Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Sunday, June 30, 2013

Proses buat baju Omak...

Assalamualaikum...

Proses buat baju Omak...


Aku memang tak ambil tempahan untuk baju berfesyen ni kecuali jika ada yang bersungguh-sungguh minta tolong jahitkan, baru aku ambil. Dan itupun bergantung pada jenis kain. Untuk baju berfesyen, aku jahitkan baju Omak aku je iaitu maxi yang simple je. Sesekali aku jahitkan juga baju kakak aku..


Kat sini aku kongsikan sikit 'perjalanan' semasa membuat baju maxi Omak aku tu yang bermula dari mencantumkan lapik leher hinggalah kepada menambah sedikit manik yang juga simple..






Biasanya aku letak poket yang macam poket seluar tu tapi kali ni aku letak poket tampal macam poket baju kurung. Lagipun kain tu agak gelap, takde la nampak sangat warna benang jahitan poket tu..




Jahit baju maxi macam ni kalau diikutkan senang la jugak. Cuma agak cerewet kat bahagian leher tu la. Dan lagi satu, aku cukup malas nak melukis pola/dasar baju. Inipun aku gunakan pola/dasar baju yang lama, yang dah bertampal-tampal dah.. Lagi satu malasnya ialah nak kena gelek dengan kertas karbon untuk menandakan tempat jahitan kat baju tu. Kertas karbon aku cuma ada warna hitam je. Buatnya dapat kain yang warga gelap, dah tak nampak kesan gelekan tadi... Terkebil-kebil la biji mata ni haa nak cari mana la tanda tu..



Manik yang dah bersawang, dah lama tak digunakan...





Kat bawah ni aku tunjukkan sikit cara nak jahit manik seperti yang aku buat kat baju Omak aku tu. Video ni bisu, takde suara aku ya. Jangan pulak pergi kuatkan volume. Aku tau suara aku 'mengerikan', sebab tu aku buat video bisu je.. hehehe... Lagi satu, ni pertama kali aku buat video ajar cara jahit manik ni.. Maaf jika terdapat banyak kekurangan.. Sila fokus pada cara menjahit manik tu je.. Jangan fokus kat jari yang dah berkeduts ittew... huhuhu...




Manik tu boleh je gantikan dengan manik lain yang disukai. Pastikan jahitan tak longgar atau tidak terlalu ketat.. Pastu masa jarum tu patah balik ke atas, pastikan tempat cucuk jarum tu sama paras dengan panjang manik yang pertama. Setiap kali nak jahit manik yang baru, jarum tu dicucukkan ke arah 45 darjah..


Yang bawah ni cara dia sama je dengan yang di atas. Bezanya ialah yang di atas tu cucuk jarum arah ke bawah manakala yang di bawah ni, cucuk jarum arah ke atas.. Sekali pandang macam jahitan manik crumble jugak.. hehh..


Ni baju aku.. :)


p/s: Setakat ni je yang aku boleh bantu. Kalau nak cuba buat tu, silakan buat dari sekarang. Nanti raya dah boleh pakai dah baju yang bermanik. 

Saturday, June 29, 2013

Biarkan Indah Berlalu

Assalamualaikum...

Biarkan Indah Berlalu


Selesai sudah membaca novel Biarkan Indah Berlalu karya Ramlah Rashid ni.. Sebuah kisah yang sangat tragis dan mengundang airmata apabila seorang abang sepupu menodai adik sepupunya sendiri.. Kisah hidup Indah yang dibuang ibu bapa sendiri kerana Indah tetap merahsiakan siapa yang menodainya.. Walaupun dipukul, disepak terajang oleh ayahnya yang merupakan bekas komando berpangkat Jeneral, namun Indah tetap mengunci mulutnya..

"Lebih baik cakap Indah, siapa buat kamu? Selagi kamu diam begini, tak ada siapa-siapa boleh tolong.."


Kisah Danial yang jatuh cinta dengan Indah dan sanggup menerima kekurangan Indah dan sayangkan anak Indah iaitu si Putri..

"Saya serius. Siapapun Indah dulu, bagaimana Indah melalui masa silam, itu dulu, sudah tidak penting lagi. Saya hanya nampak Indah sekarang dan nak sangat bersama Indah untuk ke masa depan, untuk selamanya selagi ada hayat dikandung badan.." - Danial


Indah pula semakin menjadi serba salah bila Danial mula menyatakan hasratnya untuk menjadikan Indah sebagai teman hidupnya..

"Indah dah tak suci lagi. Tidak ada apa-apa yang akan Danial dapat dari diri Indah. Danial akan menyesal nanti.." - Indah



Biarkan Indah Berlalu karya Ramlah Rashid


Tetapi dalam masa yang sama, abang Danial tidak menyukai Indah dan anaknya kerana kisah silam Indah yang dianggap akan merosakkan keturunan mereka sekeluarga. Beria-ia sungguh dia memasang 'spy' untuk mencari kesalahan Indah..


"Aku tahu anak kamu tak berdosa dan aku tak pernah menganggapnya hina. Tetapi untuk membentuk keluarga murni lagi sempurna, harus mengumpul ahli keluarga yang sempurna jugak. Anak luar nikah tak ada tempat kat dunia. Dia anak haram.." - Mukris


Banyak lagi kisah yang menarik tentang perjalanan hidup Indah sewaktu hamil dan sewaktu ingin melahirkan. Juga kisah Danial yang bersungguh-sungguh sukakan Indah serta kisah Azril yang merosakkan Indah kemudian melarikan diri ke luar negeri. Terkesan dengan kisah sepasang suami isteri tua yang sanggup menjaga Putri sedari kecil tatkala Indah hilang arah tujuan.. Juga kisah lucu sewaktu Danial dan Indah serta ibu Danial membawa Putri melawat zoo.. Masa ni gelak sorang-sorang baca.. hehe..


"Wah, tingginya tengkuk dia. Kepala kecik, badan besar.." - Putri


Aku suka baca novel ni.. Banyak pengajaran yang dapat diambil.. Gaya bahasa juga menarik.. Oh ya, penggunaan BI dalam novel ni hanyalah untuk dua tiga ayat yang pendek sehaja.. Langsung tidak mengganggu konsentrasi pembacaan..


Berjayakan Danial menjadikan Indah sebagai isterinya..? Berjayakah Azril memujuk Indah untuk menerimanya sebagai suami demi untuk menebus kesalahannya menodai Indah dahulu..? Segala-galanya akan terjawab jika anda membaca novel ni hingga tamat.. Jangan skip baca tau, nanti tak faham.. hehh..


p/s: Semua rencah ada dalam novel ni.. Cubalah baca.. Aku sukakannya.. Orang lain tu, aku tak tau la.. Pokok dek ekau la, kann.. kehkehkeh...

Friday, June 28, 2013

Cuci kain buruk di dapur...

Assalamualaikum...

Cuci kain buruk di dapur...


Lain orang, lain cara yang digunakan untuk mencuci kain buruk lap meja atau lap dapur masak. Ada orang suka cuci guna mesin basuh, ada juga yang cuci guna tangan dan ada juga jenis main siram air je tanpa menggunakan sabun.. Kalau setakat lima enam helai kain lap dapur, rasa macam tak berbaloi pulak cuci guna mesin basuh.. Terpulanglah pada tahap kerajinan masing-masing, kan..




Kalau aku, aku lebih suka rendam kain lap tu semalaman dengan glo. Glo ni bagus sebab segala jenis minyak dan lendiran yang melekat kat kain lap tu akan keluar bila kain lap tu direndam. Dulu aku selalu rendam kain lap ni dengan sabun basuh yang jenis serbuk tu tapi sabun basuh ni tak menghilangkan minyak yang ada dan kain tu rasa licin je. Bila dibilas, terasa kain tu masih lagi berlendir..


Tapi sejak aku merendam kain lap ni dengan glo, segala kotoran dan minyak akan keluar keesokan harinya. Bila bilas, takde rasa licin berlendir dan kain rasa kesat yang menandakan tiada lagi minyak yang melekat. 


Selepas direndam semalaman.. Air rendaman sudah bertukar warna.. 


Kat dapur aku, kain lap meja atau lap dapur aku guna je kain batik atau kain pelikat yang dah tak dipakai lagi. Kain tuala good morning banyak je tersimpan dalam almari tapi rasa sayang pulak nak gunakan kain putih bersih tu untuk dijadikan kain pengelap meja atau dapur masak.. Tuala good morning tu guna untuk lap tangan dan barangan lain sahaja seperti  mengelap pinggan mangkuk dan perkakasan membuat kuih-kek-roti dan sebagainya.


Tu dia.. Segala jenis minyak semuanya keluar...


Selepas semalaman direndam, barulah bilas kain lap tu. Jika masih terasa berlendir, boleh rendam semula dengan menggunakan air yang baru. Tapi selalunya, rendam semalaman je dah mencukupi dah untuk menghilangkan segala jenis kekotoran.. Kalau kain lap tu banyak, maka kena la letak glo tu banyak sikit. Jangan pulak kain tu sebaldi tapi glo yang diletak cuma sesudu.. Memang sampai tahun depan la lendir dan minyak yang melekat tu tak hilang.. hehh...


p/s: Ada orang lap meja atau dapur masak dengan menggunakan tisu dapur tu.. Kalau duit berkepok-kepok, takpe la guna tisu tu.. Tapi kalau dompet tu manjang batuk je, tak payah la nak guna tisu tu.. Rajin-rajinkan jari merendam dan mencuci kain lap tu.. hehh..

Thursday, June 27, 2013

Kain berkaki...?

Assalamualaikum...

Kain berkaki...?


Hahhh...!!! Kainpun ada kaki jugak ke..? 

Ek elehh... Tak payah nak buat-buat terkejut berok la haiihh.. kehkehkeh..


Kat bawah ni aku bagi gambar sebagai contoh kain yang ada kaki ataupun kain berkaki. Nampak tak perbezaan di antara kedua-dua jenis kain tu...? Kalau tak nampak, sila perhatikan lagi sekali.. Tengok betul-betul..





Untuk dapatkan hasil seperti gambar di atas, kain yang diperlukan untuk saiz badan L atau XL ialah sebanyak empat setengah meter (4 1/2 meter). Tujuannya adalah untuk mendapatkan pesak yang berkaki juga sebab pesak akan diambil secara sekeping sekeping iaitu berasingan. Kena beli kain yang belum siap berpotong la..


Dan jika kain tu sekadar empat meter iaitu beli kain yang dah siap dipotong, maka, baju itu akan jadi seperti gambar di bawah. Boleh tengok pesak tu cuma sebelah sahaja yang ada kaki dan sebelah lagi kosong. Pesak diambil seperti biasa iaitu empat segi tepat di potong dua secara serong.. Jadi, satu bahagian berkaki akan berada di bawah dan satu lagi akan berada di atas.. 


Kalau orang tu jenis faham sebab pesak tu takde kaki, takpe la.. Yang susahnya bila ada orang yang tak faham kenapa pesak tu sebelah je berkaki.. Dah kain tu ngam-ngam je, macam mana nak ada kaki kat dua-dua belah pesak..?



Tuan punya baju ni faham kenapa baju dia jadi macam ni..


Dan jika saiz individu itu lagi besar, maka lagi banyaklah meter kain yang diperlukan. Mungkin sebab itu ada sesetengah orang yang badan dia bersaiz besar akan membeli kain yang bidangnya 60 inci.. Tapi kalau aku, aku kurang suka jika kastemer hantar kain yang 60 inci ni.. Susah aku nak bajet dan nak pusing-pusing kain tu.. Sudahnya kepala aku yang pusing.. huhuhu.. 


p/s: Kalau nak selamat, tak payah beli la kain yang berkaki ni.. Beli yang bercorak penuh lagi cantik.. Senang sikit kerja aku nak memotong dan menjahit.. hehehe..

Tentang buku...

Assalamualaikum...

Tentang buku...


Books are the quietest and most constant of friends; 
they are the most accessible and wisest of counselors,
and the most patient of teachers...

Setuju tak..?


Kalau cium dan peluk Qur'an lagi bagus.. Tak gitu..? Huhuhu...


Sebagai pembaca, pasti merasa semua ni.. 



Aku tak baca buku atas kerusi atau sofa.. Aku baca buku sambil baring.. Kejap kiri, kejap kanan, kejap terlentang.. Dua tiga kejap lepas tu, zzzzzzzzzzz... kehkehkeh.. *kalau buku tu membosankan..


p/s: Sebagai pembaca novel, lebih-lebih lagi novel yang dibeli dengan menggunakan duit sendiri, kita berhak memberikan pandangan tentang apa yang kita baca asalkan ianya masih berdiri di atas landasan yang betul.. Sebagai penulis novel, anda tidak berhak untuk melenting jika dikritik habis-habisan.. Anda cuma berhak untuk mempertahankan apa yang anda tulis.. *takde kena mengena dengan penulis blog ya.. Errr... *taktik melepaskan nyawa sendiri.. huahuahua..

Wednesday, June 26, 2013

Nak senyum ke tak nak ehh..

Assalamualaikum...

Nak senyum ke tak nak ehh..


Bila tengok keadaan pasu bunga yang dah tertonggeng macam ni, agak-agaknya boleh ke nak senyum ala-ala giyomi..? 




Pokok ni baru je aku semai dua minggu lepas. Baru je mula keluar pucuk daun yang baru.. Akar diapun tak kuat lagi melekat kat tanah. Alih-alih dah tertonggeng macam ni.. Eiiii.... Sakit mek amek tey kau ati sey ni haa... Tapi nak buek camno.. Ontok-ontok yo la.. Topakso la amek ongap banyak kali nak sojuk an ati.. huhuhu...


p/s: Kalau macam ni la, takde masa nak senyum giyomi... Nak ganyang ada laa.. hahahaha...

Coklat lagi.. :)

Assalamualaikum...

Coklat lagi.. :)


Stok bar coklat masih ada lagi dalam freezer. Tu yang buat tu. Lagipun dah lama dah aku tak buat coklat ni.. Coklat ni aku buat untuk mak aku yang kadang-kadang takde selera nak makan nasi dan badannya akan menggigil kerana diabetis.. 




Satu bar coklat tu cuma dapat tiga tray ni je. Itupun ada satu lubang yang tak berisi. Kalau buat betul-betul rasanya boleh dapat tiga tray penuh. Tapi disebabkan kojo yang tak senegheh, maka macam ni la hasilnya.. 


Bersememeh habis.. hehh..




Selagi boleh kaut, kaut kasi habis..




Kalau dah tak boleh nak kaut dengan sudu atau senduk, kaut pulak dengan roti ni haa.. Jangan membazir.. Dah la coklat tu mahal.. Takkan la nak terus basuh bekas tu, kan... Sayang la nak buang.. Kalau ada anak-anak buah kat rumah ni, dorang rajin colek coklat tu dengan jari, pastu jilat.. hehe..



p/s: Coklat dah selamat masuk freezer untuk dibekukan.. Lima minit lepas tu dah boleh makan dah.. Cara nak masak coklat ni ada kat link ni.. Sila la klik..  Terima kasih.. :)

Tuesday, June 25, 2013

Kecewa...

Assalamualaikum...

Kecewa...


Rasa kecewa sangat bila 'terbeli' novel yang tidak sempurna cetakannya. Aku dah selalu sangat dapat novel yang tak berapa nak 'lengkap'. Ada masanya muka surat novel tu melekat seperti tak dipotong dan ada juga yang potongannya tidak kemas dan bergigi. Tapi untuk novel sebegitu aku masih boleh bersabar. Takpe la, buat-buat tak nampak je la haiihh.. Malas nak berkira sangat.. As long as masih boleh baca, it's okay la.. 


Tapi bila dapat novel yang tulisannya kena potong sampai tak boleh nak baca, rasa kecewa tu makin mencanak naik sampai kepala rasa nak meletop.. Rasa rugi sangat bila beli naskhah yang sedikit 'cacat' ni.. Bukan satu dua muka surat yang tulisannya kena potong tapi lebih daripada itu.. Aku cuma tunjukkan tujuh muka surat je.


Tiada Dua karya Nurfaza Alisya terbitan Fajar Pakeer..


Aku dah hantar email kepada syarikat penerbitan novel ni. Menurut beliau, jika nak buku baru sebagai ganti, 'wajib' pos-kan dulu buku yang 'cacat' ni. Nak berurusan dengan kerja pos mengepos ni memang aku tersangatlah malas.. Tengok la kalau mood rajin tu melonjak naik baru aku buat kerja pos ni.. 


Buku ni aku beli kat kedai. Boleh pulangkan kat kedai tu jika ada resit.. Masalahnya, resit tu entah mana aku letak.. Lagipun buku ni dah agak lama aku beli.. Buku ni keluaran tahun 2012. Dah masuk cetakan kedua dah.


p/s:  Harap-harap orang lain tak 'terkena' macam apa yang kena kat aku.. Kalau ada yang 'terkena' tu, sila urut dada masing-masing... Sabar... Sabar.. Sabar... hehh...

Monday, June 24, 2013

Pernah buat tak...?

Assalamualaikum...

Pernah buat tak...?


Gambar kat bawah ni aku copy and paste dari grup yang aku join.. Gambar ni menunjukkan cara nak tanam pokok bunga ros dengan menggunakan keratan batang dan kemudiannya dicucukkan kepada kentang.. 




So, petang tadi akupun cuba la buat kaedah macam ni. Kelmarin aku dah kerat dah batang pokok ros kat rumah abang aku. Lepas tu, semalam ada jiran depan rumah ni baru je trim dan kerat pokok bunga ros dia. Dia buang kat tepi jalan kat depan rumah dia. Akupun ambil je la tapi tak dapat nak ambil banyak sebab jiran tu dah bakar dah himpunan keratan pokok ros tu.. Sayangnya laa.. huhuhu.. 


Sementara nak tunggu tanam, kesemua batang ros ni aku rendam dulu dalam baldi berisi air untuk mengelakkan batang tu kecut atau kering..


Bagaimanapun, aku tak ambil gambar projek yang aku buat petang tadi tu sebab aku tak bawa enpon keluar. Nak masuk dalam rumah, nak ambil enpon tu jadi malas la pulak sebab kaki tangan semua dah kotor dan hitam sebab bermain dengan tanah..


Apapun, tunggu je la hasilnya dalam masa seminggu dua ni. Harap-harap hidup la pokok ros aku tu. Keratan batang pokok ros ni kalau tak kena gaya, memang susah nak hidup.. Tak boleh tersentuh lepas dicucuk.. Mungkin sebab tu dicucuk kat kentang bagi kejap untuk mengelakkan batang ros tu bergoyang..


p/s: Tanam ros kampung, baru wangi bau dia.. Ros kacuk ni cantik je lebih tapi bau tarak.. 

Sunday, June 23, 2013

Semai balik semula..

Assalamualaikum...

Semai balik semula..


Sebenarnya pokok-pokok ni dah lama terbiar dan tak berjaga.. Bila tengok macam nak mati je, terasa pulak sayang di hati.. Kalau mati nanti, kena beli balik.. Tu yang gigihkan tangan pergi angkut pasu kat belakang dan mula bermain dengan tanah.. Mujurlah tanah ni takde cacing gelang.. Kalau tidak, pitam den kek situ jugak.. hahaha...





Harap-harap semua pokok ni hidup la dengan jayanya.. Tunggu dalam seminggu dua ni, lepas tu baru aku nak letak baja. Sekarang ni musim panas, takut nanti letak baja, makin panas pulak tanah tu.. Kang tak pasal-pasal terus kiok pokok tu..





Aku bukannya tau nama pokok-pokok ni semua.. Pakat beli dan tanam je.. Kalau la pokok tu boleh bercakap, tentu dorang cakap kat aku camni, 'pokok dek ekau laa....' hahahaha....


Orkid ni daripada satu pasu, aku pecah-pecahkan kepada beberapa buah pasu.. Dapat la banyak sikit.. Takde la nak berhimpit-himpit dalam satu pasu tu je..


p/s: Orkid aku banyak yang dah nak mati.. Sayang sungguh.. Dah la beli mahal-mahal... huhuhu...

Saturday, June 22, 2013

Tak habis-habis...!!!

Assalamualaikum...

Tak habis-habis...!!!


Orang sibuk bekerja, sibuk nak meluangkan masa berjalan-jalan dengan keluarga, sibuk nak berbelanja, sibuk nak memajukan negara, yang pihak satu ni tak habis-habis sibuk nak berhimpun, sibuk nak berdemo, sibuk nak berarak...



Stop it, now..!!!


p/s: Tak habis-habis nak jatuhkan nama negara.. hmmmm.....
.

Orang yang perasan..

Assalamualaikum...

Orang yang perasan..


Orang kurus: "Alamak, gemuknya aku..!!"


Orang pandai: "Aku dapat 90 markah je..? Kenapa tak 100.."


Orang cantik: "Buruk, hodohnya aku dalam gambar ni.. Delete..!!!"


[sumber - Aku perbetulkan ayat sebab aku kurang suka penggunaan shorform..]


p/s: Orang cerdik: "Buat tak tau je dengan status macam tu.. Jangan dilayankan sangat orang yang perasan ni..  hehh.."

.

Thursday, June 20, 2013

Cara nak kilatkan periuk aluminium..

Assalamualaikum...

Cara nak kilatkan periuk aluminium..


Mari tengok turutan gambar kat bawah ni..


Periuk sebelum dikilatkan.. Jika ada tanda-tanda hitam, kena la sental dulu..


Tenyeh lebihan sabun mandi yang tidak diperlukan. Aku guna sabun dettol sebab itu sabun mandi kat rumah aku..


Lepas tu, tenyeh pulak dengan penggosok periuk.. Sebaiknya gunakan penggosok periuk yang halus tu untuk mengelakkan periuk bercalar kasar..


Tadaaa....!! Dah berkilat dah.. Boleh buat cermin muka... hehehe..


p/s: Tenyeh sabun mandi kat bahagian luar periuk je tau.. Jangan pulak pergi tenyeh kat bahagian dalam periuk tu. Kang lain pulak rasa gulai ayam tu.. hehehe..

Wednesday, June 19, 2013

Menjawab pertanyaan dari pengomen (1)..

Assalamualaikum...

Menjawab pertanyaan dari pengomen (1)..


Kat bawah ni ada dua komen berkaitan dengan entry yang ini.. Satu komen aku dah jawab kat entry tersebut dan yang satu lagi tu, iaitu yang kat bawah ni, aku tak jawab lagi. Aku ambil keputusan untuk up-kan komen itu ke dalam entry yang ini pula..



Okay, sebenarnya aku tidak berapa pandai nak mengajar orang dalam bidang menjahit ni. Jika sekadar nak tunjuk sikit-sikit tu, boleh la aku tunjukkan.. Itupun aku tak pasti samada apa yang aku tunjukkan kat blog aku ni difahami ataupun sebaliknya.. Jika faham, alhamdulillah.. Jika tak faham, maafkanlah.. huhuhu...


Untuk pengetahuan para pembaca (ecececeee...), nak menjahit pakaian ni perlu ada asas. Bukan sekadar tahu menggayakan mesin jahit je. Dalam asas tu kita kena tahu macam mana nak buat pengiraan untuk melukis pola atau dasar pakaian tersebut. Silap kira, baju yang dijahit jadi sarung nangka.. Tak pun jadi selimut.. hehe..


Untuk memudahkan mencari tempat belajar menjahit, boleh cuba rujuk kat Dian Training Centre ni. Kat sinilah bermulanya kelas jahitan aku walaupun sebelum ni aku pernah belajar menjahit dengan sorang makcik kat kawasan aku ni. Masa aku belajar kat DTC ni dulu, laman web ni takde lagi dan kursus yang dtawarkan cuma ada tiga sahaja iaitu pelancongan, kursus jahit tiga bulan dan kursus jahit enam bulan. Aku ambil yang enam bulan tu sebab nak dapatkan diploma dalam bidang jahitan ni. 


Yuran aku dulu aku tak ingat berapa kena bayar tapi semua perbelanjaan bermula daripada pendaftaran, tempat tinggal, makan dan segalanya adalah menggunakan duit simpanan aku masa bekerja kilang dulu. Itulah untungnya menabung sikit demi sikit.. :)




Bak kata kaum kerabat aku, orang lain belajar dua tiga tahun nak dapatkan diploma tapi aku cuma belajar enam bulan je dah boleh ada diploma.. Aku gelak je la sebab aku tau niat dorang cuma nak bergurau je.. hahaha.. Takde pun nak rasa kecil hati ke, apa ke.. Anggap je sebagai satu cabaran positif.. hehhh...


p/s: Sekali lagi, sila rujuk kat web DTC ni untuk dapatkan lebih banyak keterangan dan info. Lebih baik call dan tanya sendiri bagi memuaskan hati.. Ini je yang dapat aku bantu untuk setakat ini.. Terima kasih pada yang sudi bertanya...

Niat dan persepsi...

Assalamualaikum...

Niat dan persepsi...


Kita tidak tahu apa niat orang terhadap diri kita..
Tapi kita tahu apa niat kita terhadap orang itu..
Niat itu ada dua iaitu baik ataupun buruk..


Kita juga tidak tahu apa persepsi orang terhadap diri kita..
Namun kita boleh ubah persepsi kita terhadap orang lain..
Persepsi itu juga terbahagi kepada dua iaitu baik ataupun buruk..


Perbetulkan niat kita..
Perbetulkan persepsi kita..
Perbaiki mana yang sepatutnya..




Niat nak menolong orang..
Dah tolong dah pun.. 
Namun lepas tu mengungkit pertolongan yang diberi..
Apa persepsi yang akan kita dapat daripada perbuatan mengungkit ini..?


Apa niat awak berkawan dengan saya..?
Apa persepsi awak terhadap diri saya yang buat awak nak kawan dengan saya..?
*sekadar contoh..


p/s: Niat dan persepsi, dua perkataan yang saling melengkapi.. Jika boleh dan mampu melakukannya, biarlah keduanya menjurus ke arah kebaikan.. 

Tuesday, June 18, 2013

Buek apo tu..??

Assalamualaikum...

Buek apo tu..??


Bukan sonang nak tengok 'dio' lolap..
Pandai pulak tu caghi tompek strategik..




Tongah dok sibuk ambik gambar ehh, tojago lak dehh..
Tokojut gak ehh donga bunyi kamera enpon cap ayam ni..
Toghuih dio bongka molompek ke bawah..


Tengok dio molompek, sey pun ikut samo molompek..
Wa ang takajuik...
Padan muka wa ang, kacau laie dio tido...



Woooo...!! Sabar..!! Sabar..!! Jangan la marah.. Senyum la sikit.. Ahh, cun nya dia...!!


p/s: Ni la namo ehh takdo kojo, caghi kojo.. hehe... Ado kojo buek tak ghoti yoo.. huhuhu...

Lagi-lagi dia.. ehehh...

Assalamualaikum...

Lagi-lagi dia.. ehehh...


Okay, tengok gambar aje la ya..
Hewhewhew...








Oh ya, yang bawah ni bubur nasi mak aku. Ada santan.. Sedapppppp dan lemak berkrimmmm... heeee... Aku tak pandai buat bubur macam ni.. Buat tu boleh je tapi rasanya entah apa-apa. Tak sama dengan mak buat.. 


Telinga periuk dah sumbing.. Sian periuk tu, kan.. lol..


p/s: Lagi orang kata macam-macam tentang uploader gambar makanan kat laman sosial, lagi laju aku tempek gambar.. Peduli apa aku orang nak kata apapun.. Yang penting makanan tu aku buat sendiri.. Yang mengata tu pandai ke masak.. ahakkk.. *senyum je...

Kali Pertama...

Assalamualaikum...

Kali Pertama...


Kali Pertama ni merupakan gabungan cerpen yang dihasilkan oleh beberapa orang blogger. Aku sebenarnya tak tau sangat aktiviti para blogger lain ni sebab aku memang jarang blogwalking.. Tapi hari tu aku ternampak kawan blogger aku iaitu Sha upload gambar buku Kali Pertama ni dan akupun tanya la dia samada buku tu novel yang dia hasilkan. Menurut Sha lagi, cuma ada satu cerpen je yang dia punya yang dimasukkan dalam buku ni..




Maka, akupun cakap la kat Sha yang aku nak beli buku ni dengan dia sebab aku memang tak tau mana nak cekau buku ni. Sebagai kawan blogger, akupun nak jugak bagi sokongan kat Sha sebab aku tau dia memang ada bakat dalam menulis. Boleh cuba baca entry dia kat blog dia ni..




Akhirnya, buku tu sampai kat tangan aku. Terus-terang aku cakap, aku cuma baca cerpen yang Sha tulis je. Cerpen lain tu aku tak bacapun sebab aku tak kenal dorang tu.. Mungkin akan dibaca di lain kali.. 




Sha punya cerpen bertajuk Bunga Tiga Kelopak. Aku sendiri tak faham kenapa dinamakan dengan nama sebegitu. Kisah berkisar tentang kehidupan seorang budak perempuan iaitu Nina yang sedari kecil lagi sudah didedahkan kepada bola sepak oleh ayahnya.


Aku suka dengan cara penceritaan yang ada dalam Bunga Tiga Kelopak ni.. Sedikit sedih bila Nina kehilangan ibu dia.. Lucu bila baca kisah Nina belajar mengeja.. Gelak aku baca bila Nina menyebut perkataan yang tidak sepatutnya.. Ayah Nina kata kalau Nina sebut perkataan tu depan ibu dia, nanti mesti kena cubit.. Dah namanya Nina tu masih kanak-kanak, mesti la dia nak tau apa benda la perkataan kat stadium yang dia dengar tu..


p/s: Aku rasa cukup la kot sampai sini je mengenai buku Pertama Kali ni. Tak reti aku nak cerita lebih-lebih.. Kalau nak tau lebih mendalam, silalah beli sendiri dan baca sendiri jugak.. heeeeeee...

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »