Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, February 28, 2010

KENALI KARAKTER MELALUI TARIKH LAHIR...(sambungan....)

Assalamualaikum....

Seperti yang dijanjikan, hari ni aku sambung balik semula
entry yang tergantung tak bertali hari tu... hehehe.... Harap2 lepas ni takde la orang yang merajuk lagi ehh.... ekekekekeke.... Seperti biasa, jangan percaya sangat kerana semuanya adalah kebetulan sahaja ya... ..


20 haribulan:
~> Tenang dan bersahaja. Adakalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.

21 haribulan:
~> "Angin" tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai/melepak di cafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.

22 haribulan:
~> Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu.

23 haribulan:
~> Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga amat mementingkan kawannya.

24 haribulan:
~> Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.

25 haribulan:
~> Gembira dan gemar berlawak.

26 haribulan:
~> Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai "koleksi" kekasih...!!!

27 haribulan:
~> Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.

28 haribulan:
~> Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda... (adik aku ok je... haha...)

29 haribulan:
~> Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.

30 haribulan:
~> Boros berbelanja terutama "menyolek" kereta kesayangan. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.

31 haribulan:
~> Gemar bergaya dan pentingkan keterampilan. Si dia juga sukakan gadis/jejaka yang ada personaliti...

p/s: Pantun dua kerat untuk hujung minggu ni.... muahahaha....

Pinggan tak retak, nasi tak dingin....
Orang tak hendak, cari je la yang lain...

"Sayangi diri sendiri adalah lebih baik daripada menyayangi orang yang tidak tahu menghargai kasih sayang yang kita berikan kepadanya...."
.

Friday, February 26, 2010

SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT: AKHIRNYA.....

Assalamualaikum....

ARKIB : 25/02/2010 (Utusan Malaysia)

Eksekutif telekomunikasi ditahan

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Rahsia di sebalik gaya hidup mewah seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi terbongkar tengah malam tadi, apabila dia ditahan polis kerana disyaki menjalankan kegiatan terlarang.

Siasatan awal mendapati suspek berusia 34 tahun itu menjadi dalang di sebalik penjualan klip video lucah kepada pelanggan syarikat itu melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS).

Seorang pegawai polis yang enggan dikenali mengesahkan suspek memiliki sebuah kereta Porsche dan sebuah BMW serta meraih pendapatan kira-kira RM4,000 sebulan.

Pegawai itu berkata, setakat ini, lelaki berkenaan telah mengaut pendapatan hampir RM11 juta.

Suspek ditahan para pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan Bukit Aman di rumahnya di Putra Heights berhampiran Subang Jaya berikutan satu laporan polis oleh syarikat berkenaan minggu lepas.

Polis memperoleh perintah mahkamah hari ini bagi menahan reman lelaki terbabit selama tiga hari bagi memudahkan penyiasatan.

Penyiasatan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dengan cara yang tidak dibenarkan.

Syarikat telekomunikasi terbabit dikatakan menggantung tugas lelaki berkenaan sementara menunggu hasil penyiasatan lanjut tentang kegiatannya itu. - Bernama


p/s: Kalau betul memang dia punya kerja, aku harap dia dapat hukuman yang setimpal. Kepada sesiapa yang dapat sms seperti yang pernah aku masukkan kat dalam post aku sebelum ni, korang jangan berdiam diri... Korang bagi je nombor enpon orang yang suka forward sms lucah ni kat polis, tak pun sebarkan je nombor tu kat blog/wall FB korang tu. Jangan suka forward2 sms bodoh macam ni ya adik2... abang2... kakak2... makcik2... pakcik2... ??? Kelak nanti korang lak yang akan kena "forward" ke dalam lokap... "MAKAN FREE" bebbb... huahuahua...
.

Wednesday, February 24, 2010

SENJA NAN MERAH....

Assalamualaikum.....

Sekadar ingin berkongsi hasil tangkapan kamera enpon aku senja tadi. Makin membuak2 keinginan untuk memiliki kamera yang lebih canggih seperti kamera
Cikgu eQbal tu... Takpe, aku akan berusaha untuk mengumpul dana yang secukupnya. Takde baju baru takpe, takde kasut barupun takpe... enpon takde kreditpun takpe jugak, boleh guna talian hayat kat FB hehehe... takde handbag baru lagi laa takpe... Handbag je banyak tapi takde isi kat dalampun tak best jugak... huhuhu....



7.35 malam...


Dari depan rumah... 7.34 malam...


Belakang rumah antara rumah aku dan rumah jiran... 7.32 malam...


7.31 malam...


7.30 malam...


7.29 malam...


7.28 malam. Aku hadiahkan 3 kuntum mawar merah kesayangan aku untuk semua pengunjung blog aku ni... "Kerana dirimu begitu berharga..."


p/s: Pucuk pauh delima batu... Anak semilang di tapak tangan... Walau jauh beribu batu... Hilang di mata di hati jangan....
.

Tuesday, February 23, 2010

SALAM PANTAI TIMUR....so delicious....!!!

Assalamualaikum.....

Hoyeaaaa..... Nampak tak..?? Nampak ke tak...?? Tak nampak ehh...?? Toingggg..... kan dah kena cocok mata tu..!! Lain kali cakap je la nampak, walaupun sebenarnya tak nampak... (macam kes aku dengan bomoh dulu laa... Ingat lagi takk.... hehehe...).

Takde apapun yang sebenarnya. Saja je aku buat gempak... ekekekeke. Jangan marah ehh... Alolololo, so suwit la bila korang tarik muka camtu... Rasa macam nak toreh2 je muka tu dengan lipstik kaler hijau... hakhakhak...

Ni nak kongsi benda yang aku makan semalam. Mak aku kirim benda ni kat jiran yang baru balik dari kampung. Jiran aku tu orang Kelantan. Sesekali makan benda dari Kelantan ni sedap jugak... hikhikhik... Tapi budu, maaf banyak2 dehh... kawe dop make budu ni.... huhuhu...



Serunding daging ni satu peket berharga rm6... Mak aku beli 4 peket..... Sepeket tu sikit sangat la isi dia..... huhuhu...




Haaa.... ni namanya buah delima. Sebiji berharga rm2. Mak aku beli 5 biji. Sedap rupanya buah ni kalau betul2 ranum. Manisss sangattt... Dulu aku pernah makan, tapi yang belum masak sepenuhnya, patut la kelat semacam je.... muahahaha....



p/s: Sian kat pokok2 bunga aku. Banyak yang mati musim panas ni. Dah sirampun masih lagi layu dan kering, sekering hati aku sekarang ni. Ceeewwwahhhh..... (Terima kasih pada kawan2 kat facebook yang selalu menceriakan aku... Sayanggg korang..... ekekekekeke.... ).
.

Monday, February 22, 2010

KENALI KARAKTER MELALUI TARIKH LAHIR

Assalamualaikum....

Info ni aku ambil dari Mingguan Malaysia keluaran Ahad, 21 Februari 2010. Sekadar ingin berkongsi sahaja dan jangan sesekali mempercayainya. Jika ada persamaan, anggap sahaja itu hanyalah kebetulan. Dan apa yang telah ditakdirkan ke atas kita, itu merupakan suratan Illahi...

1 haribulan:
~> Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai.

2 haribulan:
~> Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu2 kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.

3 haribulan:
~> Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah yang menyebabkan si dia kekurangan masa untuk bersama anda.

4 haribulan:
~> Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.

5 haribulan:
~> Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya untuk berterus terang.

6 haribulan:
~> Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Dia ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa sahaja.

7 haribulan:
~> Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.

8 haribulan:
~> Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.

9 haribulan:
~> Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas, ramai gadis/jejaka yang mengejarnya. Ini bermakna anda mempunyai ramai saingan.

10 haribulan:
~> Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.

11 haribulan:
~> Mementingkan kerjanya dan ada kalanya sampai melupakan kehidupan sosial.

12 haribulan:
~> Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh temah. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.

13 haribulan:
~> Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang akan cepat merasa bosan. Namun dia seorang yang penyayang.

14 haribulan:
~> Berjiwa penyayang dan sukakan kanak2. Si dia juga mementingkan keluarga.

15 haribulan:(ehemmm......ehemmmm....):
~> Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman, namun di hatinya siapa tahu..??

16 haribulan:
~> Garang!! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.

17 haribulan:
~> Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.

18 haribulan:
~> Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masa terluang dengan hobinya ini.

19 haribulan:
~> Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya...

(selebihnya tu dari 20-31 haribulan, cari sendiri la ya....hehehe...)
.

Sunday, February 21, 2010

Satu pagi di pasar tani di Padang Tengku..

Assalamualaikum....

Satu pagi di pasar tani di Padang Tengku..


Hehehe.... Pagi tadi aku pergi pasar tani kat Padang Tengku. Pernah dengar tak nama pekan kecil ni..?? Kalau orang yang biasa naik keretapi untuk ke Kelantan, mesti pernah dengar nama ni kan. Kalau tak tau jugak, memang sah la korang ni tidur mati.... huhuhu...



Aku pergi dengan mak dan kakak ipar aku. Sambil2 tu aku cuba la jadi mamarazzi sekejap... Tapi aku ni mamarazzi yang berhemah tinggi gak la sebab aku siap mintak izin nak ambil gambar2 ni. Nak ambil gambar itik2 tu je aku mintak izin sebab tuan dia tengok aku semacam je.... hehehe... Segan bercampur malu i tauu.... ekekekeke....



Jadinya, layankan aje la gambar2 dari mamarazzi profesional ni ya... hikhikhik...



Maaf ya semua.. Jangan saman saya tau sebab ambil gambar tanpa kebenaran... heuheuheu....


Cun wooo minah yang jual sayur ni... hehe...


Ingat nak beli mangga ni, tapi bila difikirkan takut batuk, maka kensel sajo laa... hahaha...


Anak itik Tok Wii, jatuh dalam kolam....


Sakit apa Tok Wii.... Sakit sengal tulang.... ekekeke...


Kerang dan togeh kasar..



Jagung... Satu pinggan 3 hengget... Mak aku cuba mintak dua pinggan 5 hengget tapi tak dibaginya. Makcik tu kata dia penat ngalau berok...???



Kenal tak sayur apakah ini..?? Tak kenal...?? Memang sah la korang ni orang Amerika... muahahaha... Ni la namanya pucuk cemperai.. Rebus camtu je pon sodappppp.... nyammm3...



Pagi ni ikan nampak segar bugar je... Goreng togel je pastu makan panas2 best gak ni....


Kalau yang ni pon korang tak kenal jugak, meh sini aku benamkan kepala korang tu dengan benda alah ni. Ni la tempoyak. Satu bekas kecil tu 5 hengget... Mahal..?? Nak murah buat sendiri maaaa... hohoho...


Ya betul.... Sila baca dan fahamkan apa yang ada kat papan tanda ni....


Tapi kena redah jugok la kann... Abeh tu dah takde jejantas, mana aku nak ikut lagi...? Tak kan nak terbang kott.... hikhikhik...


p/s: Aku suka kalau pergi pasar ni. Seronok tengok sayur dan ikan yang segar bugar..

Saturday, February 20, 2010

CINTA ITU BUTA... BETUL KE...??? ATAUPUN KITA YANG BUTA....?? Hmmm....

BoldAssalamualaikum....

Cinta lewat usia

Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?





DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya


Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

~>Adakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

~>Atau adakah semua wanita materialistik?

~>Adakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

~>Adakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul.

PANDUAN UNTUK MEMIKAT HATI LELAKI....alahaaiiii....

Assalamualaikum....

Benarkah sikap lelaki memang sukar untuk ditelah..? Perangai mereka adakalanya memeningkan kepala kaum wanita terutama sekali yang menyintainya. Anda perlu menunjukkan rasa kasih yang mendalam kepada mereka demi untuk meraih cinta. Walau- pun pada dasarnya cinta tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan, namun anda harus memberikan sebahagian hati untuk membuat dia tertawan...

Mungkin anda boleh mencuba beberapa panduan ini. Mana la tau, mungkin ada jodoh anda dengan pasangan anda itu. Sia2 je berkawan bertahun2 jika tak jadi kawin... huhuhu.. (Ni Allah punya kuasa...).

JADILAH PENDENGAR SETIA:
~> Lelaki suka kepada wanita yang menjadi pendengar setia kepada permasalahannya. Mereka tidak suka kaum hawa yang bersikap menentang dan suka membangkang...(hhmmmm...).

SUKA DIMANJA:
~> Lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata2 romantik. Ini yang penting buat mereka...(eeuuwwww......).

TARIKAN BUNYI DERAPAN KASUT:
~> Bunyi derapan kasut wanita ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki...(mula la nak pandang tumit orang tu kannnn..... hehehe...)

SOLEKAN BIAR SEDERHANA:
~> Lelaki tidak begitu suka wanita yang bersolek tebal sehingga menghilangkan ciri2 keaslian wajah wanita tersebut... (aku tak suka mekap, jadi pilihlah aku..... ekekeke...).

INGAT HARI/TARIKH PENTINGNYA:
~> Mengetahui bila hari lahirnya merupakan resepi penting yang perlu wanita ketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari penting tersebut...(buat2 lupa je laaa.... hahaha...).

HORMAT:
~> Hormatilah dirinya, keluarganya dan teman2 yang rapat dengannya... (jangan sampai berpura2 hormat dah la yaa.... hohoho...).

JAGA PERANGAI:
~> Jangan terlalu kebudak2an kerana lelaki tidak suka spesis wanita sebegini. Belajarlah untuk bersikap matang dalam tutur kata dan juga tingkah laku... (macam mana pulak jika lelaki yang berperangai begini... hahaha...).

AGRESIF:
~> Lelaki menyukai wanita yang bersikap agresif... (aku...!! aku...!! kakakaka....).

JANGAN OVER:
~> Jangan terlalu seronok ketika berbual atau bertemu dengannya untuk pertemuan yang pertama... (kaber la sikit bebb.... muahahaha..).

ELAKKAN BERSIFAT GANAS:
~> Jangan terlalu bersifat kelelakian serta ganas dalam pergaulan.. (jangan jadi pengkid la wehhh.... huhuhu...).

JANGAN MENUNJUK2:
~> Jangan terlalu menunjukkan bahawa anda tu terlalu baik dan sempurna.. (habis tu, dah memang baik punn... kannnn.... hikk3..).

JANGAN MUDAH PERASAN:
~> Jangan perasan sangat yang kamu tu mempunyai paras rupa yang jelita... (aku tak jelita pun.... aku suka tengok sinetron Jelita je.... ekekeke..).

BERSEDERHANA:
~> Sentiasalah bersederhana ketika berbelanja. Lelaki takut jika melihat wanita yang boros ni... (kopak la dompet aku.... kata dorang la... ahakk...).

BERSIKAP KEIBUAN:
~> Lelaki paling suka dan menitik beratkan wanita yang bersikap keibuan... (jadi ibu kepada kucing2 termasuk tak dalam sifat keibuan ni... huhuhu...).

LEMAH-LEMBUT:
~> Sentiasalah bercakap dengan lemah lembut dengan mereka.. (ni yang buat aku lemah lutut ni.... wakakakakaka...).

SENSITIF:
~> Ketahuilah bahawa kaum lelaki ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan, apatah lagi dari seorang gadis.... (ehemmm... ehemmmm....).

KENALI SIAPA DIA:
~> Kenali siapa lelaki itu yang sebenarnya sebelum anda memulakan langkah untuk memikat... (wahhh.... malu la nak pikat2 lelaki ni...).

JAGA WAJAH/RUPA:
~> Lelaki sukakan wanita yang pandai menjaga kesihatan diri dan wajah mereka. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi JERAWAT BATU...!! (tak baik wooo lelaki macam ni... panggggg...!!! Hambekkk kauu..).

GAYA:
~> Gunakan aset penting kewanitaan anda untuk memikat lelaki iaitu MATA, PUNGGUNG, DADA dan gaya langkah yang kemas... (cehhh.... cocok mata tu kanggg baru tauu..... ).

KEKAMPUNGAN:
~> Jangan terlalu kuno atau kekampungan. (ini sudah lebeyy..!!).

BERTANYA KHABAR:
~> Selalulah bertanya khabar sekurang2nya 2 kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak terputus begitu sahaja. Mungkin satu hari nanti dia tertarik dengan anda hanya kerana sikap ambil berat anda itu... (tak kuasa aku aiihhh... kang orang kata aku gatal lak...).

JUJUR DALAM TINGKAH LAKU:
~> Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan santun yang menjadi perhatian lelaki.... (sobbbsssss....).

AGAMA:
~> Lelaki sukakan wanita yang beriman dan beragama. Namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim..( alim2 kucing jewww... kuikuikui...).

TEGAS:
~> Jauhkan sifat suka merengek2 dan mengada2 kerana lelaki rimas dengan wanita sebegini. Tunjukkan bahawa anda adalah seorang wanita yang tegas dan tidak mudah untuk dipermainkan... (yeaaaaahhh....).

SOROK:
~> Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.. (jangan cepat cair bebbb...hekk sana...hekk sini...).

MATANG:
~> Lelaki sukakan wanita yang BIJAKSANA dan MATANG serta mudah diajak berbincang... (akupun suka lelaki yang macam ni....Tak suka yang berfikiran kebudak2an.... huhuhu...).

p/s: Mana satu yang TERkena dengan diri anda... hehehe....
.

Wednesday, February 17, 2010

MANA LAGI BEST: ANAK IKAN atau BAPAK IKAN...ahakkk...

Assalamualaikum.....

Macam mana dengan cuti korang...?? Hepi...?? Boring...?? Sedih...?? Ataupun hottt...?? Hahaha.... musim kemarau ni memang senang sangat nak marah. Silap sikit je, mulalah panas je cuping telinga tu. Tapi, tu bukannya aku... Aku maintain cooollll bebbb.... ekekekeke....

Jom tengok aktiviti aku hari ni. Aku tukarkan air kolam ikan keli ni sebab dah lama tak hujan. Air dah mula berkeladak, takut pulak ikan keli tu pengsan. Kalau setakat sekor je yang kojol, takpe la lagi. Buatnya semuanya terapung, termasuk yang sebesar betis aku bak bunting keladi ni haa, jenuh gak wehhh... Tak larat aku nak menyiangnya nanti. Dah la masa nak kenduri hari tu, aku siang ikan keli hidup2 ni sampai terbelah jari jemari aku yang mulus ni... Sian aku, terpaksa menahan sakit bila kena cuci ikan tu dengan garam kasar dan limau kasturi. Pedih tau... sobbbss... sobbsss...

Namun aku berbangga kerana telah berjaya menyiang 2 kilo ikan keli hidup sampai bersilat2 aku dibuatnya. Nasib baik aku tak pengsan sama bila tengok darah ikan tu yang habis memercik kat badan, muka, tangan dan rambut aku. Kira boleh buat menantu la aku ni kan... hahakkk... Elehhh, korang nak siang ikan kembung yang dah keras kejung tu pon terkial2, jangan nak cakap banyak la yaa.... lesinggg kangg baru tauu... muahahaha...



Tu dia.... Besar wooo ikan tu.... (Sama besar dengan betis aku gamaknya.... huhuhu...)



Hahaha.... air dah takde. Masing2 mencari tempat berlindung... (Himpitt.....jangan tak himpittt......heuheuheu.....)



Nasib baik aku tak ketok kepala ko dengan kayu tu....huhuhu..



Mula2 makanan tu takde... tapi bila air dah kering je, makanan tu timbul. Keli ni muntahkan ke makanan tu ehh...



Lagi bapak keli bersama dengan anak2nya... Ibu keli takde, dia tengah sibuk mencari bapak lain... huahuahua..


p/s: Antara anak ikan dengan bapak ikan... yang manakah paling senang dan sedap untuk DIGORENG..?? Lalalalalala....
.

Saturday, February 13, 2010

WASPADA: 9 JENIS ANAK SYAITAN...

Assalamualaikum....

Umar al-Khattab r.a. berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1) Zalituun.
~> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Kerjanya menggoda manusia supaya terus berbelanja lebih dan membeli barang2 yang tidak perlu.

2) Wathiin.
~> Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan menghasut mereka supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3) A'awan.
~> Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat serta berseronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4) Haffaf.
~> Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat2 maksiat supaya terus lalai. Contoh: Disko, kelab malam dan tempat yang menyediakan minuman keras.

5) Murrah.
~> Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini akan terus tenggelam dalam keseronokan dan keglemeran.

6) Masuud.
~> Duduk di bibir manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang datangnya dari mulut.

7) Daasim (Berilah salam sebelum memasuki rumah).
~> Duduk bertenggek di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke dalam rumah, Daasim akan bertindak agar berlakunya keruntuhan rumah tangga seperti suami isteri bercerai, suami bertindak ganas dengan memukul isteri, isteri hilang pertimbangan lalu bertindak menuntut cerai, penderaan terhadap anak2 serta pelbagai lagi bentuk keruntuhan rumah tangga.

8) Walahaan.
~> Menimbulkan rasa was2 dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat yang pastinya akan menjejaskan ibadat2 yang lain.

9) Lakhuus.
~> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah matahari/ api.

Dan yang paling teruk sekali ialah:

ISETAN ~> Membuat karnival jualan murah lalu melalaikan para pembeli sehingga mengabaikan waktu solat dan mengakibatkan pembeli membeli barangan yang tidak perlu. Orang yang suka dengan pem baziran ini sebenarnya tergolong di dalam keluarga SYAITAN...

p/s: Teruslah menjadi hamba ALLAH yang sejati dan bukannya terus menerus menjadi hamba SYAITAN yang dilaknati.

(anak setan yang selalu dekat dengan aku ialah nombor 5 dan 8. Yang nombor 6 tu kadang2 je datang kat aku.... ekekekeke... Camner lak dengan korang.... muahahaha....)

Wednesday, February 10, 2010

SHARING IS LOVING.... ekekeke....

Assalamualaikum....

Post aku yang terdahulu telah mengecilkan hati seorang insan yang terasa dengan isi kandungannya. Aku minta maaf banyak2 kerana telah membuatkan dia merasa sedih, sampai menangis guling2 mengalahkan aksi Kajol yang kesedihan masa nak naik keretapi meninggalkan Shah Rukh Khan dalam Kuch Kuch Hota Hai... ekekekeke (yang ni aku tambah skrip. Kena bagitau sebab kang dia merajuk lagi pastu cakap manade orang buat camtu...). Susah woo nak pujuk orang merajuk ni... huhuhu...

Untuk meredakan keadaan, aku buat la post pasal petua pulak ya. Ni petua yang aku ciplak dari majalah Jelita keluaran Jun 1999. Jika anda mahu kekal jelita dalam usia yang sudah tua, rajin2 la membaca majalah Jelita ini yaa.... muahahahaha.... Gedik tak..?? Gedik tak..?? Alaa... sekali sekala aku nak jugak jadi gedik2 ni. Ala2 ulat nangka giteww... tergedik2.... tergedik2.... hikhikhik...

Okay... teruskan pembacaan pada petua yang telah diolah semula oleh editor tersohor ini... wakakakakaka... Isi bakul tapi tak boleh nak angkat sendiri nampakkk... hahaha...

1) Melegakan kencing tidak lawas (Jangan suka tahan2 kencing ya sayang. Bahaya untuk kesihatan dan masa depan...kuikuikui...).

~> Bagi sesiapa yang menghidap kencing berdarah atau kencing tidak lawas, ambil dua genggam barli. Basuh dan rebus sehingga kembang serta masukkan seketul garam kasar. Masa nak minum, masukkan sedikit gula dan amalkan meminum air rebusan barli ini setiap hari. Insyaallah, ianya akan berhasil dan anda tidak akan merasa seakan2 nak terkucil je. Bila dah minum barli ni kan, korang pasti rasa kerap nak kencing. Kadang2 air kencing tu keluar sikit je dan ada ketikanya ia keluar dengan banyak sekali sehinggakan naik lenguh mencangkung lama2.... ekekekeke....

2) Penawar santau (Berdosa la santau2 orang ni... huhuhu...).

~> Ambil tanah liat yang bersih (dikorek sebelah dalam yang bersih). Kemudian bancuh dengan anggaran segelas air dan tapis. Baca selawat 3 kali dan terus minum air tersebut. Selepas sahaja minum air tanah liat tadi, sambung pula minum air kelapa muda terus menerus dari buah kelapa tersebut (jangan tuang ke dalam gelas). Insyaallah, terubatlah segala santau yang terkena pada anda itu. Seelok2nya ambillah tanah liat yang kat tepi sungai. (Jangan ambil tanah liat kat tepi perigi buta sudah la yaa... muahahaha....).

3) Cantikkan kuku (Sesuai untuk orang yang malas memasak..).

~> Ambil beberapa ulas bawang putih dan ketuk sedikit. Kemudian gosokkan bawang putih tu kat kuku dan biarkan seketika selama 15 minit. Selepas tu bolehlah dicuci kuku anda itu. Hasilnya pasti akan memukau mata sang harimau yang berkuku hitam... kakakakaka....

4) Lebatkan bulu kening (Bukan lebatkan bulu ketiak tau.. LOL...).

~> Ambil (jangan curi) batang pucuk paku, ramas2 hingga keluar lendir. Kemudian sapukan lendir tersebut kat kening yang nipis tu. Boleh juga gunakan lendir ni untuk tujuan melebat dan menghitamkan rambut. Caranya, lumurkan lendir yang dicampur dengan sedikit air kat rambut dan bungkuslah rambut tersebut. Lakukan pada sebelah malam. Esoknya barulah dibasuh dengan syampoo dan bilaslah bersih2. Amalkan seminggu sekali sahaja selama sebulan. Insyaallah, selepas tu bolehlah anda menerima tawaran sebagai model Pantene.... ahakkk...

5) Senggugut (Beli je pad herba Avail kat aku, konpem selesai segala masalah... hahaha..).

~> Ambil segenggam halia dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian, masukkan halia tu ke dalam segelas air panas/suam. Kacau dan biarkan seketika sehingga halia tadi mendap. Lepas tu barulah minum dengan membaca Bismillah serta selawat terlebih dahulu. (kalau nak lagi sedap, letakkan sesudu susu pekat manis.... mabelesss, i tell u....).

6) Hilangkan parut muka (Parut luaran je. Parut kat dalam tu biar je la, bukan ada siapa yang nampakpun... kannn... hihihi...).

~> Ambil kulit pisang emas/berangan dan sapukan bahagian dalam kulit pisang tu pada parut tersebut. Lakukan setiap hari/malam sehingga parut tu hilang. Insyaallah, ianya berkesan dan selain itu, kulit juga akan turut menjadi licin selicin minyak pelincir... huahuahua...

7) Kulit muka gebu dan licin.

~> Ambil segelas susu segar, sapukan pada muka anda serta gosok2 sehingga rata. Biarkan ianya melekit dan kering seketika. Selepas itu barulah dicuci muka anda dengan air suam. Lakukan begini dua kali seminggu. Insyaallah, kulit muka anda akan gebu segebu2nya. (tapi kalau muka jenis kurus cengkung, mana datang gebunya kann.... huhuhu...)

p/s: Aku harap tidak ada lagi orang yang akan tersinggung dan berkecil hati dengan segala post yang dipaparkan. Susah la aku nak cari makan kalau asyik ada je yang merajuk dengan post aku ni. Berpeluh ketiak aku memujuk wehhh.... wakakakakaka....
.

Tuesday, February 9, 2010

HATI INI TELAH DILUKAI...sobbss...

Assalamualaikum....

Masa ni, aku sedang melayan perasaan dengan mendengar lagu Hati Ini Telah Di Lukai dendangan bersama KD dan Ajai. Ada beberapa perkara yang menyebabkan hati aku bagai disagat2. Terasa ngilu dan pedih sangat. Ini bukannya sebab putus kasih, putus cinta, ataupun putus jari... Errr.... Gilerr kalau putus jari. Lagi2 jari manis.... ekekekeke... Tapi kalau putuspun apa salahnya, cepat sikit nak keluarkan cincin yang ada tersarung kat situ... huhuhu....

Hati aku telah dilukai kerana....(sila berikan pendapat ataupun jawapan anda yaa.... tenkiu...)

1) Bila ada kawan yang menipu anda dengan tujuan untuk memuaskan hatinya sendiri. Kiranya orang ni mahu membalas dendam kepada orang lain, tetapi anda yang menjadi mangsa penipuan beliau.

2) Bila rahsia anda dibocorkan. Anda percayakan kawan anda yang seorang ni dan anda bercerita tentang rahsia anda kepadanya. Tiba2 anda mendapat tahu dari orang lain bahawa kawan anda yang sangat anda percayai ini telah membocorkan rahsia anda itu.

3) Apa perasaan anda jika kawan anda hanya menghubungi anda di saat dia ada masalah sahaja. Sedangkan bila anda ada masalah, dia seolah2 menjauhkan diri, seperti tidak berminat untuk mendengar sebagaimana anda yang begitu tekun dan setia mendengar masalah beliau.

4) Kawan2 anda menghina fizikal anda padahal mereka hanyalah kawan2 siber anda sahaja. Adakah anda akan terus berkawan dengan mereka ataupun mengabaikan sahaja mereka itu sedangkan anda teramat sayangkan ikatan persahabatan yang terjalin.

5) Apa kata hati anda jika selalu disajikan dengan cerita yang sama oleh kawan anda. Balik2 cakap hal serupa. Macam la takde benda yang lebih penting dari cerita yang sama tu. Sedangkan dalam masa yang sama, anda juga ingin mengadu hal anda dengan dia. Adakah anda akan merasa seperti dipinggirkan.

6) Bagaimana pula dengan sikap anda jika ada kawan yang meminta pendapat atau nasihat anda, tetapi bila sudah diberi nasihat itu, dia tidak pula mahu mencuba untuk mempraktikkannya. Adakah anda akan merasa sia2 sahaja nasihat anda itu seumpama mencurah air di daun keladi.

7) Apa pula perasaan anda jika hadiah yang anda beri pada kawan anda tidak dihargai. Bila ada selisih faham je, kawan anda akan kata yang dia malu nak guna atau terima barang tersebut dan ingin memulangkannya kembali sedangkan anda bagi hadiah tu dengan penuh keikhlasan.

8) Perlukah kawan anda bercerita/memberitahu hal anda dengan kapel/ pasangan dia. Dan anda sememangnya tidak suka orang bercerita mengenai diri anda sebagaimana anda tidak suka bercerita hal yang berkaitan kawan anda itu kepada orang lain.

10) Adakah anda sedih jika kawan anda itu mempermain2kan perasaan anda seperti memperlekehkan dan memperbodoh2kan anda. Tidakkah anda rasa terhina dengan perbuatan kawan anda itu.

p/s: Kadang2 DIAM itu adalah LEBIH BAIK untuk MENJERNIHKAN keadaan, sebagaimana jernihnya AIRMATA yang jatuh berguguran membasahi pipi.

Menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa itu mudah. Mengeruhkan keadaan juga mudah. Tapi untuk mendapatkan kembali sepenuh kepercayaan itu amatlah PAYAH. Dan jangan salahkan aku jika aku bersikap dingin denganmu (sila dengar lagu Dingin Ziana Zain yaa..)

Saturday, February 6, 2010

Tettttttt....!!!

Assalamualaikum....

Tettttttt....!!!

Tengok aje la aksi si Tett ni ehh... Sebab akupun sekarang ni dalam mood tettttt..!!! Terima kasih kepada tettttt..... kerana merudumkan semangat aku....


Merajuk... Pandai pulak cari tempat nak menyorok tu... Habis keluar semua sawang2 yang tersembunyi kat celah2 tu... ekekekeke...

Kalau boleh semua benda nak dibuat mainan. Dia paling suka main dengan penyepit rambut tu. Siap lambung2 lagi mengalahkan lambungan bola oleh Drogba... ahakkk...(Drogba..??? Eeuuwww......)


Lagi satu kegemaran dia. Kuat menggigit...!!! Puas aku kaber2 betis aku dengan kain batik tu. Kucing pompuan pun suka gigit orang pompuan ehh... Kucing pompuan..??? (anak sedara aku selalu cakap kucing pompuan... Aku ikut jeww..... kakakakaka....)

Ishhh... ishhh... ishhh... Anak dara sapo la ni tidur camni. Sungguh kurang sopan!! Terpaksalah aku kaber dengan skirt yang aku pakai buat sementara waktu sebab masa ni aku tengah kusyuk tengok episod akhir drama Rahsia Hati. Sedih siyot ending drama ni.. (sampai sekarang ni aku dok sedih lagi, terngiang2 je lagu Nurul tu. Selamat tinggal kasihku.... selamat tinggal sayangku... aku terpaksa pergi dahulu.... kerna terluka..... hati ini... sobbbsss...)


Alolololo....  Sedapnya la tidur kat celah ketiak. Nasib baik ketiak tu wangi.... wakakakakaka...... (jangan gelak2 ehh, aku sepok kang.... hikhikhik..)




p/s: Akhir sekali, silalah layan lagu Kerana Terluka dari Nurul ini... uhukk.....

Thursday, February 4, 2010

ASYIK MARAH JE.... Rilex la bebb...

Assalamualaikum...

Kat bawah ni merupakan artikel yang aku copy paste dari Mingguan Malaysia keluaran 31/01/2010. Dan aku tambah sikit2 la kat mana2 bahagian yang aku rasa perlu. Agak2nya la kan, ada tak orang yang nak baca post macam ni ehh...?? Tak payah nak cakap banyak la kan. Akupun kadang2 susah gak nak baca kalau post yang sebegini. Banyak setan yang bertenggek kat kepala agaknya, tu yang berat je nak masuk ilmu tu... huhuhu.... Okay la, kalau ada yang nak baca, silakan la ya...

-------------------------------------------------------------

Pernahkah anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan, anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah tersebut. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan. Marah memang sifat semulajadi manusia yang antara lainnya berpunca dari keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan2, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.

Jika kita berhadapan dengan orang yang sedang marah, cubalah hadapinya dengan berpandukan langkah2 berikut:

1) Beri peluang kepada orang yang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.

2) Jangan menyampuk ataupun merendah-rendahkannya (walaupun dia sebenarnya spesis katik atau ayam serama..... hehehe...).

3) Kaji dahulu punca kemarahan itu dan cuba untuk mengatasinya. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, segeralah meminta maaf daripadanya (jangan ego sangat bebb...).

4) Cubalah bertanya dengan lembut beberapa soalan kepadanya untuk tujuan membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dan yang penting, bersedialah menerima kemarahan yang dihamburkannya dengan tenang (boleh ke uuuuu..... hahaha...).

Dan cara2 untuk mengatasi kemarahan dalam Islam ialah:

1) Mengubah posisi.
~> Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam keadaan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan kemarahannya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring." (Riwayat Muslim).

2) Berwuduk.
~> Rasulullah s.a.w bersabda: "Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk." (Hadis Riwayat Abi Daud).

3) Pergilah minum air (air yang HALAL sahaja ya. Jangan pulak korang pergi minum AIR KENCING KUDA... Takut nanti ada pulak yang kena tendang.... muahahahaha...).

4) Mendiamkan diri ketika marah (Boleh ke...?? Cuba je dulu ok).

5) Berlindung kepada Allah dari syaitan.

6) Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat yang sesuai.

7) Berfikiran positif (dan matang).

8) Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat. Elakkan daripada memekik atau bertindak garang (errrrkkkk....!!!).

9) Bawa bertenang seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.

10) SENYUM...!!! Kerana SENYUMAN MAMPU MEREDAKAN TEKANAN...

p/s: Oleh itu, teruskan hari2 yang mendatang dengan senyuman seindah suria. Senyumlah.. senyumlah.. ahaii.. SENYUM SOKMOLAH.. ekekeke..

Tuesday, February 2, 2010

HIPOKRIT: PERLU atau TIDAK PERLU ....huhuhu...

Assalamualaikum...

HIPOKRIT: PERLU atau TIDAK PERLU ....huhuhu...


Ini post yang sudah lama terperap kat dalam draft. Aku godek-godek balik semula dan aku tambah sedikit dengan memasukkan cerita berkaitan FB sebab akupun baru je join FB ni...


Sebelum aku membebel, aku nak tanya korang dulu. Kalau boleh, jawab la dengan jujur. Samada jawapan korang tu jujur ataupun tidak, yang penting aku tak kenal secara detail siapa korang di sebalik nama dan gambar yang korang gunakan itu. Jadi, apalah salahnya jika korang memberikan jawapan yang sejujur-jujurnya kan. 


Kalau kita jujur, ada pahala dan ganjaran yang dijanjikanNYA. Dan jika kita menjadi talam dua muka, lagilah besar habuan yang akan kita dapat dariNYA nanti. Cuma masa je yang akan menentukan samada cepat atau lambat untuk menandatangani borang penerimaan ganjaran tersebut. Bersedia aje la dari sekarang. Bukannya menunggu dan terus menunggu sehingga dah terhantuk barulah nak pandang kat ATAS nunnn.... 


Sekadar ingatan untuk aku je sebenarnya ni. Lain la macam korang semua yang dah konpem tersangat laa bagusssssnya....


Pernah YM? Suka berYM? Selalu offer diri untuk di-YM? Dulu aku suka jugak la main-main YM ni. Tapi bukan dengan semua orang aku YM. Hanya dengan beberapa kawan siber je. Tapi lama kelamaan, aku jadi bosan la pulak. Lagipun macam tak ada apa dah yang hendak dibincangkan. Dan sekarang ni banyak yang dah aku delete dari messenger list aku. Cuma tinggal 2/3 orang je lagi. Dan aku selalu ber-YM dengan Emma. Kami bercerita pasal bola sebab dia ni memang peminat Fabregas. Akupun sekarang ni dah terikut-ikut minat kat team Arsenal tu. Tapi mana boleh tinggalkan aku punya team. Lebih-lebih lagi ada Antonio Valencia kat situ... muahahahaha... Pastu ada pulak si Rafael yang tersangatlah comelnya... ekekekeke... Nak minat lebih-lebih kat Fabregas tak boleh la pulak, takut nanti Emma jeles.... hehehe...


Fabregas yang sangat hensem.... Untung Emma....hehehe...


Hitam2 si tampok manggis, walaupun hitam, ku pandang manis....hikk...hikk...hikk..


Ayoyoyo.....Why are u so cute haaaa..... Comel bangett..... ekekekeke...


Berbalik pada isu YM tadi, selagi aku larat melayan, aku ikut je la rentak tarian yang dimainkan. Tapi kalau dah setiap hari asyik menari rentak zapin je, bosan dan muak jugak rasanya. Maksudnya, jika setiap kali ber-YM asyik nak bercerita pasal isu yang sama ~> perihal politik yang makin berbahang, mengutuk artis itu dan artis ini, apa kejadahnya. 


Tidak bercerita pasal benda tu semua bukan bermakna tidak ambil tahu. Cukuplah sekadar untuk pengetahuan diri sendiri je kan.. Tak payah la nak bizibodi sangat sampai pungpang pungpang bercerita seolah-olah diri engkau je yang baik, orang lain ni semuanya munafik. Belah la bebb...


Dan sekarang ni aku banyak lepak kat FB lak. Aku "add as friend" siapa-siapa yang aku rasa senang berkawan dengan aku je. Kalau korang add aku semata-mata nak mengutuk aku kat belakang, itu korang punya pasal. Kalau rasa dah nazak esok, cepat-cepat la cari aku untuk minta maaf. Itupun kalau aku maafkan laa. 


Lagi satu, tak payah la nak suggest kat mana-mana kawan korang untuk add aku. Bukannya aku sombong, tapi aku rasa tak selesa dengan orang-orang yang tak biasa bertegur sapa ataupun bergurau dengan aku. Tak tau la pulak kalau2 memang ada jenis manusia yang suka "add as friend", pastu pergi skodeng page orang, dan lepas tu pulak menjaja cerita yang tak elok ke sana ke sini, macam la dia dah berkurun kenal orang tu sejak dari dalam perut lagi.. (Memang sah-sah la orang macam ni mulut dia lebih besar dan busuk dari mulut kolam takungan Indah Water...!!!)


Akhirkata, janganlah pandai-pandai bawak cerita. Berkongsi masalah itu boleh, tapi kalau dah bercerita dan mengadu dengan SEMUA orang, itu bukan nak berkongsi namanya tu. Itu sudah dianggap mengadu domba. Dan orang yang suka mengadu domba ni, balasannya nanti ~> Tunggu je la kat SANA.... Dan kita kenalah sentiasa ingat bahawa semua orang ada masalah mereka masing-masing. "Hidup tanpa masalah, bukan hidup namanya..." (petikan dari novel Di Tengah Kabus-Khadijah Hashim).


p/s: Apa perasaan anda bila mendapat tahu bahawa ada orang yang berkawan dengan anda sebenarnya tidak ikhlas hendak berkawan, tetapi hanyalah semata-mata kerana dia DICABAR oleh seseorang supaya berkawan atau rapat dengan anda..?? (Tidakkah anda/aku terasa seperti diperbodoh-bodohkan...!!! Jahanammm....!!!)
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »