Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 11, 2013

Apa yang lawaknya...?

Assalamualaikum...

Apa yang lawaknya...?


Pernah tengok iklan yang satu ni..? Rasanya iklan baru kot.. Iklan pasal kopi segera.. Ni aku bagi sikit dia punya clue...


"Saya siap simpan dalam beg. Satu hari boleh minum tiga kali...", kata si gadis sambil goyang-goyangkan tiga peket kecil kopi segera di tangan..


"Hahahahaha..." (semua dok pakat gelak besar..)


Apa yang lawaknya sampai semua dok gelak besar macam tu..? Sampai sudah aku tak faham kenapa dorang ketawa sebegitu..


p/s: Lain la kalau iklan pasal budak tiga orang kat sawah tu.. "Itu bangau la, bukan langauuu... hahahaha...".. Ini baru betul lawak.. hehehe... Suka tengok iklan ni.. Comel je..

Letgo...

Assalamualaikum...

Letgo...


Kadang-kadang rasa macam nak jual je balik semula mana-mana novel yang tak boleh nak ngam dengan jiwa..


Tak jadi nak letgo.. Tunggu masa yang sesuai untuk dibaca balik semula.. 


Bila novel tu dah dibuka plastik pembungkusnya, dengan serta-merta statusnya jatuh kepada novel second hand atau novel terpakai.. Kadang-kadang tak baca sangatpun.. Setakat selak-selak muka depan, tengah dan belakang je. Tengok gaya bahasa macam mana.. Tengok jalan cerita macam mana.. Tengok watak tu macam mana..


Kena tukar cara susun.. 


Bila dah semua tu dibelek dan rasa macam hmmmm je, tu yang rasa nak letgo je tu...Banyak dalam stok novel macam ni.. 




Tapi bila difikir-fikir semula secara mendalam, rasa macam rugi pulak nak jual novel yang masih baru dengan harga second hand.. Mungkin buat masa ni otak tak boleh nak terima novel tu.. Manatau lagi tiga empat tahun akan datang, boleh pulak hadam novel tu dengan baik.. Siapa tahu, kan...? Ataupun mungkin sekarang ni otak dah tepu nak baca kisah yang seakan-akan sama je.. Tu yang kena peram dulu novel tu.. Bagi otak mencair balik semula.. huhuhu...


p/s: Buat masa ni, simpan je dulu mana-mana novel yang masuk kategori letgo tu.. Nak pinjam...?? JANGAN HARAP la ya... hehh... Kang kalau dah bagi pinjam, pastu buatnya rosak novel tu, langsung takde harga dah.. Aku jugak yang rugi..

Nasib orang yang takde kabel besar...

Assalamualaikum..

Nasib orang yang takde kabel besar... 


Ni la kesan daripada pengorekan tanah untuk kerja-kerja pembentungan masa bulan Jun hari tu.. Sampai sekarang dok macam ni jugak padahal masa dorang dah selesai masukkan pembentung dulu, aku dah bagitau supaya ratakan tanah tu. Pekerja tu kata nanti dorang buat tapi sampai sudah tak buat jugak..


Dah mula mendap..


Dua batang paip kat bawah ni sampai sekarang masih lagi tercongok kat situ.. Hari tu ada sekali dengan kepala paip tapi tak lama lepas tu, kepala paip tu dah dicabut semula. Dengar cerita, kena tunggu enam bulan baru dorang akan datang balik dan buang batang paip ni.. Itu dengar khabar angin je.. Yang sahihnya tak tau la bila.. Buatnya ada yang terbabas dan terlanggar batang paip tu, tak ke nanti air tu melonjak keluar..? Tak ke nanti air tu masuk kat kawasan rumah aku..? Ni yang buat aku risau ni.. Selagi tak dibuang, selagi tu la aku risau..


Betul-betul depan rumah aku. Dekat simpang tiga pulak tu... Dah makan sikit kawasan jalan..


Mendapan dah mula berlaku..


Kat bawah ni pulak, dorang tak ratakan tanah dengan batu tu.. Biar je macam tu sedangkan kat rumah orang lain, elok je dorang ratakan.. Dah susah pulak nak menyapu daun-daun rambutan yang gugur tu sebab struktur tanah yang dah berbonggol-bonggol.. Mana dengan batu besar yang dilonggok kat situ.. Sakit hati betul aku menengoknya...




Kerja tu bagi la selesai betul-betul.. Buat la elok sikit.. Ni ikut sukahati dia je nak buat ataupun tidak.. Kurang ajar betul.. Mentang-mentang la aku takde kabel besar... Masing-masing dok butakan mata buat tak nampak sebab benda ni bukan kat depan rumah dorang...


Ni video masa dorang korek tanah tu dulu...



p/s:  Hampeh...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »