Ayatul Kursi..


ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) - al-Baqarah: Ayat 255

Search This Blog

Wednesday, December 31, 2014

Galau di hati...

Assalamu'alaikum...

Galau di hati...


Di samping rasa sedih dengan musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri, aku juga ikut bersedih apabila kehilangan cincin di jari..


Cincin belah rotan aku tu terjatuh dari atas tebing kolam dalam bilik mandi.. Elok je jatuh kat bahagian atas lubang air tu.. Tapi belum sempat aku nak ambil, tercurah pula segayung air.. Terus je cincin tu masuk ke dalam salur pvc bilik mandi tu.. 


Jarak antara salur pvc dari bilik mandi tu hingga ke hujungnya adalah lebih kurang empat meter.. Aku dah curah air beberapa baldi dari dalam bilik mandi tu dengan harapan agar cincin tu keluar kat hujung salur pvc tu.. Tapi sampai sekarang cincin tu masih lagi tak keluar.. Aku siap sekat lagi longkang kat hujung salur pvc tu..





Dah seminggu berlalu dan aku masih lagi berharap agar cincin belah rotan aku tu keluar juga akhirnya.. Bila..? Akupun tak tau.. Hanya berharap dan berdoa sahaja.. Walaupun sekadar cincin belah rotan, aku tetap sayang kat dia.. Itulah satu-satunya cincin yang aku beli menggunakan duit zaman aku kerja dulu.. Menitik air mata dibuatnya...


Semerbak wangi di taman hati..

Setulus cintaku pejamkan matamu..
Sisakan waktu barang sejenak..
Pastikan dirimu ada di detak jantungku..

Rebahlah di pusara hati..
Agar terlelap tidurmu..
Tegarlah menyelami hidup..
Dan buang semua kebimbangan..

Kala dahagaku..
Sejukkan jiwa ini..
Cinta tulus darimu..

Saat galauku..
Kau yang sanggup menenangkan..
Sampai badai berlalu..

Semerbak wangi di taman hati..
Setulus cintaku pejamkan matamu..
Sisakan waktu barang sejenak..
Pastikan dirimu ada di detak jantungku..

Rebahlah di pusara hati..
Agar terlelap tidurmu..
Tegarlah menyelami hidup..
Dan buang semua kebimbangan..

Kala dahagaku..
Sejukkan jiwa ini..
Cinta tulus darimu..
Saat galauku..

Kau yang sanggup menenangkan..
Sampai badai berlalu..
Kala dahagaku..
Sejukkan jiwa ini..

Cinta tulus darimu..
Saat galauku..
Kau yang sanggup menenangkan..
Sampai badai berlalu..
Semerbak wangi di taman hati..
Setulus cintaku pejamkan matamu..


Harap-harap adalah sang katak yang bawa cincin tu keluar dari salur pvc tu.. Katak kan suka duduk dalam salur macam tu.. Tapi janganlah pula sang ular yang keluar.. *pengsan.. 



p/s: Galau di hati tak siapa yang tahu.. Ada lagi galau yang lain yang tak mampu untuk diluahkan.. Biarlah kekal rahsia selagi terdaya untuk dikekalkan rahsia itu...

Elak kecurian, dirompak dan dirogol dalam rumah sendiri...

Assalamu'alaikum...

Elak kecurian, dirompak dan dirogol dalam rumah sendiri...


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.


Tips menghalang kecurian...

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00pm).



p/s: Allah, tolonglah kami.. Lindungilah kami dari segala mara bahaya.. Amiinnn...

Monday, December 29, 2014

Letih dan sedih menengoknya...

Assalamu'alaikum...

Letih dan sedih menengoknya...


A: Letih tengok perbalahan pasal banjir kat fb ni..


B: Siapa suruh tengok..?


A: Aku tengok sebab aku nak tau perkembangan banjir tu.. Sebab aku takde kat tempat kejadian.. Bukannya nak tengok perbalahan sana-sini.. Bukannya nak tengok ada yang isi bakul angkat sendiri.. Bukannya nak tengok wasap yang tak pasti samada betul ataupun tidak.. Bukannya nak tengok maki hamun caci cerca semua tu.. Faham..?



Nabi saw bersabda: “Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak, maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah HATI.”[HR. Bukhari-Muslim].


Hati manusia terbagi menjadi tiga klasifikasi: Qalbun Shahih (hati yang suci), Qalbun Mayyit (hati yang mati), dan Qalbun Maridl (hati yang sakit) - [sumber]



p/s: Berhentilah menyebarkan cerita yang tak betul.. Gunakan sumber wasap dan sebagainya dengan sebaik mungkin.. Janganlah tambahkan lagi kegusaran hati masyarakat... Sedih la macam ni.. 

Sunday, December 28, 2014

Fahamilah kesukaran mereka...

Assalamu'alaikum...

Fahamilah kesukaran mereka...


Mereka juga manusia biasa.. Mereka juga turut mengalami pelbagai kesukaran dan masalah untuk memasuki kawasan yang dilanda banjir.. Janganlah cepat sangat melatah dengan mengata macam-macam atas kelewatan mereka datang membantu... 





Ingat senang ke nak naikkan kenderaan berat dan besar macam ni, dengan keadaan bumi yang penuh dengan air ni...? Kita, kalau motor kapcai kita terbalikpun, jenuh kita nak mengangkatnya.. Jadi, janganlah berlagak sangat dok kata macam-macam pada anggota keselamatan yang sudah bersusah-payah datang membantu.. Fahami juga faktor cuaca.. 






[semua sumber gambar dari facebook...]



p/s: Baca dan fahami ayat-ayat cinta 'kau' di atas... Itu je... Ayat lain tu tak perlu 'kau' nak perbesarkan.. Serius, aku sakit hati dengan 'kau' yang suka memperlekehkan kewibawaan pasukan keselamatan ni.. 

Saturday, December 27, 2014

Bantulah..! Sampai bila kita mahu bercakaran...?

Assalamu'alaikum...

Bantulah..! Sampai bila kita mahu bercakaran...?


Secara jujurnya, aku penat dan letih tengok pertelingkahan di sana sini.. Semuanya bercampur baur.. Yang memaki tetap kekal dengan makiannya.. Yang mendoakan, alhamdulillah, teruslah berdoa.. Yang menyumbang segala jenis bantuan, syukur dan terima kasih kepada anda semua.. 


Kita tak dapat nak membantu dari segi tenaga sokongan tapi kita boleh membantu dengan menyumbang sedikit derma untuk mangsa banjir.. Ayuh, tinggalkan sekejap pembelian online yang biasa kita buat.. Jika boleh berhenti merokok untuk sehari dua, berhentilah dan sumbangkan duit untuk beli rokok tu kepada mangsa yang memerlukan.. Jangan sumbang rokok dah la.. Hulurkan sumbangan walaupun sedikit.. Sumbangan kita amat diperlukan... 



Kita membantu atas dasar kemanusiaan, bukan atas dasar pegangan politik masing-masing.. 





Masyarakat prihatin boleh terus menyalurkan bantuan berupa wang ringgit ke akaun bank di bawah:

Nama Akaun: Tabung Kebajikan Kemanusiaan HALUAN
No Akaun: 562263502611
Bank: Maybank

Nama Akaun: Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi-institusi Pengajian Tinggi Malaysia (HALUAN)
No Akaun: 14023010025718
Bank: Bank Islam

*Sila email slip/resit sumbangan ke unit.kewangan@haluan.org.my - [sumber]






Sama-samalah kita membantu.. Jangan sembang kencang je tapi membantu langsung tak ada.. Tak boleh bantu dengan kudrat yang ada, boleh aje menyumbang dana.. Pandailah nanti pihak yang berkenaan melaksanakan amanah yang diberi.. Jika tak percaya dengan ketelusan pihak kerajaan melancarkan tabung derma, boleh aje menyumbang dengan pihak NGO yang lain.. Tak perlu nak kutuk-kutuk kata duit sumbangan kena songlap dan sebagainya.. 


p/s: Berhentilah dari tuding menuding dan segala jenis caci maki.. Serius, aku sedih dengan mentaliti segelintir masyarakat kita.. 

Thursday, December 25, 2014

Banjir dan misi kemanusiaan..

Assalamu'alaikum....

Banjir dan misi kemanusiaan..


Ramai yang sudah tahu akan musibah banjir teruk yang melanda negeri di Pantai Timur.. Rasanya, tak perlu lagi aku nak cerita lebih-lebih.. Apa yang penting, sama-samalah kita mendoakan agar semua yang terlibat dalam musibah ini terus bertahan dan sabar menunggu bantuan.. 



Moga Allah permudahkan segala urusan kalian.. Amiinn...


Alhamdulillah... Mungkin tidak seenak makanan di rumah tapi bersyukurlah.. 







p/s: Tabik..!!! 

Dekat tapi jauh...

Assalamu'alaikum...

Dekat tapi jauh...


Sometimes, the people who are thousands of miles away from you can make you feel better than the people who are right beside you...







p/s: Mana satu pilihan kita..? Dekat tapi jauh atau jauh tapi dekat..? 

Tuesday, December 23, 2014

The making of pancake: First trial...

Assalamu'alaikum...

The making of pancake: First trial...


Ini merupakan percubaan pertama aku membuat pancake.. Dah lama nak buat tapi asyik la tertangguh sebab tengok bahan dia macam susah nak jumpa terutama sekali buttermilk tu.. Rupa-rupanya buttermilk tu boleh buat sendiri.. Senang je pun.. Hanya campurkan susu segar dan cuka makan.. Kalau cuka makan takde, boleh gantikan dengan jus lemon.. Dia punya nisbah adalah 1:1.. Maksudnya, satu cawan susu segar + 1 sudu teh cuka@jus lemon.. 



Cara buat homemade buttermilk ada dalam video ni...









Kuali khas takde kat rumah ni.. Jadi, aku kena cari jalan alternatif.. Mula-mula aku gunakan dulang bakar kuih ni.. Tak lama lepas tu, mata aku terpandang pulak kuali ke apa entah yang warna biru tu tersangkut kat tingkap belakang rak.. Haa, guna yang tu pulak la.. ahaha... No kuali ajaib-ajaib... Buatan manusia takde yang ajaib.. Keajaiban hanya dari Allah sahaja.. 


 Aku gunakan cawan sukatan 1/4 cawan...




Aku masih lagi menggunakan acuan telur sebagai border.. Bahagian dalam acuan telur tu aku sapu butter supaya adunan tu tak melekat sangat.. Permukaan kuali ni pun aku sapu dengan butter.. Sapu sekali sekala je..



 Ada yang aku letak coklat chips.. Buat tiga keping je sebagai testing..



 Tengok dia punya struktur.. *Betul ke struktur..? Dah macam bangunan la pulak dok guna perkataan struktur ni.. hehe..




Pancake yang ini boleh terus dimakan macam tu je.. Tak payah makan dengan jem ataupun sos ataupun sapu dengan butter.. Rasa dia memang dah ngam-ngam je.. Tak manis sangat dan tidak tawar sangat.. 


p/s: Resepi..? Google aje la.. Tapi nanti aku nak letak jugak resepi pancake ni kat blog dapo aku tu untuk kegunaan sendiri di masa akan datang..


----------------------

UPDATE...


Monday, December 22, 2014

Mengolah resepi cucur manis.. :D

Assalamu'alaikum...

Mengolah resepi cucur manis.. :D


Sarapan pagi ni aku buat cucur manis lagi sekali.. Kenapa ada lagi sekali..? Sebabnya, malam tadi aku dah buat dah cucur manis ni.. Sekejapan je dah selesai.. Alhamdulillah.. Berkat hari hujan, semua perut berdondang sayang.. hehe...


Kisah mula-mula aku buat cucur manis ni ada di sini..  Dan resepi ada aku kongsikan di sini.. Resepi asal bukannya resepi aku.. Baca la dulu entri berkaitan ya...


Kali ni aku olah resepi asal cucur manis tersebut.. Bukan nak menderhaka tapi nak mencuba kelainan dan nak tau hasilnya.. Ni resepi cucur manis yang telah aku olah..

2 cawan tepung gandum
1/3 cawan + 1/3 cawan gula pasir
1 biji telur
2 sudu teh baking powder (resepi asal 1 1/2 sudu teh)
2 sudu teh susu tepung (aku tambah sendiri)
1 1/4 cawan air suam ( resepi asal 1 cawan)


Kocak-kocak semua bahan dengan whisk hingga sebati dan tidak bergentel... Biarkan atau perap adunan selama 5-8 minit supaya adunan mesra dan menggelembung cantik masa digoreng kesan daripada baking powder.. *tips setelah dua tiga kali main tuang je adunan dalam kuali tanpa perap dan hasilnya tiada gelembung yang terjadi..




Aku gunakan acuan goreng telur tu untuk mendapatkan bentuk yang sama besar supaya bentuk cucur manis tu tidak bersepah tapi bersepah la sikit-sikit.. hehe.. 


Bila minyak dah panas, tuangkan anggaran 1/4 cawan adunan (gunakan acuan sukatan bergantung pada saiz acuan telur) secara cepat-cepat.. Kalau tuang lambat-lambat, nanti ada sisa adunan yang menjadi serpih macam serpihan tepung goreng pisang tu.. Minyak kena panas tapi api jangan besar.. Maksudnya, mula-mula tu api besar sebab nak kasi minyak panas.. Lepas minyak dah panas, perlahankan api..


 Tuang satu satu.. Bila adunan yang pertama dah mula keras, angkat acuan telur tu dan tuangkan adunan yang kedua dan begitulah seterusnya hingga adunan habis.. Minyak jangan terlalu banyak.. 




Dan inilah hasil cucur manis yang telah aku olah resepinya.. Lembut je rasanya dan bahagian tepi tu rangup krup krap krup krap.. Sedap dimakan masa suam.. Bukan sedap makan masa panas ya.. Kang melepuh pulak bibir comel tu.. Tak pasal-pasal bengkak bibir tu mengalahkan bibir Anjelina Jolie.. ahahah...



Maafkan gambar yang kurang menarik ini.. Maklum la, guna kamera enpon cokia je.. hehh..




Tak dapat banyak komen takpe.. Janji ramai yang menjenguk... ekekeke...


p/s: Selamat mencuba untuk yang berani dan rajin mencuba.. Untuk yang malas, apo nak dikato laie, kan... hehehe..

Deko taman sekangkang kera..

Assalamu'alaikum...

Deko taman sekangkang kera.. 


Semalam aku dok buang pokok keembong bunga merah ni.. Cantik macam mana sekalipun, jika mata dah semak nak memandang, maka terpaksa la buang jugak.. Dah terlampau merimbun, takut pulak aku kot ada yang menyusur kat bawah tu.. Tambahan sekarang ni musim hujan...




Sebelum tu, pokok kacang botor(l) ni dah kena buang dulu dah.. Lepas tu barulah bumbung rumah orkid tu diperbaiki.. Kisahnya di sini...




Dan baru semalam aku berkesempatan untuk mengemas kawasan yang sekangkang kera ni.. Itupun aku dok bolak balik, tanya pada diri sendiri, nak buang ke tak pokok keembong tadi tu.. Akhirnya, aku buat keputusan, buang aje la haiihhh... Esok lusa pasti dia tumbuh lagi sebab kat tempat lain ada lagi dua tiga batang pokok keembung tu..




Kemudian, akupun mulalah meratakan tanah dan mencari tiles/marmar yang pecah saki baki masa buat rumah dulu.. Jenuh dok keliling rumah semata-mata nak cari tiles tu je.. ahahh...




Ingatkan sampai takat tu je tapi hati macam tak berapa nak puas lagi ni.. Macam ada yang kurang je.. Nampak lompong je.. ahahh... Akhirnya, pergi la kutip batu-batu kecil ni dan letakkan kat bahagian yang lompong tadi tu.. Lepas tu, pijak-pijak la batu tu biar tenggelam sikit.. Biar sama rata dengan tiles tu..




Dan, inilah hasilnya deko untuk taman aku yang tak seberapa ni.. Ni jenis taman yang takde bajet.. Main pakai je apa yang ada.. Burukpun buruk la.. Janji buatan sendiri.. hehe..




p/s: Tak mampu nak upah orang untuk buat taman.. Jadinya, kenalah fikir sendiri dan gunakan kreativiti yang Allah beri.. Takde la semak mata nak memandang.. Alhamdulillah..

Sunday, December 21, 2014

Sombongnya dia....!

Assalamu'alaikum...

Sombongnya dia....!


Sombongnya dia....! Dah la sombong, berlagak pulak tu...!!


Bila tak senyum, dikatakan sombong.. Bila tak tegur, dikatanya sombong.. Bila tak menjawab persoalan, juga dilabel sombong.. Bila tak approve request as a friend pun kena cop sombong juga... Bila kena block, lagi la botingkek-tingkek dapat anugerah sombong... Mulalah semua sibuk mencari salah silap orang yang dilabel sombong tadi.. *wink.. 




Kadang-kadang 'kita' suka sangat kata orang tu sombong, orang ni sombong tapi dalam pada itu 'kita' tak sedar yang diri kita juga memiliki sifat sombong tersebut... 


p/s: 'Kita' itu termasuklah aku sebab dalam soal macam ni, aku lebih suka tujukan kepada diri aku sendiri supaya jangan lupa diri.. Adakalanya terlepas juga 'emosi' yang tak sihat tu.. hehh...

Saturday, December 20, 2014

Logo watermark: Dua cerita dalam satu entri.. ahaaa...

Assalamu'alaikum...

Logo watermark: Dua cerita dalam satu entri.. ahaaa...

Hari tu ternampak entri yang Farrah kongsikan pasal font ni.. Maka, akupun pergilah kat link tersebut..  Aku hanya crop je font yang nak dijadikan watermark..




Kalau ada yang perasan, aku dah mula letak semula watermark pada setiap gambar yang ada dalam entri kat blog ni... Dulu pernah la buat tapi sekejap je.. Ni nak buat balik semula.. Tak kiralah samada gambar tu cantik atau tidak kejadiannya, nak juga letak watermark.. ahahh... Nanti takde la nak bising-bising gambar kena cilok la, apa la, bla bla bla bla... 


Ni antara watermark yang aku buat.. Aku buat jenis logo watermark iaitu link blog aku ni je.. Takde la nak letak watermark gambar muka aku.. Buang tabiat namanya kalau aku buat macam tu.. ahahh... *Betul ke nama dia logo watermark..? Belasah je la haiihh... ahahah...









Oh ya, karipap kat bawah ni adalah sambungan daripada kisah semalam.. Pagi tadi baru aku gelek doh tu.. Dan aku goreng separuh masak untuk dijadikan karipap frozen..








p/s: Dapat 67 biji karipap untuk sekilo tepung.. Dah goreng 15 biji.. Selebihnya boleh la digoreng bila-bila masa teringin nak makan.. Hujan-hujan ni perut asyik lapar je.. hehehe..

Next Post Previous Post Home

Renungan bersama...

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki mahupun wanita, sebahagian daripada mereka adalah penolong dari sebahagian yang lain. Mereka menyuruh amal ma'aruf (kebajikan), mencegah kemungkaran, menegakkan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah berserta RasulNya, nescaya Allah melimpahkan rahmat kepada mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Bijaksana."- (At-Taubah: Ayat 71)

Cik Azz's bookshelf: read

Menantu Pilihan Bapak
Saat Hilang Cintamu
Bahagia Kasihmu
Bawah Pohon Sena
Kalaulah Aku Tahu
The Unsung Hero
Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Lamaran Untuk Teman Hati
Tersuka Tanpa Sengaja
Kerana Satu Janji
Sorry, Aku Bukan Dia!
Encik Sayang Dan Miss Sweetheart
AKU BUKAN TOUCH & GO
Bahasa Hati Kita
Temu Duga Cinta
Akadku Yang Terakhir
Menantu vs Mentua
Kerana Aya Sofya
Di Sisimu Aku
Mungkinkah


Cik Azz's favorite books »