Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, April 22, 2010

CERITA KOSONG AJE.... sekadar update... huhuhu...

Assalamualaikum.....

Semalam mak aku upah orang tebang dua batang pokok kelapa. Siapa yang nak kelapa muda buat inti tu, meh la datang sini ambil... hehehe... Sebenarnya mak aku sayang nak tebang pokok kelapa ni. Tapi memandangkan kedudukan kedua-dua pokok yang semakin condong ke arah tandas, maka terpaksalah dikorbankan juga.

Pernah sekali dulu, masa tu aku ada kat dalam tandas tu, tetiba je terdengar angin kuat bertiup. Mula-mula aku okay je sebab tak teringat pasal pokok kelapa ni. Tapi bila angin semakin kuat, terus berdetik hati aku...."ehh... buatnya tumbang pokok kelapa ni, habis aku kena hempap...." Apa lagi, tanpa berfikir panjang aku terus je keluar dari tandas tu sambil cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah. Semenjak hari tu, aku tak akan ke masuk tandas kalau angin kuat sedang melanda. Aku sanggup menahan kesakitan sambil mulut membebel suruh emak tebang pokok kelapa tu. Dan akhirnya pokok tu tertebang juga. Aman sikit nak memerut lepas ni kan... muahahahaha...


Banyak ni.... Ada lagi selonggok kat bawah sana....



Ni la namanya umbut kelapa. Yang sebelah kiri tu sebelum dibuang kulit dan sebelah kanan tu sesudah dibuang kulit...(Tu tangan mak aku tengah bergaya memegang pisau... hahaha...)



Air kelapa muda... Slurrppppp...... hehehe...


Nota sengal: Streamyx aku semakin teruk kesengalannya... :p

Nota bernas: Sekali air bah, sekali pantai berubah..!! Ada kena mengena ke dengan cerita ni... :)

Saturday, April 17, 2010

KONPEM SEDAP PUNYA LAA... hahaha...

Assalamualaikum.....

Ini adalah resepi ciptaan aku sendiri. Siapa yang nak mencuba bolehlah ambil resepi ni kat blog dapo aku ehh... Kat sini aku cuma tempek gambar je... muahahahaha.... Kalau malas nak pergi kat blog dapo tu, korang tengok je la gambar-gambar ni... Takkan tak terliur kot.... ekekekeke...



Masa agar-agar ni mendidih...



Menunggu untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais...



Inilah hasilnya setelah dikeluarkan dari peti ais.. Nyummm3... haha...

Nota sengal: Pandai tak aku masak...?? Muahahahaha.... :p

Nota bernas: Jangan selalu sangat makan kat luar. Tak bagus untuk kesihatan minda...

Thursday, April 15, 2010

BERSEKEDUDUKAN TREND BARU MUDA MUDI..???

Assalamualaikum....


Tinggal serumah tanpa ikatan perkahwinan yang sah mengundang pelbagai gejala sosial lain. - Gambar hiasan


HANYA kerana ingin menikmati kebebasan dan mengejar kesenangan, ada pasangan kekasih sanggup tinggal serumah dan hidup bagaikan suami isteri walaupun tanpa sebarang ikatan perkahwinan yang sah. Malah bersekedudukkan seolah-olah menjadi aliran baru di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota tanpa ada rasa bersalah atau berdosa dalam diri.

Edda (bukan nama sebenar) mengakui tinggal serumah dengan teman lelakinya, Eddy (juga bukan nama sebenar) sejak enam tahun lalu ketika sedang menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang.

''Waktu itu umur saya baru 19 tahun dan sedang menuntut di kolej. Teman lelaki pula sudah bekerja.

''Disebabkan kos hidup sebagai pelajar yang tinggi, saya memberanikan diri menumpang tidur di rumah teman lelaki. Dengan cara itu saya dapat berjimat dan tidak perlu menyewa bilik.

"Apabila sudah serumah dan selalu bersama akhirnya kami terlanjur dan mula seronok hidup bebas umpama suami isteri,'' ujarnya dalam pertemuan selepas berminggu-minggu dipujuk oleh penulis.

Mengakui seronok dengan kehidupan baru itu membuatkan dia terleka dan mula mengabaikan pelajaran.

Begitu pun jauh di hati kecilnya terasa bersalah terhadap ibu dan adik beradik lain.

''Pada ketika itu, kami sungguh bebas dan seronok. Kami boleh mengadakan hubungan seks sesuka hati tanpa perlu membuang duit untuk membayar sewa bilik hotel,'' akuinya.

Sekian lama Edda dan Eddy hidup seperti suami isteri, malah segala keperluan 'suaminya' itu Edda yang uruskan manakala keperluan rumah ditanggung oleh lelaki tersebut.

Pada awalnya pasangan tersebut berkongsi rumah dengan beberapa pasangan lain, namun disebabkan tidak mahu diketahui jiran-jiran sekeliling Edda dan teman lelakinya berpindah menyewa rumah lain.

''Kehidupan kami memang tidak ubah seperti suami isteri, cuma yang membezakan kami ialah tiada akad nikah,'' ujarnya.

Katanya lagi, setelah hampir dua tahun bersama mereka berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat kerja baru.

''Masa mula berpindah semuanya masih berjalan lancar namun selepas hampir enam bulan saya mula rasa terbeban kerana Eddy masih tidak bekerja.

"Malah saya pernah membuat pinjaman bank semata-mata untuk diberi pada Eddy bagi memulakan perniagaan.

''Tetapi semua hancur kerana dia tidak pandai berniaga. Akhirnya saya yang merana kerana terpaksa menanggung hutang,'' katanya.

Namun mengenangkan jasa Eddy menolongnya dulu, Edda tidak keberatan untuk terus berada di sisi teman lelakinya itu.

Ditanya mengapa tidak berkahwin secara sah, Edda memberitahu teman lelakinya kerap mengelak daripada berbicara tentang itu.

''Sudah berbuih saya mengajaknya berkahwin tetapi dia hanya memberi alasan tidak cukup wang.

''Bukannya ibu bapa kami tidak tahu hubungan kami, malah kedua-dua belah pihak merestui dan mengetahui hubungan kami.

"Tetapi dia sering memberikan alasan tiada kerja tetap untuk menanggung saya,'' ujarnya.

Biarpun kedua-dua belah keluarga mengetahui hubungan tersebut mereka masih tidak mengetahui Edda dan Eddy tinggal bersama.

''Kini saya sering dihantui rasa bersalah. Malah setiap kali bersembahyang, pasti doa utama saya ialah untuk menyatukan hubungan kami,'' ujarnya yang mula berasa insaf dengan perbuatan tersebut.

Malah akuinya, dia terfikir juga untuk bernikah di sempadan bagi 'menyelesaikan masalah' tetapi dihalang oleh pasangannya.

''Entahlah sampai bila dia nak simpan saya ini, mungkin sampai ke tua agaknya, ''ujarnya dengan suara yang terketar-ketar.

Edda mengakui mengetahui batas dan hukum-hakam agama, tetapi kerana desakan hidup, dia merelakan dirinya diperbuat sedemikian.

''Saya bukan dari keluarga yang senang, lagipun adik beradik masih bersekolah, ibu pula sekadar pekerja biasa, setiap bulan perlu hantar duit ke kampung.

''Kadang-kadang rasa menyesal juga tetapi apakan daya perkara telah berlaku terpaksa teruskan sahaja,'' ujarnya yang mengakui ibu dan ayahnya bercerai ketika usianya 10 tahun.

Ditanya tidak takut jika hamil luar nikah, Edda mengakui setiap kali membuat hubungan kelamin mereka menggunakan alat pencegah kehamilan.

''Terfikir juga jika 'termengandung' tetapi setakat ini masih 'selamat','' ujarnya lagi.

Sementara itu, Eddy pula memberitahu, bukan niatnya untuk berterusan bersekedudukkan bersama Edda tetapi baginya masa masih belum sesuai untuk mereka berkahwin.

''Saya sayangkan dia sepenuh hati tetapi belum mampu untuk mengambilnya sebagai isteri," ujarnya bersahaja.

Katanya lagi, dia berhasrat untuk mengahwini buah hatinya itu secara sah pada suatu hari nanti.

Malah berhasrat untuk memiliki sebuah keluarga yang bahagia dan sempurna suatu hari nanti.

Banyak lagi artikel yang bersangkut-paut yang anda boleh baca di SINI

Wednesday, April 14, 2010

CANTIK RUPA TAPI BURUK PERANGAI: Siapa nak jawab..??

Assalamualaikum...

Tajuk entri macam sengal je kan... hahaha.. Takde la, macam biasa tadi aku tengok program Wanita Hari Ini @TV3 tu. Bagi aku topik perbincangan kali ni agak menarik jugak la walaupun tetamu jemputan selain dari pakar motivasi tu agak kurang me- muaskan. Bukan apa, macam la takde manusia yang lagi berjaya dan cun melecun daripada artis jemputan tu kan... Ehh... ni dah kira termasuk dalam kategori buruk perangai jugak ni... muahahahahaha... tetttttttt....

Kadang-kadang memang sukar untuk kita menilai sikap seseorang berdasarkan dari paras rupa masing-masing. Kebiasaannya, kalau seseorang tu dah cantik, segala- gala yang berkaitan dengan dirinya tetap dipandang cantik. Manakala yang buruk tu kekal sebegitu. Kenapa agaknya fenomena ni berlaku? Adakah kita ni jenis manusia yang mudah terpedaya dengan kecantikan luaran? Ohh... itu sudah semestinya. Kalau tidak masakan kasut yang berharga sehingga beribu-ribu ringgit itupun masih ada orang yang sanggup membelinya. Padahal nak letak kat kaki je pun... (bukan letak kat kaki orang Jepun okay.... )

Menurut pakar motivasi tersebut, orang yang cantik ni selalunya tidak sayangkan duit untuk membeli barang-barang luaran tetapi amat kedekut untuk membeli buku-buku ilmiah. Bukankah itu tandanya mereka hanya ingin menunjuk-nunjuk? Cantik seseorang itu bukan terletak hanya pada paras rupa, tetapi lebih kepada ilmu yang ada dalam dirinya. Hmmm... kedua-dua kategori ni takde kat aku. Adakah ini ber- makna aku ni buruk rupa dan buruk perangai..? Huhuhu.... kena muhasabah diri sendiri...

Ya... Aku tak nafikan yang aku mempunyai perangai buruk terutama sekali jika aku marah. Dah banyak kali aku cakap: You won't like me when I'm angry...!! Jadinya, jangan cari pasal dengan aku JIKA aku tak cari pasal dengan kamu..!! Boleh..?? Namun begitu, orang yang paling cantik kat dunia ni pun akan kelihatan buruk jika dia berada di dalam keadaan marah. Tak percaya? Percaya je laa... hahaha...

Ada seorang pendengar yang memberi pandangan tentang teman wanitanya yang sememangnya tergolong dalam manusia cantik tapi buruk perangai ni. Bila dah putus hubungan, mulalah keluar semua cerita buruk, ya tak? Biasa la tu kan... Menurut lelaki tersebut, bekas teman wanitanya amat payah jika disuruh solat, menolak jika diajak ke majlis ilmu serta tidak mahu memakai tudung untuk majlis-majlis tertentu.
Aku tak nak komen la pasal ni. Biar je la manusia-manusia cantik ni berfikir sendiri. Yang burukpun kena fikir sama (akukah ituuu...?)

Bagi aku, perangai buruk seseorang itu akan terkeluar dengan sendirinya jika dia berada di dalam keadaan terdesak ataupun marah. Tak kiralah samada rupa orang tu cantik ataupun buruk kerana manusia boleh hilang pertimbangan dengan situasi sebegini. Dan biasanya tindak-tanduk ketika terdesak inilah yang akan selalu diperkatakan orang walaupun kadang-kadang hanya sekali sahaja kita bertindak di luar jangkaan. Cubalah elakkan diri dari menjadi manusia talam dua muka, di depan nampak baik tetapi di belakang punya la kuat mengata. Mudah-mudahan dijauhkan la sifat sebegini dari hidup aku...

Nota sengal:
Cantik rupa dan cantik perangai itu dikira sebagai bonus. Buruk rupa dan buruk perangai pula dikira sebagai apa..?

Nota bernas: Jangan mudah terpedaya dengan kecantikan yang dipamerkan. Itu semua adalah godaan syaitan....

Thursday, April 8, 2010

JANGAN BERSEDIH..

Assalamualaikum....

Aku masih lagi bersedih. Dan untuk mengurangkan kesedihan itu, aku buka buku La Tahzan ni. Bila aku buka je muka surat yang ada penanda tu, terus terpampang tajuknya, Jangan Bersedih seolah-olah mengetahui apa yang sedang aku alami. Aku kongsikan sedikit apa yang tertulis di bawah tajuk tersebut. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada kita semua...


ISLAM sangat melarang umatnya bersedih. Ini ditegaskan dalam beberapa firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam). dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu."-(A-li-'Imraan: 3: 139)

"Dan janganlah engkau merasa dukacita terhadap mereka (kerana mereka tidak beriman dan tidak dapat menguatkan Islam sebagaimana yang engkau harapkan)."-(Al-Hijr: 15: 88)

"Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita."-(At-Taubah: 9: 40)

"Maka tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."-(Al-Baqarah: 2: 38)

Kesedihan itu hanya akan memadamkan api semangat. meredakan tekad dan mem- bekukan jiwa. Kesedihan juga ibarat penyakit demam yang membuat tubuh menjadi lemas dan tidak berdaya. Mengapa demikian?

Ini kerana kesedihan itu hanya memiliki daya yang menghentikan dan bukan meng- gerakkan dan ia sama sekali tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada hati. Bahkan kesedihan merupakan perkara yang paling disenangi oleh syaitan.

Maka dari itu, syaitan selalu berusaha agar seorang hamba bersedih untuk meng- hentikan setiap langkah dan niat baiknya. Allah s.w.t telah memperingatkan dalam firmanNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah dari (hasutan) syaitan untuk menjadikan orang-orang yang beriman berdukacita."-(Al-Mujaadalah: 58: 10)

Rasulullah s.a.w pernah melarang tiga orang yang sedang berada dalam satu majlis sedemikian, "(Janganlah dua orang di antaranya) saling melakukan pembicaraan rahsia tanpa disertai yang ketiga, kerana yang demikian itu akan membuatnya (yang ketiga) berdukacita."

Bagi orang Mukmin, kesedihan itu tidak pernah diajar dan dianjurkan. Bagi mereka, kesedihan merupakan penyakit yang berbahaya bagi jiwa. Kerana itu, setiap Muslim perlu menjauhi perkara yang tidak baik. Islam juga mengajar kepada setiap Muslim agar sentiasa melawan dan menundukkannya dengan segala cara yang disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Kesedihan bukanlah sesuatu yang dicari-cari dan bukan pula sesuatu yang diharapkan, bahkan ia tidak mendatangkan suatu manfaat. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w sentiasa memohon perlindungan dari Allah s.w.t agar dijauhkan dari kesedihan dan Baginda s.a.w sentiasa berdoa yang bermaksud:

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa kecemasan dan kesedihan."

Kesedihan adalah teman akrab kecemasan. Kedua-duanya tidak disukai oleh hati, kerana dengan perasaan inilah hati menjadi tidak tenteram.

Kesedihan membuatkan hidup menjadi keruh. Ia ibarat racun berbisa bagi jiwa, yang menyebabkannya lemah semangat, keluh-kesah dan kebingungan. Kesedihan juga boleh membawa kepada kemurungan yang menggelapkan hati dan membuat seluruh keindahan menjadi layu. Dengan kesedihan, keadaan yang baik akan berubah menjadi buruk dan akhirnya akan membawa kebinasaan pada diri.

Meski demikian, pada tahap tertentu kesedihan memang tidak dapat dihindari dan seseorang terpaksa bersedih kerana suatu kenyataan. Berkenaan dengan ini, disebut kan bahawa para ahli syurga ketika memasuki syurga akan berkata:

"Segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan dukacita dari kami."-(Faatir: 35: 34)

Nota sengal: Selebihnya kena la beli buku ni. Takkan la aku nak copy paste semua yang ada. Sikit-sikit sudah laa... :p

Nota bernas: "Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kesedihan dan kecemasan, dari rasa lemah dan kemalasan, dari bakhil, pengecut, bebanan hutang dan tekanan orang-orang (jahat)." ... :-)

Monday, April 5, 2010

PETUA: YANG LAMA JANGAN DILUPA....

Assalamualaikum...

Bosan tak..? Aku sedikit bosan sekarang ni. Rasa macam nak terbang je. Nak terbang ke mana..? Ke mana-mana je la... janji dapat menghilangkan sikit kebosanan aku ni. Hehhh... tolong jangan perasan boleh tak..!! Tengok la badan tu dulu, lepas tu baru boleh cakap pasal terbang-terbang ni... Uiishhh... biso bonarrr...!! Apa..?? Ingat aku tak boleh terbang ke..?? Naik je la kapalterbang, abeh cerita... hakhakhak...

Dan untuk menambahkan lagi kebosanan ini, aku dengan rela hati menempek info mengenai khasiat pelbagai jenis ulam yang aku taipkan semula. Rajin tak..?? Ha.. ha.. ha... (sengal...). Siapa nak baca, silakan. Yang taknak baca tu... hmmmm....

Ulam Raja:
~> Di buat ulam kerana daun dan batangnya boleh membersihkan darah, menguat- kan tulang dan juga untuk kecantikan (awet muda).. ;)

Halia:
~> Sebagai rencah masakan. Air rebusan halia dipercayai dapat mengurangkan kolestrol dan sakit sendi. Halia yang ditumbuk halus dapat menyembuh luka dan mengurangkan bisa gigitan binatang dengan memupur pada bahagian yang cedera.

Serai Wangi:
~> Daunnya antara ramuan mandian ibu lepas bersalin. Air rebusannya boleh diminum untuk meredakan sakit kepala. Bagi pesakit gastrik, ambil 30-45 gram serai wangi yang direbus bersama ayam dan minum air rebusan tersebut.. (wahh.. boleh cuba ni sebab aku ada gastrik...)

Jering:
~> Buah muda dan pucuk yang masih merah dimakan sebagai ulam. Kulit buahnya boleh direbus dan diminum bagi mereka yang menghidap kencing manis.

Pucuk Gajus:
~> Kaya dengan protein, zat besi, mineral, vitamin B2 dan C serta niasin. Pucuk muda boleh dimakan mentah manakala daun tua yang dihancurkan boleh digunakan untuk mengubati kulit melecur.

Serai:
~> Air rebusan secekak serai boleh dijadikan mandian anak yang menghidap penyakit kuning dan seeloknya dimandikan pada sebelah petang. Ia juga boleh mengurangkan lebihan kolestrol di dalam badan.

Mengkudu:
~> Air daripada buahnya diminum untuk melawaskan kencing. Buahnya dimakan untuk mengubati kencing manis dan bengkak hati (liver). Daunnya digunakan sebagai pembalut batu tungku dan ramuan mandian untuk ibu lepas bersalin. Daun- nya dipanaskan dan ditampal pada perut untuk melegakan sakit perut. Isi buahnya boleh digunakan untuk mencuci rambut agar cantik berkilau. Pucuknya juga boleh dimakan sebagai ulam (banyaknya khasiat... kena tanam sepokok ni..)

Cekur:
~> Daun dan ubinya dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Daun dan akar boleh dimakan mentah untuk meredakan batuk. Perahan daun yang ditumbuk boleh mengubati sakit tekak, demam dan sakit mata.

Kunyit:
~> Ibu kunyit dikatakan dapat mengecutkan rahim selepas bersalin. Boleh juga digosokkan pada muka untuk menghilangkan jerawat. Kunyit muda dibuat ulam untuk memperbanyakkan susu ibu selepas bersalin.

Petai:
~> Mengandungi bahan antidiabetik (boleh melawan kencing manis) dan antikanser. Kaya dengan mineral seperti kalsium, fosfat, natrium, magnesium, zat besi, vitamin C, niasin dan protein. Petai boleh dimakan sebagai penawar tambahan bagi pesakit kencing manis dan darah tinggi.

Nota sengal: Zaman sekarang ni mana ada orang nak susah-susahkan diri makan dan buat semua ni. Makan pil lagi senang.. :p

Nota bernas: Ini adalah artikel yang aku ambil dari majalah Jelita keluaran Jun 1999. Kajian dilakukan oleh Pensyarah di Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi iaitu Dr. Suhaila Mohamed... :)

Sunday, April 4, 2010

DAH PUTUS TAPI BOLEH SAMBUNG BALIK SEMULA... ye ke..?

Assalamualaikum....

Malam tadi selepas aku siap solat Maghrib, tetiba je mata aku terpandang sesuatu kat celah2 meja kopi. Aku tengok benda tu dengan perasaan sedikit cuak. Hidup lagi ke dah mati ni, bisik aku dalam hati. Lepas tu akupun ambil la gunting jahit aku. Aku kuis-kuis badan dia tapi macam diam je. Namun, aku masih tak puas hati... Buatnya dia pura-pura pengsan, habislah kalau dia membesar nanti... Dah la benda ni jenis merbahaya...


Euuwww.... agak menggerunkan... Meremang bulu roma aku 5 saat..!!

Untuk memuaskan hati sendiri, akupun apa lagi... terus je aku gunting-gunting badan dia. Rasakan... hahahaha... Lepas tu, aku sembur pulak badan yang telah dipotong-potong tu dengan ridsect. Alang-alang dah memotong, bagi je la perasanya sekali.... hehehe...


Hambekkk... kan dah kena potong...

Ni baru anak lipan. Kalau la terserempak dengan bapak lipan, konpem aku menjerit dulu. Lagipun lipan ni kalau dah menjalar atas simen, punya la laju dia jalan. Sebab tu, aku selalu sediakan ridsect di setiap ruang rumah aku ni untuk kegunaan di masa kecemasan.

Dulu aku pernah tengok kat tv1, ada orang tu cakap lipan ni walaupun badan dia dah kena potong, tapi dia masih lagi boleh bersambung dengan badan yang lagi sekerat tu jika bertemu. Oleh itu, kalau korang dah potong lipan tu, pastikan jangan buang di tempat yang sama. Kena campak sekerat badan kat depan rumah, dan yang sekerat lagi kat belakang rumah. Lebih kurang macam tu la maksud dia...

Aku tak pasti samada benar ataupun tidak kenyataan orang tu. Tapi jika kita perhati- kan betul-betul, lepas je kena kerat, lipan ni akan berpusing-pusing seolah-olah ingin mencari semula badan yang telah dipotong tu. Pernah tengok tak..? Aku pernah tengok walaupun rasa nak bluwekk je... hahaha..

Nota sengal: Siapa yang nak cuba buat eksperimen, bolehlah mula mencari dan memotong lipan ni.... :p

Nota bernas: Pastikan korang 'merakam' aktiviti potong memotong tu nanti sebagai bahan bukti. Setakat tunjuk gambar je orang tak akan percaya punya laa.. :-)


video
Sila buat rakaman seperti ini... hehehe...

Saturday, April 3, 2010

MESIN PENGESAN DAGING BAB*...???

Assalamualaikum...

Aku taipkan semula artikel yang disiarkan dalam Utusan Malaysia semalam.

Pulau Pinang 1 April~> Sekumpulan penyelidik daripada USM berjaya menemui kaedah mudah, murah dan cepat bagi membezakan antara daging ayam dengan daging bab*.

Menggunakan alat 'spectrophometer' dan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose', daging kedua-dua haiwan itu akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Profesor Azhar Mat Easa yang mengetuai kumpulan penyelidik itu berkata, proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi. Menurut beliau, seseorang hanya perlu mengambil secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan untuk diuji.

"Campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya. Menggunakan alat 'spectrophometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan samada ia daging ayam atau daging bab*"katanya pada sidang akhbar di USM di sini hari ini.

Azhar memberitahu, melalui ujian yang memakan masa tidak sampai 2 jam itu, warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging bab*. Katanya, sebenarnya terdapat peralatan sofistikated di pasaran yang boleh membuat ujikaji yang sama tetapi harganya tinggi hingga mencecah RM300,000.

"Harga tinggi mungkin membebankan pengusaha industri kecil dan sederhana khususnya yang terlibat dengan pemprosesan halal. Berbeza dengan produk kami kos gula 'ribose' ini adalah RM15 bagi empat gram manakala 'spectrophometer' berharga serendah RM10,000," ujarnya.

Katanya, hasil penyelidikan tersebut dibiayai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang memperuntukkan geran berjumlah RM190,000.

"Produk ini memenangi pingat perak pada Ekspo Teknologi Malaysia baru-baru ini," jelasnya. Idea untuk menghasilkan rekaan tersebut tercetus berdasarkan satu kes pada 2007 apabila produk daging bab* dari Australia yang dilabel halal didapati dijual di pasaran. Satu kes yang serupa pernah berlaku di Singapura tidak lama dulu," katanya.

Nota sengal: Boleh melakukan ujian di rumah jika mempunyai peralatan yang mencukupi... :p

Nota bernas: Yakin ke dengan penggunaan mesin2 seperti ini. Jangan pulak nanti semua warna bertukar menjadi gelap sedikit yang merujuk kepada daging ayam... :-)

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »