalam telur kuning tu ada darah..?" Akupun tengok la... "Tak nampakpun..?" Bomoh tu cakap lagi.. "Tu haa, takkan awak tak nampak..? Akupun jawab secara jujur.. "Takde, saya tak nampakpun.." Lepas tu, diapun amek sudu dan tunjuk kat tempat yang dia kata ada darah tu dengan batang sudu tadi...



"Ni haa, takkan tak nampak, banyak ni.... Apa la awak ni..?"
Aku dah mula cuak. Buatnya bomoh ni marah, abeh la aku. Dengan suara yang agak perlahan, akupun jawab la. "A'ah, nampak dah." Kali ni jawapan aku betul-betul tak jujur.. Lepas aku cakap camtu, baru la makcik bomoh tu tersenyum. "Haa.., kan makcik dah cakap. Awak je yang buat-buat tak
nampak.."
Cehh..., nak kena ampu jugak ke bomoh ni.... huhu...



Selesai urusan tu, akupun balik la. Tapi bomoh tu suruh aku datang lagi dua malam Jumaat yang seterusnya sebab nak genapkan tiga malam aku berubat. Alahaiiii....!! Ikut aje la bebb, walaupun tak suka. Akupun ikut la apa yang bomoh tu suruh buat. Kena mandi dengan air limau nipis tiga hari berturut-turut selepas waktu Maghrib. Punyo la sojuk den. Dah la badan makin mengecut, kena lak mandi malam-malam ...agagagaga... Gigil bebb...



Kesimpulannya, sakit aku dok camtu jugak la... Makin teruk sehingga aku diserang sesak nafas yang memaksa aku berjumpa bomoh yang kedua, kat tempat lain pulak. Dah la, aku malas dah nak panjang-panjangkan cerita... Pi mai pi mai dok tang tu jugak... hmmm....



p/s:
Tapikan, kat tempat bomoh kedua ni, ada isteri yang jumpa si bomoh semata-mata nak dapatkan balik suami dia yang sedang lupa diri sebab tengah syok giler berkasih-kasihan dengan perempuan lain. Erkkkk.... aku no komen la... ehehh....

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)