Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, January 14, 2017

DIY: Nutripot yang mudah dan murah.

Assalamu'alaikum.

DIY: Nutripot yang mudah dan murah.


14/1/2017. Aku masih lagi dengan entri berkaitan dengan berkebun dan tanam sayur. Kali ni aku nak cuba tanam kangkung dengan menggunakan kaedah nutripot. Kangkung tu beli yang ada akar. Rendam bahagian yang ada akar tadi. 


Sebelum tu, kena sediakan dulu bahan yang diperlukan untuk projek nutripot ni. Bahannya mudah je. Senang je nak dapat. Kalau susahpun, mungkin kain felt tu je la kot tapi boleh gantikan kain felt tu dengan tali mop yang kita dah guna. Tapi jangan pulak guna tali mop yang berminyak. Habis rosak air baja kita nanti.


Jom tengok apa bahannya dan bagaimana cara nak buat nutripot ni. Nutripot ni sesuai digunakan jika rumah kita takde kawasan bertanah ataupun jika kita tinggal di flat yang ruangnya adalah terhad.


 Kita perlukan botol air mineral 1. 5L, cawan plastik yang biasa kita beli air kat pasar malam tu, kain felt yang telah dipotong 1/2 inci lebar, penukul air batu dan juga pisau tajam serta gunting. Ehh, gunting takde pulak dalam gambar. Haha. Maaf ya.


Mula-mula tandakan bahagian yang hendak dipotong pada botol. Lepas tu, hiris dulu dengan pisau untuk dapatkan sedikit lubang. Kemudian, barulah gunakan gunting untuk teruskan memotong. 


^
Panaskan hujung mata penukul air batu pada api dapur gas. Kemudian, tekan perlahan-lahan pada cawan plastik tadi untuk buat lubang.
v

^
 Lubang bawah yang kat tengah tu biarlah besar sedikit supaya senang nak masukkan sumbu kain felt dan memudahkan pengaliran air baja.
v


Pastikan mulut botol yang sudah dipotong tadi ngam-ngam dengan mulut cawan plastik. Jika boleh, jangan ada ruang kat tepi-tepi mulut botol tu.


^
Jangan lupa buat lubang pada badan botol. Lubang tu buat pada aras bawah cawan plastik tadi. Tujuannya adalah untuk keluarkan air yang berlebihan bagi mengelakkan cawan tu terendam.
 v

Beginilah rupanya bekas nutripot yang dah siap. Pastikan kain felt tu terbenam sampai bawah. Jangan pulak biarkan dia tergantung sebab nanti air baja tak sampai kepada tanah. 



Ini yang belum diisi baja, air dan tanah.



Isikan tanah ke dalam cawan plastik. Isikan tanah tu suku cawan je.


Kemudian, letakkan batang kangkung tadi. Tak payah tekan. Pegang je sekejap.


Lepas tu, tambahkan lagi tanah sampai penuh cawan tadi. Dan siram dengan air biasa. Tekan-tekan sedikit tanah tu untuk padatkan dia.


Isikan baja dan air ke dalam botol dan lepas tu boleh la letakkan cawan plastik tadi di dalamnya. Aku gunakan baja biji yang biasa tu je. Sikit je aku guna. Dalam lima biji je. 




 Dah siap dah projek kangkung nutripot aku. Nanti kita tengoklah dia punya hasil macam mana. Jika berjaya, boleh la cuba tanam sawi pulak.



Ni pokok kangkung yang aku tanam dalam pasu. Seronok tengok! Dah dua kali petik dah ni. Kalau petik yang ini, kiranya tiga kali petik la. Mungkin esok atau lusa baru aku petik sebab sekarang ni stok sayur masih ada lagi dalam peti sejuk.



p/s: Belajar buat sendiri untuk cari pengalaman. 

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »