Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Thursday, March 31, 2011

Penantian itu amat menyiksakan dan....

Assalamualaikum...

Penantian itu amat menyiksakan dan....

Dan selalunya penantian yang lama dan penuh dengan kesabaran itu akan membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka.. Tak kira la apa hasil tersebut. Kalau boleh biarlah hasil yang halal..=)

Pagi tadi aku mendapat kiriman SMS dari kawan aku yang aku ceritakan kisahnya dulu. Dia bagitau yang dia telahpun selamat melahirkan seorang anak perempuan melalui pembedahan. Pembedahan itu terpaksa dilakukan setelah doktor mendapati anak dia tak bergerak. Itulah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh seorang ibu... huhuhu.. Syukurlah kedua-dua ibu dan anak berada di dalam keadaan sihat dan diharapkan kesihatan yang baik itu akan berkekalan sampai bila-bila.. Amin...

Sebelum ni aku ada call dia bertanyakan tentang hal ini. Sepatutnya dia bersalin pertengahan bulan Mac lalu tapi bila tiba waktu tu, dia takde pulak call atau SMS aku. Tu yang aku call dan tanya tu. Risau juga aku. Maklumlah, faktor usia kena ambil kira jugak. Lepas tu dia bagitau yang dia tersalah kira dan doktor bagi pulak tarikh yang lain untuk dia stenbai. Kini, semuanya sudah selesai.. Alhamdulillah...

Aku bagitau dia yang dia kena makan ikan haruan untuk mempercepatkan proses pembaikan dari luka pembedahan tu. Aku ni bagi je nasihat kat orang walaupun aku sendiri tak pernah beranak... huahuahua... Apa salahnya berkongsi pengalaman orang lain ya tak? Sebabnya dulu kakak akupun bersalin anak kedua melalui pembedahan jugak dan aku pernah menjaga dia selama 3-4 hari... Aku masakkan dia.. Tengok dia sapu ubat kat luka dia tu... Tengok muka dia terkulat-kulat masa telan pati ikan haruan tu. Ngeri wehhh... huhuhu...

Syukurlah kerana akhirnya kawan aku ni mendapat seorang zuriat. Syukur sebab suami dia tak menjadikan alasan takde anak untuk mencari isteri baru. Syukur kerana dia mendengar nasihat orang tua dia untuk berkahwin dengan pilihan keluarga. Syukur kerana Allah bukakan hati mereka berdua untuk mencuba kaedah rawatan terkini. Syukur...

Aku kata: Belajarlah untuk mensyukuri segala nikmat yang Allah beri. Setiap yang berlaku itu ada hikmah yang kita tidak tahu..

Tuesday, March 29, 2011

Ingatkan orang je yang ada kerdil. Kudapun ada kerdil jugak...

Assalamualaikum...

Hari tu aku terbaca kisah kambing biri-biri yang dilahirkan menyerupai wajah anjing. Kali ni kisah kuda kerdil pulak. Nasib baik la dia cuma kerdil je dan tidak menyerupai binatang lain. Jangan pulak lepas ni keluar cerita kuda menyerupai anjing dah la. Kalau dia menyerupai kucing takpe la jugak. Masih boleh dipegang-pegang.... heeee....

EINSTEIN berada dekat dengan seekor kuda normal di New Hampshire, Amerika Syarikat baru-baru ini.


NEW HAMPSHIRE - Seekor kuda kerdil, Einstein yang merupakan kuda paling kecil di dunia akan menyambut hari ulang tahun kelahiran yang pertama pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam

Einstein yang hanya mempunyai ketinggian 50.8 sentimeter dan ia menjadi tarikan kerana kuda kerdil yang normal yang lahir akan mempunyai purata tinggi 0.53 meter.

Bagaimanapun, pihak Guinness World of Records tidak akan mengiktiraf Einstein menjadi kuda kerdil paling kecil di dunia selagi haiwan itu belum berumur empat tahun.

"Namun, kami berdua yakin ia (Einstein) sudah berhenti pembesarannya," kata pemilik kuda kerdil itu, Charlie Cantrell dan Rachel Wagner di ladang milik mereka di Barnstead.

Ibu kuda itu setinggi 81.3 sentimeter manakala bapa haiwan itu mempunyai ketinggian 76.2 sentimeter.

Kuda itu dibeli oleh pemiliknya daripada seorang pembiak kuda kerdil. - Agensi

Sumber dari sini:

Aku kata: Semua yang berlaku adalah kehendak Allah yang Maha Kuasa..

Monday, March 28, 2011

Peka la sikit dengan keadaan. Bukan pekak menerima teguran..

Assalamualaikum.....

Ehemm...
Camner nak mulakan ehh..?
Emmmm... Fikir jap... Serba salah pulak nak kongsi cerita ni.. Tapi aku sekadar nak berkongsi pengalaman je, takpe kot.. Harap-harap tidak menjadi isu pulak..

Sebelum tu, aku nak tanya satu soalan dulu. Terpulanglah samada nak menjawab ataupun tidak.

Apa perasaan korang bila ada di antara kawan-kawan korang yang berbual di dalam bahasa/loghat mereka tanpa menghiraukan korang yang berada di situ, dan korang sememangnya tak faham langsung loghat/bahasa perbualan dorang tu. Apa yang korang fikir..? Apa yang bermain di fikiran korang..?

Aku pernah mengalami peristiwa sebegini di zaman aku bekerja dulu. Most of my friends datangnya dari negeri pantai timur. Sudah semestinya dorang bertutur di dalam bahasa/loghat dorang. Okay, takpe sebab akupun boleh belajar bahasa dorang tu. Dan akupun memang suka untuk belajar bahasa negeri lain ni. Dan dorangpun boleh belajar bahasa/loghat daerah aku pulak. Takde masalah kat sini..

Apa yang aku kurang senang ialah dorang ni akan segera melupakan keujudan aku bila dorang terserempak dengan kaum kerabat mereka di luar walaupun itu pertemuan pertama dorang. Selalunya benda ni terjadi masa kitorang keluar pergi ke bandar la. Maksudnya, dorang akan berbual-bual sesama mereka seolah-olah aku ni takde kat situ. Kalau dorang berbual dengan orang yang aku kenal, walaupun bercakap dalam loghat yang sama dengan dorang, itu takde hal punya sebab akupun boleh menyampuk sekali dalam perbualan tu. Ni tak, dorang berbual dengan orang yang aku tak kenal. Segan la aku nak menyampuk perbualan tu. Kang tak pasal-pasal kena perli pulak.. :p

Bagi aku, orang yang jenis begini sangat tidak tahu untuk menghormati perasaan orang lain. Apa perasaan dia jika aku berbuat perkara yang sama seperti apa yang dorang buat tu..? Mujurlah aku ni jenis malas nak panjangkan cerita, jenis make dunno je dengan pe'el dorang tu. Lagipun masing-masing duduk berjauhan dari keluarga, kenalah pandai bertolak ansur dan tak boleh nak ikut kepala masing-masing je. Anak dagang la katakan...

Kajang Pak Malau kajang berlipat..
Kajang hamba mengkuang layu..
Dagang Pak Malau dagang bertempat...
Dagang hamba musafir lalu...

Adat merantau, kena la selalu mengalah. Nanti kalau selisih faham dengan benda-benda kecil macam ni, susah la sebab semuanya duduk serumah. Seronok ke kalau tinggal sebumbung tapi saling bermasam muka, tidak bertegur sapa..? Tapi memang ada orang yang jenis macam ni. Dia tak kisahpun kalau orang tak nak tegur atau bercakap dengan dia, macam sorang kawan aku tu. Tak faham betul aku dengan perangai dia ni.. huhuhu..

Aku kata: Kalau nak berborak dua orang, dengan bahasa/loghat yang hanya korang berdua je yang faham, baik korang borak kat tempat lain yang takde kawan-kawan kat sekeliling korang tu. Peka la sikit dengan keadaan. Jangan nak pekakkan telinga tu untuk menerima teguran... :-)

Sunday, March 27, 2011

ANDAIKU TAHU (DIA LEBIH TAHU..)

Assalamualaikum...

Andaiku tahu..
Kapan tiba ajalku..
Ku akan memohon..
Tuhan tolong panjangkan umurku..

Andaiku tahu..
Kapan tiba masaku..
Ku akan memohon...
Tuhan jangan kau ambil nyawaku..

Aku takut akan semua dosa-dosaku..
Aku takut dosa yang terus membayangiku..

Andaiku tahu..
MalaikatMU akan menjemputku...
Izinkan aku...
Mengucap kata taubat padaMU..

^^^^^^^^^^^^^^^^^^

27/03/2011 4:53pm

JAKARTA 27 Mac - Akhirnya, Sigit Purnomo atau Pasha Ungu diijab kabul dengan pasangannya Adelia Wihelmina pagi ini.

Walaupun kelihatan terharu namun Pasha lantang dan lancar membaca ucapan ijab kabul yang dilangsungkan di Graha Batununggal Indah, Buah Batu, Bandung.

Pasha ditemani ibunya, Andy Bumbeng pada upacara pernikahan itu dan menyerahkan mas kahwin 27 gram emas dan 99 mata wang Euro. - Agensi


Tahniah la Pasha. Moga rumahtangga kali ni akan kekal bahagia selamanya. Cheryna Pires dan Miz Fantasy jangan sedih ya... =)

Aku kata: Aku layan jugak lagu-lagu Ungu ni..

Saturday, March 26, 2011

SIMPUL MENGKARUNG YANG TERSENYUM SIMPUL..?

Assalamualaikum...

Simpul mengkarung yang tersenyum simpul..?

Jangan nak buat lawak boleh tak..? Simpul mengkarung ni kalau terkena, sakitnya bukan kepalang. Mana ada masa nak tersenyum simpul wehh...

Korang pernah terkena tak serangan simpul mengkarung ni..? Akupun tak tau kenapa simpul tu dinamakan dengan nama macam tu. Mungkin sebab ianya berlaku kat kawasan betis yang menyebabkan urat tu bersimpul macam ekor mengkarung tu kot... huhuhu..



Aku selalu tengok mak aku kena. Bila terkena je, terus dia meraung. Pastu tangan dia mula la memicit-micit betis yang mengeras tu. Mula-mula dulu aku tak tau jugak kenapa dia tiba-tiba je menjerit. Tapi bila dah terkena kat diri sendiri, barulah aku tau betapa sakitnya. Rasa macam nak terkencingpun ada jugak.. haha...

Kebiasaanya simpul mengkarung ni berlaku masa kita tengah sedap-sedap menggeliat. Selalunya waktu pagi la. Haaa, masa nak meluruskan kaki tu la masa untuk dia menyerang. Sebab tu la kita tak digalakkan menggeliat secara drastik atau secara kasar, terus menerjah macam nak menendang tu. Sebaiknya, kena la menggeliat secara berhemah, dengan gaya sopan santun, lemah lembut gitu. Tapi, mana best menggeliat lembik-lembik camtu, ya tak..? Hahaha...

Aku kalau terkena je serangan simpul mengkarung ni, terus bangkit pegang kuat-kuat betis tu. Macam ada renjatan letrik je terus bangun. Pastu picit la sekuat-kuatnya kawasan yang sakit tu sampai hilang. Nak menunggu sakit tu hilangpun ambil masa jugak tau. Mau meleleh airmata... kehkehkeh...

Kenapa agaknya simpul mengkarung ni terjadi? Siapa tahu boleh la kongsi-kongsi ehh...

Aku kata: Say NO to simpul mengkarung.. Say YES to tersenyum simpul... =))

Thursday, March 24, 2011

GEMUKNYA ENGKAU...!!!

Assalamualaikum...

GEMUKnya engkau...!!!

Apa perasaan korang kalau ada orang cakap camtu kat korang? Marah? Suka? Sedih? Takde rasa apa-apa? Giler ahh kalau tak rasa apa-apa. Robotpun ada perasaan tau... Tak caya cuba tanya Doreamon... haha...

Kalau aku, mestilah aku sedih, lepas tu baru la timbul rasa marah. Terbalik pulak, ya tak? Kebiasaannya orang akan merasa marah dulu, siap berbalas hujah yang adakalanya berbalas tumbuk terajang. Selalunya budak-budak lelaki la yang buat macam ni. Kaum perempuan ni selalunya menangis je, pastu balik rumah mengurung diri dalam bilik tak keluar-keluar sampai merisaukan mak bapak. Konon-kononnya mogok lapar la tu, kan.. Tup-tup tengah malam, keluar perlahan-lahan dari bilik, pastu masuk dapur melantak apa yang ada... kehkehkeh...

Dalam apa keadaan sekalipun, kita tidak digalakkan sama sekali menghina fizikal sesama manusia. Kita tak tau apa punca dorang jadi macam tu. Mungkin memang keturunan mereka jenis yang bersaiz besar. Buat macam manapun, baik diet ataupun bersenam, camtu jugak gemuknya. Malahan makin bertambah kembang ada la. Ada jugak orang yang tersalah makan ubat. Dia nak makan ubat kurus tapi termakan vitamin penambah selera. Apa lagi, merekah la baju-baju lama dia tu... muahahahaha.... tetttttt....!!!

Keadaan yang sama berlaku kat aku bilamana ada seorang dua makcik jiran ni yang dok kata aku gemuk. Asal jumpa je, mesti dia cakap camni...

"Eeeeiiii, gemuknya engkau sekarang.. Apsal gemuk sangat ni.. Senang hati ehh..."

Aku jawab je la..."Ha'ahh... Senang hati. Takde nak fikir macam-macam.."

Malas ahh nak melayan... Penat..!! Rimas..!!

Dulu masa zaman aku bekerja, badan aku kurus je. Itupun dorang bising jugak, tanya kenapa aku kurus, pastu cakap beras kat Johor tu mahal sangat ke sampai kurus macam ni... (Dulu aku kerja kat Johor). Aku menjawab jugak, ha'ah.. semua mahal kat sana...

Ehh, terlajak lak.. Aku sebenarnya nak kongsikan gambar si Gemuk yang satu ni.. Dia ni jenis tak kisah. Kata la dia gemuk ke, gedebab ke.. Dia sengih je... kehkehkeh...

Layan.... =)


Aku dah tak tau nak letak nama apa kat dia ni.. Kebetulan badan dia agak berisi sikit, tu yang aku panggil Gemuk tu. Mudah-mudahan dia akan terus kekal gemuk macam..???


Aku kata: Dulu lain, sekarang lagiiii lain... =D

Tuesday, March 22, 2011

KEPERLUAN ATAU KEPUASAN..?

Assalamualaikum...

Keperluan atau kepuasan..?

Kadang-kadang aku macam pelik jugak bila tengok perangai budak-budak sekarang ni yang sangat tergila-gilakan henfon. Asal ada je keluaran terbaru, mesti nak rembat satu sedangkan yang sudah sedia ada tu masih lagi berfungsi dengan baik. Dah tentulah yang baru tu harganya lebih mahal dari yang lama tu. Malahan, mungkin harganya sekali ganda lebih mahal.

Ada jenis budak yang sengaja merosakkan henfon dia semata-mata untuk dapatkan yang baru. Pandai aje dia mengarang cerita. Menjadi pulak cerita dia tu. Ada yang kata henfon tu termasuk dalam air la, padahal memang dia sengaja celupkan. Ada yang kata skrin dah tak nampak la, padahal dia yang dok hentak-hentak henfon tu. Cuba ko hentak kepala ko, apa ko rasa? Ting-tong jugak, ya tak..? Ada jugak yang kata henfon tu dah pecah sebab terjatuh, padahal dia yang baling henfon tu kat dinding gara-gara bergaduh dengan pakwe/makwe masing-masing. Bodoh punya manusia..!!

Masalah timbul bila ibu bapa terpaksa jugak membelikan henfon tu sebab merasakan ia adalah satu keperluan. Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak duduk berjauhan. Tapi si anak tadi macam tak berakal je, tak fikir betapa susahnya mak bapak tu mencari duit. Apa yang dorang tau, mintak dan terus mintak sampai dapat. Kalau tak dapat, mulalah memberontak. Sikit-sikit nak memberontak. Bagi penampar kang baru tau.. huhhh...

Apa yang dorang cari sebenarnya? Kepuasan? Puas sebab dapat henfon terbaru. Boleh la menayang kat kawan-kawan. Boleh la update status kat fesbuk via blekberi atau via iphone. Itu ke tujuannya? Entah la, akupun tak faham. Kalau beli dengan duit sendiri tu takpe la jugak. Ni dok terhegeh-hegeh mintak duit orang. Tak malu ke? Ada pulak tu gunakan duit pinjaman belajar untuk beli henfon canggih. Pastu bila dah tak cukup bajet, mulalah call mak bapak, cakap tak cukup duit nak beli buku, takde duit nak makan. Heii, mestilah mak bapak tu rasa tak tenteram bila dengar anak cakap macam tu, kan.. Hebat betul dorang ni menipu..

Jangan selalu sangat meminta-minta kat orang ni. Takut nanti jadi tabiat pulak. Sikit-sikit nak minta. Cubalah usaha sendiri untuk mendapatkan apa yang dihajati tu. Itulah kepuasan yang sebenarnya jika kita membeli menggunakan duit dari hasil titik peluh kita sendiri. Jangan mintak duit mak aku sudah. Kalau mintak kat aku takpe, nanti aku bagi pokok duit-duit yang melilit kat pokok rambutan ni ha.. Banyakkkk tuuuu.... Siapa nak...?

Aku kata: Ada orang yang perasan macho tapi nak beli topap sepuluh henggetpun mintak kat mak bapak. Itu baru betul, macho tapi hancur... ahakk...!!

Monday, March 21, 2011

Cara untuk CENTERkan TEXT HEADER & TEXT DESCRIPTION..

Assalamualaikum...

Cara untuk CENTERkan TEXT HEADER & TEXT DESCRIPTION..

Hari ni aku ubah lagi template blog aku ni. Entah la, sedikit jemu dengan template yang lama tu sebab bahagian header dia besar sangat. Dah puas aku godek-godek HTML template tu, tapi tak menjadi kecik jugak.

Kali ni aku gunakan template blogger in draft sebab senang sikit aku nak mengubah-suai kelebaran ruang untuk post dan sidebar. Aku ni jenis yang suka ruang untuk post tu lebar sikit dari biasa. Sebab tu la aku selalu gunakan template jenis 2 column. Kalau gunakan jenis 3 column tu, nampak terhad sangat.

Sebenarnya kedudukan text header dan description blog aku ni tak balance. Sebelum diedit, kedudukan kedua-duanya adalah di sebelah tepi. Aku memang sedari dulu tercari-cari jugak tutorial macam mana nak bagi center header aku tu, tapi bila google dalam Bahasa Malaysia, lain pulak yang keluar. Sangat tidak memenuhi permintaan. Jadi, aku cuba la google in English. Wahhh, macam-macam ada, tinggal lagi faham dengan tak je tutorial tu... hahaha...

Aku kongsikan sedikit info yang aku dapat tu ehh. Bagi sesiapa yang sudah tersangat terror dalam hal sebegini, buat tak tau je la ya. Ini untuk orang-orang yang baru nak belajar menggodek HTML seperti aku.. =D

Kaedah untuk meng'center'kan text header dan text description lebih sesuai jika korang menggunakan Placement "Behind title and description" seperti contoh di bawah..



Image





Placement

Apa yang perlu korang buat adalah pergi ke:

Design -> Edit HTML -> Tick Expand Widget Template -> Tekan Ctrl + F

dan cari kod #header-inner seperti kat bawah ni:

.Header img, .Header #header-inner


Kemudian, korang cuma perlu tambahkan kod ini {text align: center ;} kat sebelah kod #header-inner tadi. Nanti dia akan jadi seperti ini:

.Header img, .Header #header-inner {text align: center ;}

Pastu, korang klik PREVIEW dulu dan tengok hasilnya. Kalau dah menjadi, barulah korang tekan SAVE TEMPLATE...

Okay, kalau korang tak faham cara aku ni, apa kata korang cuba tengok kat sini supaya korang lebih faham. Tengok kat tutorial yang nombor 3 tu. Maklum la, aku ni tak mahir sangat...

p/s: Tak faham, tapi nak bagi tutorial jugak... huhuhu...

Saturday, March 19, 2011

KAREN NI ASYIK TAKDE JE LAA....!!!

Assalamualaikum...

Karen ni asyik takde je laaa....!!!

Huhuhu... Letih siyot bila takde karen ni. Bukan sekejap, dua kejap atau tiga kejap, tapi sampai melebihi sepuluh kejap.. haha...

Bermula dari pukul 10 pagi rumah aku takde karen ni. Malam ni tepat pukul 8, baru karen tu muncul. Berapa jam tu, cuba kira. Pagi tadi punya la berkobar-kobar semangat aku nak menjahit, dah duduk atas kerusi dah, dah mengadap mesin jahit dah, dah siap turunkan jarum menembusi kain dah, dah nak tekan button on dah, tup-tup kipas angin mati menandakan letrik terputus bekalan. Sangat-sangat hampeh okay...!!! Ingatkan sekejap je, rupanya sampai ke malam. Maknanya satu apapun aku tak dapat nak buat.

Memang siyot la TNB ni. Betul-betul menyusahkan orang. Kalau dalam sebulan tu sekali tak terputus bekalan, tak sah agaknya. Mesti nak jugak blackout tu. Aku telefon sampai dua kali bertanyakan bila nak ada letrik balik. Rupa-rupanya bukan semua rumah blackout, sesetengah rumah je yang terkena tempiasnya. Patut la takde siapa yang telefon talian 15454 tu mengadu kerosakan. Caaiittt...!!! Rumah jiran sebelah aku okay je ada letrik tapi rumah jiran depan rumah aku ni takde letrik. Mungkin kami punya line sama.

Nampak gayanya masa Earth Hour nanti aku tak payah la nak ikut serta sebab aku dah buat sekarang. Nampak sangat tak sabar menunggu hari untuk Earth Hour tu... ahakk...

Aku kata: Mood caca-marba gara-gara ketiadaan letrik.. Kering darah aku dibuatnya... Gggrrrr....!!! Ehhh, kering darah takpe kot, jangan kering gusi... kehkehkeh...

Friday, March 18, 2011

APSAL AKU TAK BOLEH DENGAR GEGAR CAPSULE NI..??

Assalamualaikum...

Apsal aku tak boleh dengar Gegar Capsule ni..??

Sejak tsunami kat Jepun hari tu, aku dah tak dapat dengar radio online dah. Tak tau la kenapa. Nak kata ada masalah kat lappy aku, takde la pulak rasanya sebab ada jugak sekali tu dapat dengar Gegar Capsule walaupun cuma 20 minit je. Ingatkan Gegar Capsule je yang ada masalah, rupanya kesemua radio online termasuk Sinar Capsule dan Era Capsule aku tak boleh nak dengar dah. Aku malas nak dengar guna radio biasa tu sebab siaran kat sini tak berapa nak jelas, asyik lari-lari je, pastu nanti last-last keluar bunyi angin je.. camni.... ssssstttttt..... haha...

Aku ada letakkan link untuk empat radio online ni kat sidebar blog aku ni. Tujuannya supaya senang untuk aku mengklik kat situ je kalau aku nak dengar radio online ni. Sekarang ni rasa macam dah tak berfungsi je gadget yang aku letak tu sebab tak dapat dengar. Mungkin orang lain boleh dengar kot. Mungkin hanya siaran kat tempat aku je yang ada masalah... kottt... huhuhu..

Aku selalu dengar Gegar Capsule ni waktu petang dan malam je. Kalau waktu pagi tu, dengar gitu-gitu je la sebab banyak benda nak buat, so tak boleh la nak fokus sangat. Kalau petang tu, sambil buat kerja, sambil layan DJ Isma Halil. Tapi sekarang ni Isma Halil dah takde kat stesen tu dan tempatnya digantikan oleh si comel DJ Zura. Malamnya pulak aku layan segmen Cinta Gegar yang dikendalikan oleh DJ Nazz yang bersuara romantik tu... :). Dulu aku suka dengar Hindi Power kelolaan DJ Andy Hakim tapi dia dah pindah ke MuzikFM la pulak... Sedih dan sunyi la dia takde kat THR ni.. Nasib baik ada segmen Cinta Gegar sebagai pengganti.. :P

Sekarang ni sedikit bosan sebab tak dapat dengar Gegar Capsule ni lagi. Kalau boleh, setelkan la cepat apa masalah yang berlaku tu ya.. Radio online lain tu aku tak berapa nak ambil kisah sangat sebab aku jarang dengar. Aku nak dengar Gegar Capsule je... =D

Aku kata: Aku jarang kata bosan. Tapi sejak tak dapat dengar Gegar Capsule ni, memang agak membosan kan la jugak sikit-sikit... Jom ramai-ramai Like page THR GEGAR ni ya... :-)

BAHAYA BETUL LAA...

Assalamualaikum...

Bahaya betul laa...
Dengan keadaan tayar belakang yang dah koyak sampai melambai-lambai dah lapisan luar tayar tu.. Dengan muatan yang sarat, masih lagi boleh berada di atas jalanraya..

Nasib baik masa ni kenderaan tak banyak. Buatnya bersusun, larat ke nak membontoti lori balak ni..? Nasib baik jugak masa ni polis takde buat sekatan jalanraya. Kalau tidak, ketepi... ketepi... ketepi... kata pak polisi... Kiranya selamat kat situ...

Mungkin takde kedai tayar untuk pemandu tu menukar tayar tu kot. Ehh, lori ada tayar spare ke tak ehh..? Tak tau pulak aku... hehe.. Keretapun kadang-kadang ada yang takde tayar spare ni, kann... huhu.. Ye la, takkan la dia nak terus memandu dengan keadaan tayar yang macam tu. Diapun mesti fikirkan keselamatan diri dia jugak.. kann... Apa-apapun, semoga semuanya selamat...



Aku kata: Coooobaaaaaaannnnn....!!!

Wednesday, March 16, 2011

BERKETUNTANG..?? APA TU...??

Assalamualaikum...

Berketuntang..?? Apa tu..??

Atau lebih 'mesra SEO' disebut 'bokotuntang'. Ianya tiada kaitan langsung dengan mata buntang... Hahaha.. Orang dari luar Negeri Sembilan mesti tak berapa nak faham apa maksud berketuntang tu kan... Mehh aku terangkan serba sedikit maksud berketuntang tu.

Berketuntang ni mengikut pemahaman aku adalah seakan-akan seperti bersilat kat dapur. Dalam erti kata yang lain, bertungkus-lumus menyediakan masakan untuk dijadikan sajian. Selalunya masakan yang memerlukan kita berketuntang ni agak rumit atau banyak kerja yang perlu disediakan untuk satu-satu jenis masakan tu..

Ni kisah semalam bilamana aku berketuntang kat dapur untuk menyiapkan laksa utara ni. Mujur ada sorang anak buah cilik yang menawarkan diri untuk membantu. Siap cakap lagi tu, nak tolong boleh tak..?? Korang ado...?? Ngehngehnegh..

Usai je solat zohor, terus aku masuk dapur siang ikan yang dah mula nak cair ais dia. Selesai mengerjakan ikan, terus je rebus dan anak buah tadi menggunting cili kering untuk direbus jugak. Nasib baik la dapur dua tungku jenis peten lama aku ni masih berfungsi dengan jayanya.. Cepatlah sikit proses penyediaan tu berjalan.. hehe..

Tak perlu nak cerita panjang berjela-jela macam kisah 1001 malam la ya.. Tengok aje la gambar yang sepatutnya disiarkan semalam.. =D

Kuah laksa yang sedang mendidih dan mee laksa yang sedang direbus..

Sementara menunggu kuah tu masak, sediakan bahan-bahan hiasannya dulu. Telur tu dah rebus awal-awal lagi dah...

Ini pulak adalah lebihan sayur kobis yang mak aku gunakan masa goreng bihun pagi tu. Daripada membazir sebab dah diracik-racik, aku gaulkan dengan mayonis macam yang KFC punya tu la. Elok pulak budak-budak ni makan sayur ni, malahan mintak buatkan lagi bila dah habis... haha...

Selesai kerja kat dapur, budak-budak ni mengerjakan pulak lebihan kain perca aku. Entah apa la yang dorang tu buat. Tak larat dah mata aku nak menengoknya.. Badanpun dah penat, matapun dah letih.. Zassss...!!

Aku kata: Hari ni aku dapat merakamkan video sebuah lori balak yang berada di jalanraya dengan keadaan tayar belakang yang dah koyak sampai melambai-lambai koyakan tayar tu. Membahayakan sungguh la... huhuhu...

Tuesday, March 15, 2011

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..

Assalamu'alaikum...

Aku yang makan cili, orang lain yang rasa pedasnya..


Inilah masalahnya. Kadang-kadang bila aku buat cerita kat blog aku ni, ada yang terasa seolah-olah cerita aku tu ditujukan pada mereka. Padahal aku bukannya kenalpun siapa mereka tu, apatah lagi nak ambil tahu kisah hidup mereka seolah-olah hidup aku ni, tumpuan aku ni hanya berkisar pada satu sudut sahaja, iaitu kehidupan mereka.


Seperti yang pernah aku bagitau dulu, kebanyakan dari cerita aku adalah berdasarkan apa yang aku alami, apa yang berlaku di persekitaran aku dan kadang-kadang cerita mengenai masyarakat ataupun orang-orang yang aku kenali selain dari cerita copy and paste dari akhbar. Orang yang tak berkenaan tak perlulah nak melatah.


Ada sesetengah orang sanggup untuk menggeledah entri lama untuk buat rujukan dan tembakan. Ada jugak yang mencari info tentang kita melalui rakan yang dikatakan karib. Tapi itu bukan aku. Aku langsung tak berminat nak korek cerita masa lampau orang samada melalui blog dia ataupun kawan-kawan dia. Tak sanggup aku nak duduk berjam-jam depan laptop demi mencari bahan bukti yang kemudiannya menjadi cerita untuk dicanang. Apa yang aku dapat kalau aku buat kerja bodoh macam tu..??




Benar, kita menulis mengikut apa yang kita rasa, apa yang kita alami, apa yang menjadi bebanan untuk kita luahkan. Namun, jika semua tulisan atau luahan kita itu sering disalahtafsirkan, sering diputarbelitkan, maka terpaksalah kita meng'hipokrit'kan tulisan kita. Persoalannya, adakah kita seronok berada di dalam lingkungan kepura-puraan itu? Ataupun kita takut orang luar akan melabel kita dengan kata-kata "Kenali seseorang itu menerusi gaya tulisannya.." Kalau itulah yang menjadi pilihan, janganlah salahkan orang lain jika sesuatu yang tidak kita jangkakan berlaku di kemudian hari. Kalau dah itu yang kita suka iaitu menilai kulit dari isi di dalam, maka itulah yang akan kita dapat.


p/s: Semakin malas nak melayan karenah orang-orang yang mintak puji ni. Rimas...!

Monday, March 14, 2011

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Assalamualaikum...

Kolotkah aku jika aku tak pernah masuk panggung?

Terpulanglah pada pandangan masing-masing. Apa yang penting, aku memang tak pernah sekalipun menjejakkan kaki ke dalam panggung wayang. Keadaan dalam panggung itupun aku tak tau macam mana melainkan tengok kat dalam tv je.. :-)

Kenapa aku tak pernah masuk panggung..?

Akupun tak tau kenapa. Apa yang aku tau, mak aku tak suka kalau aku masuk panggung ni. Bukan untuk aku je, malahan kalau boleh mak aku tak suka anak-beranak dia masuk panggung apatah lagi menjadi panggung tegar. Asal ada cerita baru je, mula la gatal bontot nak masuk situ. Namun, bukan semuanya jenis mendengar kata. Ada jugak yang ketegaq...

Hari tu, anak buah aku yang perempuan bertanyakan soalan yang sama, kenapa aku tak suka masuk panggung. Aku jawab, Uwan (mak aku) tak suka. Dia tak puas hati dengan jawapan aku tu. Dia tanya lagi, tak kan sebab itu je kot. Aku jawab, takut nanti tiba-tiba panggung tu terbakar, nanti mati dalam keadaan tengah suka-suka tengok wayang yang entah apa-apa. Dia gelak je. Dia kata lagi, laaa... ke situ pulak yang difikir. Dan aku jawab, mesti la, sebab kita bukan tau bila kita nak mati.. kann.. Dan diapun diam..

Teringat jugak pada insiden yang sama sewaktu aku bekerja dulu. Selama berbelas tahun aku dok ulang-alik kat depan panggung tu bila keluar berbelanja, tak pernahpun aku nak cuba-cuba menjejakkan kaki ke situ. Pernah jugak kawan-kawan serumah mengajak aku sertai mereka dan aku beri jawapan yang sama, iaitu nanti mak aku marah. Dorang boleh gelak-gelak lagi dan cakap, mak akak bukannya tau, jangan la bagitau dia. Hamboii... Bukan main lagi mengajar aku menipu ehh..

Memang betul mak aku tak tau. Memang betul mak aku duduk jauh dari aku. Tapi naluri aku menyatakan bahawa mak aku tau apa yang aku buat. Tak sampai hati rasanya aku nak menipu mak aku. Korang tak rasa berdosa ke menipu orang tua korang ehh..?? Lebih-lebih lagi yang menipu orang tua, mintak duit kata nak beli buku atau peralatan sekolah, tapi sebaliknya melencong ke tempat macam tu.. Ishhh.. ishhh.. ishhh... Anak siapa la gamaknya buat pe'el macam tu yaa. Macam mana la ilmu tu nak berkat. Macam mana la rezeki tu nak melekat. Tu yang asyik bersungut je duit manjang tak cukup tu... =D

Bagus jugak rasanya tidak menjadi panggung tegar ni. Bayangkan kalau mula masuk panggung seawal usia 13 tahun hinggalah sekarang, dah berapa banyak duit yang dilaburkan. Itu kalau tengok sorang-sorang. Macam mana pulak kalau 'terpaksa' belanja kawan-kawan yang lain, yang kerjanya meng'pow' je..?? Dan berapa banyak pulak masa yang dibuang sepanjang ulang-alik ke panggung tu..? Zaman sekarang ni semua nak kena bajet. Jangan kerana hiburan, sanggup membazir semua tu. Membazir itu amalan sitan bertanduk... :p

Aku kata: Tengok tv je.. =))

Saturday, March 12, 2011

RUMAH PUSAKA HILANG DICURI..?? BIAR BETUL NI..!!

Assalamualaikum...

Macam-macam hal yang berlaku sekarang ni. Semuanya gara-gara duit. Duit boleh menjadikan seseorang tu samada penjenayah ataupun dermawan. Duit juga boleh buat orang jadi gila. Sebab itu la jangan terlalu taksub dengan duit ni.. Berpada-pada la jangan sampai menjadi hamba duit...

*****************************************
Sabtu Mac 12, 2011
Rumah Pusaka Hilang Dicuri Orang

KANGAR: Kecurian barangan dalam rumah mungkin jenayah biasa, namun seorang suri rumah di sini amat terkejut apabila mendapati rumah pusakanya yang terletak di Jalan Raja Syed Alwi dekat sini, hilang.

Kehilangan rumah kayu setingkat berusia 60 tahun itu disedari Zuria Ali, 30, Khamis lepas apabila dihubungi penduduk yang tinggal berhampiran rumah tersebut.

"Saya bergegas pulang ke Perlis keesokan harinya (Jumaat) dan terkejut kerana yang tinggal hanya tapak rumah dan 24 pelapik tiang konkrit," katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis pada hari sama.

Zuria, yang kini menetap di Taman Cahaya, Kampar, Perak, kelihatan sedih ketika ditemui pada Khamis kerana baginya, rumah itu menyimpan sejuta nostalgia memandangkan di situlah tempat beliau dibesarkan sehingga melangkahkan kaki ke alam perkahwinan. Barangan peninggalan ibunya, Allahyarham Jahara Jasin, yang meninggal dunia pada 2004, dan disimpan di rumah itu termasuk perabot, peti sejuk serta pinggan, turut hilang.

Apa yang tinggal adalah barangan tidak berguna seperti televisyen rosak, cebisan papan buruk serta pelapik tiang konkrit.

Zuria berkata rumah itu disewa pada kadar RM100 sebulan kepada seorang penduduk di kawasan tersebut, dan kali terakhir penyewa membuat bayaran ialah Oktober lalu. Penyewa rumah itu juga gagal dikesan namun motosikal yang dipercayai miliknya ditemui berhampiran tapak rumah tersebut.

Suri rumah itu berkata, beliau percaya pencuri terbabit menggunakan lori bagi mengangkut bahagian yang dirobohkan kerana bangunan rumah itu agak besar. Penduduk berhampiran dikatakan melihat kerja-kerja merobohkan rumah itu pada Februari lalu dan tidak diganggu kerana mereka menyangkakan ia arahan pemilik rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

"Kes sebegini jarang berlaku. Kami sedang menyiasat mengenai status rumah terbabit serta puncanya, dan mereka yang bertanggungjawab mengambil rumah itu," katanya. - BERNAMA

SUMBER DARI SINI:

Aku kata: Masa ada duit, sayangggggg abang... Sayangggg laling. Bila dah takde duit, babaiiiiii abang... Selamat tinggal laling... Hampeh je orang yang perangai macam ni.. Pangggg....!!!

MOGA SEMUANYA SELAMAT..

Assalamualaikum...

Selamat hari sabtu semua..

Pertama sekali, aku nak ucapkan takziah kepada kerajaan negara Jepun di atas mala petaka tsunami yang menimpa negara matahari terbit itu semalam. Sesungguhnya semua yang berlaku adalah kuasa Allah. Mudah-mudahan semua rakyat negara kita, Malaysia, yang berada di sana selamat dari ancaman buruk ini. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan mereka.

Keduanya, selamat bercuti kepada adik-adik. Yeaaa... Bestnya cuti sekolah ni kan.. Gunakan masa cuti ini dengan sebaik mungkin ya.. Jangan pulak sekolah cuti, bukupun ikut cuti sama.. haha..

Ketiganya, rumah aku dah mula riuh dengan suara kanak-kanak riang. Anak-anak buah dah balik malam tadi. Lepas ni bermula la episod gaduh-gaduh manja sesama dorang yang berebut-rebut nak gunakan pc.. Dan bermula juga syif mengadap pc yang dorang cipta sendiri. Tak selamat la pc tu gamaknya... kehkehkeh...

Keempatnya, aku kena sorokkan anak-anak kucing aku. Harap-harap dorang tak jumpa la. Kalau tidak, mau penyek bebiket tu dorang tunjal. Budak-budak ni suka pegang-pegang anak kucing tu. Kadang-kadang dorang tak sedar yang dorang terpegang dengan kuat sebab geram dengan kecomelan mereka.. Macam tak selamat je anak-anak kucing aku kalau budak-budak ni ada... huhu...

Cukup sampai empat aje la ehh... Macam poligami la pulak... =D

Sebelum tu, mehh la layan gambar anak kucing aku yang sekor ni. Pestaim ada bebiket yang agak gumuk... Eeeiii... Geram je tengok dia...

Tengok apa tu..
Hello... Cakk...


Ehh.. ehh... ehh... Camner benda ni boleh ada kat atas peyut sayer ni... =))


Apsal syedeh je ni...
Tak kan tengok je...

Aku kata: Mudah-mudahan semuanya selamat... Orang yang nama dia Selamat pun, belum tentu selamat....

Friday, March 11, 2011

INSYAALLAH... ADA JALANNYA.. =)

Assalamualaikum...

Hari tu ada dua orang jiran bertandang sekejap ke rumah..
Saja je datang sebab nak bertanya sesuatu..
Dan mengajak join jika mahu...

Jiran merangkap mak cik ni ajak aku pergi umrah..
Dia tengah nak cari orang, nak cukupkan korum la kot..
Manakala jiran yang sorang lagi tu dah bagi keputusan dah, kata nak ikut serta..

Dia tanya aku, nak pergi umrah tak..?
Siapa yang tak nak pergi.. kan...
Aku jawab, nak pergi tapi duit takde...
Maksud aku tu bukan la duit tu takde langsung, tapi tak mencukupi..

Pastu jiran tu kata, mintak la kat mak...
Suruh mak tolong sponsor..., katanya lagi...
Aku jawab, mak ni banyak cabangnya yang dia nak kena tolong..
Orang nampak macam mak takde masalah je..
Hakikatnya, banyak masalah yang mak nak kena tanggung...
Susah nak cakap...

Lepas tu jiran tu cakap lagi..
Pokok pangkalnya hati..., kan...
Terkedu aku sekejap..
Adakah itu bermaksud yang aku takde hati nak ke tanah suci tu..?
Sedih jugak rasa hati. Mata dah mula panas. Tapi aku diam je la..

Aku jawab, takpe la... Makcik pergi la dulu.. Walhal dia dah banyak kali kerjakan umrah tu...

Aku kata, kalau pergi umrah, nanti duit tu akan luak sedangkan aku tengah berusaha untuk mengumpul dana mengerjakan haji. Mak cik tu kata, nanti boleh kumpul balik. Mana tau lepas balik umrah ada pulak rezeki. Aku kata lagi, kalau mak cik takpe la, dah takde benda nak fikir dah. Anak-anakpun semua dah buat umrah dalam usia yang masih muda. Rezeki dorang...

Aku ni pulak jenuh nak kumpul duit tu. Duit simpanan masa kerja dulu aku dah keluarkan, tolong mak buat rumah ni, walaupun takde la banyak manapun. Tu yang terpaksa menabung balik semula tu...

Aku suruh mak cik tu cuba ajak jiran-jiran yang lain, yang lebih berkemampuan untuk turut serta dalam rombongan. InsyaAllah, kalau ada rezeki aku, aku akan ke sana jugak nanti. Dulu masa zaman aku masih lagi bekerja, mak aku pernah ajak aku pergi umrah, sekali dengan abang aku. Tapi masa tu aku memang susah nak dapat cuti. Aku pulak jenis malas nak bergaduh dengan manager ciner tu. Tambahan pulak ilmu belum ada. Sudahnya, mak aku dengan abang aku je yang pergi ikut rombongan tu. Bukan rezeki aku...

Mudah-mudahan aku akan sampai jugak ke sana suatu hari nanti..


Aku kata: InsyaAllah.. Ada jalannya.. =)

Thursday, March 10, 2011

AMBIL ANAK ORANG, TAPI TAK TAU NAK JAGA..!!

Assalamualaikum...

Ambil anak orang, tapi tak tau nak jaga..!!
Apa daaa....!!

Dia ni ada anak dua..
Entah macam mana, kedua-dua akan dia tu mati..
Lepas tu mula la dia meroyan..
Kesian pulak aku tengok dia tu..
Dah la kedua anak tadi tu merupakan anak sulung dia..
Kembar dua...

Lepas tu diapun mula la mengganggu anak orang lain. Boleh pulak dia pergi kidnep anak dorang..
Mula-mula dia kidnep satu je. Esok lusa tengok-tengok semua anak orang tu dah ada kat dia. Apa lagi, meroyan pulak la si ibu yang anak kena kidnep tu...

Untuk berlaku adil dan mengelakkan dari dia terus-menerus meroyan, aku agih-agihkan la anak tadi. Sekurang-kurangnya dia tau anak dia masih ada walaupun itu sebenarnya bukan anak dia. Masalahnya si dia ni tak pandai nak jaga anak yang dia kidnep tu..!! Mungkin sebab terlalu sayang atau tak pandai nak jaga agaknya. Cara dia menjaga anak tu agak kasar. Kadang-kadang macam nak melayang anak tu dia kerjakan.

Lepas satu, satu anak yang dia jaga tu mati. Maknanya, anak orang yang dia kidnep tu mati gara-gara penjagaan yang keterlaluan. Sekarang ni dia dah mula nak kidnep anak orang yang lain pulak. Sekejap dia ambil anak tu, sekejap lagi ibu anak tu ambil balik anak dia. Begitulah keadaannya. Naik rimas aku mendengar bunyi suara anak tu menangis...

Malam ni, aku larikan anak tu. Kesian pulak aku tengok leher anak tu yang dah mula ada kesan berlubang gara-gara bertukar gigitan. Anak tu aku pindahkan kepada ibu yang aku rasa dah pro pasal penjagaan anak kecil ni. Manakala ibu-ibu yang mencuri anak orang tadi, aku letak kat luar, tak bagi tidur kat dalam rumah sebab takut dia bawak lari anak tadi..

Aku kata: Ini adalah cerita tentang kucing-kucing aku... Tak payah komen laa... Malu pulak rasanya bila entry yang mengarut macam ni ada jugak yang nak tinggalkan komen... =)

Wednesday, March 9, 2011

SMS ASMARA = RAKAN SEPENGGATALAN..??

Assalamualaikum..

SMS asmara = rakan sepenggatalan..??

Haaa..
Macam hot je tajuk tu kan..?

Tengahari tadi aku tengok WHI dengan topik SMS Asmara Punca Curang yang khas ditujukan untuk pasangan suami isteri yang bermain sms berbaur asmara dengan skendel masing-masing... Ramai yang bagi pandangan serta luahan hati kat fesbuk WHI tu... Ramai jugak yang menjadi tukang sibuk termasuk la aku... hehe... Saja je nak mencelah, apa salahnya.. ya tak..??

Aku malas la nak mengulas panjang lebar mengenai isu ni. Kang tak pasal-pasal terkena balik kat diri sendiri. Bukan semua orang jujur, yang boleh menyimpan sms kita dengan selamat. Buatnya dia hebahkan sms kita tu, camner..? Opkos la kita malu.. kan... Kita punya la jujur simpan semua sms dia, tapi dia dok hebah-hebahkan kat orang. Sakit hati tak? Mestilah sakit. Giler la kalau takde perasaan sakit hati tu. Sebab tu la aku sekarang ni dah tak berminat nak ber-sms atau ber-ym kecuali hal-hal yang penting dan bertanya khabar je. Itupun kalau orang tu takde kat dalam fb aku la.. Kalau ada, tegur kat fb je, lagi senang. Tak perlu nak berselindung di sebalik tirai.. =D

Jom tengok pendapat orang ramai tentang topik ni. Aku main skip je ni. Nama dorang aku terpaksa potong la. Takut ada yang saman aku lak nanti. Zaman sekarang ni macam-macam cara orang guna untuk dapatkan duit.. :-)

Nasihat Dr Tg Asmadi, jika khuatir akan sms yang diterima suami...
1. Jangan terus serang suami... mungkin tak bersalah
2. Siasat dahulu
3. Tingkatkan hubungan dengan pasangan
4. Tanya dengan 'cara' yang betul

  • 1- betul2... bagi ruang untuk memberi penjelasan... amalkan Give and Take..
    11 minutes ago · · 1 person
  • 2- Hanya manusia biasa yg tetap lakukan ksilpan wlaupun trus mencuba @ cuba buat yg trbaik.
    10 minutes ago · · 2 people
  • 3- pkara ni br jer tjadi kt sy..mmg sdh sgt2...tp sy bnyak bsabar.klu tnyer suami ttg sms 2, mmg la x ngaku..last skali sy nk pg keje pg 2, jumpa slendang...tp alahamdulillah skarang nih dh settle, sy bersemuka sdiri dgn ppuan tu.sy bg nsihat kt dia spai dia nangis..sy ckap kt ppuan ni, nnt suatu hari nnt awk akn kwin jg, mkin awk pn trima nsib mcm sy jg, suami awk plak yg curang..ape PRASAAN AWAK???
    4 minutes ago ·

  • Terma baru dari Fiza... "Teman Sepenggatalan" untuk mereka yang melayan kegatalan melalui sms.... :)
    31 minutes ago · · Dislike ·
    • 103 people like this.
    • 50 of 55
      • 1- sepenggatalan...???pkataan baru tu...
        29 minutes ago · · 1 person
      • 2- sbrnye teman sepenggatalan nie akn wujud..jugak jika tdak dikwal..or keduanya2 melayan,..baek lelaki atau perempuan..cth pekenalan alam siber spt fb ni dr sni tkr2 no..lme2 akn msg,call..tkr2 mslh..slh sowg pasti akn simpati atau cair dgn kata2 manis a ksh dr pihak yg mne..tp jika slh sowg pndai mengelak..n slg mgingatkan yg dye da berkwhn atau sbliknya..maka persbhtn itu ta kn terlebih....adat spruh lelaki atau wanita ingin perhatian,dimnje..:)
        24 minutes ago · · 2 people
      • 3-- Kawan sy cakap gunalah istilah rakan birah or rakan biang... Hehe...
        22 minutes ago · · 1 person
      • 4- lelaki kalo die nak cari lain bilex2 masa jer sama gak cam pompuan... kalo tak layan tak jadi...tpi ramai pompuan skg suka laki owg...pelikkan..???
        22 minutes ago · · 1 person
      • 5- wAkakakaka' :D ------------->> (ni komen dari orang lelaki... Gelak je dia..)
        21 minutes ago ·



Selebihnya kena la masuk kat page WHI tu. Macam-macam jenis komen ada kat situ. Pakat pilih je mana komen yang korang rasa bersesuaian dengan topik..

Aku kata: Ni yang macam malas nak tinggalkan komen kat status orang dah kawen ni.. Kang ada pulak yang kata aku nak menggatal dengan laki dia... Baik "Hide" aje golongan yang dah berpunya ni.. kann.. Sila declare status masing-masing ya.. Senang sikit aku nak klik "Hide"... =D
Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)