Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Tuesday, December 13, 2011

Nak pergi ke tak..? Nak pergi ke tak..?

Assalamualaikum...

Nak pergi ke tak..? Nak pergi ke tak..?

Petang tadi dapat kad jemputan ke majlis persandingan Chef Riz dan Ana Dahlia.. Rasanya semua rumah dapat kot.. Cuma cepat dengan lambat je dapat kad tu.. Macam jiran aku, minggu lepas lagi dia dah dapat dah kad ni.. Bergantung pada ketua blok masing-masing la.. Kalau dorang cepat hantar, maka cepat la dapatnya.. 




Aku tak pasti lagi samada nak pergi ke tak..? Rasanya mesti ramai orang yang datang ni.. Aku ni kadang-kadang cakap je nak pergi. Tapi bila tiba masanya, aku jadi malas la pulak.. hehe.. Kalau tak pergi, tak dapat la nak tengok artis kawen, ya tak..? Bila lagi nak merasa berada di majlis kawen artis, kan.. heeee,,,




Tengok dulu la macam mana. Kalau akak jiran sebelah ni nak pergi, aku mungkin pergi jugak kot.. Biasa la, kalau pergi majlis macam ni, aku mesti nak ada teman.. hahaha.. Mak aku cakap, mesti sesak majlis tu.. Mesti jemputan berebut-rebut nak makan. Aku kata, tak dapat makanpun takpe asalkan dapat tengok artis bersanding.. Lagipun, rumah dekat je... Kalau nak ulang-alik balik makan kat rumah sepuluh kalipun takpe... kehkehkeh...




p/s: Nak pergi ke tak..? Nak pergi ke tak..? Lambung duit siling jap la... hahaha...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »