Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Saturday, May 30, 2009

CUBA...TRY...TEST...


.....ni la rupa kelapa muda....

Assalamualaikum...


Resepi Jando Pulang..(What?? Weird!! Wallaweyy..)

Bahan2:

Air kelapa muda
Isi kelapa muda
Gula pasir
Ais kiub

Cara2:

Campurkan semua bahan2 tersebut. Dah siapp....
Senang je kan hehehe....


p/s: aku tak tau kenapa resepi ni dinamakan sebegitu rupa. Aku pernah tanya kat jiran aku dan dia jawab sambil berseloroh..."ontah laa, agak ehh laki tu naksoh jando tu balik kek dio gak ehh...???? Buruknya nama resepi ni tapi rasanyamemang besttt.....slurrpppp... RESEPI la sangatttt.....ahakk.... Any comment??
.

Thursday, May 28, 2009

KADANG-KADANG...

Assalamualaikum...

Hmmm....sekadar meluahkan rasa yang terbuku...

KADANG2 bila aku sedih, aku sorokkan muka aku jangan ada orang perasan....

KADANG2 bila aku marah, aku diam seribu bahasa...tapi muka aku memang serius dan masam yang amat sangat..

KADANG2 bila aku sakit, aku sedaya upaya untuk bertahan supaya orang yang berdekatan tidak simpati kat aku...

KADANG2 bila aku ketawa, aku memang tak ingat dunia...sampai ada yang pelik tengok gelagat aku...

KADANG2 bila aku penat, mulut aku tak henti2 membebel. Nasib la sapa yang kena bebel masa tu...

KADANG2 bila aku takde mood, satu keje aku tak buat. Aku akan tido...tengok tb...tido...makan..tido...dan blablabla...

KADANG2 bila aku risau, jantung aku sentiasa bergetar, hati aku lak asek dup..... dap...dup...dap...Ya ALLAH....kenapa ni..

KADANG2 bila aku tak keluar rumah, jiran2 lak datang bertandang....tanya kat aku..."ngko tak sihat ke..."

KADANG2 bila aku sakit hati, macam2 yang aku fikir, namun aku belom lagi terfikir untuk membalas dendam....

KADANG2 bila anak buah mintak duit, mulut aku bising macam ayam betina nak bertelur tapi aku bagi gak duit tu....


KADANG2 aku terfikir....sampai bila aku nak jadi macam ni. Tapi, teruk sangat ke aku ni....Entah, aku tak tau...

Namun yang pasti KADANG2 ini hanyalah pelengkap sebuah kehidupan...

p/s: Bagaimana dengan anda...??
.

Saturday, May 23, 2009

SUKA vs DUKA....

 Assalamualaikum...


Semalam....

Kuar pegi bandar sebab nak uruskan pencen mak....dah 2 bulan tak amek....Kuarkan sikit je... muehehehe... Sementara tunggu giliran sebab ramai budak2 sekolah, aku pegi kedai buku kat sebelah bank tu kejap....Cekau 3 bijik novel...abeh rm75.90. Dari luar nampak macam best je cite dalam novel2 tu... tapi kat dalam tak tau lagi laa....huhuhu......


Pastu pegi soping barang dapo....tu je la keje aku tiap2 bulan...tolak troli, amek je barang2 macam biasa, masok troli...tolak...bayar guna duit mak aku. Aku mana ada pitih maaa. Abeh rm480.... makaihhh, barang2nya ciput je tapi harga!!! Bayar je la kan, nak buat camnoo.


Balik dah dekat pukul 6.15 ptg......punggah2 barang then solat asar then lepak japp....kaki punyalah sakit sebab banyak berjalan huhu...


Pagi ni...

Lepak sambil baca novel2 tu...Dah abeh baca 2 novel... tapi citernya macam tak menarik minda aku je. Rasa rugi lak beli novel2 tu ekekeke. Tinggal 1 je lagi novel yang belom aku baca. Kena amek mood dulu muehehehe.


Tengahari ni...

Aku tengah baca novel, mak aku datang kat aku, pastu mintak minyak gamat. Dia kata dia jatuh kat dalam longkang atas bukit belakang rumah aku. Ya Allah... kelam kelibut aku cari minyak gamat tu. Aku tengok dahi kanan mak aku dah benjol sebeso telor ayam kampong dah...Aku sapukan minyak kat mana2 luka....paling aku risau luka kat pelupuk mata dia yang nampak macam dalam je sebab darah asek kuar je...


Aku ajak dia g klinik tapi dia taknak. Biasalah orang tua, degilnya tak sape leh lawan. Aku biarkan mak aku tido. Aku pasang kipas lagi 1 nak bagi dia selesa sebab kipas siling kat bilik jaitan aku kurang power. Petang nya aku buatkan mak roti bakar sebab dia takde selera nak makan. Pastu aku bagi dia ubat demam sebab aku rasa badan dia dah mula panas....


Malam ni..
Aku dok ngadap lappy ni laa. Mak aku dah tido lepas tengok berita tadi...Moga2 demam mak tak melarat....

Tuesday, May 19, 2009

TIPAH TERTIPU BANG........

Assalamualaikum...

TIPAH TERTIPU BANG........

Aku tengah MARAH ni. Marah sangat-sangat pada diri sendiri. Bertambah marah pada orang-orang yang meletak link KOTOR kat blog dorang. HAMPEH betol....

Malam tadi aku pergi la ronda-ronda dari satu blog ke satu blog. Pastu aku jenguk la kat blog yang satu ni. Nampak macam menarik je. Tambah pulak dengan gambar-gambar tuan punya blog yang kiut je, manis bertudung. Akupun apa lagi. EXCITED la nak baca blog tu kan....

Baca punya baca, tiba-tiba aku terpandang kat satu LINK kat situ. Sebelum klik kat link tu, aku fikir dulu, mungkin OK kot kalau aku try klik. Lagi pun kat bawah link tu siap tulis kata-kata yang merujuk kepada pembikinan blog. Jadi, bagi aku yang baru je berjinak-jinak dengan alam blogging ni tentulah nak tau cara-cara camne nak perbaiki dan perindahkan lagi blog aku ni......

Maka, akupun klik la kat link tersebut. Tiba-tiba je keluar....

CILAKAK..!!! 

Tu ayat yang pertama keluar dari mulut aku. Pastu aku terus lagi membebel. HAMPEH punya manusia...!!! Ada ke MINATANG ni yang ko letak kat link blog ko..?? Adoiii.... Tak pasal-pasal aku telah tertengok benda yang tak sepatutnya. Malu sendiri aku dibuatnya aihh...

Mujur la masa tu cuma aku sorang je yang tengah mengadap pc ni. Buatnya ada anak-anak sedara aku yang masih kecik-kecik tu ngadap sama, tak ke haru biru jadinya nanti....

Kepada bloggers yang lain, aku harap TOLONGLAH jangan letak link-link yang PORNO ni. Memanglah itu blog korang, suka hati korang la kan nak buat apapun. Tapi korang tak tau malu ke letak link yang macam tu dengan imej korang yang ala-ala SUCI BERSIH tu..?? Perlu ke nak KONGSI benda-benda macam ni....??? VUDUSSS.......!!!

TOLONGLAH fikirkan kesannya pada bloggers yang lain. Aku tengok followers blog tu dah menjangkaui 1000 orang. Sudah tentu tuan punya blog tu BANGGA bila ramai yang setia follow blog dia. Tapi pada aku, ko la yang paling BANGANG...!!!

Aku rasa serik sangat sebab ni kali kedua aku terkena sebab link tu sendiri nampak macam BAIK je.....Wallahualam....

p/s: Sosak napeh den... =,='

Wednesday, May 13, 2009

GELORA DI HATIKU.......

Assalamualaikum...

Jumpa lagi ehh...tapi kali ni takde citer yang menarik. Rasa macam dah
malas dah nak update blog ni...hmm....memula
dulu je excited bebeno,
tapi skang ni nak jenguk blog sendiri
pun dah macam lesu je....selesu air
longkang kat belakang
umah aku ni haa.....muehehehe...

Cuma satu je aku nak bagitau kat sini. Aku mintak MAAF banyak2 pada
sesiapa je kalau ada di antara korang yang
terasa dengan ayat2 aku,
atau
kecik ati dengan diri aku sendiri.....

Kadang2 aku sendiri tak suka dengan apa yang aku cakap/tulis tapi aku
lebih suka lepaskan daripada aku ter
congak2, tercanguk2 mencari satu
kepastian. Aku harap korang paham
sebab aku kalau boleh taknak me-
nambahkan lagi bilangan
hipokrit yang dah semakin meningkat ni....
Perlukah aku
menjadi seorang hipokrit? Hmmm, mungkin perlu untuk
satu2 situasi yang memerlukan, tapi janganlah sampai dijadikan amalan
sepanjang hidup....


Cukup sampai sini dulu...kalau ada yang merajuk tu, pujuk2 la diri tu
sendiri
ya, sebab aku memang tak pandai dalam soal pujuk-memujuk ni..
dan aku bukan jenis pembodek....Dan aku juga bukanlah jenis manusia
yang suka atau pandai
memuji benda yang tak sepatutnya....
HARAP MAKLUM...


p/s: Selamat Hari Raya....Maaf zahir bathin..........hahahaha....
.

Saturday, May 9, 2009

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »