Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, September 24, 2013

Cara menjahit manik jejurai atau dangling

Assalamualaikum...

Cara menjahit manik jejurai atau dangling..

Kali ni aku nak kongsikan cara menjahit manik jejurai atau dangling ni.. Kebiasaannya manik jejurai ni dijahit pada hujung selendang.. Tapi ada jugak orang yang rajin menjahit manik jejurai ni kat alas meja kopi ataupun pelapik yang diletakkan di atas piano dan seumpamanya.. Nak jahit kat awning tudungpun boleh jugak.. hehehe.. Ikut pada selera masing² la, kan...


Mudah je nak buat jahitan manik jejurai ni.. Panjang jejurai tu ikut kehendak sendiri la ya tapi jangan terlalu pendek dan jangan pulak terlalu panjang.. Agak² la.. Yang penting benang jangan terbelit dah la.. Kalau benang terbelit, memang la hangin jadinya nanti.. hehehe...


Pemilihan manik juga terpulang pada kehendak masing².. Aku cuma buat contoh je..


Masukkan jarum ke dalam 20 biji manik silinder dan 3 biji manik bulat..


Kemudian, tinggalkan sebiji manik bulat iaitu manik yang akhir sekali dan masukkan jarum ke dalam manik bulat yang kedua hingga sampai ke manik silinder yang pertama.. Rujuk pada gambar..


Cara nak tarik jejurai agar tidak sangkut² ialah dengan memegang manik bulat yang akhir tu (tengok gambar jari tu) dan pegang kejap benang dekat jarum tu dan tarik perlahan².. Jejurai jangan terlalu ketat sebab nanti jejurai tu nampak keras kejung.. Biarkan jejurai tu longgar sedikit..


Dah siap dah... Senang je, kan.. hehh..


As usual, sila klik gambar untuk gambaran yang lebih meluas.. ecehhhh... haha...


p/s: Selamat mencuba ya.. Lepas ni pakat² la pakai selendang berjurai bagai.. hikhikhik..

Cara menjahit jahitan baby seam...

Assalamualaikum...

Cara menjahit jahitan baby seam...

Kali ni aku nak kongsikan cara nak menjahit jahitan baby seam. Masa belajar menjahit dulu, aku ada belajar buat jahitan ni. Lepas tu masa kerja kat butik, pernah jugak buat untuk kain duyung. Alaaa, kain yang ketat kat ponggong dan kembang kat bawah tu.. Heeeee...


Selalunya jahitan baby seam ni dijahit pada gaun pengantin untuk menampakkan yang jahitan tu kemas. Ada juga dijahit pada gaun kanak-kanan samada atas kain satin ataupun kain chiffon. Cuma kalau buat atas kain chiffon, kena lebih berhalus la sebab kain tu lembut dan lembik. Hehh.


Perlu diingatkan bahawa untuk membuat jahitan baby seam ni, ukuran panjang atau labuh kain haruslah dilebihkan dalam anggaran satu setengah inci hingga dua inci dari ukuran asal.


Lipat kain dalan anggaran 3/4 "- 1" dan jahit mesin macam biasa betul-betul kat tepi lipatan tu.. 


Kemudian, gunting perlahan-lahan lebihan kain tadi betul-betul bersebelahan dengan jahitan.. Jangan sampai tergunting jahitan tu.. Kalau tergunting, kena ulang balik semula macam gambar yang pertama.. haha...


Lepas tu, lipatkan jahitan tadi dan tindih perlahan-lahan dengan mesin.. Jahitan yang kedua ni biarlah betul-betul berada di atas jahitan yang pertama tadi.. Kiranya jahitan bertindih la..


 
Ini dia rupa jahitan yang bertindih dari sebelah dalam.. Ada dua garis jahitan sebenarnya.. Jika jahitan itu ditindih betul-betul, ianya akan nampak seperti satu garis jahitan sahaja..



Dan ini pulak rupa jahitan baby seam yang telah siap. Cuma ada satu garis jahitan sahaja di sebelah luar kain...


Nota: Lepas gunting kain tu, kena terus tindih mesin ya.. Jangan biarkan kain yang dah siap bergunting tu macam tu je.. Nanti kain tu berbulu dan pasti susah nak melipatnya nanti.. Jika rasa tak mampu nak teruskan menjahit, jangan digunting kain tu... Dia macam kita potong baju la.. Jika boleh, lepas je potong, kena jahit tepi terus.. Kalau dibiarkan lama tak berjahit tepi, nanti bekas yang bergunting tu akan mula keluar bulu atau benang kesan kena gunting tu akan terburai.. 


p/s: Lagi halus jahitan baby seam ni bermakna lagi mahal harganya.. Nak cuba buat..? Silakan mencuba ya.. :)

Cara untuk menjahit manik bunga dahlia..

Assalamualaikum...

Cara untuk menjahit manik bunga dahlia..



Sebelum ni aku ada kongsikan cara asas nak jahit manik bunga lily atau teratai dan juga cara asas nak jahit manik crumble jentayu.. Kali ni aku nak kongsikan pula cara untuk menjahit manik bunga dahlia..


Seperti biasa, buat lakaran sebagai panduan. Kali ni aku gunakan duit 50 sen dan 5 sen..


Kemudian, buat garisan lurus seperti dalam gambar...


Seperti biasa, ini adalah langkah permulaan untuk memulakan jahitan.. Simpulkan hujung benang.. Cucuk jarum dari bawah kain dan keluarkan pada garisan sebelah luar bahagian atas kain.


Mulakan dari bahagian luar garisan. Masukkan jarum ke dalam labuci dari belah bawah/belakang labuci tersebut. Selang-selikan dengan manik silinder seperti dalam gambar iaitu 3 labuci dan 2 manik silinder.. Cucukkan jarum mengikut garisan lurus dan keluarkan pada garisan luar bersebelahan.. 


Lakukan proses yang sama sehingga habis satu pusingan...


Pusingan pertama yang sudah siap..


Jahitan pusingan pertama yng dah siap pada bahagian bawah kain...


Kemudian, mulakan proses yang sama untuk pusingan kedua...


Beza pusingan pertama dengan pusingan kedua ialah, pusingan pertama setiap garisan lurus diisikan dengan manik/labuci manakala pusingan kedua pula manik/labuci diisi secara berselang satu garisan.. 


Rujuk pada gambarajah ini.. Bahagian yang bertanda ( = ) itu adalah bahagian yang dijahit dengan labuci dan manik..


 Dan inilah hasil jahitan manik bunga dahlia yang sudah siap... Untuk bahagian tengah tu, jika ada ruang, boleh ulangi proses yang sama.. Jika tidak, cuma buat satu kelopak je iaitu 3 labuci + 2 manik silinder dan terus cucuk jarum ke bawah kain. Kemaskan jahitan dan barulah dimatikan jahitan tadi..



Rupa keseluruhan jahitan yang dah siap pada bahagian bawah kain..





p/s: Selamat mencuba ya.. Ilmu jahitan ni je yang dapat aku kongsi.. Nak kongsi duit, akupun nan hadoo... hehhh... Cara nak buat jahitan manik sisik ikan jugak lebih kurang sama macam ni.. 

Ingatan...

Assalamualaikum...

Ingatan...


Hidup jangan terlalu tamak dan jangan terlalu kedekut...
Berpada-padalah...


Ada ilmu yang berguna, kita kongsi..
Ada harta, kita kongsi juga walaupun sikit...


Ilmu dan harta itu kepunyaan Allah..
Tugas kita cuma mencari...
Rajin mencari, banyaklah yang kita kumpul..
Itupun dengan izin dan redha Allah jugak..


p/s: Ingatan untuk diri sendiri..
.
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »