Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, September 18, 2013

Kalau terjumpa, jangan marah ya.. hehh...

Assalamualaikum...

Kalau terjumpa, jangan marah ya.. hehh...


Kalau ada yang masuk blog aku ni untuk mencari sesuatu yang di-google, pastu terjumpa ayat macam dalam gambar kat bawah ni, jangan marah la ya.. Rilek² sudah.. Cuba google lagi.. hehh..


Sorry, the page you were looking for in this blog does not exist.


Siapa yang rasa nak marah² tu, boleh la tengok gambar kat bawah ni.. Lepas tu terus la sambung sama ada nak terus marah ataupun nak gelak guling².. huhuhu... Terkedu lima minit dengan ayat budak ni.. adehh...




p/s: Entry yang takde tu aku dah simpan balik dalam draft.. Antaranya entry yang ada video lagu dari Youtube tapi video tu Youtube dah remove dan macam² lagi yang menyebabkan aku simpan balik entry tu..

Cakap apa..? Alhamdulillah...

Assalamualaikum...

Cakap apa..? Alhamdulillah...


Perbualan di antara mak saudara dengan seorang anak saudaranya yang berumur tujuh tahun..


Mak saudara: "Dah makan ke belum..?"

Anak saudara: "Dah.. Dah kenyang dah.."

Mak saudara: "Kalau dah makan, dah kenyang, kena cakap apa..?"

Anak saudara: "Tapi takde keluar bunyi erk pun..."

Mak saudara: "Keluar bunyi ke, tak keluar bunyi ke, kena cakap jugak, tau tak.. Cepat cakap.."

Anak saudara: "Alhamdulillah..."

Mak saudara: "Lain kali, kena cakap selalu. Makan sikit ke, makan banyak ke, minum ke, makan gula-gula ke, makan sedap ke, makan tak sedap ke, kena cakap selalu, tau tak..?

Anak saudara: "Tau..."

Mak saudara: "Cakap apa...?"

Anak saudara: "Alhamdulillah..."

Mak saudara: "Nak tidur dengan bangun tidurpun kena cakap jugak, tau tak..? Cakap apa..?"

Anak saudara: "Alhamdulillah..."


Macam tu la selalunya.. Kena ingatkan selalu kat dorang.. Ada ke nak tunggu keluar bunyi 'erk' tu baru nak cakap Alhamdulillah.. alaahaiii.... 


p/s: 'erk' = sendawa kekenyangan... 

Korang pernah buat macam ni tak..?

Assalamualaikum...

Korang pernah buat macam ni tak..?


Selalunya orang perempuan yang suka buat macam ni.. Orang lelaki tu tak pasti la pulak sama ada pernah buat ataupun tidak, suka buat ataupun tidak..


Buat apa la agaknya tu ya.. haha.. Mehh tengok benda yang diperlukan.. jeng.. jeng...

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:


Dan.......

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:



Hasilnya......

:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Tadaaaaaaaaaaaaa.....!!!!
Kehkehkeh....

Kalau dapat limau kasturi yang dah masak lagi best.. Yang ni muda lagi.. Masam.. Terkelip-kelip biji mata nak menelan.. 


Masa zaman sekolah dulu aku rajin makan asam kecut dengan limau kasturi ni.. Siap makan kulit limau tu sekali tapi makan limau yang dah masak la.. Sebab tu sekarang ni dah tak boleh nak makan sangat dah benda-benda masam ni.. Dah kena gastrik daaaa... huhuhu...


p/s: Ada satu petua yang pernah aku baca. Kulit limau kasturi ni elok dimakan untuk menghilangkan bau badan..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »